Selasa, April 24, 2018

Teley MAB Selasa, 24 April 2018.

Tele MAB no. 733
Selasa, 24 April 2018
No. tel.: 03-22722687

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Terdapat 4 pengumuman baharu dan pengumuman lama,

1.    Jalan Kaki Kumpul Dana Simfoni Hospital Mata Kebangsaan Tun Hussein Onn

Ia akan diadakan pada hari Ahad, 1 Julai dan anda boleh berjalan kaki dari 2 hingga 5 kilometer. Pengangkutan akan meninggalkan MAB pukul 6.30 pagi dan jalan kaki akan bermula dari IOI Mall. Hadiah-hadiah bagi para pemenang, cabutan bertuah dan minuman penyegaran akan disediakan. Sila berdaftar dengan En. Subra sebelum 26 April.

2.    Konsert Muzikal ole Pusat Autistik Kiwanis.

Ia akan diadakan pada hari Ahad, 6 Mei dari 7.45 malam hingga 10.00 malam. Masih ada tempat untuk 10 orang sahaja. Jadi, sila cepat dan berdaftar dengan En. Subra.

3.    Jualan kelengkapan.

Contoh Tongkat Putih Bijak yang boleh didapati dan berharga RM440.00. untuk melihat tongkat ini, sila hubungi Pn. Kameni di samb. 154.

4.    Membaca Buku Perlembagaan Perkhidmat.

Ia akan diadakan pada hari Selasa, 1 Mei pukul 8.30 pagi di Dewan MAB. Sarapan dan makan tengah hari akan disediakan. Yuran bagi ahli RM3.00 dan bagi bukan ahli RM5.00. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pejabat ini di 92211440.

5.    Nyanyian bersama Mandarin.

Ia akan diadakan pada hari Selasa, 1 Mei pukul 10.00 pagi di Pusat Warga Emas OKU Penglihatan. Sila berdaftar dengan En. Lai Kok Keong di 22742576.

6.    AXA Smart Aid untuk OKU Penglihatan.

AXA Affin Insurance sedang melancarkan AXA Smart Aid untuk OKU Penglihatan. maklumat plan dalam bentuk CD dalam bahasa Inggeris dan Melayu. Dan anda boleh mengutipnya dari meja penyambut tetamu. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pejabat di 21708282.

Thank you,
Regards,
Mr. Godfrey Ooi & Ms. Roslina Mohamed.

Tele MAB no. 733
Tuesday, 24 April 2018
Tel. no.: 03-22722687

Hello friends,

There are 4 new and 2 old announcements,

1.    Symphony Fundraising Walk for Tun Hussein Onn National Eye Hospital.

This will be on Sunday, 1 July and you can walk from 2 to 5 kilometres. Transport will leave from MAB at 6.30 am and the walk starts from The IOI Mall. There will be prizes for the winners, lucky draws and refreshments. Please register with Mr. Subra by 26 April.

2.    Musical Concert by The Kiwanis Autistic Centre.

This will be on Sunday, 6 May at 7.45 pm to 10.00 pm. There are places for 10 persons only. So, please hurry and register with Mr. Subra.

3.    Equipment Sales.

The sample of The Smart White Cane is available and it costs RM440.00. To see the cane, please call Mrs. Kameni at ext. 154.

4.    Reading The Constitutional Book of Perkhidmat.

This is on Tuesday 1 May at 8.30 am at the MAB Hall. Breakfast and lunch will be provided. The fee for members is RM3.00 and for non-members is RM5.00. For more info, please call the office at 92211440.

5.    Mandarin Sing Along.

This is on Tuesday 1 May at 10.00 am at the Elderly Blind Centre. Please register with Mr. Lai Kok Keong at 22742576.

6.    AXA Smart Aid for The Blind.

AXA Affin Insurance is launching The AXA Smart Aid for The Blind. The info plan is on CD in English and Malay. And you can collect it from the Reception Counter. For more info, please call the office at 21708282.

Thank you,

Regards,
Mr. Godfrey Ooi.
Ms. Roslina Mohamed.

Jumaat, April 20, 2018

Teley SBM 16 April 2018.

Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia
Pengumuman Mingguan 16 April, 2018
Salam bahagia daripada kami semua dari Ibu Pejabat.

Terdapat sepuluh pengumuman pada minggu ini.  Satu dari Ibu Pejabat, satu dari Cawangan Kedah, dua dari Cawangan Perak, Dua dari Kawasan Negeri Sembilan dan empat maklumat terkini dari Cawangan KL/Selangor.  Yang selebihnya adalah peringatan-peringatan atas permintaan.

Tidak lama lagi SBM akan mengadakan Mesyuarat Agung Dwi Tahunan 2018, kali ini di Ipoh, Perak.  Kami huraikan di sini garispanduan bagi peserta Mesyuarat tersebut.
 
PERTUBUHAN ORANG CACAT PENGLIHATAN MALAYSIA
(SOCIETY OF THE BLIND IN MALAYSIA)
GARIS PANDUAN MENGHADIRI
MESYUARAT AGUNG DWI TAHUNAN SIRI KE-12
TAHUN 2018
1. Pendahuluan
Dokumen ini dikeluarkan setelah diluluskan di Mesyuarat Majlis Presiden  (SBM) Bil. 1/2018 pada 3 Mac 2018 untuk rujukan semua Ahli SBM dan diedarkan melalui pejabat Cawangan / Kawasan SBM.
2. Kelayakan Penyertaan
Semua Ahli Biasa SBM, Ahli Bersekutu SBM (yang terpilih sahaja) dan mereka yang mendapat kebenaran atau diundang adalah layak untuk menyertai perhimpunan dan Mesyuarat ini.
3. Tarikh Mesyuarat
Mesyuarat ini akan diadakan pada 29 Jun - 1 Julai 2018 dengan tarikh 29 Jun 2018 sebagai tarikh ketibaan dan “check in”. Kemudahan penginapan dan makanan akan disediakan mulai hari Jumaat, 29 Jun 2018, jam 4.30 petang hingga hari Ahad, 1 Julai 2018, jam 1.00 tengah hari.
4. Tempat dan Lokasi Mesyuarat
Mesyuarat ini akan diadakan di Tower Regency Hotel & Apartments, Jalan Dato’ Seri Ahmad Said, Greentown, 30450 Ipoh, Perak Darul Ridzuan. Maklumat mengenai tempat mesyuarat boleh diperolehi dengan melayari lama sesawang www.towerregency.com.my
5. Pendaftaran
5.1 Kecuali  mereka  yang  dinyatakan  di  Perenggan  7,  Garis  Panduan  ini, semua Ahli Biasa dan Ahli Bersekutu SBM (yang terpilih sahaja) yang berhasrat menyertai Mesyuarat ini hendaklah mendaftarkan penyertaannya melalui pejabat SBM Cawangan / Kawasan masing-masing. Pengerusi cawangan/kawasan seterusnya hendaklah menghantar senarai nama dan jantina peserta mesyuarat yang lengkap dengan pasangan dua (2) orang sebilik ke ibu pejabat SBM sebelum 25  Mei 2018 (Jumaat).  Pendaftaran peserta mesyuarat yang lewat dari tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.
  5.2 Semua ahli SBM yang telah berdaftar akan dirujuk sebagai ”peserta Mesyuarat”.
6. Yuran Pendaftaran
6.1 Yuran pendaftaran bagi seorang peserta mesyuarat (Ahli Biasa SBM dan Ahli Bersekutu SBM) ialah sebanyak RM120.00 seorang;
6.2 Manakala bagi bukan ahli/anak/pengiring pula dikenakan Yuran Pendaftaran sebanyak RM250.00 seorang;  
6.3 Yuran Pendaftaran bagi Ahli Jawatankuasa Cawangan/Kawasan SBM ialah sebanyak RM60.00 seorang;  
6.4 Peserta mesyuarat yang hanya akan hadir pada 1 Julai 2018 (Ahad)  akan dikenakan Yuran Pendaftaran sebanyak RM50.00 seorang dengan disediakan sarapan pagi, minum pagi dan makan tengah hari sahaja;  
6.5 Mana-mana  peserta  Mesyuarat  yang  menarik diri sebelum 25 Mei 2018  akan dikembalikan Yuran Pendaftarannya, manakala peserta yang  menarik diri selepas tarikh  berkenaan, yuran Pendaftarannya tidak akan  dikembalikan;
6.6 Sebarang penggantian penyertaan tidak dibenarkan berikutan penarikan diri seseorang peserta Mesyuarat dan Yuran Pendaftarannya tidak akan dikembalikan;
7. Pengecualian Yuran
Mereka yang dikecualikan dari membayar Yuran Pendaftaran ialah:-
7.1 Ahli Majlis Presiden;
7.2 Pegawai  /  staf  SBM  yang   dikehendaki   bertugas   sepanjang   tempoh mesyuarat; dan
7.3 Pembantu-pembantu    Mesyuarat    yang    dipilih    oleh     Jawatankuasa Penganjur untuk bertugas secara sepenuh masa.
8. Tambang
8.1 Tuntutan tambang adalah terhad kepada perjalanan ’interstate’ sahaja berdasarkan nilai tiket yang dikemukakan (tidak termasuk kelas pertama) atau nilai konsesi yang biasa diberikan oleh Syarikat-syarikat pengangkutan bas bagi perjalanan yang berkenaan;
8.2 Tidak ada sebarang tuntutan boleh dibuat oleh peserta Mesyuarat sekiranya sesuatu Cawangan/Kawasan SBM itu   menyediakan   bas   secara   ”block   booking”   kecuali kuantitinya   tidak   dapat   ditampung    melalui kaedah berkenaan;
8.3 Peserta mesyuarat yang hanya akan hadir pada 1 Julai 2018 (Ahad) hendaklah menyediakan pengangkutan sendiri.
8.4 Bagi ahli-ahli SBM Cawangan Sarawak dan ahli-ahli SBM Cawangan Sabah, sebanyak RM3,500.00 diperuntukan kepada setiap negeri bagi membiayai kos perjalanan seberapa ramai ahli biasa yang mencukupi dengan peruntukan tersebut dari kedua-dua negeri berkenaan; dan  
8.5 SBM   akan   menanggung   sepenuhnya   tambang   bagi mereka yang dinyatakan di Perenggan 8, Garis Panduan ini.
9. Kemudahan Penginapan
Kemudahan penginapan adalah dalam bentuk apartment 2 bilik berhawa dingin bagi dua (2) orang sebilik bertaraf 4 bintang di Tower Regency Hotel & Apartments, Jalan Dato’ Seri Ahmad Said, Greentown, 30450 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.
10. Kemudahan Makanan
Kemudahan   makanan/minuman   akan   disediakan   sebanyak dua belas (12) kali sepanjang Mesyuarat diadakan seperti berikut:-
29 Jun 2018 (Jumaat) : kudapan petang, makan malam dan kudapan malam
30 Jun 2018 (Sabu) : sarapan pagi, kudapan pagi, makan tengahari, kudapan petang, makan malam dan kudapan malam
1 Julai 2018 (Ahad) : sarapan pagi, kudapan pagi dan makan tengahari
11 Aturcara Mesyuarat
11.1 Aturcara rasmi akan bermula pada 29 Jun 2018, jam 8.30 malam dengan satu sesi Taklimat Khas. Aturcara penuh akan dimaklumkan kemudian;
11.2 Majlis  perasmian  Mesyuarat akan dilangsungkan pada 30 Jun 2018,  jam 9.00 pagi dijangka akan disempurnakan oleh YAB Menteri Besar  Perak atau VVIP yang lain ; dan
11.3 Semua   peserta   dikehendaki   berpakaian   kemas dan menjaga disiplin sepanjang Mesyuarat berlangsung.
11.4 Setiap peserta juga akan dibekalkan dengan tanda nama yang perlu dipakai sepanjang tempoh mesyuarat.  Terdapat tiga warna tanda nama yang membezakan antara ahli biasa, ahli bersekutu dan urusetia penganjur termasuk ahli Majlis Presiden.
12. Jawatankuasa Penganjur/Urusetia Mesyuarat
Jawatankuasa Penganjur / Urusetia Mesyuarat dianggotai oleh :-
1)        En. Mohd Mustaza Bin Mohammad Zin Pengerusi Penganjur
No. Tel : 019-2110111
2)        En. Rosham Bin Sidek Dokumentasi
No. Tel : 013-3322737  
3)        Mdm. Jasmine Khoo Kewangan
No. Tel : 019-3296610
4)        Pn. Nurfarahin Bt. Jaafar Pendaftaran / Penginapan
No. Tel : 017-2403593
5)        En. Maznan Bin Mohd Zain Keselamatan
No. Tel : 013-2160790
6)        Dr. Ahmad Shamsuri Bin Muhamad  Makanan dan  Majlis Perasmian
No. Tel : 012-2829575
7)        Pn. Rosnah Bt. Ahmad Penajaan dan Cabutan Bertuah
No. Tel : 012-2163354
8)        En. Muhammad Akmal Hafizudin Peralatan dan Logistik
No. Tel : 012-9259481
9. En. Idris Bin Hashim Penajaan, Perhubungan dan Siaraya
No. Tel : 019-5217055
10. En. Abdul Aziz Bin Yahya (Perak) Pengangkutan
No. Tel : 019-4955886
11. En. Muhamad Nor Bin Md Ali (Perak) Sukarelawan
No. Tel : 013-4274796
Disediakan oleh:  
 
(ROSHAM BIN SIDEK)
Setiausaha Agung,
Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia (SBM)  
Tarikh : 21 Mac 2018
Peringatan-peringatan dari Jawatankuasa Utama dan Ibu Pejabat


Negara kita akan mengadakan pilihan raya tidak lama lagi.  Oleh itu kami mengambil keputusan untuk memaklumkan kalian semua mengenai kaedah-kaedah yang sedia ada bagi memudahkan OKU untuk mengundi.

PENGURUSAN PENGUNDIAN BAGI ORANG KURANG UPAYA
PROSES PENGUNDIAN BAGI ORANG KURANG UPAYA (OKU)
4 KAEDAH PENGUNDIAN:
1.         OKU yang tidak boleh membuat penandaan pada kertas undi tetapi MEMBAWA ORANG YANG DIPERCAYAI untuk membantu beliau menanda kertas undi atas permintaan dan pilihan pengundi.
2.        OKU yang tidak boleh membuat penandaan pada kertas undi tetapi TIDAK MEMBAWA ORANG YANG DIPERCAYAI akan DIBANTU oleh KTM menanda kertas undi atas permintaan dan pilihan pengundi.
3.        OKU yang mengundi di tempat mengundi di tingkat atas yang memohon untuk MENUMPANG mengundi di tempat mengundi di bawah.
4.        OKU yang boleh membuat penandaan kertas undi sendiri.
Prosedur:
5.         OKU yang tidak boleh membuat penandaan pada kertas undi tetapi MEMBAWA ORANG YANG DIPERCAYAI untuk membantu beliau menanda kertas undi atas permintaan dan pilihan pengundi.
Kerani Pengundian 1 (KP1) merujuk situasi kepada Ketua Tempat Mengundi (KTM):
A)        Pengundi masuk bersama-sama dengan orang yang dipercayai dan menyerahkan dokumen pengenalan diri kepada KP1.
B)        KTM berpuas hati bahawa pengundi merupakan orang yang tidak berdaya.
C)        KTM menyemak dokumen Pengenalan Diri Orang yang dipercayai bagi memastikan dia adalah warganegara Malaysia dan berumur 21 tahun.
D)        Orang yang dipercayai melengkapkan Borang 10
(Akuan Mengenai Identiti) sebelum dibenarkan membuat penandaan bagi pihak Pengundi.  Orang yang dipercayai dan KTM menandatangani borang.
E)        Orang yang dipercayai menanda kertas undi atas permintaan dan pilihan pengundi .
F)        KP1, KP2, dan KP3 melaksanakan langkah pengundian dan menyerahkan kertas undi kepada KTM.
G)        Pengundi dan orang yang dipercayai keluar dari tempat mengundi.
H)        Orang yang dipercayai memasukkan kertas undi ke dalam peti undi.
6.        OKU yang tidak boleh membuat penandaan pada kertas undi tetapi TIDAK MEMBAWA ORANG YANG DIPERCAYAI akan DIBANTU oleh KTM menanda kertas undi atas permintaan dan pilihan pengundi.
KP1 merujuk situasi kepada KTM:
a)        Pengundi tidak berdaya hadir ke Tempat Mengundi dengan bantuan Penunjuk Arah Pusat Mengundi (PAPM).
b)        KTM berpuas hati bahawa pengundi merupakan orang yang tidak berdaya memaklumkan kepada KP1 untuk mengeluarkan kertas undi.
c)        KP1, KP2, dan KP3 melaksanakan langkah pengundian dan menyerahkan kertas undi kepada KTM.
d)        Maklumkan kepada pengundi calon-calon yang bertanding dan minta Pengundi membuat pilihan dengan cara membisikan calon pilihannya.
e)        KTM Membuat penandaan pada kertas undi.
f)        KTM membantu pengundi memasukkan kertas undi ke dalam Peti Undi dan seterusnya membantu pengundi keluar dari tempat mengundi.
7.        OKU yang mengundi di tempat mengundi di tingkat atas yang memohon untuk MENUMPANG mengundi di tempat mengundi di bawah.
Penyelia Pusat Mengundi (PPM) memaklumkan KTM (Tingkat Atas) yang nama Pengundi kesukaran fizikal sepatutnya mengundi di Saluran Tingkat Atas. Namun, Pengundi berkenaan memohon untuk mengundi
di Saluran Tingkat Bawah.
A)        KTM (Tingkat Atas) menyemak dokumen pengenalan diri Pengundi berkenaan yang diberikan oleh PPM dan menyemak dalam DPPR yang ada padanya. KTM turun untuk tujuan pengesahan Pengundi.
B)        KTM (Tingkat Atas) memaklumkan kepada ETM (Tingkat Atas) berkenaan Pengundi yang mengalami kesukaran fizikal akan mengundi di Tempat Mengundi  di Tingkat Bawah.
C)        KP 1 (Tingkat Atas) mengesahkan Pengundi berdasarkan dokumen pengenalan diri dan meneriakkan nama Pengundi berkenaan dan membuat penandaan pada DPPR, manakala KP 3 (Tingkat Atas) mengeluarkan Kertas Undi dan  menyerahkannya kepada KTM Ting. Atas).
D)        KTM (Tingkat Atas) memasukkan Kertas Undi berkenaan ke dalam Sampul Khas, tidak perlu digam dan membawanya bersama Borang SPR.765 dan Borang 11 ke Saluran di tingkat bawah di mana Pengundi sedang menunggu.
E)        KTM (Tingkat Atas) memaklumkan kepada KTM (Tingkat Bawah) terdapat Pengundi Kurang Upaya akan menumpang mengundi di Tempat Mengundinya. KTM Tempat mengundi atas menyerahkan sampul berisi kertas undi kepada KTM (Tingkat Bawah).
F)        KTM  (Tingkat Bawah) membantu Pengundi mengisi Borang 11 dan meminta Pengundi menandatangani Borang tersebut. KTM (Tingkat Bawah) memaklumkan kepada ETM (Tingkat Bawah) untuk melaksanakan proses pengundian bagi Pengundi berkenaan.
G)        KP2 (Tingkat Bawah) mencelup jari Pengundi dengan Dakwat Pilihan Raya. KTM (Tingkat Bawah) menyerahkan Kertas Undi yang dibawa oleh KTM (Tingkat Atas) kepada Pengundi.
H)        Pengundi menandakan Kertas Undi di Petak Undi dan dan memasukkan ke dalam Sampul Khas dan menyerahkan kepada KTM . KTM  meminta ETM melengkapkan Borang SPR.765.Sampul Khas & Borang SPR.765 diserahkan kepada KTM (Tingkat Atas).
I)        KTM (Tingkat Atas) kemudiannya membawa Sampul Khas ke Tempat Mengundi di Tingkat Atas dan membuka Sampul Khas di depan Ejen Tempat Mengundi (ETM) dan memasukkan Kertas Undi ke dalam Peti Undi. KTM menyerahkan Borang  SPR.765 kepada setiap ETM yang hadir.


Pengumuman Dari Cawangan/Kawasan SBM
    Pengumuman dari Zon Utara:
PENGUMUMAN DARI SBM CAWANGAN KEDAH

Assalamualaikum, Selamat Sejahtera…

Saya mewakili Ahli Jawatankuasa Pembangunan Belia SBM Cawangan Kedah ingin membuat satu pengumuman iaitu:-

Pada 28 - 29 April 2018, Ahli Jawatankuasa Pembangunan Belia SBM Cawangan Kedah akan menganjurkan Program Rekreasi Belia bertempat di Escape Theme Park, Teluk Bahang, Pulau Pinang. Pengisian pada program selama 2 hari 1 malam itu adalah:-

28 April 2018 (Sabtu) - Para peserta akan berkumpul di Pejabat SBM Cawangan Kedah dan di jangka bertolak pada jam 10 pagi ke Teluk Bahang, Pulau Pinang. Pada sebelah petang pula, para peserta akan dibawa melawat Muzium Hantu dan bersiar-siar di sekitar Padang Kota.

29 April 2018 (Ahad) - Para peserta akan beriadah di Escape Theme Park, Teluk Bahang.
Pengumuman dari SBM Cawangan Perak

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Berikut adalah pegumuman daripada SBM cawangan Perak:

1. Lawatan Sehari Ke Cameron Highlands

Pada 28.4.2018 SBM Perak akan mengadakan lawatan sehari ke Cameron Highlands,
   Yuran penyertaan adalah sebanyak RM30 bagi ahli biasa dan ahli bersekutu,
   bagi yang bukan ahli ialah RM40 seorang.

Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi Pn Fadzilah bt Yunus di talian 019 488 2439 atau kerani SBM cawangan Perak di talian 05-253 3029 pada waktu pejabat.

2. pada 29 Jun hingga 1 julai 2018, Mesyuarat Agung Dwi tahunan SBM Peringkat Kebangsaan akan diadakan bertempat di Tower Regency Hotel Ipoh Perak. Ahli-ahli yang ingin menyertai mesyuarat tersebut dikenakan yuran sebanyak RM120 seorang; Bagi yang bukan ahli dikenakan yuran sebanyak RM250 seorang;

Tarikh tutup permohonan ialah pada 15 mei 2018.

sebarang maklumat lanjut  sila hubungi En Idris bin hashim Pengerusi SBM cawangan Perak di talian 019 521 7055 atau kerani SBM cawangan Perak di talian 05-253 3029 pada waktu pejabat.


    Pengumuman dari Zon Selatan:
Pengumuman dari SBM Kawasan Negeri Sembilan
PENGUMUMAN BARU
1.  Kelas Catur
SBM Negeri Sembilan akan menganjurkan kelas permainan catur peringkat asas. Kelas ini akan dijalankan pada setiap hari ahad sepanjang bulan puasa di pejabat sbm negeri Sembilan.
Sekiranya mendapat sambutan, kelas ini akan diteruskan selepas mesyuarat dwi tahunan sehingga bulan November. Semoga aktiviti ini akan mendapat sokongan padu daripada seluruh ahli SBM Negeri Sembilan agar matlamat kita untuk melahirkan para pemain yang mampu untuk pergi lebih jauh lagi akan dapat dicapai. Diharap peserta-peserta kelas asas catur ini dapat mewakili sbm negeri Sembilan ke pertandingan sukan dalaman peringkat zon selatan yang akan diadakan pada bulan disember 2018, yang mana sbm negeri Sembilan akan menjadi tuan rumah.
Bagi maksud pendaftaran, sila hubungi En. abdul hamid di talian 019-203 5419.
2. Tuntutan Kebajikan
Sbm negeri Sembilan akan mengedarkan borang tuntutan kebajikan kepada semua ahli sbm negeri Sembilan secara pos. Tujuannya adalah untuk memudahkan ahli-ahli membuat tuntutan perubatan tanpa perlu datang ke pejabat. Borang yang lengkap diisi hendaklah dihantar secara pos ke pejabat sbm negeri Sembilan dan kami akan panjangkannya ke ibu pejabat. Diharap dengan kemudahan ini, dapat menjimatkan perbelanjaan dan masa ahli-ahli.  Ahli-ahli yang masih belum mengemaskini alamat dan nombor telefon diminta hubungi En. abdul hamid di talian 019-203 5419.
Jualan Peralatan Braille
SBM Negeri Sembilan telah memulakan perkhidmatan menjual peralatan yang biasa digunakan oleh golongan cacat penglihatan seperti pemain mp3 jam bersuara untuk ahli-ahli Negeri Sembilan.
Program Galakkan Keahlian
Kepada mereka yang berasal dari Negri Sembilan yang tinggal di Kuala Lumpur yang masih belum menjadi ahli SBM, dialu-alukan untuk menjadi ahli SBM Negeri Sembilan. Manakala mereka yang berasal dari Negeri Sembilan tetapi keahlian mereka di cawangan KL Selangor  juga digalakkan untuk bertukar keahliannya ke Negeri Sembilan.
Lawatan Ke Padang Besar
Pendaftaran untuk lawatan ke Padang Besar masih dibuka.
Untuk maklumat kepada semua pengumuman yang tersebut di atas sila hubungi Abdul Hamid di talian 019-203 5419 atau Mathialagan di talian 013-613 0057.
    Pengumuman dari zon Tengah
Pengumuman dari SBM Cawangan  KL/Selangor
SBM Cawangan KL/Selangor akan menganjurkan beberapa program pada ketetapan seperti berikut:
1.  Sesi Penerangan Peluang Perniagaan Siri 1.
Tarikh: 21 April 2018 (Sabtu);
Lokasi: Dewan aktiviti Wisma SBM Jalan Tun Sambanthan 3 Brickfields;
Masa:   9:00 Pagi hingga 12:00 Tengah Hari.
Pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Sumber Manusia akan menyampaikan ceramah tersebut. Mereka yang telah berdaftar sila hadir pada tarikh, lokasi dan masa yang telah ditetapkan.
Kerjasama dari semua pihak amat diharapkan demi menjayakan program di atas.
2.  Pertandingan Bakat Seni Suara SBM Peringkat Cawangan KL/Selangor.
Tarikh: 22 April 2018 (Ahad);
Lokasi: Dewan Dr Ismail Salleh Kompleks MAB;
Masa:   2:00 hingga 6:00 Petang.
15 peserta akan mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut.
Mereka yang Berjaya akan mewakili Cawangan KL/Selangor ke Pertandingan Bakat Seni Suara SBM peringkat Kebangsan yang akan dijalankan pada 20 Oktober 2018 di Sabah.
Semua dijemput untuk menyaksikan pertandingan tersebut.
3.  Program Rekrasi Bagi Golongan Belia.
Tarikh: 5 Mei 2018 (Sabtu);
Lokasi: Kota Damansara;
Masa:   8:00 Pagi hingga 1:00 Petang;
Yuran penyertaan: RM5.00 seorang.
Ianya terbuka kepada semua golongan belia dalam kalangan ahli SBM.
Bagi maksud pendaftaran dan pembayaran sila hubungi pejabat SBM Cawangan KL/Selangor
di talian 2276 5276 pada waktu pejabat.
Tarikh tutup pendaftaran dan pembayaran  ialah pada 27 April 2018 (Jumaat).
4.  Lawatan Jarak Jauh Ke Terengganu.
Tarikh: 11 hingga 13 Mei 2018 )Jumaat hingga Ahad);
Yuran penyertaan adalah seperti berikut:
Untuk ahli dan anak-anak bawah 12 tahun RM120.00 seorang.
Untuk bukan ahli dan anak-anak 13 tahun ke atas RM200.00 seorang.
Tempat terhad kepada 35 orang sahaja.
Bagi maksud pendaftaran dan pembayaran sila hubungi pejabat SBM KL/Selangor di talian yang tersebut di atas.
Tarikh tutup pendaftaran dan pembayaran ialah pada 27 April 2018 (Jumaat).
      Pengumuman dari Pantai Timur
Pengumuman dari SBM Cawangan Kelantan
Assalamualaikum dan Salam SBM.
SBM Cawangan Kelantan akan mengadakan  kelas memasak siri ke 2, yang akan diadakan pada  hari Sabtu  21 April 2018, bertempat di premis SBM Cawangan Kelantan, bermula jam 9:00 pagi – 1:00 tengahari. Seramai 15 orang peserta dari SBM Cawangan Kelantan akan turut serta dalam program tersebut.
Resepi pada kali ini ialah Akok Berlauk. Tenaga Pengajar adalah  dari Pejabat Kemajuan Masyarakat Daerah Bachok.
Pengumuman dari SBM Cawangan Pahang
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
MESYUARAT AGUNG DWI TAHUNAN 2018.
Seperti yang anda sedia maklum setiap dua tahun Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Makaysia akan mengadakan Mesyuarat Agung Dwi Tahunan bagi memilih kepimpinan baru yang bakal menerajui pertubuhan ini untuk tempoh 2 tahun akan datang.
Mesyuarat Agung Dwi Tahunan 2018 akan diadakan seperti ketetapan berikut:-
Tarikh: 29, 30 Jun dan 1 Julai 2018;
Tempat: Tower Regency Hotel And Apartment Ipoh Perak.
Yuran Pendaftaran: RM120 untuk ahli biasa dan ahli bersekutu.
Pendaftaran dibuka sekarang sehingga 31 Mei 2018.
Saya selaku Pengerusi SBM, Cawangan Pahang amat mengalu-alukan penyertaan seramai mungkin Ahli-ahli Sbm Cawangan Pahang ke mesyuarat ini.
Untuk sebarang pertanyaan dan pendaftaran, sila hubungi Cik Radziah, pembantu tadbir di talian 09-296 4197 pada waktu pejabat.
     Pengumuman Dari Sabah dan Sarawak
Pengumuman dari SBM Kawasan Sabah
Assalamualaikum dan salam SBM.  
SBM Kawasan Sabah akan menjadi tuan rumah untuk Program Sambutan Hari Tongkat Putih Antarabangsa Peringkat Kebangsaan Edisi ke-9 pada 19 hingga 21 Oktober 2018  bertempat di Likas Square Apartment Hotel dan Pertandingan Bakat Seni Suara SBM Peringkat Kebangsaan pada 20 Oktober 2018  bertempat di Auditorium Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara, Sabah. Perarakan Sambutan Hari Tongkat Putih ialah pada 20 Oktober 2018 pada waktu pagi, manakala Pertandingan Bakat seni suara diadakan pada 20 Oktober 2018  pada sebelah malam.
Yuran penyertaan untuk kedua-dua program ini ialah:
a. Ahli Biasa dan ahli bersekutu RM200.00;
b. Bukan ahli RM400.00;
c. Anak ahli yang berumur 17 tahun ke bawah RM200.00.
Tarikh tutup pendaftaran bagi Negeri Sabah ialah pada 30 April 2018. Manakala tarikh tutup bagi Negeri Sarawak dan semenanjung Malaysia ialah pada 31 Mei 2018.
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi Puan Catherine Mery Ringegon, pengerusi SBM Kawasan Sabah di talian 019-222 9992 atau pejabat SBM Kawasan Sabah di talian 088-495 675 pada waktu pejabat.
Iklan
Jawatan kosong sebagai juru urut di Relax ii Tradisional Massage
Relax ii Tradisional Massage memerlukan dua juru urut sepenuh masa untuk berkhidmat di syarikatnya.  Jawatan pertama adalah untuk seorang juru urut wanita Cina dan yang kedua adalah untuk seorang Juru urut lelaki tidak kira bangsa.  Pekej yang ditawarkan termasuk elaun syif.
Sila hubungi En. Jikiri atau Jack di talian 013-237 2935 atau pejabat Relax ii di talian 03-2260 1178 Isnin hingga Jumaat dari pukul 9:00 pagi hingga 9:00 malam.

Khamis, April 12, 2018

Teley MAB 9 April 2018.

Tele MAB no. 731

Monday, 9th April 2018

Tel. no.: 03-22722687

Hello friends,

There are 3 new, 1 old and 1 book announcements,

1. Free clinical breast examination, Ultra-8 and The Pap smear for ladies below 40 years of age by National Cancer Society.

This will be on Friday, 20th April, starting 9.00 am. Transport will be provided if there is the sufficient no. of people registering. Please register with Mr. Subra.

2. Second Mandarin Sing Along Session.

This will be on Tuesday, 1st May (Labour Day), from 10.00 am to 1.00 pm at The Elderly Blind Centre. The fee is RM2.00 only. Please register with Mr. Lai Kok Keong at 227242576.

3. Seminar on Empowerment of Blind Workers and Entrepreneurs by SBM.

This will be from 11th – 13th May (Friday to Sunday) at The Hotel Plaza, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. Registration fee is RM50.00. For more info, please call Cik Fadzilah at 013-3406511.

4. AXA Smart Aid for the blind.

AXA Affin General Insurance in collaboration with MAB is launching the AXA Smart Aid for the blind. The information plan is on CD in English and Malay. You can collect the CD from the reception counter. For more info, please call The AXA Affin Customer Service at 03-21708282.

5. Here’s an English Braille book to read.

The title is Miles to go – Second journal of the walk by Richard Paul Evans in 2 volumes. This is an astonishing tale of life and death, love and second chance and why sometimes best way to heal your own suffering by helping to heal someone else’s suffering.

Thank you,

Regards,

Mr. Godfrey Ooi.

Ms. Roslina Mohamed.

Jumaat, April 06, 2018

Teley MAB 2 April.

Tele MAB no. 730
Selasa, 3hb April 2018
No. tel.: 03-22722687

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Terdapat 4 pengumuman baharu,

1.    Insurans Prudential bagi kemalangan peribadi.

Mereka yang berminat untuk mendaftarkan diri bagi Insurans Pru-Kasih boleh menghadiri program pada hari Ahad, 8hb April dari 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari bersama makan tengah hari. Bertempat di SRJK Yuk Chai, Jalan SS24/19, Taman Mayang, PJ. Anda mesti pergi sendiri ke sana. Sila berdaftar dengan En. Subra, berikan nama, no. IC dan no. telefon. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 019-3849941.

2.    Berkebun dan fotografi.

Jika anda suka berkebun atau fotografi atau anda mahu membangunkannya sebagai salah satu hobi, anda masih boleh menyertai kelab berkebun atau fotografi. Sila berdaftar dengan En. Subra, berikan nama dan no. telefon anda. Sesi fotografi seterusnya adalah pada hari Sabtu, 7hb April, 9.30 pagi di Bilik Mesyuarat Jawatankuasa, Blok B, Kompleks MAB.

3.    Bantuan pintar AXA bagi OKU Penglihatan.

Insurans Am AXA Affin dengan kerjasama MAB sedang melancarkan Bantuan Pintar AXA bagi OKU Penglihatan. Pelan maklumat adalah di dalam bahasa Inggeris dan Melayu. Anda boleh kutip CD tersebut di Kaunter Penyambut Tetamu. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Khidmat Pelanggan AXA Affin di 03-21708282.

4.    Peluang perniagaan dan uji bakat.

SBM KL/Selangor sedang menganjurkan program peluang perniagaan pada hari Sabtu, 21hb April dari 9.30 pagi hingga 12.00 tengah hari di Pusat Aktiviti Wisma SBM. Para jurucakap terdiri daripada para pegawai JKM dan Jabatan Tenaga Kerja. Yuran sebanyak RM5.00. Uji bakat SBM KL/Selangor ialah pada hari Ahad, 22hb April di Dewan MAB dari 2.00 petang hingga 6.00 petang. Yuran sebanyak RM5.00. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pejabat tersebut di 03-22765276.

Terima kasih,

Ikhlas,
En. Godfrey Ooi
Cik. Roslina Mohamed.

Tele MAB no. 730
Tuesday, 3rd April 2018
Tel. no.: 03-22722687

Hello friends,

There are 4 new announcements,

1.    Prudential Insurance for personal accident.

Those interested in signing up for Pru-Kasih Insurance can attend the program on Sunday, 8th April from 10.00 am to 12.00 noon with the lunch. The venue is SRJK Yuk Chai, Jalan SS24/19, Taman Mayang, PJ. You have to make your own way there. Please register with Mr. Subra, giving your name, IC no. and contact no. For more info, you can call 019-3849941.

2.    Gardening and photography.

If you like gardening or photography or you want to develop either as a hobby, you can still join the gardening or photography club. Please register with Mr. Subra, giving your name and contact no. The next photography session is on Saturday, 7th April, 9.30 am at The Committee Meeting Room, Block B, Kompleks MAB.

3.    AXA Smart Aid for the blind.

AXA Affin General Insurance in collaboration with MAB is launching the AXA Smart Aid for the blind. The information plan is on CD in English and Malay. You can collect the CD from the reception counter. For more info, please call The AXA Affin Customer Service at 03-21708282.

4.    Business opportunity and talentime.

SBM KL/Selangor is holding the business opportunity program on Saturday, 21st April at 9.30 am to 12.00 noon at The Wisma SBM Activity Centre. The speakers are from The JKM and Human Resource Department. The fee is RM5.00. The SBM KL/Selangor Talentime is on Sunday, 22nd April at The MAB Hall from 2.00 pm to 6.00 pm. The fee is RM5.00. For more info, please call the office at 03-22765276.

Thank you,

Regards,
Mr. Godfrey Ooi
Ms. Roslina Mohamed.

Pengumuman SBM 2 April 2018.

Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia
Pengumuman Mingguan 2 April, 2018

Salam bahagia daripada kami semua dari Ibu Pejabat.

Terdapat duabelas pengumuman baru pada minggu ini.  Satu dari Jawatankuasa pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti (JPWK), tiga dari SBM Cawangan Pulau Pinang, tiga dari SBM Cawangan Perak, tiga dari SBM Kawasan Negeri Sembilan dan dua dari SBM Cawangan KL/Selangor.  Yang selebihnya adalah peringatan-peringatan atas permintaan.

Pengumuman Daripada Jawatankuasa pembangunan Wanita Keluarga dan Komuniti (JPWK)

SEMINAR Pemerkasaan Komuniti Pekerja Dan Usahawan OKU Penglihatan

Adalah dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Pembangunan Wanita Keluarga dan Komuniti SBM akan menganjurkan SEMINAR Pemerkasaan Komuniti Pekerja Dan Usahawan OKU Penglihatan Di Malaysia seperti ketetapan berikut:
Tarikh: 11-13 Mei 2018 (Jumaat hingga Ahad);
Masa: 3:00 petang 11 mei hingga 1:00 petang 13 Mei;
Tempat: Hotel Plaza, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur;
Yuran: RM50.00 seorang.

Seminar ini terbuka kepada ahli-ahli SBM sahaja.  Untuk tujuan pendaftaran, pertanyaan dan pembayaran yuran, sila hubungi Pn. Fadzilah binti Aziz di talian 013-3406511. Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 1 Mei 2018.


       Peringatan dari Ibu Pejabat dan Jawatankuasa Utama

Tarikh : 21 Mac 2018

Kepada Semua Ahli SBM


Tuan / Puan,
                          
NOTIS MESYUARAT AGUNG DWI TAHUNAN SBM 2018 (EDISI KE-12)
PERTUBUHAN ORANG CACAT PENGLIHATAN MALAYSIA (SBM)


Dengan segala hormatnya, notis adalah diberi bahawa Mesyuarat Agung Dwi Tahunan SBM 2018 (Edisi Ke-12) akan diadakan seperti berikut :-

Tarikh: 29 Jun – 1 Julai 2018 (Jumaat hingga Ahad)
Tempat: Tower Regency Hotel & Apartments
Jalan Dato’ Seri Ahmad Said, Greentown
30450 Ipoh, Perak Darul Ridzuan
Tel: 05-2086888
  
2. Mana-mana ahli SBM yang ingin menyertai Mesyuarat ini adalah dikenakan Yuran Pendaftaran sebanyak RM120.00 seorang. Manakala bagi bukan ahli/anak/pengiring pula dikenakan Yuran Pendaftaran sebanyak RM250.00 seorang.  Pendaftaran bolehlah dibuat melalui Pejabat Cawangan / Kawasan masing-masing.

3. Sejajar dengan Peraturan 8.8 – Perlembagaan SBM, mana-mana Ahli yang ingin mengemukakan sebarang usul untuk dibincangkan semasa Mesyuarat berkenaan hendaklah dihantar secara bertulis kepada Setiausaha Agung SBM tidak lewat dari 25 Mei 2018.

4. Sehubungan dengan itu, tuan/puan adalah dijemput hadir.

Sekian, terima kasih.

‘BERSATU MEMBAWA KEJAYAAN’

Yang benar
 
(ROSHAM BIN SIDEK)
Setiausaha Agung
Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia (SBM)

PERTUBUHAN ORANG CACAT PENGLIHATAN MALAYSIA
(SOCIETY OF THE BLIND IN MALAYSIA)

GARIS PANDUAN MENGHADIRI
MESYUARAT AGUNG DWI TAHUNAN SIRI KE-12
TAHUN 2018

1. Pendahuluan

Dokumen ini dikeluarkan setelah diluluskan di Mesyuarat Majlis Presiden  (SBM) Bil. 1/2018 pada 3 Mac 2018 untuk rujukan semua Ahli SBM dan diedarkan melalui pejabat Cawangan / Kawasan SBM.

2. Kelayakan Penyertaan

Semua Ahli Biasa SBM, Ahli Bersekutu SBM (yang terpilih sahaja) dan mereka yang mendapat kebenaran atau diundang adalah layak untuk menyertai perhimpunan dan Mesyuarat ini.

3. Tarikh Mesyuarat

Mesyuarat ini akan diadakan pada 29 Jun - 1 Julai 2018 dengan tarikh 29 Jun 2018 sebagai tarikh ketibaan dan “check in”. Kemudahan penginapan dan makanan akan disediakan mulai hari Jumaat, 29 Jun 2018, jam 4.30 petang hingga hari Ahad, 1 Julai 2018, jam 1.00 tengah hari.

4. Tempat dan Lokasi Mesyuarat

Mesyuarat ini akan diadakan di Tower Regency Hotel & Apartments, Jalan Dato’ Seri Ahmad Said, Greentown, 30450 Ipoh, Perak Darul Ridzuan. Maklumat mengenai tempat mesyuarat boleh diperolehi dengan melayari lama sesawang www.towerregency.com.my

5. Pendaftaran

5.1 Kecuali  mereka  yang  dinyatakan  di  Perenggan  7,  Garis  Panduan  ini, semua Ahli Biasa dan Ahli Bersekutu SBM (yang terpilih sahaja) yang berhasrat menyertai Mesyuarat ini hendaklah mendaftarkan penyertaannya melalui pejabat SBM Cawangan / Kawasan masing-masing. Pengerusi cawangan/kawasan seterusnya hendaklah menghantar senarai nama dan jantina peserta mesyuarat yang lengkap dengan pasangan dua (2) orang sebilik ke ibu pejabat SBM sebelum 25  Mei 2018 (Jumaat).  Pendaftaran peserta mesyuarat yang lewat dari tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.

5.2 Semua ahli SBM yang telah berdaftar akan dirujuk sebagai ”peserta Mesyuarat”.

6. Yuran Pendaftaran

6.1 Yuran pendaftaran bagi seorang peserta mesyuarat (Ahli Biasa SBM dan Ahli Bersekutu SBM) ialah sebanyak RM120.00 seorang;

6.2 Manakala bagi bukan ahli/anak/pengiring pula dikenakan Yuran Pendaftaran sebanyak RM250.00 seorang; 

6.3 Yuran Pendaftaran bagi Ahli Jawatankuasa Cawangan/Kawasan SBM ialah sebanyak RM60.00 seorang; 

6.4 Peserta mesyuarat yang hanya akan hadir pada 1 Julai 2018 (Ahad)  akan dikenakan Yuran Pendaftaran sebanyak RM50.00 seorang dengan disediakan sarapan pagi, minum pagi dan makan tengah hari sahaja; 

6.5 Mana-mana  peserta  Mesyuarat  yang  menarik diri sebelum 25 Mei 2018  akan dikembalikan Yuran Pendaftarannya, manakala peserta yang  menarik diri selepas tarikh  berkenaan, yuran Pendaftarannya tidak akan  dikembalikan;

6.6 Sebarang penggantian penyertaan tidak dibenarkan berikutan penarikan diri seseorang peserta Mesyuarat dan Yuran Pendaftarannya tidak akan dikembalikan;

7. Pengecualian Yuran

Mereka yang dikecualikan dari membayar Yuran Pendaftaran ialah:-

7.1 Ahli Majlis Presiden;

7.2 Pegawai  /  staf  SBM  yang   dikehendaki   bertugas   sepanjang   tempoh mesyuarat; dan

7.3 Pembantu-pembantu    Mesyuarat    yang    dipilih    oleh     Jawatankuasa Penganjur untuk bertugas secara sepenuh masa.

8. Tambang

8.1 Tuntutan tambang adalah terhad kepada perjalanan ’interstate’ sahaja berdasarkan nilai tiket yang dikemukakan (tidak termasuk kelas pertama) atau nilai konsesi yang biasa diberikan oleh Syarikat-syarikat pengangkutan bas bagi perjalanan yang berkenaan;

8.2 Tidak ada sebarang tuntutan boleh dibuat oleh peserta Mesyuarat sekiranya sesuatu Cawangan/Kawasan SBM itu   menyediakan   bas   secara   ”block   booking”   kecuali kuantitinya   tidak   dapat   ditampung    melalui kaedah berkenaan;

8.3 Peserta mesyuarat yang hanya akan hadir pada 1 Julai 2018 (Ahad) hendaklah menyediakan pengangkutan sendiri.

8.4 Bagi ahli-ahli SBM Cawangan Sarawak dan ahli-ahli SBM Cawangan Sabah, sebanyak RM3,500.00 diperuntukan kepada setiap negeri bagi membiayai kos perjalanan seberapa ramai ahli biasa yang mencukupi dengan peruntukan tersebut dari kedua-dua negeri berkenaan; dan 

8.5 SBM   akan   menanggung   sepenuhnya   tambang   bagi mereka yang dinyatakan di Perenggan 8, Garis Panduan ini.

9. Kemudahan Penginapan

Kemudahan penginapan adalah dalam bentuk apartment 2 bilik berhawa dingin bagi dua (2) orang sebilik bertaraf 4 bintang di Tower Regency Hotel & Apartments, Jalan Dato’ Seri Ahmad Said, Greentown, 30450 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

10. Kemudahan Makanan

Kemudahan   makanan/minuman   akan   disediakan   sebanyak dua belas (12) kali sepanjang Mesyuarat diadakan seperti berikut:-

29 Jun 2018 (Jumaat) : kudapan petang, makan malam dan kudapan malam
30 Jun 2018 (Sabu) : sarapan pagi, kudapan pagi, makan tengahari, kudapan petang, makan malam dan kudapan malam
1 Julai 2018 (Ahad) : sarapan pagi, kudapan pagi dan makan tengahari

11 Aturcara Mesyuarat

11.1 Aturcara rasmi akan bermula pada 29 Jun 2018, jam 8.30 malam dengan satu sesi Taklimat Khas. Aturcara penuh akan dimaklumkan kemudian;

11.2 Majlis  perasmian  Mesyuarat akan dilangsungkan pada 30 Jun 2018,  jam 9.00 pagi dijangka akan disempurnakan oleh YAB Menteri Besar  Perak atau VVIP yang lain ; dan

11.3 Semua   peserta   dikehendaki   berpakaian   kemas dan menjaga disiplin sepanjang Mesyuarat berlangsung.

11.4 Setiap peserta juga akan dibekalkan dengan tanda nama yang perlu dipakai sepanjang tempoh mesyuarat.  Terdapat tiga warna tanda nama yang membezakan antara ahli biasa, ahli bersekutu dan urusetia penganjur termasuk ahli Majlis Presiden.

12. Jawatankuasa Penganjur/Urusetia Mesyuarat

Jawatankuasa Penganjur / Urusetia Mesyuarat dianggotai oleh :-

1)        En. Mohd Mustaza Bin Mohammad Zin Pengerusi Penganjur
No. Tel : 019-2110111

2)        En. Rosham Bin Sidek Dokumentasi
No. Tel : 013-3322737  

3)        Mdm. Jasmine Khoo Kewangan
No. Tel : 019-3296610

4)        Pn. Nurfarahin Bt. Jaafar Pendaftaran / Penginapan
No. Tel : 017-2403593

5)        En. Maznan Bin Mohd Zain Keselamatan
No. Tel : 013-2160790

6)        Dr. Ahmad Shamsuri Bin Muhamad  Makanan dan  Majlis Perasmian
No. Tel : 012-2829575

7)        Pn. Rosnah Bt. Ahmad Penajaan dan Cabutan Bertuah
No. Tel : 012-2163354

8)        En. Muhammad Akmal Hafizudin Peralatan dan Logistik
No. Tel : 012-9259481

9. En. Idris Bin Hashim Penajaan, Perhubungan dan Siaraya
No. Tel : 019-5217055

10. En. Abdul Aziz Bin Yahya (Perak) Pengangkutan
No. Tel : 019-4955886

11. En. Muhamad Nor Bin Md Ali (Perak) Sukarelawan
No. Tel : 013-4274796

Disediakan oleh:  

 
(ROSHAM BIN SIDEK)
Setiausaha Agung,
Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia (SBM) 

Tarikh : 21 Mac 2018

PERTUBUHAN ORANG CACAT PENGLIHATAN MALAYSIA
  (SOCIETY OF THE BLIND IN MALAYSIA)

MESYUARAT AGUNG DWI TAHUNAN EDISI KE-12
TAHUN 2018


Tarikh : 29 Jun – 1 Julai 2018

Masa : 8.00 pagi - 6.00 petang.

Tempat  : Tower Regency Hotel & Apartments
Jalan Dato’ Seri Ahmad Said, Greentown
30450 Ipoh, Perak Darul Ridzuan
Tel: 05-2086888


  AGENDA MESYUARAT

1. Pemanggilan mesyuarat.

2. Ucapan Presiden.

3. Pengesahan minit minit mesyuarat:

  3.1 Mesyuarat Agung Dwi Tahunan (Edisi Ke 11)
  pada 29 – 31 Julai 2016.

  3.2 Mesyuarat Agung Luar Biasa pada 10 Disember 2017.

4. Pembentangan laporan Dwi Tahunan 2016 - 2018.

5. Pembentangan Penyata Akaun dan Kunci Kira-kira Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2016

6. Pembentangan Penyata Akaun dan Kunci Kira-kira Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2017

7. Menerima usul dan ketetapan, jika ada.

8. Mencatat kehadiran.

9. Pemilihan ahli ahli Majlis Presiden bagi penggal 2018-2020:

  9.1 Seorang Presiden

  9.2 Seorang Timbalan Presiden

  9.3 Seorang Setiausaha Agung

  9.4 Seorang Bendahari

  9.5 Lapan orang Ahli Biasa Majlis Presiden

10. Melantik Juruaudit Luar bagi tempoh 2018 – 2020

11. Penangguhan mesyuarat.


Pengumuman Dari Cawangan/Kawasan SBM

    Pengumuman dari Zon Utara:

Pengumuman dari SBM Cawangan Pulau Pinang

1. lawatan jarak dekat

Jawatankuasa Kebudayaan, Kesenian dan Sosial (JKKS) SBM Cawangan Pulau
Pinang akan menganjurkan aktiviti lawatan jarak dekat ke Penang Escape Theme Park pada hari Sabtu, 7 April 2018. Yuran penyertaan sebanyak
RM30.00 seorang akan dikenakan kepada ahli yang ingin mengikuti lawatan ini. Sila ambil maklum bahawa penyertaan terhad kepada 40 orang ahli terawal sahaja. Bagi maksud pertanyaan dan tujuan pendaftaran, sila hubungi Encik Haszeemee Bin Abdul Hamid (Pengerusi JKKS) SBM Cawangan Pulau Pinang di talian 013-4202535 atau pembantu tadbir Cawangan di talian 04-3838437 pada waktu pejabat.

2. Pertandingan Memasak Peringkat Cawangan Pulau Pinang.

Sukacita dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti (JPWK) SBM Cawangan Pulau Pinang akan menganjurkan pertandingan memasak bagi peringkat Cawangan pada hari Ahad, 8 April 2018 bertempat di premis Cawangan. Yuran penyertaan sebanyak RM5.00 seorang akan dikenakan. Sila ambil maklum bahawa penyertaan terhad kepada sepuluh orang ahli terawal sahaja. Menu pertandingan masakan ialah ayam masak merah, ayam masak kicap, sayur campuran dan agar-agar. Syarat utama pertandingan ialah setiap peserta diwajibkan untuk menyediakan menu masakan tersebut. Bagi maksud pertanyaan dan tujuan pendaftaran, sila hubungi Puan Kanibibi Binti Abdul Karim, Pengerusi JPWK SBM Cawangan Pulau Pinang di talian 017-4099740 atau
pembantu tadbir Cawangan di talian 04-3838437 pada waktu pejabat.

3. Mesyuarat Agung Kebangsaan Dwi Tahunan SBM

Adalah dimaklumkan bahawa SBM akan mengadakan Mesyuarat Agung Kebangsaan Dwi Tahunannya bagi memilih barisan ahli Majlis Presiden dan Jawatankuasa pusat bagi penggal 2018-2020. Butirannya adalah seperti ketetapan berikut:
Tarikh: 29 Jun hingga 1 Julai 2018 (Jumaat hingga Ahad);
Lokasi: Tower Regency Hotel, Ipoh, Perak Darul Ridzuan;


Yuran pendaftaran yang dikenakan ialah sebanyak RM120.00 seorang. Kehadiran ahli Cawangan ke mesyuarat ini amatlah dialu-alukan selaras dengan tuntutan Perlembagaan SBM. Tarikh tutup pendaftaran ialah pada hari Isnin, 15 Mei 2018. Bagi maksud pertanyaan lanjut serta pendaftaran, sila hubungi pejabat Cawangan di talian 04-3838437 pada waktu pejabat.

Pengumuman dari SBM Cawangan Perak

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Berikut adalah pengumuman daripada SBM cawangan Perak:

1. Pada 6 April 2018 jam 9 malam, jawatankuasa kesenian kebudayaan dan sosial akan mengadakan satu latihan kompang bertempat di tingkat 1, pejabat SBM cawangan Perak.

2. Pada 7 April 2018, Jawatankuasa Pembangunan Ekonomi SBM cawangan Perak dengan kerjasama agency luar akan menjalankan satu kursus urut rawatan tulang belakang sesi keempat bertempat di tingkat 1, pejabat SBM cawangan Perak mulai jam 9 pagi hingga 5 petang.
 
3. Pada 13 hingga 15 april 2018, Jawatankuasa Pembangunan Sukan SBM Perak akan menganjurkan Karnival sukan dalaman bertempat di tingkat 1, bangunan sbm cawangan Perak. acara yang dipertandingkan ialah: ten pin bowling, pingpong, dart, dominos, congkak, dam, kumbang dan catur. setiap peserta tidak dibenarkan menyertai melebihi daripada 5 acara.

Ahli-ahli yang berminat untuk menyertai pertandingan tersebut, sila hubungi En. Othman Saki di talian: 013-5309451 atau Kerani SBM Cawangan Perak di talian: 05-2533029 pada waktu pejabat.


    Pengumuman dari Zon Selatan:

Pengumuman dari SBM Kawasan Negeri Sembilan

inilah beberapa pengumuman dari sbm negeri sembilan

1. acara memancing akan diadakan pada 14hb april 2018 bertempat di kolam memancing mambau. dijemput ahli-ahli sbm negeri sembilan untuk mengambil bahagian. rm10.00 akan dikenakan untuk setiap peserta. rm5  akan dikenakan untuk menyewa joran. walaubagaimanapun pemilik kolam akan menyediakan lapan joran sahaja untuk desewa. peserta boleh membawa joran sendiri. untuk b  1 anda boleh membawa pengiring dan bayaran yang serupa dikenakan untuk pengiring.   untuk pendaftaran dan maklumat lanjut sila hubungi abdul hamid di talian 019-2035419 atau mathialagan di talian 013-6130057.

2. kepada ahli-ahli yang masih belum membayayar yuran sila jelaskan yuran anda secepat mungkin.

3. untuk lawatan jarak jauh ke padang besar, pendaftaran masih di buka. untuk maklumat lanjut sila hubungi abdul hamid seperti no telefon di atas.


    Pengumuman dari zon Tengah

Pengumuman dari SBM Cawangan KL/Selangor

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera.

1. Program Rekreasi Untuk Golongan Belia.

Jawatankuasa Pembangunan Belia SBM Cawangan KL/Selangor akan menganjurkan program Rekrasi pada ketetapan seperti berikut:
Tarikh: 5 Mei 2018 (Sabtu);
Lokasi: Kota Damansara;
Masa: 8:00 pagi;
Yuran penyertaan: RM10.00 seorang.

Program ini terbuka kepada semua ahli belia SBM. Untuk maksud pendaftaran, sila hubungi  pejabat SBM KL/Selangor di talian 03-22765276 pada waktu pejabat. Tarikh akhir pendaftaran dan membayaran  yuran ialah pada 27 April 2018 (Jumaat).

2. MESYUARAT AGUNG Kebangsaan DWI TAHUNAN SBM 2018 (EDISI KE-12)

Mesyuarat Agung Kebangsaan DWI Tahunan SBM 2018 Edisi Ke-12 akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:
Tarikh: 29 Jun – 1 Julai 2018 (Jumaat – Ahad);
Lokasi: Tower Regency Hotel & Apartments, Jalan Dato’ Seri Ahmad Said, Greentown, 30450 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

Yuran penyertaan adalah seperti berikut:
Ahli biasa dan ahli bersekutu: RM120.00;
Bukan ahli, anak-anak dan pengiring: RM250.00;
Ahli Jawatankuasa Cawangan SBM: RM60.00.

Sehubungan dengan itu, kepada semua ahli SBM Cawangan KL/Selangor yang berhasrat untuk menyertai mesyuarat tersebut, anda dikehendaki mendaftar dengan pejabat SBM Cawangan KL/Selangor di talian 03-22765276 pada waktu pejabat.  Tarikh akhir pendaftaran dan pembayaran adalah pada 18 Mei  2018 (Jumaat). Semasa pendaftaran, sila maklumkan nama teman sebilik anda masing-masing. 1 bilik untuk 2 orang.

Sejajar dengan Peraturan 8.8 Perlembagaan SBM, mana-mana ahli yang ingin mengemukakan sebarang usul untuk dibincangkan dalam Mesyuarat Agung Dwi Tahunan berkenaan, hendaklah menghantar usul mereka secara bertulis kepada Setiausaha Agung SBM tidak lewat dari 25 Mei 2018.

Pembetulan Pengumuman Pertandingan Bakat Seni Suara SBM Peringkat Cawangan KL/Selangor 2018.

Sebagaimana yang telah dimaklumkan, Jawatankuasa Kebudayaan, Kesenian dan Sosial (JKKS) Cawangan KL/Selangor akan menganjurkan Pertandingan Bakat Seni Suara SBM Peringkat Cawangan pada ketetapan seperti berikut:
Tarikh: 22 April 2018 (Ahad)
Masa: 2:00 – 6:00  Petang.
Lokasi: Dewan Kompleks MAB
Yuran Penyertaan: RM15.00 seorang.
Penyertaan terhad kepada 15 orang peserta sahaja.
  Kepada mereka yang berminat untuk mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut, Sila berdaftar  dengan En. Muhammad Adha Bin Shamsuri di pejabat SBM Cawangan KL/Selangor di talian 2276 5276pada waktu pejabat.
Sila maklumkan tajuk lagu.

Tarikh tutup pendaftaran  pada 4 April  2018 Rabu. Penyertaan dianggap  sah setelah selesai menjelaskan yuran penyertaan.

Pemenang tempat pertama akan mewakili SBM KL/Selangor ke pertandingan Bakat Seni Suara SBM  peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di Sabah pada 20 Oktober 2018.

Lawatan Jarak Jauh Ke Terengganu.

Sukacita dimaklumkan bahawa Cawangan KL/Selangor,   akan menganjurkan  lawatan jarak jauh ke Terengganu pada ketetapan seperti berikut:
Tarikh: 11 – 13 Mei 2018 (Jumaat – Ahad)
Yuran penyertaan adalah seperti berikut:
Ahli dan anak ahli bawah 12 tahun RM120.00 seorang.
Bukan ahli dan anak ahli 13 tahun ke atas  RM200.00 seorang.
Penyertaan terhad kepada 35 orang sahaja. Bagi maksud pendaftaran dan pembayaran sila hubungi  pejabat SBM Cawangan KL/Selangor di talian seperti yang tertatat  di atas.
Tarikh tutup pendaftaran dan pembayaran pada 27 April 2018 Jumaat. Penyertaan dianggap sah setelah urusan penjelasan segala yuran penyertaan diselesaikan.


      Pengumuman dari Pantai Timur

Pengumuman dari SBM Cawangan Pahang

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

MESYUARAT AGUNG DWI TAHUNAN 2018.

Seperti yang anda sedia maklum setiap dua tahun Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Makaysia akan mengadakan Mesyuarat Agung Dwi Tahunan bagi memilih kepimpinan baru yang bakal menerajui pertubuhan ini untuk tempoh 2 tahun akan datang.

Mesyuarat Agung Dwi Tahunan 2018 akan diadakan seperti ketetapan berikut:-
Tarikh: 29, 30 Jun dan 1 Julai 2018;
Tempat: Tower Regency Hotel And Apartment Ipoh Perak.
Yuran Pendaftaran: RM120 untuk ahli biasa dan ahli bersekutu.

Pendaftaran dibuka sekarang sehingga 31 Mei 2018.

Saya selaku Pengerusi SBM, Cawangan Pahang amat mengalu-alukan penyertaan seramai mungkin Ahli-ahli Sbm Cawangan Pahang ke mesyuarat ini.
Untuk sebarang pertanyaan dan pendaftaran, sila hubungi Cik Radziah, pembantu tadbir di talian 09-296 4197 pada waktu pejabat.


     Pengumuman Dari Sabah dan Sarawak

Pengumuman Dari SBM Kawasan Sabah

Tiada Pengumuman.


Iklan

Hebahan Judul Baru bagi Koleksi Buku Braille dalam Bahasa Melayu

Salam Sejahtera & Salam 1Malaysia Negaraku,

Perpustakaan Negara Malaysia telah menyediakan judul-judul baru bagi Koleksi Buku Braille dalam Bahasa Melayu dan ditempatkan di Sudut Maklumat OKU aras bawah berhadapan di Perpustakaan Kanak-Kanak. Buku-buku tersebut adalah seperti berikut:
1. 10 Tips Mudah berucap di Khalayak Ramai  "tingkatkan keyakinan dan hapuskan fobia berucap"
2. Halal dan haram dalam sedekah
3. Bimbingan Ibadah Puasa
4. Adab Haji, Umrah Ziarah
Sehubungan itu, semua warga OKU penglihatan dialu-alukan untuk merujuk buku-buku baru ini di Sudut Maklumat OKU yang bertempat di Perpustakaan Negara Malaysia. Waktu Perkhidmatan kami adalah dari Selasa hingga Jumaat jam 10:00 pagi hingga 5:00 petang; waktu yang sama pada Sabtu kedua setiap bulan; Sabtu sempena Program Singgah Santai@PNM, #relakslahdulu;
perkhidmatan ditutup pada Sabtu lain, Ahad, Isnin dan Cuti Umum.

En. Lai Sow Woon
Penolong Pengarah
Bahagian Sumber Elektronik
Perkhidmatan
Pusat Hipermedia Dewasa (PHD), Zon Siber (ZS) dan OKU
Tel:  03-2687 1891
Kaunter (PHD): 03-2687 1783
Kaunter (OKU): 03-2687 1867.

Sekian, terima kasih.

Arkit blog