Selasa, Mei 11, 2010

Video Dalam Kaabah dan Kisah Tun Mahathir Masuk Ke Dalamnya !!!




DATUK Seri Dr Mahathir Mohamad adalah pemimpin negara yang pernah dibenarkan pihak berkuasa Arab Saudi memasuki Kaabah ketika mengerjakan umrah di Tanah Suci Makkah Al Mukarramah pada 1993.

"Perdana Menteri mengerjakan solat dalam rumah Allah itu dan turut berdoa tetapi apa yang didoakan beliau, tiada siapa tahu," cerita bekas pegawai waran Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Rosme Hassan, 45.

Apa yang pasti, katanya, Dr Mahathir sehingga kini dikurniakan kesihatan yang baik walaupun usianya sudah mencecah 77 tahun dan berjaya membangunkan Malaysia sehingga dikenali sebagai negarawan ulung negara.

Rosme yang bertugas dalam jet eksekutif Falcon-900 sebagai kuarter master udara antara 1985 hingga bersara pada 1993, berkata beliau dan beberapa ahli rombongan lain turut mengambil kesempatan itu memasuki Kaabah.


"Saya masih ingat ketika itu kira-kira jam 11.45 malam waktu tempatan, saya terlihat beberapa petugas di situ membawa tangga dan terdetik dalam hati hajat untuk memasuki Kaabah akan tercapai.

"Mereka kemudian meletakkan tangga di tepi dinding Kaabah dan kami dengan didahului Perdana Menteri menaiki tangga berkenaan untuk memasukinya. Sebaik berada dalam Kaabah, saya mendapati keadaan di dalamnya samar-samar tetapi apa yang pasti semua yang berada di dalamnya mengerjakan solat mengikut arah kiblat masing-masing kerana kita berada dalam Kaabah," katanya ketika ditemui di Langkawi.

Rosme berasal dari Kuala Sanglang, Kedah dan dibesarkan di Ipoh, Perak, menyertai TUDM pada 1973 dan bersara pada 1993.

Tugas Kuarter Master udara sama seperti pramugara atau pramugari yang melayani penumpang dalam pesawat biasa, cuma bezanya dengan tugas Rosme ialah beliau dipertanggungjawabkan melayani orang kenamaan yang mengikuti penerbangan menggunakan jet Falcon-900. Tiga juruterbang terlatih dan dua krew kabin menyertai setiap penerbangan ke luar negara dengan jet eksekutif itu yang sering digunakan untuk membawa pemimpin negara dan asing.

Menceritakan pengalaman yang sukar dilupakannya di Kaabah itu, beliau berkata, ramai orang Arab yang berada berhampiran Kaabah menarik-narik kain ihramnya dan apabila ditanya kenapa mereka berbuat demikian, orang Arab itu mengatakan mereka mahu mendapat berkat daripada rombongan negara.

Mereka menyifatkan rombongan daripada Malaysia sebagai bertuah dan dirahmati Allah kerana terpilih oleh-Nya memasuki Kaabah sedangkan tidak semua penduduk Arab mendapat peluang itu.


Keadaan yang agak gawat ketika itu, katanya, memaksa pihak berkuasa Makkah membuat pagar manusia bagi memberi laluan kepada rombongan Perdana Menteri.

Rosme berkata, beliau sebelum itu pernah singgah di Makkah bagi menyahut lambaian Kaabah bersama pemimpin negara yang lain tetapi tidak pernah berpeluang memasukinya.

Selain itu, katanya, ramai tidak tahu Dr Mahathir sebenarnya mampu mendaratkan pesawat dengan baik dan itu pernah dilakukannya beberapa kali.

Bagaimanapun, Perdana Menteri berbuat demikian dengan ditemani juruterbang berpengalaman dan terlatih yang berada di sebelahnya.


Beliau berkata, tugasnya cukup mudah sepanjang mengikuti penerbangan bersama Dr Mahathir kerana beliau adalah seorang yang berdisiplin tinggi dan menghargai masa.

"Bagi hidangan pertama sebaik memulakan penerbangan, beliau lazimnya akan mengeluarkan bekalan yang dibawanya iaitu daging dinding, daging yang dihiris halus dan ditambah serbuk lada.

"Kemudian, barulah kami menyediakan hidangan seterusnya selepas masa makan ditetapkan beliau. Kami juga memaklumkan kepada isterinya, Datin Seri Dr Siti Hasmah Mohd Ali mengenai menu hidangan," katanya sambil menambah ada sebuah kamar dalam pesawat itu yang dilengkapi dapur untuk memanaskan hidangan.

Jika penerbangan mengambil masa lama, katanya, Dr Mahathir lebih suka duduk berseorangan dan tidak mahu diganggu sambil tangan mencatat sesuatu pada buku nota kecil. Beliau juga tidak mahu diganggu dengan bunyi muzik atau pemain visual dalam pesawat kerana mahukan keadaan yang senyap dan tenang.

Rosme berkata, Dr Mahathir juga pernah memasuki kokpit (kamar juruterbang) ketika penerbangan dalam negara dan bertanya juruterbang masa sampai ke destinasi dan keadaan cuaca ketika itu. Juruterbang juga akan menceritakan mengenai peralatan dalam kokpit.
Berdasarkan pengalamannya bersama Perdana Menteri Rosme berkata, beliau secara peribadi menghormati dan menyanjung tinggi keperibadian Dr Mahathir.

Justeru, katanya, cerita negatif yang diada-adakan menyentuh peribadi Dr Mahathir di luar negara disifatkannya sebagai karut semata-mata dan tidak lain hanya bertujuan menjejaskan kewibawaannya sebagai pemimpin ulung negara.



Moralnya :

Penduduk Melayu, Cina dan India di SIBU atau 1Malaysia amnya boleh percaya kepada Barisan Nasional yang terbukti mengotakan janji serta memberi keadilan kepada semua kaum di negara kita.

Ini jelas dari ketaatan kepada agama berlandaskan kepercayaan kepada Tuhan membolehkan pemimpin negara kita dalam BN sentiasa berintegriti di dalam memimpin negara ke arah lebih maju pada masa akan datang.

Keistimewaan yang diperoleh mantan PM kita iaitu Tun Mahathir hinggakan dapat masuk ke tempat paling mulia dalam Dunia Islam di Mekah tanda Tuhan meredai beliau atas segala kebaikannya kepada kita semua tak kira Melayu/Cina/India.

Isu Kezaliman/ tuduhan serta fitnah yang dilontar terhadap Tun Mahathir hanyalah dugaan yang sememangnya akan dilalui oleh mana mana pemimpin hebat dalam dunia.

Terbaru cubaan mengaitkan Tun Mahathir dengan diktator oleh Pakatan Haram seperti laporan Malaysiakini (klik sini) setengah jam lalu adalah sangat tidak bermoral dan bertujuan politik PRK SIBU.

Ini kerana mereka sedar kehadiran Tun M dalam kempen Hulu Selangor telah mencantumkan 'hati hati yang retak' dan telah 'menggamit pengundi' yang telah mengagumi beliau sepanjang 22 tahun pemerintahannya sebagai Perdana Menteri.

Sebab itulah Pakatan Haram kini menghalakan 'muncungnya' kepada Tun M demi memastikan sokongan Cina dan India serta Melayu/Iban/Melanau di Sibu kepada BN akan berkurangan dan boleh jadi memberi undi mereka kepada Pakatan jika aura Tun berjaya disirnakan.


Namun nasihat ikhlas saya, rakyat SIBU jangan sesekali tertipu dengan janji manis Pakatan Haram yang tahu berjanji tetapi gagal menunaikan janji mereka

Mereka hanya tahu menabur fitnah dan terbukti kebatilan perjuangan mereka sudah pun ditunjuk oleh Allah.

Isu liwat jika diimbas adalah ciptaan Karpal Singh yang terlebih dahulu mendedahkannya di Parlimen sebelum Anwar dilucutkan jawatan setahun selepas itu.

Pelik sekarang peguam Karpal Singh pula telah menjadi peguam bela kepada bekas TPM Malaysia yang dituduhnya mempunyai hobi meliwat semasa berada dalam BN dan ketika mana satu persatu peguam setia Anwar sudah pun mengelakkan diri dari terus membela kes liwat beliau kali ini..

Mari kita ajar Pakatan Rakyat yang pembawa virus kerosakan dan fitnah ini di PRK SIBU kali ini...

Pangkahlah Barisan Nasional dan tolaklah DAP yang sering menghasut kita benci semua manusia kecuali diri atau parti yang sanggup ikut telunjuk mereka sahaja.


Tulisan Panglima Perang Cyber @ http://penembak-tepat.blogspot.com/ 

Isnin 10 Mei 2010 Jam 11.10 malam




来源:http://www.sioloon.com/

拿督斯里马哈蒂尔穆罕默德是一个国家的领导人谁使当局进入沙特阿拉伯众议院执行期间在圣城麦加朝圣祭祖的动物在1993年节日。

"首相的祈祷上帝的家,也祈祷,但他didoakan,没有人知道,"这个故事的马来西亚皇家空军(RMAF),Rosme哈桑,前45个准尉。

可以肯定,他说,马哈迪至今提供良好的健康虽然年龄已达77岁,并成功地开发马来西亚等国家作为一个伟大的政治家,是已知的。

Rosme谁曾在公务机猎鹰900人四分之一主空运1985年至1993年退休,他说他和其他几个小组的成员也借此机会进入圣殿。

"我还记得当时当地时间大约下午11时45分,我看到一些工作人员那里,走楼梯,并在心中terdetik希望进入圣殿一定会实现。

"然后,他们把反对庙墙上的梯子,使我们介绍了总理的楼梯来到一旦圣殿。,我觉得它的含糊不清,但可以肯定的一切,是为了履行对礼拜朝向他们的祈祷,分别,因为我们在寺庙,"他说,在浮罗交怡。

Rosme从吉隆坡桑郎所得,吉打,长大了在怡保,霹雳,于1973年加入皇家空军和马来西亚在1993年退休。

季大师的管家服务乘客的航空或空姐在飞机上正常的,只是从他的职责是负责不同的职责,为Rosme政要的飞行之后用猎鹰- 900喷气式飞机。三训练有素的飞行员和机组人员的飞行两届参加行政专机,这是经常被用来使外国领导人和其他国家。

难与经验,是在众议院被遗忘,他说,许多阿拉伯人是谁寺附近的吸引力布narik ihramnya,当问他们为什么这样做,阿拉伯人表示,他们希望获得的国家代表团的祝福。

他们形容一个幸运和祝福的神,由他选择进入寺庙时,并非所有阿拉伯居民有机会在马来西亚代表团。

这种情况是很关键的时刻,他说,在麦加迫使当局向栅栏让人们对总理的主要陪同人员。

Rosme说,他已经停止了在麦加波反应与其他国家领导人的内务,但始终无法前来。

此外,他说,许多人不知道什么是真正能够马哈迪说低好,它是做几次。

不过,总理这样做,由经验丰富和训练有素的飞行员的陪同下一个。

他说,它很容易与马哈迪按照飞行,因为他是一个纪律严明和欣赏的时间。

"在飞行后的第一餐开始,他通常会发出执行墙壁肉类供应,并增加肉细切辣椒。

"那么,我们准备下一餐饭饭后时间设置。我们也告诉他的妻子,达丁斯里博士西蒂Hasmah莫哈末阿里在菜单上吃饭,"他补充说,有一个装有食物加热厨房的飞机的空间。

如果飞行时间很长的时间,他说,马哈迪宁愿独自一人坐,不希望受到打扰,而登记在一个小笔记本手。他不希望受到噪音或音乐播放器,希望有一个飞机驾驶员在不安的平静。

Rosme说,马哈蒂尔还进入了驾驶舱(试验室)在国内飞行时,要求当时的飞行员到目的地和天气条件。飞行员也被告知在驾驶舱中的设备。
根据与英国首相Rosme经验表示,他个人的人格的尊重和崇高荣誉马哈迪。

因此,他说,海外的个人接触马哈蒂尔认为这是虚构的只是可笑,只是在影响该国的总理的权威作为领导者,旨在负面报道。



道德:

马来人,华人和印度人一般1Malaysia诗巫或可相信,国民阵线的证明交付承诺和给予司法公正,在我国所有的人。

这是清楚的对信仰的虔诚的宗教神让我们在国阵领导人始终与国家完整带领一个更进步的未来。

获得特权,直到我们可以去麦加在穆斯林世界中最神圣的地方,前总理马哈迪,上帝保佑我们的利益,不论其标记所有马来/中国/印度。

不公正问题/指责和诽谤是针对马哈迪是谁据称是世界上伟大的领导人前往抛出。

马哈迪的最新尝试连接由民联圣地的独裁者作为大马报告(点击这里)和一个半小时,是非常不道德的,诗巫选举的政治目的。

这是因为他们认识到葫芦墩M在雪兰莪运动的存在是合并的心被破坏',有'未能吸引选民超过22谁钦佩他作为总理他在位年。

这就是为什么神圣联盟现在变成'喷'的吞M来确保中国和印度及马来/伊班/ Melanau在诗巫英国国民支持有所减少,并可能给他们的选票,联盟如果成功disirnakan墩氛围。


但我的忠告,人们从来没有由诗巫圣联盟承诺欺骗知道甜蜜的承诺,但并没有满足他们的承诺

他们知道只有散布谎言,已经证明他们的斗争kebatilan真主所示。

该问题是鸡奸时扫描Karpal辛格向议会透露是谁首先创造安瓦尔袭击后前一年以后。

奇怪现在律师Karpal辛格已成为马来西亚前的DPM dituduhnya主张鸡奸一种爱好,而在任何时候在BN和安瓦尔的一名律师已经从进一步防御鸡奸她忠实的这个时候..不要

让我们教承运人病毒的团结和破坏这一审判诗巫这次选举中...

过了国阵和DAP延缓一个经常煽动仇恨所有的人除了我们个人或政党愿意跟随自己的索引。


我国网络战争的主要写作

周一,2010年5月10日时间下午11点10




http://translate.google.com لقراءة هذه المادة في اللغة الخاصة بك الرجاء الضغط هنا مترجم جوجل

To read this article in your language please click here http://translate.google.com google translator

要在您的语言阅读文章请点击这里 http://translate.google.com 谷歌翻译

अपनी भाषा में इस लेख को पढ़ने के लिए यहां क्लिक करें http://translate.google.com गूगल अनुवादक


Khamis, Mei 06, 2010

PRK SIBU SIRI 01 : RAKYAT SARAWAK DIHINA PAKATAN RAKYAT ISU CAWAT





1. PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT DARI PARTI PAS TELAH MENGHINA PENDUDUK BATANG AI APABILA MENGAITKAN KEKALAHAN MEREKA DENGAN ISU CAWAT.KATA HAJI HADI : KITA KALAH SEBAB MEREKA NI (RAKYAT BATANG AI) TAK RETI UNDI, PAKAI CAWAT LAGI.

2. SIKAP TIDAK DAPAT MENERIMA KEKALAHAN DENGAN MENYALAHKAN PENGUNDI ADALAH 'AKHLAK' PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT DARI DULU HINGGA SEKARANG.

3. JELAS BERBEZA DENGAN BARISAN NASIONAL YANG DENGAN HATI TERBUKA MENERIMA KEKALAHAN MESKIPUN MEREKA LEBIH BERKUASA DARI PAKATAN RAKYAT.

4. TERBARU CALON PRK HULU SELANGOR ZAID IBRAHIM TELAH MENFAILKAN PETISYEN TERHADAP KEPUTUSAN PRK BARU BARU INI SEBAGAI TANDA TIDAK PUAS HATI DENGAN KEPUTUSAN RAKYAT MENOLAK BELIAU.

5. WALHAL DENGAN BERBAGAI SKANDAL DAN KORUPSI AKHLAK SEMEMANGNYA IA TELAH MELOYAKAN RAKYAT HULU SELANGOR DARI MENGUNDI BELIAU SEBAGAI WAKIL PARLIMEN MEREKA.

6. BUKAN SAHAJA SPR YANG DITUDUH TIDAK ADIL BAHKAN SEKARANG MEREKA SEDANG MENYERANG POLIS BERHUBUNG ISU KEMATIAAN AMINULRASHID.

7. KETIKA KEMATIAN TEOH BENG HOCK MEREKA JUGA MENGANDAIKAN BAHAWA SPRM TELAH MEMBUNUH TBH WALHAL KEPUTUSAN INKUES MENUNJUKKAN SEBALIKNYA.

8. INSTITUSI KEHAKIMAN JUGA DITUDUH BIAS KEPADA KERAJAAN OLEH PEMBANGKANG SEMASA PERBICARAAN KES LIWAT ANWAR IBRAHIM. WALHAL SEMUA TAHU BAHAWA KERAJAAN TIDAK PERNAH MENGGUNAKAN KUASANYA UNTUK MENEKAN HAKIM  BAGI MEMATUHI KEHENDAK MEREKA.

9. DALAM ISU ALTANTUNYA JUGA MEREKA MENUDUH PM DAN ISTERI WALAUPUN JELAS SEKALI BAHAWA ANWARLAH YANG TELAH MENYURUH ZULKIFLI NORDIN UNTUK MEREKA-REKA CERITA MENGAITKAN MEREKA BERDUA DENGAN KES ALTANTUNYA.

10. TERBARU KICKDEFELLA TELAH MEMBONGKAR RAHSIA RM4 JUTA TELAH DISUNTIK DALAM SEBUAH SYARIKAT MULTIMEDIA UNTUK MEMBINA PERSEPSI NEGATIF/BOHONG TERHADAP KERAJAAN TUN ABDULLAH.

11. JELAS BAHAWA USAHA MERUNTUHKAN KREDIBILITI KERAJAAN TELAH DIBANTU PELBAGAI PIHAK YANG KITA TIDAK PASTI ADAKAH MEREKA RAKYAT MALAYSIA ATAU AGEN ASING YANG MAHUKAN KITA BERADA DALAM HURU HARA !

12. RAKYAT SIBU PERLU MENELITI SEMUA FAKTA INI SEBELUM MEMBERIKAN UNDI MEREKA PADA PAKATAN RAKYAT 16 MEI 2010 AKAN DATANG.

13. JANGAN TERPENGARUH DENGAN JANJI JANJI MANIS PEMBANGKANG YANG HANYA TAHU MENABUR JANJI TETAPI GAGAL MENUNAIKANNYA.BERBANDING BARISAN NASIONAL YANG TELAH BERJANJI DAN MAMPU MENGOTAKAN JANJI JANJI YANG DIUCAPKANNYA. 

14. APA KATA PANGKAH SAHAJA BARISAN NASIONAL UNTUK AJAR PAKATAN HARAM YANG MENGGUNAKAN NAMA RAKYAT TETAPI SEBENARNYA MENIPU RAKYAT 1MALAYSIA!!!




GAMBAR BLOG ANGIN PERUBAHAN




Selasa, Mei 04, 2010

EDARAN SEGERA : ISU DUA BLOK MINYAK YANG DISERAHKAN KEPADA BRUNEI !

 

Tun Mahathir telah menulis dalam blog beliau (chedet.co.cc) pada 29 April 2010 mendakwa bahawa dua blok minyak L dan M telah diberikan kepada Brunei oleh mantan Perdana Menteri Tun Abdullah sebagai tukaran bagi Limbang yang menjadi pertikaian kedua buah negara sejak 1963.


Ia berdasarkan laporan The Edge Finacial Daily bertarikh 22 April 2010 dan Brunei Times yang menyatakan Blok L dan Blok M tidak lagi menjadi hak milik Malaysia.


Tun Mahathir dalam tulisannya mendakwa negara kehilangan hasil bernilai anggaran USD100 bilion bersamaan RM320 bilion ringgit dari tindakan tersebut dan mahukan penjelasan Kerajaan berhubung perkara ini.


Tun Abdullah yang menandatangani Pertukaran Surat pada Mac 2009 menjelaskan bahawa perjanjian darat dan laut dengan Brunei diluluskan oleh Kabinet dan Malaysia akan dibenarkan mengambil bahagian dalam usahasama pembangunan minyak dan gas atas dasar komersial di kedua-dua kawasan itu bagi tempoh 40 tahun.


Perdana Menteri pada 2 Mei 2010 menegaskan bahawa perjanjian yang dimeterai oleh Malaysia dan Brunei tersebut masih belum selesai dan pasti menjurus kepada situasi yang akan menguntungkan kedua-dua belah pihak


Kenyataan terbaru Wisma Putra pula menyatakan penyerahan dua kawasan blok minyak iaitu Blok L dan M kepada Brunei melalui Pertukaran Surat antara Malaysia dan negara itu adalah selari dengan undang-undang antarabangsa.


Brunei mempunyai hak kedaulatan ke atas dua blok minyak yang diserahkan Malaysia kepada negara itu pada tahun lalu berdasarkan kehendak Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-Undang Laut (UNCLOS) 1982.


Ini kerana kawasan minyak Malaysia di Blok L dan M secara kebetulan sama dengan kawasan minyak Brunei di Blok J dan K, ia diiktiraf dalam perjanjian tersebut memandangkan kedua-duanya terletak dalam kawasan perairan Brunei, yang membawa maksud negara itu mempunyai kedaulatan terhadapnya mengikut UNCLOS,"


Petronas pula berkata, ia telah dipelawa oleh Brunei untuk membangunkan dua kawasan penerokaan luar pesisir tersebut atas dasar persetujuan komersial.


Petronas juga telah menubuhkan sebuah pasukan dan memulakan rundingan dengan Brunei untuk memperincikan terma bagi pembangunan kedua-dua kawasan itu yang kini dikenali sebagai Blok CA1 dan CA2.


Sementara itu, kata kenyataan itu, penamatan kontrak perkongsian pengeluaran membabitkan Blok L dan M, yang diberikan Petronas kepada Petronas Carigali Sdn. Bhd. dan Murphy Oil pada 2003, adalah selaras dengan pewujudan CAA seperti yang ditetapkan dalam Pertukaran Surat.


Menurut Wisma Putra, selain mendapat kelulusan Kabinet mengenai isi kandungan Pertukaran Surat antara kedua-dua negara, kerajaan negeri Sabah dan Sarawak juga dirundingi dan diberikan taklimat penuh mengenai perkara itu.


Dalam pada itu, Pertukaran Surat antara Malaysia dan Brunei telah menyelesaikan isu-isu dua hala tertangguh antara kedua-dua negara melalui penyelesaian secara baik.


Perkembangan baik yang membuka lembaran baru hubungan dua hala antara kedua-dua negara itu adalah hasil daripada rundingan sukar selama 20 tahun antara Malaysia dan Brunei mengenai pelbagai isu termasuk maritim dan sempadan.


Kalau dilihatkan kepada segi geografi kawasan tersebut berada di dalam kawasan bertindih dan ia lebih hampir kepada Brunei. Pada kebiasaannya jika berlaku tuntutan "bertindih" sebegini,tiada apa yang boleh dilakukan kerana sebarang eksplorasi minyak/gas hanya akan mengundang ketegangan dengan pihak yang satu lagi.


Apabila ketegangan semakin memuncak selain ianya mungkin boleh mengundang pertembungan fizikal/ketenteraan, penyelesaian di Mahkamah Antarabangsa (ICJ) di The Hague, Belanda pastinya akan mengambil masa yang lama. Sepanjang tempoh itu pastinya sebarang bentuk eksplorasi akan ditegah sehingga keputusan mahkamah diputuskan.


Dalam keadaan sekarang selain daripada eksplorasi minyak/gas dapat dijalankan hampir serta-merta, kedua-dua negara akan berkongsi kemakmuran di kedua-dua blok tersebut iaitu Blok L & M. Petronas juga akan dapat peluang untuk berkerja sama dengan Brunei dan mungkin selepas usaha sama ini, Petronas bakal berpeluang untuk memonopoli eksplorasi minyak/gas di negara Brunei. 


Kawasan Limbang juga mungkin akan terus kekal dalam Malaysia tanpa bantahan Brunei dan ikatan kekeluargaan yang telah terbina sejak beratus-ratus tahun akan semakin kuat dan utuh.


Perlu diingat selama 52 tahun kita merdeka, Negara Brunei adalah merupakan sebuah negara jiran tetangga yang baikTidak pernah sekalipun berlaku pertelingkahan maupun ketegangan dengan negara ini.


Selain itu Sabah dan Sarawak juga adalah asalnya milik mereka. Pastinya jika Brunei menentang penubuhan Malaysia pada tahun 1963Sabah dan Sarawak tidak akan berada di bawah Malaysia pun. 

Jika kita bermusuh dengan Brunei yang mana merupakan sebahagian daripada gugusan pulau-pulau Melayu sudah tentu ini hanya akan melemahkan kita. 








Arkit blog