Rabu, Januari 14, 2015

Teley MAB no. 566

Teley MAB no. 566

 

Selasa, 13 Januari 2015

 

No. Tel.: 03-22722687

 

Salam sejahtera,

 

Terdapat 1 pengumuman baharu dan 3 pengumuman lama,

 

Pengumuman 1: Kemaskini tentang ujibakat warga emas orang buta 2014.

 

Para pemenang bagi ujibakat yang diadakan pada hari Sabtu, 10 Januari adalah Yahya Ahmad (hadiah tempat pertama), Gordon Tan Tok Shiong (hadiah tempat kedua) dan Lee Yoke Lin (hadiah tempat ketiga). Tahniah!

 

Pengumuman 2: Wakil Parlimen Belia bagi OKU di Malaysia.

 

Tahniah diucapkan kepada Muhammad Haiqal Hazani Bin Abdullah di atas pelantikannya sebagai Wakil Parlimen Belia bagi OKU dari 18 Disember 2014 hingga 2016.

 

Pengumuman 3: MAB Shoppe Giant Kinrara.

 

4 orang tukang urut (2 lelaki dan 2 perempuan) adalah diperlukan untuk bekerja di sini dari jam 10.00 pagi hingga 9.00 malam setiap hari. Bayaran pada asas komisyen. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi En. Akif di talian sambungan 134 atau 017-2443873.

 

Pengumuman 4: Bantuan banjir untuk kakitangan MAB di Taman Harapan.

 

Temerloh telah dilanda banjir dan 4 orang kakitangan dari Taman Harapan telah terkesan dengannya. MAB telah melancarkan bantuan pertolongan banjir bagi membantu kakitangan-kakitangan tersebut daan akan meminta bantuan semua orang, termasuklah orang-orang buta bagi menyumbang kepada tabung bantuan ini. Sila hubungi Puan Sariza di talian 22722677 samb. 158.

 

Terima kasih,

 

Ikhlas,

En. Godfrey Ooi.

 


Teley MAB no. 566

 

Tuesday, 13th January 2015

 

Tel. no.: 03-22722687

 

Hello friends,

 

There are 1 new and 3 old announcements,

 

Announcement 1: The elderly blind talentime 2014 update.

 

The winners for the talentime held on Saturday, 10th January were Yahya Ahmad (1st prize), Gordon Tan Tok Shiong (2nd prize) and Lee Yoke Lin (3rd prize). Congratulations!

 

Announcement 2:  : Youth Parliament representative for the disabled in Malaysia.

 

Congratulations to Muhammad Haiqal Hazani Bin Abdullah for his appointment as the Youth Parliament representative for the disabled from 18th December 2014 to 2016.

 

Announcement 3: MAB Shoppe Giant Kinrara.

4 blind masseurs (2 men and 2 women) are needed to work here from 10.00 am to 9.00 pm daily. Payment is on commission basis. For more info, please contact Mr. Akif at ext. 134 or 017-2443873.

Announcement 4: Flood assistance for MAB staffs at Taman Harapan.

 

Temerloh was affected by the flood and 4 staffs from Taman Harapan were affected. MAB has launched flood relief assistance to help these staffs and would like to appeal to all including the blind to contribute to this assistance fund. Please contact Puan Sariza at 22722677 ext. 158 before 9th January.

 

Thank you,

 

Regards,

Mr. Godfrey Ooi.

Khamis, Januari 08, 2015

Talian Maklumat PERTIS 5 Januari 2015

Talian Maklumat PERTIS 5 Januari 2015

Inilah talian maklumat Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS),

membawakan pengumuman-pengumuman untuk minggu yang bermula pada 5 Januari  2015,  bersamaan 14 Rabiul-awal  1436 Hijrah.(Isnin)

Pengumuman Terkini

 

1.  Pengumuman dari  ibu pejabat Pertis.

1.1 Pekerja Baru.

Pihak Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS)

telah mengambil seorang pekerja baru  secara kontrak  di ibu pejabat PERTIS.

Beliau ialah Encik Ahmad Bin Abdul Wahab dan  akan mula bertugas

pada 14 Rabiul-awal 1436 Hijrah bersamaan 5 Januari 2015 Masihi (Isnin.)

Kepada Encik Ahmad Bin Abdul Wahab, pihak PERTIS mengucapkan selamat bertugas.

Semoga kehadiran Encik Ahmad Bin Abdul Wahab dapat melincinkan lagi tugas-tugas

di pejabat PERTIS khasnya di ibu pejabat.

1.2 PROGRAM  AKADEMI PENGAJIAN SAHABAT INSANI.

Permohonan adalah dipelawa daripada pelajar-pelajar OKU penglihatan lepasan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)

dan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),

bagi menyertai program-program kendalian AKADEMI PENGAJIAN SAHABAT INSANI sebagaimana berikut:

a.  Sekolah Menengah Islam Integrasi Tahfiz Insani

(Sahabat Insani Penglihatan)

B.  Program Persijilan Lepasan SPM

(Persijilan Islam Sahabat Insani)

Sekolah Menengah Islam Integrasi Tahfiz Insani

(SMIITI Sahabat Insani Penglihatan)

 

Sekolah yang menyediakan pendidikan peringkat menengah rendah dan menengah tinggi dan berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan ini dikhususkan untuk:

1. Pelajar lelaki dan perempuan lepasan sekolah rendah/UPSR

2. Pelajar yang menghadapi masalah penglihatan

3. Pelajar yang berminat untuk mendalami ilmu agama

dan menghafaz Al-Quran

Kelebihan SMIITI Sahabat Insani Penglihatan:

1. Menggunakan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dan Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT)

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

2. Mempraktikkan pendekatanPendidikan Berasaskan Atribut (Attribute Based Education)

3. Membentuk pelajar yang seimbang kemahiran dunia dan akhirat

4. Menyediakan kemudahan asrama

5. Mempunyai Pakar/Penasihat Pendidikan berwibawa

Program Persijilan Lepasan SPM (Persijilan Islam SahabatInsani)

Program ini merangkumi:

1. Sijil Pengajian Al-Quran

2. Sijil Pengajian Syariah

3. Sijil Pengajian Usuluddin

4. Sijil Tahfiz al-Quran

Program yang diadakan dengan kerjasama Pusat Pengajian Berterusan Universiti Malaya (UMCCED) ini dikhususkan untuk:

1. Pelajar lelaki dan perempuan lepasan sekolah menengah/SPM

2. Pelajar yang menghadapi masalah penglihatan

3. Pelajar yang berminat untuk mendalami ilmu agama dan menghafaz Al-Quran.

 

 

Kelebihan Persijilan Islam Sahabat Insani:

1. Menggunakan program persijilan yang berakreditasi

2. Mempunyai Pakar/Penasihat Pendidikan berwibawa

3. Membuka peluang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat diploma

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi terus Yang Dipertua Pertis,

Encik Mohammad FaizalBin  Che Yusof di talian 012 937 6539.

1.3 Yuran Tahunan:

Kepada semua ahli-ahli PERTIS sama ada ahli biasa

atau ahli bersekutu PERTIS,

anda boleh menjelaskan pembayaran yuran tahun 2015kepada bendahari Kehormat PERTIS iaitu Encik Mohd Nasir Bin Mohd Yusoff mulai sekarang. Talian bimbit beliau ialah 019394 1441 

I. Untuk Ahli Biasa:

RM6.00(Enam Ringgit Malaysia)  Setahun.

II.Untuk Ahli Bersekutu:

RM3.00(Tiga Ringgit Malaysia)  setahun.

III. Untuk AhliTanggungan:

RM1.00 (Satu ringgit Malaysia) setahun.

Kepada mereka yang telah menjadi ahli PERTIS dan berhasrat untuk menjadi Ahli SeumurHidupPERTIS, Mereka perlu menjelaskan  RM56.00 (Lima puluh Enam  Ringgit Malaysia.)

Walau bagaimana pun beliau perlu menjadi ahli PERTIS

sekurang-kurangnya setahun baru dibolehkan  memohon menjadi   Ahli Semur Hidup PERTIS.

Tarikh akhir menjelaskan yuran tahunan ahli PERTIS

ialah pada 30 Jun setiap tahun.

 

 

 

Kepada mereka yang belum menjadi ahli PERTIS dan berhasrat untuk menjali ahli PERTIS, mereka perlu mengisi borang keahlian.

Untuk yuran  kemasukan  di kenakan kepadaAhli Biasa sahaja

iaitu RM1.00 (Satu Ringgit Malaysia.)

Borang-borang tersebut boleh diperolehi di pejabat PERTIS

atau setiausaha Agung PERTIS.

Peringatan:

1.   Sekiranya anda menghadapi masalah untuk menghubungi telian maklumat ini menerusi talian telefon (03-40223950)

sila maklumkannya kepada Puan  Siti Haida Hamedan di talian

ibu pejabat PERTIS Pusat, 03-40212631 pada waktu pejabat.

2.     Sila ambil maklum, semua pengumuman yang ingin diumumkan menerusi talian maklumat ini hendaklah tiba ke peti e-mail atau

ke peti SMS Setiausaha Agong PERTIS selaku penyelaras talian maklumat ini selewat-lewatnya pada jam 8 malam setiap hari Jumaat.alamat dan nombor telefon beliau adalah seperti berikut, rosmelati60@gmail.com,

no. telefon 012 216 3354, 013 261 7278

atau 03 2034 7007 pada waktu pejabat.

Kami mohon berbanyak maaf kerana pengumuman yang tiba lewat daripada masa yang telah ditetapkan tidak dapat dimuatkan ke dalam kandungan pengumuman pada minggu berikutnya.Segala kerjasama daripada semua pihak didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Diselaraskan Oleh

Puan Rosnah Binti  Ahmad

Setiausaha Agung 

Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS)





Arkit blog