Selasa, Jun 18, 2013

KL Febuari bahagian tiga akhir.

24TH Febuari Ahad.
    jam 6:00 pagi, aku dah pun terjaga dari tidur. hari ini, tibalah masanya untuk balik. Aku pun terus pergi mandi dan bersiap yang sewajarnya. Radio siaran Hitz.fm masih lagi berbunyi.

Jam 6:30 pagi, Eu Khoon pun pergi mandi. Ini diikuti oleh aku pada kira-kira lebih kurang jam 7:00 pagi. Semasa aku mandi, Eu Khoon sedang sibuk berbual dengan seorang rakan lama kami dari Johor Bahru iaitu Suhaily kamarudin. Agak panjang lebar juga perbualan mereka tu.

Selepas mandi, pada kira-kira lebih kurang jam 8:00 pagi, sementara menunggu waktu pergi naik teksi ke stesen bas Jalan Duta, aku sempat lagi tengok siri anime di tv3.

jam 8:30 pagi, bertolaklah dengan teksi ke stesen bas jalan Duta sambil ditemani oleh Eu Khoon kerana dia pun dah nak balik rumah.

Apabila sampai di stesen bas Jalan Duta, aku dibawa oleh pemandu teksi ke tempat duduk menunggu bas. Dan kemudian, pemandu teksi itu pun berlalu pergi.

Lebih kurang jam 9:30 pagi, bas pun tiba. Aku dibawa pergi menaiki bas oleh seorang pemuda. "Bolehkah"? Dia bertanya. "Boleh'. "Dah biasa dah". Aku menjawab.

Kini, aku sudah berada di atas bas. Ha, semasa datang, pemandu bas pasang lagu-lagu klasik. Ni masa balik pulak, pemandu bas pasang lagu-lagu tahun 90-an. Dia pasang CD ni. Dek kerana terlalu penat, aku pun tidurlah atas bas.

Lebih kurang jam 2:00 petang, bas pun tibalah di stesen Sungai Nibung. Selama lima minit aku menunggu kawan aku. Aku sampai di rumah pada kira-kira lebih kurang jam 2:30 petang.

Habis.

Sabtu, Jun 08, 2013

KL Febuari bahagian dua.

Sabtu, 23RD Mei.  Lebih kurang jam 6:00 pagi, aku terjaga dari tidur. pagi itu, cuaca amat sejuk. penghawa dingin di bilik tidak dihidupkan. Aku tak bolehlah tidur bawah penghawa dingin. itu mencari nahas namanya. Sebabnya, tak biasa.

Jam 6:30 pagi, seperti biasa, pergi gosok gigi, mandi dan yang sewaktu dengannya. Dan selepas aku dan Eu Khoon dah bersiap-siap, kami pun nak turunlah pi sarapan. Dan sebelum turun, Eu Khoon telah menelefon Nasir. Kami pun turunlah. Kami pergi ke gerai makcik sombong.

Depa kata la ni kedai tu bukan dijaga oleh makcik sombong dah. Depa kata anak dia dah take over dah kedai tu. Betuikah tak betui, yang tu aku tak tau. yang penting, nak makan.

Sesampai di gerai makcik sombong, kedengaran suara Nasir memanggil. Aku dan Eu Khoon pergi duduk semeja dengan nasir. Aku memesan sepinggan mi goreng. Dan tak lama kemudian, mi goreng datang. Adoi, mi goreng tu nak cerita, bukan hangat, tapi, dah sejuk dah. Adoilah hai.

Sedang aku mentekedarah mi goreng, ada orang menepuk bahu aku. Oh, rupanya, bekas pengerusi SBm Pulau Pinang, Md Akhir.  Dia kata, tadi anaknya ada menegur aku. Tapi apa nak buat, tak dengarlah pulak. kami bersembang rancak sambil aku makan.  Md Akhir kata, dia taknak makan sebab dah makan tadi. Jadi, kami pun berbuallah sambil aku menyuapkan mi goreng sejuk ke mulut aku. Mi goreng ni memang sejuk pun. Bila depa angkat mai tadi pun, dah sejuk dah.

Selepas aku pekena mi goreng sejuk, aku makan pulak nasi lemak sepinggan. ha, nasi lemak ni, bagoih. Sebab apa? Sebab dia masih panas. Bila panas-panas, barulah syiok nak makan.

Sedang aku mentekedarah sambil bersembang dengan Md Akhir, tiba-tiba kedengaran suara Fadzlin dan isterinya datang. Isteri Fadzlin memberitahu kepada Fadzlin apakah menu-menu yang ada kat kedai makcik sombong tu. Lepas tu Fadzlin pun pesanlah apa dia nak makan.

"Khai Eong, bulih dak aku bagi duit kat hang, hang tolong bayak sat yuran SBM kat aku"? "hang balik satni, hang bayak sat". Fadzlin meminta tolong kepada aku. Ha, alang-alang dia pun ahli Pulau Pinang, ambik sajalah duit tu. "Lepaih hang bayak, resit tu hang suruh depa pos mai na"?  "habak kat depa, pakai alamat MAB". Fadzlin berpesan panjang lebar.

Selepas dah mentekedarah semua dan dah bayar semua, aku dan Eu Khoon berangkat pulang. nasit telah beredar dari situ awal lagi sebab dia perlu hadiri mesyuarat MP yang akan berlangsung pada jam 9:00 pagi. Dan makanan pagi itu ditaja oleh Eu Khoon.

Jam 8:30 dah kembali semula ke bilik hotel.  Eu Khoon pula, dah pergi kerja.  Apabila dah sampai di hotel, seperti biasalah, lepas makan, masuk toilet.  Itu dah wajib dah.  Dan, selepas tu, bukalah tv. Maklumlah, Sabtu, ada banyak kartun kat tv. jadi, duduklah tengok tv.

jam lebih kurang 9:40 pagi, telefon tanganku berdering.  Aku menjawab panggilan tu. "Hello Khai Eong, jam berapa nak datang"?  Bertanya di gagang telefon itu.  Oh, Norhidayah dari mAB yang telefon rupanya.  Aku memberitahu yang aku sedang tunggu abang Sharif datang.  "Oh, kenapa tak cakap awal-awal tadi"?  "kalau cakap awal-awal, boleh saya bawa awak pergi makan dan terus ke MAB".  "Tak apa, tak apa".  "nanti, saya cari orang untuk ganti sekejap tempat saya dan saya datang bawa awak".  Beritahu Norhidayah Abdul Halim dengan panjang lebar.  Dan selepas itu, talian pun diputuskan.

Selang beberapa minit kemudian, abang Sharif menelefon dan beritahu dia ada di lobi hotel.  Kemudian, aku pun turunlah. Di lobi hotel, Norhidayah juga turut sama menunggu aku. Maka, kami pun terus ke MAB.

Inilah pertama kali aku menjejakkan kaki ke pejabat kaunter MAB.  Bila sampai di pejabat tu, aku pun duduk berehat sebentar.

Dan selepas itu, mulalah aku tengok laptop si norhidayah ni. Tak taulah apa yang tak kena sebab dia kata, tak boleh nak pasangkan aplikasi jaws walhal aplikasi jaws 14 sememangnya boleh dipasang di windows 8.  Cumanya, kenalah tau caranya saja.  Dok korek pi, korek mai, rupanya, video intersep dah dirosakkan oleh mereka yang main hentam saja install aplikasi jaws. Jaws telah berjaya dipasang dengan cantiknya.  Tetapi, akibat daripada kerosakan video intersep yang dihadapi oleh laptop si Norhidayah ni, pemasangan jadi tak lengkaplah.  Aku telah mencadangkan kepada Norhidayah supaya memformat laptop itu untuk mengatasi masalah kerosakan pada video intersep tu.

Agak lama jugak nak mengorek permasalahan kat laptop si Norhidayah ni. Maklumlah, baru pertama kali pegang laptop yang dipasangkan dengan sistem pengoperasian windows 8 ni.  Tetapi nasib baiklah aku telah banyak membaca artikal tentang cara penggunaan windows 8 oleh orang buta.  jadi, tak adalah masalah sangat. Aku mengambik masa selama lebih kurang sejam untuk mengkaji dan berjalan-jalan di dalam sistem pengoperasian windows 8 ni.  Selepas itu, dah ok dah.  Aku telah mula memahami perjalanan dalam sistem pengoperasian windows 8 ni. memang menyeronokkan sekali.

Aku berasa dahagalah pulak.  Jadi aku mintak abang Sharif tolong pi beli ayak sat. kebetulan pada hari tu, abang Sharif pun berada di MAB sekali sebab aku juga nak krosek komputer kak Ros ni.  Tak taulah apa sudah jadi dengan komputer kak Rosnah ni.  Macam-macam hallah pulak.  Abang Sharif pi beli ayak Coca Cola kat aku satu tin.

Setelah proses checking laptop si Norhidayah selesai, aku pergi pula buatkan akaun skype dan sambungkan akaun facebook ke akaun skype beliau.    Lebih kurang setengah jam proses ini berjalan.  Selepas itu, pasangkan pula scripts untuk skype.  Dan selepas itu, bantu dia nak habak bagi, lagu mana nak pakai menatang skype ni.

Pi mai, pi mai, pi mai, pi mai, dah pun 12:30 tengahari.  Wah, masa begitu cepat sekali berjalan.  Sikit kerja saja, dah setengah hari berjalan. Adoi.  Setelah selesai semua, aku duduk-duduk berenat sambil menikmati aircon yang tak sejuk.

Pada hari itu, kaunter MAB ni agak ramai orang jugak.  Ada yang datang ke situ kerana tunggu bas. pada pagi tu ada rombongan nak pi melaka.  Pi makan kenduri kahwin. Sapa menikah tu, tak taulah aku.  Ada jugak suara dok beletiak pot pet, pot pet.  Yalah, bas janji pukoi 10:00 pagi.  Tapi dah sejam dok tunggu, bas haram tak mai-mai lagi.

Abang Sharif dah ke SBM.  Tak taulah apa pasai.  Dia suruh aku tunggu di situ.  Dia kata, satni dia mai balik.  jadi, aku duduklah macam tunggoi kayu tunggu abang Sharif.  Sambil-sambil menunggu tu aku bersembanglah dengan Norhidayah tu.

menghampiri jam 1:00 tengahari, abang Sharif pun datang semula ke MAB.  Aku pun bersiaplah hendak balik ke hotel.  maklumlah hari tu, MAB buka separuh hari sahaja pasai hari tu, hari Sabtu.  Jam 1:00 tengahari, dah tutup kedai.  Dan Norhidayah pula, nak pi makan kenduri. Bas pun dah sampai katanya.

Aku dan abang Sharif pun pulang ke hotel.  Abang Sharif membawa laptop kak Rosnah sebab kak Rosnah nak suruh aku check apa dah jadi dengan sistem audio yang tak ketahuan tu.  Semasa keluar dari MAB tu, aku terserempak dengan kak Zuraidah.  kak Zuraidah hanya pakai selipar saja. Inilah kali kedua aku berjumpa kak Zuraidah.  Sampai di suatu simpang, aku dan kak Zuraidah pun berpisah pasai kak Zuraidah nak balik rumah.  Aku dan abang Sharif terus balik ke hotel.

Sesampai di bilik, abang Sharif pun sambungkanlah plug laptop tu untuk menghidupkan laptop tersebut.  Setelah laptop dan speaker dihidupkan, maka aku pun mulalah menggodek apa yang tak ketahuan dengan sistem audio kat laptop kak Rosnah tu.

Sementara itu pula, abang Sharif telah mula bergerak turun dari bilik. katanya, nak pergi kedai sekejap.  Dan aku pula, terus menggodek laptop kak Rosnah tu.  Aku terpaksa hidupkan program zello untuk membuat sedikit ujian sistem audio laptop kak Rosnah ni.

Tidak lama kemudian, abang Sharif pun kembali dengan dua biji roti krim dengan sebotol besar air sasi.  Hah, cantiklah tu pasai, aku pun tengah dok dahaga masa tu.  Abang Sharif pun berehat sebentar untuk menghilangkan penatnya.  Jam 2:00 petang, abang Sharif bergerak semula ke SBM pusat.  Sementara aku pula, teruslah main zello untuk menguji sistem audio laptop kak Rosnah yang jadi tak ketahuan ni.

Tiba-tiba baru aku teringat bahawa aku telah tertinggal pen-drive aku kat MAB.  jadi, aku menelefon Norhidayah untuk memaklumkan hal itu. Norhidayah kata, bila dia balik dari kenduri kahwin satni, dia pi ambik.  Legalah aku bila Norhidayah cakap macam tu.  Taklah dok kalut kena beli satu lagi pen-drive.

Aku terus menggodek nak cari apa yang tak kena dengan sistem komputer kak Rosnah ni.  Tapi tak jumpa.  Aku sempatlah main Zello dengan rakan-rakan.

Lebih kurang jam 4:45 petang, hujan mula turun. Tapi, tak lebatlah.  Jam 6:45 petang, Kak Rosnah dan abang Sharif pun datang untuk ambik laptop. Mesyuarat MP dah pun habis.  Apabila semua dah dikemaskan, mereka pun balik.

Selepas itu, aku pun pergi mandi.  Yalah Norhidayah kata, jam 8:00 malam, nak ajak aku dan Eu Khoon keluar makan.  Ok, baru jam 7:00 malam, aha, aku sempat lagi tengok siri Crayon Shin Chan dan Doraemon di Ntv7.  Maklumlah, keluar makan, jam 8:00 malam.

8:00 malam, Norhidayah masih belum menelefon aku lagi.  Aku sambung pulak tengok Buletin Utama di tv3. 8:05 malam, aku menelefon Norhidayah.  Menurut Hidayah, dia sedang bersiap-siap sekarang.  Sementara itu, Eu Khoon masih lagi belum kelihatan.  Entah mana dia pergi pun, tak taulah.

Pada lebih kurang 8:15 malam, aku turun ke lobi hotel.  Norhidayah suruh aku dan Eu Khoon pergi ke kedai makan yang telah diberitahu awal tadi.  Eu Khoon pula, entah ke mana menghilang. Masih lagi belum nampak batang hidungnya.

Jam 8:30 Eu Khoon muncul.  Kami berdua pun pergilah ke kedai yang dijanjikan.  Alamak!  Rupanya, kedai tu tutup. kami menghubungi Norhidayah untuk memaklumkan hal ini.  Norhidayah menyuruh kami menunggu di situ.  Sebabnya, dia agak musyikil kenapa kedai tu tak pasal-pasal tutup.

Beberapa minit kemudian, Norhidayah pun tiba.  Ya, kini, baru dia percaya, bahawa kedai itu ditutup pada hari tersebut.   Tidak ada sebab yang konkrit diberikan kenapa kedai tersebut ditutup.

kami pun pergi ke kedai mamak kat belakang hotel New Winner.  Di situ, aku makan sepinggan besar nasi dan lauk daging lembu serta karinya sekali.  Adoi, rupanya, daging lembu kat kedai mamak tu, keras dan liat tak terkata.  Hampir-hampir aku tercekek dibuatnya.  Kami makan sambil berbual-bual.

Lebih kurang jam 10:30 malam, kami pun berangkat balik ke hotel.  Aku dan Eu Khoon menghantar Norhidayah hingga ke tangga rumah.  Sebelum itu, Norhidayah telah ke sebuah kedai runcit untuk membeli minuman.

Setelah menghantar Norhidayah hingga ke tangga rumah, aku dan Eu Khoon pun pulanglah ke hotel.  Eu Khoon pun pergi mandi. Dan pada lebih kurang jam 12:30 tengahmalam, kami pun tidur sambil ditemani oleh siaran radio Hitz.fm.

Cerita habis.





Arkit blog