Sabtu, Jun 28, 2008

KL 2008

Aha, inilah dia, cerita melawat ke Kuala Lumpur.  Ini bahagian pertama.

    15 Jun, mesyuarat agung dwi tahunan di Sri Cempaka Sweet Kuala Lumpur sudah pun selesai.  Kini, aku dan Ah Hong akan berangkat ke Brickfields.

 

    Jam 2:45 petang, aku dan Ah Hong menunggu di belakang lobi hotel.  Kami menunggu kawanku Sumairi kerana, dia pun, akan ke Brickfields bersama.  Aku menelefon Sumairi.  "Oi, mana hang?"  Sumairi bertanya padaku.  "Aku dok kat lobi ni."  "Dok kat luak, ada bas banyak."  Terangku.  Selepas itu, talian pun diputuskan.

 

    Tiba-tiba, Sumairi menelefonku lagi.  Rupanya, dia cari kami berdua tak jumpa.  Tapi akhirnya, dia berjumpa jugak dengan kami berdua.  "Oi, hampa dok ada kat sini, patutlah tak jumpa."  Sumairi berkata.

 

    "Ha, la ni, mana nak pi?"  Aku bertanya.  "Depa kata, kat sini, teksi payah nak cari."  Sumairi bercerita.  "Ok, jom kita pi LRT."  Cadang Sumairi.  Maka, Sumairi pun membawalah kami berjalan menuju ke stesen LRT.

 

    Cuaca pada petang itu, begitu panas sekali.  Oleh kerana terlalu panas, Sumairi mengambil keputusan untuk naik teksi.  Akhirnya, kami dapatlah naik teksi seorang pemandu india menuju ke Brickfields.  harga yang dikenakan tujuh ringgit setengah.

 

    Setelah sampai di Brickfields, kami menuju ke hotel New Winner.  Aku dan Ah Hong pun mendaftar.  Untuk lima malam, kami dikenakan bayaran RM 330.  Sorang kenalah RM 165.

 

   "Sekarang tak ada bilik."  "Tadi jam duabelas, saya telefon cikgu Yusof tapi tak jawab."  "Jadi saya ingat, sudah tak jadi dan saya cancel."  Terang pengurus itu dengan panjang lebar.  "Tapi tak apa, nanti orang check out, adalah bilik."  Sambung pengurus.  Kami pun membayar harga bilik.

 

    Kami terpaksa meninggalkan beg kami di lobi sementara menunggu orang check out.  Setelah semuanya selesai, aku dan Sumairi pun pergilah rumah Ayana sementara Ah Hong pulak, pergi makan nasi babi bakar.

 

    Wah, cuaca petang itu, begitu panas sekali.  Macam nak hujan rasanya.  Aku dan Sumairi akhirnya, sampai jugak di rumah Ayana.  Di rumah Ayana, kedengaran suara si Rosmin.  Menurut Ayana, Rosmin dah lama datang.

 

    Kedengaran juga ada tetamu di rumahnya.  Rupanya, orang tu ialah orang yang Ayana pesan makanan daripadanya.  Wah, bau kari daging.  Wah, ni yang best ni.

 

    kami hanya duduk di lantai.  Kelihatan Usop sedang cuba nak crack Talks 3.5 kat telefonnya.  Tak tahulah sama ada, berjaya atau pun tidak.

 

    Petang itu, kami makan roti jala.  Wah, sedap o.  Kami duduk di atas lantai dan makan.  Sangat sedap sekali.

 

    Selepas makan, Yusof pun mencadangkan supaya aku upgrate saja komputer Rosmin.  Aku pun setuju.  Kami bercadang untuk pergi mengangkat CPU kat rumah Rosmin.  Aku mencadangkan supaya aku yang angkat CPU tu sebab aku ingatkan, ianya ringan.

 

    Pada petang itu, oleh kerana angin kak si Ayana tu baik, maka dapatlah kami menaiki keretanya ke rumah si Rosmin.  Kereta My V.  Wah besar o!  Tapi dia tak buka penghawa dinginlah pulak.  Dia bukak tingkap saja.  Tak apalah.  Tak kisahlah tu.

 

    Setelah sampai di rumah Rosmin, Rosmin pun mencabutlah segala kabel yang melekat kat rumahnya.  Kat rumahnya pula, ada orang datang.  Siapa tu, tak taulah aku.  Aku terus ke bilik Rosmin.

 

    Setelah semua kabel dicabut dari CPU itu, aku pun angkatlah CPU tu.  Wah, tak kusangka, begitu berat sekali CPU tu.  maka aku pun, berjalanlah terkedek-kedek sebab keberatan CPU itu melebihi hadnya.

 

    Dan akhirnya, Rosmin jugak yang angkat CPU tu.  Kami pun pergilah ke kereta.  "Tulah hang, hang cakap besak sangat."  "Hang kata boleh nak angkat."  Sindir Ayana.  "Hang tau, bila sampai kat tangga, Rosmin kena angkat."  Sambung Yusof.

 

    Kami kembali semula ke rumah Ayana.  Sumairi bertindak sebagai penjaga rumah.  Sementara itu pula, Yusof telah memasangkan sebuah lagi kipas ke dalam CPU si Rosmin tu.  Dia kata, satu kipas, tak cukup power.

 

    Dan pada malam itu, dapatlah aku melayari internet.  Tapi sayang, tak dapat.  Ini semua gara-gara Yusof punya talian internet tak berapa nak betul.  Dia dah cuba sambung sana-sini tapi langsung tak berjaya.  Dan akhirnya, aku tak dapat pakai internet pada malam tu.

 

    Aku pulang semula ke hotel pada jam sembilan malam.  Setelah sampai di hotel, aku mendengar tv sebentar.  Dan, jam sebelas malam, Ah Hong pun balik.

 

Bersambung.

Rabu, Jun 18, 2008

BGM 2008

Bersambung di bahagian yang terakhir.

    Pada hari kedua belah malam, aku, Hashim dan Namila telah ke bilik cikgu Rashid.  kami pergi melawat dialah tu.  Di samping itu, hashim telah mengambil kesempatan untuk berkempen kepada cikgu Muhammad Ismail.

 

    "Eh Namila, apa you beli?"  Aku bertanya.  "Saya beli roti dua biji untuk saya punya sarapan esok."  "You mau rabakah saya punya roti?"  Berkata si Namila dengan panjang lebar.  "Eh tak maulah."  Aku menjawab.

 

 

    "Saya, pagi-pagi, makan roti saja."  "Saya tak makan benda berat-berat punya."  Terang Namila kepada aku.  "Oh, patutlah awak kurus."  Jawabku pendek.

 

    "Eh Khai Eong, nah saya bagi awak duduk."  Namila berkata lalu berdiri.  Aku duduk sajalah dah orang bagi kan?  Hashim pula, sibuklah dengan kempennya tu.

 

 

    Malam itu, sekali lagi, aku menghubungi Lotia.  Kali ini, Lotia berada di rumah Norsiah.  Katanya, dia nak ambik barang.  Tak taulah apa dia nak ambik.  Dam sepanjang di BGM, aku langsung tidak berkesempatan bertemu dengan Lotia tu.  Tak ada rezekilah tu.

    Jam sebelas malam, kami beredar dari bilik cikgu Rashid.  Jadi, aku terpaksalah dibantu oleh Hashim meminta bantuan dari kaunter untuk membolehkan aku naik ke tingkat 21.  Setelah Hashim dan ahli bersekutu sbm cawangannya membawa aku naik ke tingkat 21, mereka pun beredar.  Dan aku masuk ke bilik.  Singh pula, sedang sembahyang.

 

    Ahad 15 Jun.  Hari terakhir mesyuarat.  Pada pagi itu, aku dan rakan-rakan pergi sarapan.  Tetapi, awal-awal pagi lagi, Singh dan Soon Eng telah pergi pekena teh tarik di gerai yang terletak berdekatan dengan 7-11.

 

    Pagi tu, sarapannya ialah nasi lemak dan juga ada telur.  Aha, Singh tak mau makan jadi, dapatlah aku telur dan semua lauk dia.  Katanya, dia sakit perut.

 

    Selepas makan, aku dan Najeri dapati, Singh dah hilang.  Jadi, kami pun duduklah situ.  kami minta air lagi sebab, kami telah termakan selonggok sambal.  Wah apa lagi, pedaslah jawabnya.

 

    Punyalah lama kami meminta air, tak ada siapa pun yang tolong hantar.  "Oi ah pek," Najeri memanggil.  "Nanti sat."  Jawab ah pek.

 

    Kami akhirnya dapat minum jugak.  Dan tidak lama selepas itu, Geng kerani pulak datang.  Ada Azlin, kerani sendiri dan juga Tikus atau Siti Noor Janah.

 

    Selepas makan, kami terus ke dewan.  Hari ini merupakan hari terakhir mesyuarat.  Ada pemilihan pulak kali ni.

 

    Kali ni, aku dan Najeri duduk di dalam kelompok KL.  Campur-campurlah ni.  Dan, apabila pemilihan hendak dimulakan, kami sekali lagi berpindah tempat duduk.  Kali ni, di hadapan kami ialah pengerusi Pulau Pinang sementara di tepi Najeri ialah kawan lamanya iaitu Bok Kiat.

 

    Setelah pemilihan dijalankan, presiden, naib presiden, setiausaha agung dan bendahari masih lagi mengekalkan jawatannya.

 

    Setelah pemilihan, satu usul telah dikemukakan iaitu usul nak buat siaran radio oku.fm.  Tapi usul itu telah ditolak.

 

    Ini diikuti dengan lain-lain hal.  Masa tu, semua dah pakat-pakat nak balik dah.  Aku pun dah ikut najeri balik ke bilik.

 

    Apabila kami keluar, Singh sudah tiada.  Jadi, Najeri terpaksalah menghubungi rakannya Mad Rani untuk membawa kami naik ke atas iaitu tingkat 21.

 

    Semasa nak naik, rupanya, kad dah tamat tempoh.  Kad ni, bila dah tiba waktu lapor keluar, dia akan tamat jadi terpaksalah ke kaunter untuk aktifkan sementara.

 

    Sebelum keluar dewan, para ahli telah diberitahu yang makanan akan dihantar ke setiap bilik.  Jadi, tak kisahlah tu.  Setelah kad diaktifkan, kami pun naiklah ke bilik.

 

    Apabila sampai ke bilik  Najeri telah menelefon Fadzlin untuk meminta balik telefonnya.  Dia menyerahkan telefon kepada Fadzlin untuk Fadzlin install Talks 3.5.  Tapi, gagal.

 

    Fadzlin telah mengarahkan agar Najeri mendapatkan telefon tersebut daripada Hazimi yang tinggal di tingkat 15.  Wah, jadi, terpaksalah turun ke tingkat 15.  Tak ada oranglah pulak yang nak turun ke sana.

 

    "Wey ah pek, hang boleh bawak turun ke tingkat 15 dak?"  Najeri bertanya pada ah pek yang kebetulan hendak turun.  "Wey, aku mana boleh turun kat sana?"  "Aku mana ada kad untuk turun ke sana?"  "La ni, aku nak turun ke tingkat 3A."  Soon Eng bercerita panjang lebar.  "Ha, la ni aku nak turun, aku dah penat nak mampoih dah la ni."  Sambung Soon Eng.

 

    Sekali lagi Najeri menelefon Hazimi.  Dia menyuruh Hazimi memberikan telefon itu pada Azrol kerana Azrol nak turun ke tingkat 3A.  Selepas itu, dia menyuruh rakannya Mad Rani membawa kami turun ke tingkat 3A.

 

    Apabila semuanya dah siap, kami naik semula ke bilik.  kami menunggu masa untuk berangkat turun dan balik.

 

    Semasa menunggu itu, Singh telah menunjukkan ubat perangsang seks kepada Marzuki dan najeri.

 

    "Ini, kalau you kasi itu perempuan makan, tak sampai setengah jam atau satu jam, itu perempuan sudah terangsang."  Singh bercerita.  "Ini cokelat tau."  "You tengok, dia tulis Candoss Men."  Singh menyambung.

 

    "Tapi, ada satu jenis lagi tau."  "Jenis tu ialah jenis powder."  "Yang itu, kalau you guna, lagi cepat itu perempuan stim."  Cerita Singh.  Marzuki dan najeri mendengar dengan penuh minat.

 

    "Tak apa, ini aku ambik dulu."  "Najeri, hang ambik lainlah no?"  Cadang Marzuki.  Najeri bersetuju.

 

    "Tapi, ini barang, kalau lelaki makan, apa jadi ha?"  Marzuki bertanya penuh minat.  "Itu aku tak tau sebab aku tak try."  Jawab Singh.

 

    Mereka terus bercerita.  Pelbagai ubat perangsang mereka cerita.  Antaranya Supai.  Singh yang paling banyak bercerita.

 

    2)45 petang, kami turun.  Mereka menuju ke bas.

 

    Kini, mesyuarat dah habis.  Berjumpa lagi di BGM 2010.

 

Sekian.

Selasa, Jun 17, 2008

BGM 2008 bahagian dua.

Ok, bersambung di bahagian kedua.

Pada pagi itu, kami bangun awal sebab kami telah diberitahu yang sarapan akan bermula pada jam tujuh suku pagi. Sebenarnya, aku telah terjaga dari tidur pada kira-kira jam lima pagi. Tapi, aku mengambil keputusan untuk berehat sebentar lagi sebab masih awal lagi. Tapi, tak sangkalah pulak yang aku telah terlelap. Dan, tersedar semula pada kira-kira jam enam setengah pagi.

Setelah kami semua telah bersiap, maka kami pun berangkat keluarlah dari bilik dan menuju ke lif. Dan, sekali lagi, si Singh telah terlupa jalan nak menuju ke lif.

Kami telah ke dewan makan. Pada pagi itu, kami makan bihun goring dan juga hot-dog. Wah, makanan pada pagi itu, begitu pedas sekali. Sampai aku tidak tertahan dibuatnya. Yalah, aku takut sakit perut sebab perut kosong, tiba-tiba, makan pedas-pedas.

Aku telah terserempak dengan Jaafar dan Fadzlin di dewan makan. “Ha, Khai Eong dok kumpul ni, satni dia tulislah dalam e-mel ni.” Jaafar berkata.

Pada pagi itu, aku hanya makan sepinggan sahaja. Aku tak beranilah nak menambah sebab aku takut nanti sakit perut nak berak pulak. Aku juga menyapu bersih hot-dog di dalam pinggan Singh. Yalah, sebab, dia taknak makan. Wah, beruntungnya aku.

Sabtu 14 Jun. Pada hari ini, mesyuarat dwi tahunan SBM pun bermulalah di Dewan Cempaka Sweet. Mesyuarat itu telah dirasmikan oleh Puan Fatimah Zuraidah yang mewakili Ketua Pengarah JKM. Tapi kan, orang tu bercakap, ada loghat orang putihlah.

Puan Fatimah menyatakan rasa bangga dan kagumnya kepada golongan oku penglihatan kerana telah Berjaya mengadakan mesyuarat yang sebegini besar dan juga hebat.

Selepas ucapan diberi, kami telah berhenti rehat untuk makan pagi yakni minum teh. Pagi itu, makanannya sedap. Aku tak taulah nak menyebut nama makanan tu. Pada pagi itu, aku dan Swarn Singh duduk bersama Hashim dan kumpulan ahli dari Melaka. Sementara Najeri pula, duduk bersama kumpulan ahli SBM dari Kelantan.

Pada pagi itu juga, Anne Lotia telah menelefon aku. Wah, tak sangkalah pulak dia juga datang menghadiri mesyuarat kali ini. Tapi saying, kami tak boleh jumpa. Dia duduk entah di barisan mana, aku pun tak tau.

Oleh kerana jamuan ringan yang diberi sangat sedap, maka aku pun carilah siapa-siapa yang makan tak habis.

“Shim, ada lagi kuih?” Aku bertanya. Sebenarnya, sebelum tu, kuih Hashim dah habis aku sapu. Yalah, dia nak bagi, jadi, aku ambik sajalah apa nak tunggu lagi. “Tak ada dah, kuih dah habis.” Hashim menjawab. “Oh, aku ingatkan, ada lagi kuih.” “Kuih tadi tu, sedaplah encik.” Berkata aku.

Aku sangat bertuah. Rupanya, pertanyaan aku kat Hashim telah didengari oleh seorang ahli SBM yang duduk kat depan aku. Tiba-tiba aku disapa. “Nah kuih, tak boleh habis.” Makcik itu berkata. “Oh, terima kasih kak.” Aku berkata dengan riang dan gembira sekali. Wah, apa ditunggu lagi, membelasahlah aku kuih-kuih tu.

Jam sebelas pagi, mesyuarat bermula. Dan seperti biasa, mesyuarat ini dipengerusikan oleh presiden SBM, Mah Hassan Omar.

Jam satu tengahari, makan tengahari pun dihidangkan. Wah, tengahari tu, makan sedap. Ada lauk kambing, ayam dan sotong. Wah apa lagi, membelasahlah aku dengan begitu lahap sekali.

Aku bercadang nak menambah sepinggan lagi sebab terlampau sedap. Tapi, tak jadi. Aku panggil kerani tambah nasi, tapi mungkin dia sibuklah, lalu dia tak ambik nasi kat aku. Akhir sekali, aku, Singh dan Najeri pun naik ke bilik.

Pada mulanya, aku dan Najeri merancang nak duduk saja di bilik. Yalah, malaslah nak pergi mesyuarat tu. Malas nak mendengar si Jaafar bertekak. Setiap mesyuarat dwi tahunan, dia mesti nak bergaduh. Macamlah takdak kerja lain.

Tapi, jam 2:20 petang, aku dan Swarn Singh pun turun juga ke dewan. Sesampainya di dewan, Soon Eng yang juga dikenali dengan Ah Pek telah membawa kami duduk bersama-sama dengan kumpulan ahli SBM Pulau Pinang. Ha, kira ok lah.

Depan mesyuarat, kami ada yang bersembang. Di situ juga aku telah bersua dengan saudara Azmi Rejab. Dia datang naik bas sendiri, dia tak naik bas dengan kami semua.

“Ah Pek, Ah Pek, Ah pek.” Tiba-tiba kerani SBM Pulau Pinang memanggil Soon Eng. “Eh, hang jangan dok bisinglah.” “Awat dia ni dok bising sangat?” Ah Pek marah-marah. Dan sementara ah pek tu pulak, dok sibuk apa entah aku pun tak tau.

“Ah Pek, Ah pek, Ah pek.” Kerani memanggil lagi. ?Mad, hang ada ubat dak?” “Pompuan ni asyik dok kacau aku saja, pasai apa tah.” Soon Eng berkata. “Awat?” Soon Eng bertanya. “Takdak apa.” Kerani menjawab rengkas. “Ha hang tengok, dia gatai, panggil-panggil, dia tak mau habak.” Soon Eng berleter.

Kerani dan rakan-rakannya bising di sebelah Soon Eng. “Wey, toksah dok bising-bisinglah.” “Toksahlah dok bising, dok elok-elok satni angin masuk kat celah-celah kain baru hampa tau.” Soon Eng berkata. “Celaka betoilah ah pek ni.” Kata kerani. “Yalah, betoi dak aku kata?” Soon Eng bertanya.

Sementara aku pulak sedang mencari asam boi. Dari semalam lagi aku mencari asam boi. “Dia ni, macam pompuan mengandung pulak nak cari asam boi.” Soon Eng berleter lagi.

Kini, tibalah pulak, minum petang. Wah, minum petang punya barang makan pun, sedap jugak. Tapi, aku dah lupalah apa makanan dia. Tapi, ianya memanglah sedap betul.

Selepas makan, mesyuarat disambung lagi. Kali ni, tinggal sikit lagi. Dan, apabila habis mesyuarat, maka kami pun, pulanglah ke bilik.

Selepas dah mandi semua, Najeri dan Marzuki bersiap-siap untuk keluar. Kawan mereka Mad Rani jugak mai sama. Mereka nak pergi ke Jalan Chow-kit.

“Wey, hang tanyalah Tikoih tengok dia nak pikah dak.” Najeri memberitahu Mad Rani. Mad Rani pun pergilah bertanya kepada si tikus. “Tikoih kata, dia taknak pi.” Beritahu Mad Rani. “Awat?” Najeri bertanya. “Takdak orang ikut.” Mad Rani memberitahu. Dan selepas itu, mereka bertiga termasuk sorang lagi rakan mereka pun keluar.

Sebenarnya, Tikus itu adalah nama panggilan untuk seorang ahli bersekutu yang bernama Siti Noor Janah. Aku sendiri pun tak tahu kenapa dia dipanggil dengan nama tikus. Mungkin juga perangainya itu seperti seekor tikus agaknya.

Pada malam itu, aku telah menemankan si Singh pergi minum teh tarik di kedai yang berhampiran dengan 7-11 dan selepas itu, Singh telah pergi mendengar kempen pemilihan SBM di dewan mesyuarat dan aku pulak, duduk di luar dewan. Malaslah aku nak masuk ke dalam dewan. Membingitkan telinga sahaja.

Pada malam itu, aku, Hashim dan Namila telah ke bilik cikgu Rashid. Cikgu Rashid hamper terkena struk kerana termakan kuah kari kambing. Jadi, kami pergilah melawatnya.

Dan, jam 12:00 malam, kami pun pulanglah ke bilik. Najeri dan kawan-kawan pulang dah hamper jam dua pagi.

Bersambung.

Isnin, Jun 16, 2008

BGM 2008 bahagian satu

Aha, inilah dia cerita BGM di Kuala Lumpur.

Pada hari Jumaat, 13 Jun, kami telah bertolak ke Kuala Lumpur dengan menaiki bas yang disewa khas oleh SBM cawangan Pulau Pinang. Bas telah memulakan perjalanan pada lebih kurang jam sepuluh pagi.

Orang yang pertama menaiki bas ialah aku dan juga Ah Hong. Kami menaiki bas dari Bayan Lepas. Bas tu agak besarlah. Ada 40 tempat duduk. Tapi, penghawa dinginnya tu, tak berapa nak sejuk.

Selepas mengambil kami, bas telah bertolak pula ke Komtar untuk mengambil penumpang-penumpang di sana pulak. Entah macammana, pemandu bas tu, terlupa nak membelok. Nasib baik dia tau apa nak dibuat.

Apabila sampai di Komtar, penumpang pun diambil. “Najeri, mai sini.” Aku memanggil. “Mana Singh?” Aku bertanya. “Singh kata, dia tunggu kat St. Nicholas. Beritahu Najeri. “La, awat dia tak mai tunggu kat rumah hang”? “Kan hang kata dia nak mai tunggu kat Komtar ni?” Aku bertanya dengan panjang lebar.

“Aku tak taulah dengan Singh tu.” Najeri merungut. Dan, seperti yang dirancangkan, Najeri duduk kat belakang aku.

“Wah kak Tajma, apahabak?” Aku bertanya. “La, Khai Eong, apa dah jadi kat hang?” Aku dengak hang nak boikot.” Kak Tajma bertanya. “Oh, yang tu lain cerita dia kak.” Aku menjawab dengan rengkas.

Dan kini, kami bergerak pula ke St. Nicholas. Yalah, di St. Nicholas, masih ada lagi orang yang nak diambil dan antaranya ialah Singh. Entah mengapalah si Singh ni pergi menunggu di St. Nicholas.

Bila telah tiba di St. Nicholas, penumpang pun naik. Cuma ada tiga orang sahaja yang naik. Mereka ialah Lee Kau Chai, Maimun dan juga Esah Husin. Ini termasuklah Swarn Singh.

“Eh Singh, why you go wait in St. Nicholas?” Najeri dan aku bertanya. “Yalah, sebab I takut, I tak sempat nak pergi rumah you, jadi, I pergilah tunggu di St. Nicholas.” Singh memberikan penerangannya dengan panjang lebar.

Singh duduk dengan Najeri. Itulah perancangan kami selama ini. Di tepi aku ialah Ah Hong. Tetapi, apabila Kau Chai dah naik, dia suruh Ah Hong duduk dengannya. Jadi Ah Hong pun pergilah duduk dengannya. Maka sekarang, kat sebelah aku, dah pun kosong. Singh pun merancang nak duduk dengan aku. Lalu, dia meletakkan begnya di tempat duduk yang kosong itu.

Dan kini, kami menuju pula ke Butterworth. Kami akan ke stesen KTMB untuk mengambil para penumpang yang menunggu di sana pula. Dan, jam sudah hamper sebelas pagi.

Kami berhenti di stesen KTMB Butterworth agak lama iaitu lebih kurang setengah jam. Dan selepas semuanya telah selesai, kami pun meneruskan perjalanan. Kami akan bertolak pula ke Seberang Jaya untuk mengambil pengerusi kami iaitu Tan Ah Bah.

Dan sekarang, kami akan ke distinasi terakhir kami iaitu di Kulim untuk mengambil para penumpang di sana. Jam sekarang sudah hamper 12:00 tengahari.

Sementara itu, di dalam bas terasa amat panas sekali. Maklumlah penghawa dingin tidak berapa elok. Ramai yang sudah merungut. “Siapa ada skuru driver angkat mari, saya mau kopek ini tingkap.” Beritahu Ah Hong. “Wah banyak panas o. Serupa duduk dalam Arburn.” Kata Ah Hong.

“Wey, aku terasa nak beraklah wey.” Najeri pula berkata. “Wah, ini sudah muncul kes baru. “Tadi aku makan laksa masa hang telefon tadi.” Najeri bercerita. “Yang hang perut kosong pi makan laksa tu apa hal?” Aku bertanya. “Tak, selama ni ok saja, tah hari ni pulak dia buat perangai.” Beritahu Najeri.

Kami singgah rehat di Bukit Merah. Di sana, aku dan najeri pergi berak. Aku pun berasa nak berak jugak. Tandas di situ bersih dan siap ada kipas angin lagi.

Selepas berak, aku dan Najeri pergi makan. Di sana aku makan mi goring, air coca cola satu tin dan sebungkus sand wich sardin. Sand-wich tu aku bawa ke bas.

Semasa pelayan datang bertanyakan air, aku bertanya, air coca cola tin lebih murahkah, botol lebih murah? Pelayan tu tergelak. Akhirnya, aku membeli air dalam tin.

Jam dua petang, bas bertolak semula. Kini, kami akan terus ke Kuala Lumpur tanpa berhenti di mana-mana dah. Itulah yang telah dirancangkan.

“Alamak, aku rasa nak berak lagilah.” Najeri berkata. “Wey, hang ni pasai apa pulak?” “Tadi, kan hang dah berak?” Aku bertanya. “Dak, tadi memang dah, tapi ni aku terasa baliklah.” “Ni mesti pasai makan laksa pagi tadilah.” Najeri merungut.

Bas terus bergerak. Tapi penghawa dingin tetap tak dingin. Ramai orang sudah merungut. Jadi, untuk meredakan keadaan, alas an yang menasabah terpaksalah diberi. Sementara aku pula, berasa amat dahaga sekali. Semua ini kerana gara-gara meminum air coca cola tadi.

Apabila bas berhenti di suatu distinasi rawat dan rehat, kami pun turun. Di situ, aku telah meminum satu tin air kopi dan juga sebotol besar air mineral. Sementara itu, Najeri sekali lagi telah ke tandas untuk melakukan kerjanya. Maka, terpaksalah kami menunggunya pula.

Kini bas telah memulakan perjalanannya semula dan terus akan menuju ke Kuala Lumpur. Kami tiba di hotel Cempaka Sweet pada lebih kurang jam tujuh malam. Kami terus lapor masuk. Aku, Najeri, Swarn Singh dan Marzuki di bilik 2113. Semua peserta dari Pulau Pinang ditempatkan di tingkat 21. Wah, kira ok lah tu.

Tapi, di hotel ni, keselamatannya ketat. Perjalanan lif menggunakan kad. Contohnya, kalau kita nak ke bilik rakan kita, rakan kita kena datang ambil kita sebab kalau kita tiada kad tingkat 15 contohnya, kita tak boleh ke situ. Kalau nak ke situ juga, kenalah naik tangga.

Apabila sampai di bilik, sekali lagi, Najeri pergi berak. “Ini orang ha, sudah berapa kali dia berak pun aku tak taulah.” Singh merungut. “Aku sakit perutlah Singh.” Beritahu Najeri.

Jam 8:30 malam, kami ke dewan untuk mendengar taklimat yang akan diberikan oleh setiausaha agung SBM iaitu Nazari Osman. Beliau telah menerangkan kedudukan dalam dan kawasan hotel tersebut.

Aku dan Najeri duduk di belakang kawan Najeri iaitu Siti Halijah. “Ha, kena jerat, mampoih.” Kata Najeri. Aku pun tak tau pasai apa dia kata macam tu.

Kami semua masih lagi belum makan malam. “Wey, hang telefonlah kerani Tanya pasai nasi.” Beritahu Siti Halijah pada sorang kawannya yang aku sendiri pun tak kenal. Lalu, Siti Halijah pun memberikan nombor telefon kerani SBM kepada rakannya itu. Maka dari situ, aku dapatlah nombor telefon kerani SBM tu.

Rupanya, nasi telah dihantar ke bilik kami masing-masing. “Nazari, kami pi makan dulu nah?” Beritahu Siti Halijah kepada Nazari. “Nanti awak tak faham pulak apa yang saya cakap.” Balas Nazari. “Kami tak makan lagi ni.” Beritahu Siti. “Tak makan lagikah?” Nazari bertanya. “Yalah.” Jawab Siti Halijah rengkas.

Aku, Najeri dan Swarn Singh pun terus berjalan keluar dewan dan nak menuju naik ke bilik. Apabila di pertengahan jalan, kami terserempak dengan Ah Hong yang masih lagi duduk menunggu makanan.

Dan, di sana, kami telah diberi sorang sepaket makanan. Kami pun duduklah di kerusi dan makan. Kami juga diberikan buah epal.

Selepas makan, kami pun naik ke bilik. Dan di bilik, sudah pun ada beberapa paket makanan. Aku yang kuat makan ni pun, apa lagi, makanlah sepaket lagi makanan iaitu nasi. Malam tu minum air soya kalau tak salah.

Pada malam itu, aku dan Najeri telah ke bilik hashim Ishak di tingkat 13. Kami terpaksa turun ke tingkat 3A supaya hashim dapat membawa kami ke biliknya. Aku, Najeri dan Singh kini sudah berada di bilik hashim. Hashim pun berkempenlah untuk memilih cikgu Muhammad Ismail sebagai presiden baru SBM.

Di sana, sekali lagi Najeri masuk tandas. “Aiyo, ini orang ha, hari ni dia punya kerja berak sajalah.” Sekali lagi Singh merungut.

Hashim telah membuat panggilan telefon ke beberapa bilik untuk berkempen buat cikgu Muhammad Ismail. Wah, rancak sungguh dia berkempen.

Selepas itu, Singh telah keluar dan entah ke mana menghilang. Hashim membawa aku dan najeri ke bilik cikgu Rashid. Di situ, hashim dengan gahnya berkempen untuk cikgu Muhammad Ismail.

Jam duabelas tengahmalam, kami beredar dari bilik cikgu Rashid. Kami sebenarnya nak mengajak si namila datang ke bilik cikgu Rashid, tapi dia malu pulak.

Aku dan Najeri turun ke tingkat satu untuk mintak bantuan membawa kami ke tingkat 21. Kami naik semula ke tingkat 3. Kami keluar dari lif. Alamak, sunyi dan sepi serta bergaung pulak. Macam duduk dalam gua. Kami merayau-rayau di tempat yang sunyi dan sepi itu. Kami cuba mendapatkan bantuan.

Nasib kami agak baik kerana pintu lif terbuka dan ada orang yang nak naik ke tingkat 21. Maka, dapatlah kami naik ke tingkat 21.

Dan sesampainya di bilik, sekali lagi Najeri ke tandas dan selepas itu, aku pun pergi mandi. Kemudian, kami tidur.

Bersambung.

Ahad, Jun 08, 2008

Naik harga vs naik angin……

Salam bahagia.

    Seperti mana yang telah dijangkakan, parti pembangkang dan NGO's-NGO's yang dikatakan berjuang untuk rakyat, kini telah memulakan acara rutin mereka iaitu mengadakan demonstrasi.  mereka berdemonstrasi kerana harga bahan bakar sudah naik dan harga barang keperluan sudah pun naik dengan mendadak.

 

    mereka ini sepatutnya mencari idea-idea yang bernas, bagaimanakah hendak mengatasi masalah ini dan bukannya menangguk di air yang keruh seperti sekarang ini.

 

    Tetapi, biasalah sikap parti pembangkang ini, mereka akan mencari sokongan apabila ada isu-isu yang sepatutnya boleh diselesaikan dengan memberikan idea-idea yang bernas kepada pihak-pihak yang berwajib.  Tetapi, mereka ini, lebih suka membuat huru-hara daripada menyelesaikan masalah.

 

    Maka, rakyat yang tidak tahu hujung-pangkal pun terpengaruhlah dengan isu-isu yang dimainkan oleh mereka ini.

 

    Kepada pihak kerajaan pula, adalah diharapkan dapatlah kiranya mengerahkan badan-badan yang berkaitan dengan rakyat untuk memberikan penerangan yang sedalam-dalamnya mengapakah semua ini berlaku.  Berdialoglah dengan rakyat untuk mencari jalan, bagaimanakah masalah kenaikan yang gawat ini dapat diselesaikan dengan situasi menang-menang.

 

    Mari kita baca artikal di bawah.  Semoga kerajaan dapat berbuat sesuatu.

 

Artikal dipetik daripada Agenda daily.

 

Naik harga vs naik angin……
Oleh: BADRUL HISHAM ABDUL AZIZ

Pengumuman harga baru diesel dan petrol dikuatkuasakan mulai Khamis nyata tidak menggembirakan para pengguna khususnya yang berpendapatan rendah dan sederhana sehingga mendorong mereka menggesa kerajaan menimbang semula mengenai keputusan itu.

Menimbang semula untuk mengurangkan harga bahan api itu bermakna kerajaan menambah kembali subsidi yang telah dikurangkan. Perubahan harga baru menjadikan petrol dijual RM2.70 dan diesel RM1.58 seliter sebenarnya adalah kesan daripada penarikan balik subsidi sebanyak 78 sen bagi petrol dan RM 1 bagi diesel. Harga pasaran bahan-bahan api itu masih disubsidi sebanyak 30 sen.

Persoalannya sekarang ialah bagaimana kita perlu menghadapi kenaikan atau krisis ini? Kita perlu tunjuk perasaan atau kita perlu mengawal perasaan?

Menunjuk perasaan atau mengadakan demonstrasi jalanan memang mudah. Hari ini sebut, hari ini juga muncul satu badan yang seringnya menggunakan nama badan bukan kerajaan (NGO) untuk menganjurkan demonstrasi itu.

Timbul sahaja sebarang isu, sudah ada badan, khususnya pembangkang yang berselindung atas nama NGO bersiap sedia untuk membantah walaupun mereka sendiri tidak mempunyai sebarang pilihan kukuh untuk keluar daripada kemelut berkenaan.

Pertanyaan dilontarkan di sini, ke mana perginya NGO yang menyokong kerajaan? Di mana kelab, persatuan atau gabungan yang bersama-sama kerajaan? Ke mana pula perginya badan-badan yang memang selama hari ini mendapat pembiayaan daripada kerajaan?

Kenapa mereka tidak bingkas seperti NGO yang mahu mengadakan demonstrasi jalanan.
Badan-badan ini seperti Komuniniti Bestari (dahulunya K3P), pegawai JASA, pemaju masyarakat di bawah KEMAS, pertubuhan belia hatta parti politik kerajaan sendiri wajar turun padang menemui segenap lapisan masyarakat menerangkan kenapa harga minyak atau apa jua, perlu dinaikkan.

Badan-badan ini bagaimanapun hendaklah terlebih dahulu diberikan taklimat dan penerangan sewajarnya daripada pihak kerajaan sendiri menerangkan bahawa subsidi perlu ditarik balik untuk membetulkan keadaan dan subsidi yang berjumlah berbilion ringgit itu boleh dihalakan untuk tujuan lain seperti pembangunan di luar bandar, bantuan kebajikan masyarakat, infrastruktur dan juga pembiayaan pendidikan dan sebagainya.

Masyarakat juga harus diberi kefahaman bahawa menikmati subsidi sepanjang masa adalah budaya yang salah. Ini terbukti pada akhir tahun 1970-an apabila ada pihak mengesyorkan subsidi diberikan kepada imam tua untuk membeli atau membuat gigi palsu supaya bacaan mereka terus betul dan mantap. Cara yang betul ialah menukar imam, bukannya gigi mereka!

Baja dan racun untuk kebun diberi subsidi, tetapi ada yang nakal menjualnya untuk mendapatkan tunai dan kebun terus menjadi semak samun.
Memang sudah menjadi budaya rakyat kita dimanjakan dengan pelbagai subsidi sehingga merasakan subsidi itu adalah keistimewaan atau hak yang tidak boleh ditarik balik. Subsidi tidak pernah dilihat sebagai prihatin kerajaan, jauh sekali menilainya sebagai ‘baik budi’.

Apabila subsidi ditarik balik mereka memberontak, apatah lagi ada pihak yang muncul menjadi juara penganjurnya.

Penarikan subsidi atau kenaikan harga yang berlaku pada Khamis, bagi rakyat tempatan masih agak membebankan kerana mereka terpaksa berbelanja tambahan 40% untuk bahan api kenderaan masing-masing. Jika dahulu berbelanja RM1,000 sebulan, kini menjadi RM1,400.

Namun, rakyat Singapura dan Thailand, pastinya akan tetap membeli minyak di sempadan kerana harga kita adalah RM1.20 lebih murah daripada harga mereka dan mereka masih juga mendapat subsidi kerana larangan yang dikenakan kepada mereka hanyalah untuk beberapa hari sahaja.

Ini tentunya memerlukan kajian lanjut. Apa kata, petrol dan diesel dijual pada harga yang lebih mahal (tetapi masih rendah daripada Thailand dan Singapura) kepada mereka umpamanya RM3.30 seliter dan perbezaan ini boleh dijadikan pengimbang untuk mengurangkan harga bagi rakyat tempatan. Kerajaan masih perlu mengkaji bagaimana menyekat pemilik kenderaan asing menikmati subsidi yang dikhaskan untuk rakyat Malaysia sahaja!

Pemberian rebat RM150 bagi pemilik motosikal berkuasa rendah dan RM625 bagi kereta di bawah 2000 cc ketika membayar cukai jalan tentulah satu lagi insentif atau subsidi.
Bayangkan cukai motosikal cuma RM2 tetapi pemilik akan pulang dengan baucar yang boleh ditunaikan di Pos Malaysia sebanyak RM150. Begitu juga dengan pemilik kenderaan 2000 cc perlu membayar cukai jalan kira-kira RM400 tetapi mendapat rebat sebanyak RM625.

Sebenarnya, dalam kedua-dua keadaan, para pemilik tidakpun membayar cukai kerana kerajaan memberikan habuan yang lebih tinggi. Dahlah tidak perlu bayar cukai, ada pula lebihan untuk membayar insurans kereta. Bermakna, para pemilik cuma perlu bayar minyak sahaja sedangkan insurans dan cukai jalan seolah-olah telah dimansuhkan kerana dibayar oleh kerajaan.

Dengan ‘pemansuhan’ ini, kerajaan terus mengeluarkan subsidi yang bermaksud ia hilang keupayaan kerana sumber kewangnannya telah menurun.

Bagaimanapun, kita harus melihat dari sudut positif iaitu pertamanya apabila menuntut rebat berkenaan, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tentulah mahu memastikan kesahihan pemilik kenderaan. Untuk itu, setiap kenderaan berkenaan harus didaftarkan atas nama pemilik.

Buat masa ini, tanyalah JPJ berapa banyak kenderaan yang tidak didaftarkan atas nama pemilik kerana beberapa sebab, termasuk mengelakkan bayaran RM150 untuk caj tukar nama dan menggunakan nama orang lain untuk mengelak daripada dikesan oleh pelbagai jabatan kerajaan atau bank!

Kedua, apabila kenderaan didaftarkan atas nama pemilik, insurans juga dibeli atau nama mereka. Ini membawa maksud, pemilik dan kenderaan masing-masing dilindungi sepenuhnya dan ini pula membawa maksud jika berlaku sebarang kemalangan, mereka dilindungi oleh insurans dan tidak lagi dibebani dengan perbelajaan sendiri.

Kenaikan harga bahan api juga pada jangka panjang harus dilihat sebagai langkah membetulkan corak dan gaya hidup kita. Umum wajib mengakui, kebanyakan daripada kita iaitu yang tidak malas bekerja, memiliki kenderaan dan juga telefon bimbit. Kedua-duanya telah diterima sebagai keperluan harian, walaupun masih banyak orang yang tidak bergantung kepada kereta dan telefon, masih sempurna hidup mereka.

Tidak ada sesiapapun yang boleh melarang pihak lain membeli atau memiliki kereta. Pegawai kerajaan, pekerja kilang, pembantu makmal dan pelayan pejabat, masing-masing berkereta. Cuma yang gawatnya ialah pembantu pejabat mahu bergaya dengan kereta di luar kemampuannya. Seorang kerani pula mahu memandu kereta seperti professor dan seorang pegawai kecil mahu menjadi pegawai besar.

Ini semua gara-gara ada subsidi bahan api dan betapa mudahnya untuk membeli kenderaan di Malaysia tercinta. Jika 10 tahun dahulu kita perlu mengeluarkan RM7,000 untuk membeli kereta kerana pinjaman hanya setakat 90%, kini ada kenderaan yang boleh dibeli tanpa mengeluarkan sesenpun. Malah, ada pula pengedar yang menawarkan wang tunai sehingga RM14,000 atau baucer minyak sehingga RM2,000 dan pelbagai tarikan lagi.

Kerana ini, gaya hidup rakyat Malaysia berbeza dengan negara lain yang sukar memiliki kenderaan. Oleh kerana subsidi yang tinggi, mereka mempunyai lebihan wang dan wang itu digunakan pula untuk pembiayaan telefon bimbit. Tak cukup satu, beli dua atau yang gatal, beli tiga.

Tepuk dada dan tanya seikhlas-ikhlasnya, adakah kita benar-benar memerlukan telefon bimbit. Jika kita perlukan, adakah anak-anak yang masih bersekolah juga memerlukannya? Jawablah seikhlasnya!

Corak hidup merempit dan berpeleseran dalam kereta juga patut diinsafi oleh masyarakat. Budaya merayau-rayau berkereta pada waktu malam juga harus dibetulkan kerana apabila merayau-rayau ia juga bermakna jangka hayat enjin dan tayar kereta akan menjadi singkat sedangkan bil kad kredit akan menjadi lebih panjang.

Kenaikan harga bahan api juga harus dilihat dari sudut menghidupkan kembali budaya berkongsi kereta yang pernah diwar-warkan dahulu. Jika bekerja di kawasan yang sama, mungkin boleh berkongsi kereta. Begitu juga jiran-jiran boleh berkongsi kereta menghantar anak-anak ke sekolah atau ke pasar.

Kesesakan di bandar-bandar besar, kebanyakannya berlaku bukan kerana sistem jalan yang tidak baik, tetapi kerana jumlah kereta yang terlalu banyak. Mungkin ada baiknya, dibina lebih banyak lorong khas dan galakkan orangramai menggunakan motosikal.

Untuk itu, perlulah diadakan kajian menyeluruh kemungkinan untuk menurunkan lagi cukai jalan bagi motosikal berkuasa tinggi seperti di Singapura. Ini kerana, penggunaan motosikal besar adalah lebih selamat daripada kapcai atau skuter.

Bagi pihak kerajaan pula, ia hendaklah menggembleng usaha dan memerah otak untuk membaiki sistem pengangkutan awam di kota-kota besar khususnya Lembah Klang, Pulau Pinang, Ipoh dan juga Johor Baharu.

Begitu juga dengan KTM Berhad yang seharusnya memperluas perkhidmatan Komuternya . KTM yang terkenal dengan Keretapi Tambang Murah patut menambah kekerapan komuternya bagi menampung jumlah penumpang yang semakin berasak-asak ibarat sardin di dalam tin.

Landasan yang selalu ditenggelami air patut dibaiki, Lokomotif yang sering rosak perlu dibaiki atau diganti.

Perkhidmatan-perkhidmatan rel udara / ringan di ibukota Kuala Lumpur juga harus dipromosikan dengan terbaik supaya orang awam tertarik menggunakan perkhidmatan yang disediakan. Apalah gunanya menyediakan perkhidmatan jika tidak ramai yang sudi menggunakannya.

Bas, adalah pengangkutan yang sepatutnya paling berkesan, tetapi puluhan kali pengendali dan sistem ditukar, ia masih ibarat hangat-hangat tahi ayam. Muktahir, RapidKL diberi amanah oleh kerajaan untuk mengendalikan perkhidmatan bas yang disediakan oleh Kementerian Kewangan Incoporated.
Buat masa ini, usaha syarikat pengangkutan kerajaan itu dillihat lebih kepada membeli bas-bas baru sedangkan bas-bas yang berada di jalan raya masih kosong ataupun kurang mendapat sambutan walaupun tambangnya cukup murah.

Kenapa RapidKL masih tidak mendapat sambutan? Sebabnya mudah iaitu bas-bas berkenaan tidak berupayaa mengikut jadual perjalanan dan mengambil masa yng terlalu lama hanya semata-mata tersekat dalam kesesakan jalan raya. Apabila tersekat, orangramai tidak lagi minat menaikinya.
Lorong-lorong khas untuk bas dan teksi yang disediakan di sekitar Kuala Lumpur hanya dihormati pada peringkat awal iaitu apabila pihak polis dan warden DBKL terpacak di sepanjang jalan untuk menyaman pihak yang melanggar peraturan itu.

Apabila sudah tidak ada pihak penguatkuasa, nampaknya semua orang sudah tunjuk kuasa dengan sewenang-wenngnya menggunakan lorong khas berkenaan.
Walau apapun keadaan, harga bahan api tidak dapat dibendung lagi. Yang boleh dibendung hanyalah sikap dan corak hidup kita. Kerajaan pula haruslah menggunakan segala mekanisme yang ada untuk meredakan keadaan.
Badan-badan yang disebutkan lebih awal, harus dilengkapkan dengan pengetahuan dan maklumat sewajarnya untuk membantu kempen kesedaran di kalangan pengguna. Dan, yang lebih mustahak ialah kesedaran harus dipupuk terlebih dahulu sebelum sebarang langkah diumumkan .-6/6/2008

--- end ---

Khamis, Jun 05, 2008

Minyak disel dan petrol dah naik.

Seperti biasalah, bila minyak naik, semua pakat nak naik.  Tak reti-reti nak turun.  yang takdak berkaitan dengan minyak pun pakat-pakat nak naik belaka.

    Semalam pak Lah dah umumkan Minyak petrol naik 78 sen sementara disel naik seringgit.  Amboi kenaikan yang brutal tu.

 

    kerajaan memperuntukkan 56 bilion hanya untuk subsidi minyak.  Aiyo, banyak oi.  Itu 56 bilion kalau digunakan untuk pembangunan dan bantuan kepada rakyat adalah lebih berfaedah.

 

    memang tidak dapat dinafikan bahawa dengan kenaikan mendadak harga minyak ini, golongan yang berpendapatan rendah akan menerima akibatnya.  dan keadaan seperti ini sudah semestinya akan dimanipulasikan oleh parti pembangkang untuk meraih sokongan.  Bak kata pepatah, menangguk di air yang keruh.

 

    Selain daripada rebat yang diberi, adalah diharapkan bahawasanya pihak kerajaan akan memikirkan beberapa makanisme lagi untuk membantu golongan yang berpendapatan rendah ini.  Ini bertujuan untuk meringankan beban yang ditanggung oleh mereka.

 

    Dan, adalah diharapkan pihak kementerian yang berkaitan dapatlah mengadakan satu road show untuk menerangkan kepada rakyat jelata sebab-sebab kenaikan harga minyak secara mendadak ini perlu dikuatkuasakan.  jangan biarkan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab memainkan sentimen yang boleh menyebabkan huru-hara tercetus.

 

    Bagi saya, kenaikan ni bagus jugak.  Yalah, orang negara jiran dok mai beli minyak kat negara kita pasai murah.  Wah, banyak cantik depa punya muka.  Jadi sekarang, akan mengurangkan sedikit kebanjiran warga asing untuk membeli minyak subsidi negara kita.  Dan diharapkan, penyeludupan minyak akan dapat dikurangkan.

Maria oh Maria

Selamat kepada semua.

    Dua hari yang lalu, 3 Jun, aku telah dapat berkenalan dengan seorang gadis yang juga cacat penglihatan.  Beliau tinggal di Sarawak dan kini sedang menjalani latihan di Pusat Latihan Bagi Orang-orang buta di Sarawak.  nama beliau ialah Maria.

 

    Sehari sebelum itu, seorang rakanku yang juga dari Sarawak iaitu Yong telah memperkenalkan aku kepada Maria.  Yong ialah seorang guru resos di SMK Batu Lintang.  Yong telah memberikan nombor telefon Maria padaku.

 

    kemudian, pada pagi 3 Jun aku telah menghantar satu my voice kepada Maria.  maklumlah, aku tidak berani menelefonnya.  Aku ni, pemalu sikit.  Nak berkenalan, tapi malu.

 

    Ku mengharapkan agar dia dapat membalas my voice yang kuhantar itu.  Tapi, segala-galanya hampa belaka.  menurut Yong, berkemungkinan, dia tidak tahu untuk membalas my voice tersebut.

 

    Pada sebelah tengahari, Yong telah menelefonku bertanyakan adakah aku telah menelefon Maria.  Aku menjawab belum sebab aku tak berani.  Maklumlah, baru kenal.  Yong memberitahu aku supaya adalah lebih baik menelefonnya.

 

    Pada malam itu, aku memberanikan diri menelefon Maria.  Rupanya, gadis itu seorang yang peramah.  Beliau memberitahuku bahawa Yong telah memberitahunya tentang aku serba sedikit.

 

    Aku pun memperkenalkan namaku padanya.  Aku juga menceritakan serba sedikit tentang aku padanya.  Dan kini, terjalinlah persahabatanku dengan Maria.

Selasa, Jun 03, 2008

mengapa mejoriti besar golongan oku penglihatan menyebelahi pembangkang?

Saya pernah menulis bahawa orang buta mejoriti besarnya menyebelahi pembangkang.  Sememangnya ini tidaklah dapat dinafikan sama sekali.  Ia adalah realiti yang sebenar.

    Orang kata, sesuatu perkara yang berlaku itu, mestilah bersebab.  Begitu jugaklah mengapa mejoriti besar orang buta menyebelahi pembangkang dan tidak menyebelahi kerajaan.

 

    Pihak parti pemerintah dikatakan gagal mendekati dengan orang-orang buta.  Jika sesuatu menteri atau oraang-orang besar dijemput untuk merasmikan sesuatu majlis anjuran persatuan-persatuan NGO orang buta, mereka selalunya hanya akan menghantar wakil sahaja.  Yang dijemput ini lebih berminat menghadiri majlis yang lebih berprestage.

 

    Apabila sesuatu majlis dibuat oleh NGO's oku penglihatan, jarang kita dapat melihat sukarelawan dari parti pemerintah seperti Umno dan parti komponen BN yang lain.  yang banyak akan menjadi sukarelawan untuk sesuatu majlis anjuran NGO's oku penglihatan ini ialah mereka dari parti pembangkang.  jadi tidak hairanlah parti pembangkang lebih dekat di hati oku penglihatan ini.

 

    Apabila sesuatu permasalahan yang dihadapi oleh oku penglihatan ini didedahkan ke pihak umum, parti pembangkanglah akan menjadi juara untuk menyelesaikan masalah mereka ini.  Mana dia parti BN yang melaungkan slogan masyarakat penyayang?

 

    Pihak BN amat jarang berdialog dengan golongan oku penglihatan ini.  Apatah lagi bercampur-gaul dengan mereka  Perkara ini diambil alih oleh parti pembangkang.  jadi, apa nak kata?

 

    Masalah infrastruktur golongan oku penglihatan, masalah pengangkutan dan segala masalah keperluan oku penglihatan yang lain, amat lambat diperhalusi oleh pihak kerajaan.  Jadi, tidak hairan kalau parti pembangkang mengambil kesempatan dalam kesemua hal ini.

 

    jadi di sini, ingin saya berseru kepada pihak kerajaan, tolong jangan ketepikan golongan oku khususnya oku penglihatan ini.  Jika anda semua inginkan sokongan dari kami semua, dampingilah kami.  Janganlah menyisihkan kami.

Ahad, Jun 01, 2008

Cerita sana-sini

Wah, cerita-cerita minggu ni pun agak hebat jugak.

    Rabu 28 Mei, maka sahlah Mohd Ezam Mohd Noor masuk Umno.  Borang dia dah bagi kat Pak Lah.  Dia bayaq yuran RM 100.  Tu kira ahli seumur hidup media kata.  Wah, bertambahlah lagi ahli Umno.  Tahniahlah kat Umno.

 

    Tapi biasalah, adalah reaksi positif dan negetifnya.  Yalah, apa nak kata kan, tapi Ezam kenalah buktikan bahawa kemasukannya ke Umno adalah ikhlas untuk berjuang bersama-sama ahli Umno yang lain.  Buktikan bahawa apa yang digembar-gemburkan tentang kemasukan anda ke Umno adalah suatu muslihat adalah tidak benar dan karut semata-mata.  Dan, sentiasalah meminta petunjuk dan hidayah daripada tuhan yang maha esa.

 

    Tapi, kemasukan Ezam ni belum sah pasai MT belum lagi bermesyuarat dan membuat sebarang keputusan.  Pada Ezam, sentiasalah berdiri pada kebenaran.  kalau niat kita baik dan betul, jangan dok risaulah, tuhan akan tolong.

 

    Mai pulak Khamis, enam lagi orang bekas ahli PKR masuk Umno.  Aha, bertambahlah lagi ahli Umno.  Sekali lagi, tahniah diucapkan.

 

    Mai pulak petang Khamis, kedengaran ahli Umno bertelingkah.  hang kata kat aku, aku kata kat hang.  La, awat jadi macam budak-budak pulak ni?  kalau nak bergaduh bertengkak, toksahlah dok buat show kat media.  Buat malu kat orang ja mendedahkan masalah rumahtangga.

 

    Mai pulak Jumaat petang, ha ada cerita baru pulak.  Depa buat pulak blog Kisah Ezam

 

    Blog ni dok habak bagilah kisah-kisah Ezam masa dok jadi penentang Umno dulu.  Amboi, power dan brutal jugaklah dia ni masa tu.  Tak taulah pasai apa depa buat blog ni.  Kalau niatnya buruk, hanya tuhan yang dapat membalas perbuatan depa ni.

 

    Ha, itulah dia cerita politik.  Jom kita tengok cerita si buta pulak.

 

    Pada hari Rabu malam Khamis, aku, Fadzlin Hiezrie dan Azman Rejab serta Tok sidi bersembang di skype.  Masa tu, talian streamyx kat tempat aku ni, masih tak stabil lagi.  Tak taulah pasai apa.  Boring betoi.

 

    pada hari Khamis, Azman Rejab menelefonku.  Dia memberitahu bahawa kabel telefon kat tempatnya sekali lagi telah dicuri oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.  Jadi, tak dapatlah Azman tu memakai streamyx lagi.

 

    Pada pagi Jumaat, aku telah sempag berbual dengan cikgu Rashid dari kelantan.  Sudah agak lama tidak berbual dengan cikgu Rashid ni.  Katanya, anaknya yang pakai komputer.

 

    "Ha jadi ada apa-apa berita baru cikgu?"  Aku bertanya seperti seorang wartawan.  "Saya tak maulah cerita kat awak, nanti awak tulis kat blog, susah saya."  Beritahu cikgu Rashid berseloroh.  "Saya pun selalu baca blog awak."  Tambah cikgu Rashid.

 

    Kami berbual agak lama jugak.  Hari tu, talian sudah agak stabil sedikit.  Jadi, dapatlah berbual.

 

    Pada sebelah malamnya lebih kurang pukul sepuluh setengah malam, aku telah berbual dengan Hashim Ishak, kak Rosnah dan Fadzlin Hiezrie di skype.  Maka, berceritalah aku tentang talian streamyx kat tempatku itu.  "Mungkin sebab Penang diperintah oleh Pakatan Rakyat kot."  hashim berkata.  Suasana senyap seketika.  Hashim ketawa.  Begitu jugak aku.

 

    Kami tau, Rosnah dan Fadzlin tu penyokong pembangkang.  "Mungkin tiang dia punya pasai."  Aku berkata.  "Tiang dia tu."  Rosnah menyokong dengan cepat.

Kenangan di Sekolah Menengah Hj. Zainul Abidin bahagian terakhir

Bersambung di bahagian ketujuh bahagian terakhir.

 

    Tahun 1993 telah pun tiba.  Kini, aku dan rakan-rakan sudah pun di tingkatan lima.  nampaknya, tahun ini adalah amat penting buat kami semua kerana pada tahun ini, kami semua akan menghadapi peperiksaan SPM.

    Kelas tingkatan Lima Damai terletak di tingkat atas blok A.  Pelajar-pelajar lima damai samalah dengan yang empat damai tahun lepas.  jadi, tak ada masalahlah buat kami semua untuk menyesuaikan diri kami.

 

    Tahun ini, guru kelas kami ialah guru bahasa inggeris Miss Cheah Poh Suan.  Guru ni agak tegas jugak.  Tapi, bila kelas bahasa inggeris, semuanya akan berbuat bising jugak seperti biasa.  Guru sejarah masih lagi Puan Harjid Kaur.  Guru sains ialah Puan Loo, guru bahasa melayu dan sastera ialah masih lagi cikgu Murad.  Itulah antaranya yang masih kuingat.

 

    Pertama kali aku dan rakan-rakan ke makmal, Puan Loo berkata.  "Kamu semua ni, tak pekak kan ha?"  "Jadi, kamu semua bolehlah duduk belakang."  Wah, kami pun apa lagi, duduklah belakang sekali.  Seronok bukan main lagi.

 

    Pada tahun itu semuanya berusaha bersungguh-sungguh.  Maklumlah tahun SPM.  Masing-masing mengulangkaji dengan tekun termasuklah aku.  Cuma aku ni, matematik sajalah yang aku langsung tak minat.

 

    Walau pun menyedari tahun itu adalah tahun yang amat penting, namun perangai budak-budak kat kelas kami ni tiada berbeza.  Masih releks sahaja.  Suka nak menyakat guru bertugas.  Dan seperti biasa, mereka ni, agak takut dengan guru matapelajaran bahasa melayu dan sastera iaitu cikgu Moorad.

 

    Semasa di tingkatan lima, kami terpaksalah pulak menyiapkan buku teks kami sendiri.  Guru resos baca dan kami bergilir-gilir yang tulis.  maklumlah, keadaan sudah mendesak sekarang.  Kami juga terpaksa menyalin nota-nota yang diberikan oleh guru kelas.  Kami kekurangan bahan pemelajaran.  Jadi, kenalah berkorban sedikit.

 

    masa begitu cepat berlalu.  Kini, tibalah peperiksaan percubaan SPM.  Dalam peperiksaan percubaan itu, aku lulus kira ok sahaja.

 

    Dan kini, tibalah hari-hari yang dinantikan iaitu peperiksaan SPM.  Semua pakat berdebar untuk menghadapinya.

 

    para pelajar resos akan mengambil peperiksaan dan ujian di bilik resos.  Dan begitu juga peperiksaan penting seperti PMR, SPM dan STPM.  Cuma untuk peperiksaan penting ini, ada guru luar yang datang mengawal selia kami.

 

    Setelah lebih kurang dua minggu bergelut dengan SPM, ianya pun berlalu.  Maka kini, merdekalah sudah.

 

    Pada pertengahan bulan Mac 1994, semasa aku menghadiri kursus komputer di St.  Nicholas Home, keputusan SPM pun diumumkan.  keputusan aku agak mengecewakan di mana, aku hanya mendapat Sijil Am Pelajaran SAP.  Yusof dan Rosmin telah melanjutkan pelajarannya ke tingkatan enam di Sekolah St.  John Kuala Lumpur.

 

    Segala kenangan di Sekolah Menengah Hj.  Zainul Abidin memang akan tetap segar di ingatan dan ianya tidak akan dapat dilupakan.

Arkit blog