Khamis, Mei 30, 2013

KL Febuari bahagian satu.

22ND Febuari 2013, Jumaat.
Hari tu, dah pun bersiap untuk berangkat ke Kuala Lumpur. Teksi datang jam 9:30 pagi. Semasa dalam perjalanan ke stesen bas di Sungai Nibung, pemandu teksi tu sempat jugak ambik penumpang. Jam 10:25 minit pagi, sampailah di stesen bas. Aku minta pemandu teksi tu bawa aku ke toilet.  Apabila keluar, aku diberitahu oleh pemandu teksi itu bahawa, bas dah berlalu pergi.  Ah sudah. Tapi, aku releks saja pasai, tu bukan salah aku. Itu adalah salah pemandu teksi itu sendiri kerana terlalu yakin yang bas akan datang lambat. Pemandu teksi itu bertekak sedikit dengan penjual tiket bas Trans Nasional.  Tekak pi, tekak mai, akhirnya, pemandu teksi tu pun terpaksalah bayarkan tiket baru untuk aku sebanyak RM 35 harga potongan. Syarikat bas tu dipanggil 5*.

Jam 11:30 pagi, bas memulakan perjalanannya. Inilah pertama kali aku menaiki bas bukan syarikat Trans Nasional. Tapi ok lah jugak bas tu.

Lebih kurang jam 4:30 petang, tibalah ke stesen bas jalan Duta.  Aku terus pergi membeli kupon untuk menaiki teksi ke Brickfields iaitu seperti biasa ke hotel New Winner.  harga standard dia, RM17.60.

Lebih kurang jam 4:45 petang. Tibalah di hotel. Aku pun mendaftar masuk. Aku diberi bilik 209.  Pada hari itu juga, ahli-ahli mesyuarat presiden juga telah mendaftar masuk ke hotel itu kerana mereka ada mesyuarat pada esok hari.

Apabila dah masuk bilik, aku pun duduklah berehat-rehat sambil tengok tv9 siri kartun SpongeBop. Al-maklumlah, nak menghilangkan penat di badan.

Jam 5:15 petang, aku menelefon nasir, pengerusi SBM Terengganu. Aku bertanyakan di mana bilik beliau. Beliau beritahu, beliau di bilik nombor 109. Aku pun memberitahu nombor bilik aku.

Jam 5:20 petang, nasir menelefon ke bilik dan ajak aku turun ke kedai mamak bersebelahan hotel untuk minum petang. Aha, peluang dah terbuka, aku turunlah. Tapi aku beritahu dia, aku kena tunggu Alan Wong untuk datang ambik HP X6 aku untuk diformat.

5:25, aku turun ke lobi hotel untuk menunggu kedatangan Allan untuk ambik HP aku. Dan lima minit kemudian, rakan beliau sampai untuk ambik telefon tu.

Dan pada kira-kira lebih kurang jam 5:40 petang, aku dan Nasir serta anak beliau pun pergilah makan di kedai mamak yang terletak bersebelahan hotel.  Aku makan dua keping roti canai dan minum ais kosong dua cawan. Sambil minum, kami berbual-bual kosong. Pada malam itu ada acara tahlil di SBM. itulah yang diberitahu oleh nasir kepada aku.

Lebih kurang Jam 6:25 petang. Sesudah selesai makan dan minum, kami masuk ke bilik semula. Dan aku seperti biasalah pergi toilet. Dan, sekali lagi aku berehat-rehat sambil mendengar radio siaran U.fm 101.3 FM.

Sementara itu, Eu Khoon masih lagi belum tiba. maklumlah, dia kerja. Jam 7:00 malam seperti biasa, buka tv3 untuk tengok siri naruto. Jam 8:00 malam seperti biasa, Buletin Utama tv3.  Selepas itu, buka radio, siaran Nasional FM, dengar rancangan Pilihan Bersama.

jam 11:00 malam. nasir sekali lagi ajak aku turun pergi minum. Aku beritahu supaya menunggu kedatangan Eu Khoon dulu dan turun. lebih kurang hampir setengah jam kami menunggu. Kami pun turun ke lobi hotel. Eu Khoon sudah tersedia menunggu di situ.

Kami menuju ke kedai mamak yang terletak di belakang hotel. Di situ, aku makan sepinggan besar nasi dan dua cawan ais kosong. Eu Khoon pun makan nasi juga. Sambil makan dan minum, kami berbual-bual.  Begitu hangat topik yang diperbualkan pada malam itu.

Lebih kurang jam 12:30 tengahmalam, setelah selesai makan. Kami pun pulang ke bilik. Dan seperti biasa, lepas makan, pergi berak.  Aku dan Eu Khoon tidur jam satu pagi sambil ditemani oleh siaran radio Hitz.fm.

Bahagian pertama, habis.





Arkit blog