Jumaat, Julai 06, 2007

Selamat ulang tahun Ikim.fm


Kini, Ikim.fm sudah pun menjangkau enam tahun. Pelbagai cabaran dan dugaan telah ditempuhi oleh stesen radio ini dalam usaha bersaing dengan stesen radio komersial yang lain.



Tetapi, Ikim.fm masih lagi perlu memperbaiki strateginya untuk menarik pendengar-pendengar yang bukan melayu pula. Ini perlu dilakukan kerana Ikim.fm adalah sebuah stesen radio dakwah islamiah.



Di sini saya ingin mencadangkan supaya iklan-iklan yang disiarkan di Ikim.fm itu harus diperbanyakkan untuk menambah pendapatan stesen radio ini. Ya memang saya tahu stesen ini adalah stesen berunsurkan islam, tetapi ada banyak iklan yang boleh disiarkan contohnya seperti iklan telekomunikasi. Janganlah hadkan penyiaran iklan. Siarkan asalkan tidak melanggar peraturan dan undang-undang.



Ikim.fm harus berdikari dan mencari pendapatan sendiri. Buktikan pada mereka yang selalu memperlekehkan islam kononnya, islam itu miskin dan selalu perlu dibantu. Inilah masanya.



mengenai penyiaran Ikim.fm, ianya harus disiarkan dalam tiga bahasa utama yang terdapat di negara kita iaitu Melayu, Cina dan India. Dengan cara ini, dapatlah Ikim.fm menarik pendengar-pendengar yang bukan melayu. Dan, dapatlah pihak Ikim.fm menceritakan kepada mereka apa itu islam. Sekarang ini, tafsiran mereka terhadap islam adalah salah. Ini kerana, mereka menerima segala berita tentang islam dari media barat.



mengenai penyiaran lagu pula, janganlah hanya terhad kepada lagu-lagu nasyid sahaja. Bolehlah juga disiarkan lagu-lagu lain asalakn tidak melalaikan. Dan, janganlah terhad pada lagu melayu dan arab semata-mata. Selitkan juga lagu cina dan tamil. Inilah caranya nak tarik pendengar bukan melayu.



Kepada para juruhebah pula, janganlah buat reaksi mengantuk. Saya dapati DJ Ikim.fm ni macam tak ada semangat. saja bila bertugas. Saya cadangkan kalau boleh, buat macam biasa, macam stesen radio lain. Tapi asal tak langgar peraturan. Jika DJ Ikim.fm terus begini, silap haribulan, boleh menghilangkan pendengar.



Akhir kata, selamat ulangtahun kke enam epada Ikim.fm dan percepatkan pengembangan siaran ke seluruh negara. Semoga dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur.


0 ulasan:





Arkit blog