Jumaat, April 30, 2010

Mesti sebar : Beza RM 4 juta PAS burukkan Pak Lah dan RM 77 juta BN naikkan imej Malaysia

 

Tulisan blogger satulimatiga @ http://satulimatiga.blogspot.com/ 

PAS lawan Kickdefella: Pengaruh Anwar dan "pengakuan" Setiausaha Akhbar Nik Aziz!


1. Pendedahan yang dibuat oleh blogger Syed Azidi Syed Abdul Aziz (Kickdefella) bertajuk Saya Yakin Nik Aziz Akan Kena Dakwa – Jawapan Kepada S/U Akhbar MB Kelantan dan Tulang Besi (sini) mengenai peruntukkan RM 4 juta yang diberikan kepadanya untuk Operasi Gerak Saraf bagi mewujudkan pelbagai persepsi yang boleh melemahkan kepimpinan YB Tun Abdullah dan BN amat mengejutkan dan menimbulkan kemarahan di kalangan penyokong PAS.

2. Penulis berkesempatan menonton Buletin Awani jam 9.00 malam semalam (29 April) dan mendengar jawapan Ahmad Fadhli Shaari, Setiausaha Akhbar MB Kelantan yang juga merupakan Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kelantan "menjawab semula" jawapan Kickdefella itu.

3. Pertamanya, mendengar cara Ahmad Fadhli bercakap kepada wartawan, ia saling tidak tumpah dengan cara Anwar Ibrahim berkata-kata. Jelas sekali 
beliau terikut-ikut dengan gaya pertuturan Anwar.

4. Jika dibandingkan dengan Ezam yang pernah jatuh bangun bersama-sama Anwar, Ahmad Fadhli bukan salah seorang dari golongan Angkatan Muda Keadilan yang pernah dipimpin oleh Ezam. Ezam merupakan tonggak kepada penubuhan Parti Keadilan Nasional yang kemudiannya menjadi Parti Keadilan Rakyat tetapi Ahmad Fadhli tidak.

5. Sebaliknya, Ahmad Fadhli menghidupkan karier politiknya di dalam PAS sejak awal lagi. Oleh itu, 
beliau sepatutnya lebih terpengaruh dengan gaya pengucapan pimpinan tertinggi PAS. Jika tidak Nik Aziz, Hadi Awang, ataupun sekurang-kurangnya Mahfuz Omar ataupun Mat Sabu. Ini tidak, gaya Anwar juga yang dicontohinya.

6. Ini membuktikan bahawa 
pengaruh Anwar begitu kuat meresap di kalangan ahli PAS khususnya golongan pemudanya. Gelaran Erdogan yang diberikan kepada ahli PAS yang menyanjungi Anwar sebagai idola tidak lagi boleh dikhususkan kepada Ahli Parlimen mereka. Kini ia telah berakar umbi sehingga ke peringkat ahli dan pimpinan PAS sendiri.

7. Sebab itu penulis tidak hairan segala perkara yang berkaitan dengan Islam semakin diliberalkan oleh PAS sekarang. Lihat saja bagaimana slogan Membangun Bersama Islam dan Negara Islam tidak langsung kedengaran dan dilaungkan oleh PAS, hanya kerana ada perkataan "Islam" di dalamnya.

8. Berbalik kepada jawapan Fadhli, penulis tersenyum sendirian apabila mendengar beliau cuba untuk membandingkan nilai 4 juta yang diperuntukkan kepada Kickdefella dengan 77 juta yang dibelanjakan Kerajaan Persekutuan untuk melantik APCO sebagai perunding. Katanya nilai yang diterima Kickdefella "masih kecil". Ini bermakna,
Fadhli secara sedar dan waras bersetuju dan mengakui bahawa Kickdefella telah menerima peruntukkan sebanyak RM 4 juta untuk memburukkan kepimpinan YB Tun Abdullah.

9. Lihat juga ulasan Utusan Malaysia bertajuk 
Pemuda Pas minta kepimpinan parti siasat dakwaan penulis blog di sini. Penulis memetik di dalamnya bait kata Fadhli yang menyatakan,

"'Jumlah yang didakwa kononnya untuk tujuan gerak saraf itu masih kecil berbanding peruntukan yang digunakan oleh Kerajaan Pusat bagi melanggan khidmat Apco Worldwide".

Nampak jelas pengakuan Fadhli di situ bukan?.

10. Rakyat negeri Kelantan juga harus merasa kecewa kerana memiliki seorang Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar yang gagal untuk menjawab secara kukuh isu-isu yang dibangkitkan berkaitan dengan kerajaan negeri. Lihat saja bagaimana beliau secara tidak rasional cuba untuk mengaitkan Kerajaan Persekutuan di dalam pertelingkahannya dengan Kickdefella. Apa kaitannya Kerajaan Persekutan dengan pendedahan Kickdefella? Mengapa perlu ditimbulkan isu APCO?

11. Isu kerajaan melantik APCO dengan isu Kickdefella langsung tidak berkait. Perbezaannya ialah 
APCO dilantik oleh Kerajaan Pusat untuk meningkatkan imej Malaysia di peringkat antarabangsa. Langkah ini juga dilihat sebagai usaha untuk memulihkan imej Malaysia yang tercalar angkara pengkhianat-pengkhianat yang memburukkan negara sama ada melalui ucapan di perjumpaan rasmi dan tidak rasmi, mesyuarat, forum, persidangan mahupun di laman-laman web milik mereka. Ia dibuat demi untuk kepentingan negara. Kickdefella pula dilantik untuk memburukkan dan melemahkan imej kepimpinan YB Tun Abdullah. Ia dibuat atas kepentingan politik PAS. Bukankah ia jelas berbeza?

12. Kesimpulannya, pimpinan PAS sebenarnya kecut perut apabila pendekatan mereka dan kaedah yang digunakan untuk memburukkan Perdana Menteri, Kerajaan Persekutuan dan Barisan Nasional didedahkan sedikit demi sedikit oleh Kickdefella. Jika Ezam pernah berada di dalam PKR, Kickdefella pula pernah berada di dalam PAS untuk menjatuhkan Barisan Nasional.

13. Hari ini, apabila Kickdefella dilihat seperti beralih arah, walaupun tidak menyertai UMNO, PAS dilihat cuba untuk "mendiamkan" beliau walau dengan apa cara sekalipun. Justeru, amat tidak menghairankan jika selepas ini pelbagai celaan yang akan dilemparkan kepada Kickdefella walaupun apa yang diperkatakannya adalah kebenaran. Namun tindakan itu bukanlah sesuatu yang amat menghairankan, bukankah ia "metodologi perjuangan" PAS sejak dulu lagi?

Nota kaki:
Sepatutnya PAS jawab perkara berbangkit tanpa perlu kaitkan BN. Nampaknya mereka semakin hilang arah dan pedoman. PAS tidak lagi dilihat berprinsip dan kukuh seperti ketika era pimpinan Allahyarham Fahdil Noor (Al-Fatihah). Dulu PAS sanggup untuk mengenepikan apa saja asalkan prinsip perjuangan tidak digadaikan. Hari ini, Anwar, undi dan kuasa mengatasi segalanya! Takbirrrrr! 


Khamis, April 29, 2010

Edisi Khas : Sultan Selangor Murka Terhadap Mursyidul Am PAS yang Pertikai Titah Baginda !!!

Elak datang ke Selangor jika enggan patuhi larangan berpolitik di masjid: Sultan Sharafuddin





SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, bertitah larangan penggunaan masjid dan surau di Selangor sebagai tempat untuk berpolitik adalah bertujuan untuk menjaga kesucian dan keharmonian tempat ibadat umat Islam.
Baginda bertitah, sekiranya seseorang itu tidak bersetuju dengan peraturan yang ditetapkan di Selangor ini, mereka perlu mengelakkan diri daripada datang ke Selangor. Titah baginda, ini adalah kerana masjid dan surau adalah tempat umat Islam berkumpul bagi melakukan amal ibadat di samping mengeratkan silaturahim sesama mereka. Justeru, titah baginda, walaupun tiada halangan bagi rakyat dari negeri lain datang ke Selangor untuk bermastautin atau mencari rezeki, mereka perlu mematuhi segala peraturan dan undang-undang yang ada di Selangor.
"Di sini, Beta ingin mengambil kesempatan untuk memberi penjelasan terhadap titah Beta supaya tidak menggunakan masjid dan surau di Selangor sebagai tempat berpolitik kerana ada sesetengah ahli politik mempertikaikan titah Beta itu dan menganggapnya sebagai karut dan peninggalan penjajah.
"Sekiranya masjid dan surau dibiarkan untuk digunakan sebagai pentas kempen politik adalah dikhuatiri ia akan disalah gunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dengan melakukan perbuatan yang boleh mencemar kesucian masjid seperti caci-mencaci, fitnah-memfitnah, tohmahan yang tidak berasas, memburukkan keperibadian seseorang dan sebagainya," titah Baginda.
Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah demikian ketika berkenan merasmikan Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hisamuddin, di sini, pagi ini.
Isnin lalu, Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat, mempertahankan kenyataannya semasa kempen pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor minggu lalu bahawa isu politik boleh dibincangkan dalam masjid yang menjadi institusi dalam masyarakat Islam.
Katanya, politik tidak semestinya terhad kepada hal membabitkan parti semata-mata, sebaliknya merangkumi pelbagai aspek kehidupan masyarakat. -BH


1. Jelas DYMM Sultan Selangor amat murka terhadap pihak yang telah mempertikaikan titah Baginda berhubung larangan menjadikan masjid dan surau sebagai tempat berpolitik.

2. Titah Baginda adalah sangat penting untuk ditaati oleh semua pihak tidak kira dari UMNO , PAS dan PKR demi menjaga kesatuan ummat yang berada di bawah naungan DYMM Al Sultan.

3. Sindiran dalam titah Baginda jelas ditujukan kepada Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat yang mengaitkan larangan berpolitik di masjid adalah karut atau ditinggalkan oleh penjajah.

4. Hingga kini Nik Aziz bukan setakat biadap terhadap Sultan Selangor bahkan kalau kita teliti Nik Aziz juga pernah menghina Nabi Muhammad s.a.w dengan mengaitkan baginda dengan amalan kronisme semasa isu perlantikan menantunya Ariffahmi menjadi CEO PMBK sebelum ini.

5. Panglima sebagai rakyat yang bermastautin di Selangor merafak sembah terhadap DYMM Sultan atas titah yang begitu ditunggu oleh kami sekelian sebagai rakyat yang cintakan perpaduan dan bencikan perpecahan.

6. Selaku Ketua Agama sememangnya DYMM Sultan berhak menetapkan larangan agar tidak ada pihak menyalahgunakan masjid dan surau untuk dijadikan tempat menyebarkan politik kebencian  yang tidak pernah wujud di zaman Rasul dan Sahabat.

7. Marilah kita bersama sama menjunjung titah baginda Al Sultan ini dan memastikan tiada pihak yang akan terus ingkar dan biadap terhadap Ketua Agama Islam bagi Negeri Selangor khasnya dan seluruh Malaysia amnya.


Daulat Tuanku !!!


Panglima Perang Cyber
Khamis 29 April 2010  5.45 pm

Isnin, April 26, 2010

Tahniah semua : 3 Anak Ibrahim dari PKR sudah dikuburkan oleh orang Hulu Selangor dengan majoriti 1725 undi !!!


 
gambar : The Star

  1. Jam 8.09 pm Utusan News Alert memberitahu keputusan tidak rasmi PRK Hulu Selangor
  2. P.Kamalanathan menang dengan majoriti 1683 mengalahkan Zaid Ibrahim
  3. BN memperolehi 24669 undi manakala PKR pula mendapat 22986 undi
  4. Keputusan rasmi oleh Utusan Malaysia jam 9.19 malam : majoriti  ialah 1725 dengan BN mendapat 24997 dan PKR 23272
  5. Kemenangan ini membuktikan PKR gagal menang di negeri yang mereka kuasai meskipun menggunakan berbagai cara termasuk berkempen di surau2 dan masjid2 di Hulu Selangor
  6. Kehadiran Nik Aziz Nik Mat di saat akhir juga jelas semakin memburukkan keadaan dengan rakyat dapat melihat biadapnya MB Kelantan ini mengingkari titah Sultan yang melarang politik di rumah ibadat umat Islam tersebut dengan mengaitkannya dengan saki baki fahaman penjajah.
  7. Syabas kepada sahabat blogger samada dari geng BPN atau blogger2 yang lain khasnya Unit Media Baru, Blogger Patriot, All Blogger... Semoga kita akan terus menang di hari hari akan datang.
Jumpa di Sibu bulan depan untuk pertarungan lagi hebat dengan kafir harbi DAP......




gambar : The Star



Tulisan : Panglima Perang Cyber @ http://penembak-tepat.blogspot.com/ 






Sabtu, April 24, 2010

Gempar : Pemimpin PKR ditahan polis buang bendera BN !!!

 
 


Timb Ketua Pemuda AMK, Faris Musa bersama 5 petugas parti PKR ditahan pihak polis jam 7.30 petang tadi ketika sibuk menurunkan kain rentang BN. 

Dia kini berada dalam tahanan di Balai Polis Bukit Sentosa.

Semasa orang sibuk nak ke masjid berjemaah Maghrib, puak-puak munafiqeen ini sibuk melakukan khianat ke atas hak milik orang lain.

Inilah perangai busuk perut dan mentaliti dibawah paras cerdik pencacai-pencacai PR.

Puak-puak mereka ini sudah mula tergugat dengan sokongan penuh masyarakat Hulu Selangor. Sebab itulah mereka begitu terdesak melakukan taktik gampang mensabotaj bahan kempen BN.

Jelas bahawa jentera PR semakin meroyan ibarat cacing yang kepanasan.


Ahad, April 18, 2010

Cabaran Debat Isu Ketuanan Melayu Oleh Khairul Azam kepada Zaid Ibrahim

 
Salam semua.

Panglima telah diminta oleh Saudara Khairul Azam ( Penasihat MAGARAN ) untuk membuat hebahan kepada cabaran debatnya bersama calon P094 yang telah dinamakan pagi tadi iaitu Datuk Zaid Ibrahim.

Untuk tidak menghampakan beliau maka Panglima perturunkan lampiran surat yang telah dihantar melalui email untuk dibaca oleh Datuk Zaid Ibrahim dan seluruh penyokong Pakatan Rakyat.

Debat ini sangat sesuai sekali kerana ia bakal menemukan dua peguam berbeza mazhab politik, umur serta pengalaman mereka. Ia boleh jadi debat kedua terhebat selepas debat antara Anwar dengan Sabri Chik satu ketika dulu tentang isu kenaikan harga minyak.

Panglima sarankan siaran langsung dibuat oleh RTM atau TV3 untuk memudahkan pengundi di Hulu Selangor melihat bakat calon mereka samada layak atau tidak diberikan undi pada 25 April nanti.

Diharap sahabat dapat edarkan surat ini demi perjuangan kita alif ba ta.

Gambar Khairul Azam dengan Shamsul Iskandar Ketua Pemuda PKR



MOHD KHAIRUL AZAM BIN ABDUL AZIZ
Penasihat Undang-undang
Majlis Gabungan NGO Pembela Negara (MAGARAN)
D/A Lot Parkir Restoran Ada,
Taman Seri,
Batang Kali,
Selangor Darul Ehsan


Tarikh : 16 hb April 2010


Y.BHG DATO' ZAID BIN IBRAHIM
Calon Pilihanraya P94
Parlimen Hulu Selangor
Parti Keadilan Rakyat (PKR)

SEGERA
SERAHAN TANGAN



Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh
Y.Bhg Dato',


Per : JEMPUTAN UNTUK BERDEBAT ISU KETUANAN MELAYU

Adalah saya merujuk kepada perkara yang tersebut di atas.

Pada 31 hb Oktober 2008, sempena persidangan LawAsia 2008 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Dato' telah menyampaikan ucapan bertajuk "Malaysia-A Lost Democracy?". (Lampiran 1)

Dalam ucapan Dato' berkenaan, Dato' antara lainnya telah memperlekehkan konsep Ketuanan Melayu dan Dato' secara terbuka telah menyatakan konsep Ketuanan Melayu ini tidak lagi sesuai di amalkan pada hari ini, menyifatkan konsep ketuanan Melayu menyebabkan berlaku pembaziran sumber, tenaga dan masa selepas Dato', yang merupakan produk Dasar Ekonomi Baru, telah berjaya melepasi belenggu kemiskinan keluarga Dato' di Kelantan dan kini Dato' sekeluarga berkemampuan untuk berdomisil di kawasan perumahan elit Tropicana.

Dato juga memperlekehkan Dasar Ekonomi Baru dengan menyatakan bahawa :-

"Affirmative action and special status become a matter of privilege by reference to race rather than of need and questioning of this new status quo was not to be tolerated."


Saya percaya, kenyataan Dato itu pastinya di sorak gembira dan di sambut ceria oleh puak-puak chauvinis pelampau yang rasis daripada kaum bukan Melayu dan mereka semestinya mengangkat Dato sebagai wira mereka kerana jelas, nada prinsip Dato yang anti Ketuanan Melayu adalah aset untuk memudahkan laluan mereka menganggu status sosial dalam negara ini. Secara peribadi, saya menyifatkan ucapan Dato' tersebut adalah amat tidak bertanggungjawab, umpama kacang lupakan kulit, bak melepaskan anjing tersepit.

Samada Y.Bhg Dato' sengaja menafikan hakikat, bahawa orang Melayu masih jauh ketinggalan dari segi ekonomi dan amat bergantung kepada kepatuhan Kontrak Sosial demi keamanan dan kestabilan sosial di dalam negara, maka jelas ucapan Y.Bhg Dato tersebut saya labelkan sebagai tidak mengenang budi. Jika tidak kerana Dasar Ekonomi Baru, saya percaya Dato' bukanlah sebagaimana diri Dato pada hari ini.

Ucapan Dato' yang anti KETUANAN MELAYU tersebut adalah satu ancaman terhadap survival orang Melayu yang majoritinya kini masih terkial-kial mencari & menambah pendapatan keluarga, walaupun secara metaforanya Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan tersebut masih belum di mansuhkan. Bayangkan keadaan orang Melayu jika Perkara 153 Perlembagaan tersebut terus di hapuskan oleh Dato' dan rakan-rakan politik Dato' yang mungkin berpotensi membentuk kerajaan Persekutuan dalam pilihanraya umum akan datang. Apa jaminan Dato terhadap survival orang Melayu nanti? Atau Dato hanya menyeru kami berdoa yang terbaik untuk keluarga kami ketika perut kami lapar?

Bertitik tolak daripada luahan perasaan saya di atas, pada 11 hb November 2008, telah mengutus surat jemputan Debat Ketuanan Melayu kepada Dato. (Lampiran 2).

Surat jemputan tersebut telah di serahkan ke pejabat Dato dan akhbar Utusan malaysia pada 15 hb November 2008, di halaman berita utamanya telah turut menyiarkan tentang cabaran debat tersebut (Lampiran 3).

Namun pada tarikh debat berkenaan iaitu pada 26 hb November 2008, Dato langsung tidak muncul di lokasi tanpa khabar berita.

Maka saya dengan ini, sempena Pilihanraya Kecil P94 Parlimen Hulu Selangor, saya mengulangi cabaran debat KETUANAN MELAYU tersebut dan menjemput Dato' dan rakyat Hulu Selangor untuk hadir seperti ketetapan berikut :-

Tarikh   :  23 hb April 2010
 Masa  :  Antara jam 9.00 malam-3.00 pagi
 Tempat  :  Perkarangan Parkir, Restoran Ada, Batang Kali
(bersebelahan dengan Petronas Batang Kali 2)
Tajuk  :  KETUANAN MELAYU-Masih Relevan?


Saya menyedari bahawa Dato sedang sibuk berkempen pada tarikh berkenaan. Sebab itulah saya dan rakyat memperuntukkan masa yang panjang untuk menanti kemunculan Dato. Dato boleh berucap selama 1 minit atau 1 jam, terpulang kepada kelapangan masa Dato pada malam tersebut.

Tarikh dalam tempoh berkempen tersebut juga di pilih bagi membenarkan Dato secara tidak langsung berkempen dan meraih undi daripada rakyat Hulu Selangor yang akan hadir pada malam tersebut.

Tarikh berkenaan juga penting kerana ia adalah 24 jam sebelum Dato berjaya atau tidak menjadi Ahli Parlimen Hulu Selangor. Parlimen adalah tempat menggubal dan memansuhkan undang-undang. Jadi sebelum Dato menjadi sebahagian daripada institusi Parlimen Malaysia, saya dan rakyat Hulu Selangor inginkan penjelasan pendirian Dato terhadap konsep KETUANAN MELAYU tersebut.

Saya dan rakyat akan menunggu Dato pada malam tersebut. Saya juga telah melancarkan Fanpage Facebook "Kami Sokong Debat Buzze Azam vs Zaid Ibrahim" yang selepas 24 jam di lancarkan setakat 16/4/10 jam 9.30 pagi berjaya mengumpul 54 orang peminat.

Sila Y.Bhg Dato menghubungi saya di talian 012-9770412 untuk pengesahan kehadiran.

Sekian dan terima kasih.


HIDUP MELAYU!
ALLAHUAKBAR!


Yang berani kerana benar,




MOHD KHAIRUL AZAM BIN ABDUL AZIZ
770509-06-5757


sumber :

Blog Panglima Perang Cyber



Sabtu, April 17, 2010

P094 : Gambar Petanda Pakatan Rakyat Akan Kalah Di Hulu Selangor !!!

Chua Jui Ming sedang berceramah depan kerusi kosong

Kerusi kosong setia mendengar ceramah pemimpin pakatan
Anwar terpaksa bekerja keras kerana isu liwatnya dengan Saiful


Jumaat, April 16, 2010

P094 : Rahsia Strategi PKR di Hulu Selangor Sudah Terbongkar !!!

  



















Nampak gayanya BN di Hulu Selangor tidak berapa pening berbanding dengan PKR. BN akan dianggap sebagai underdog dalam pilihan raya kecil P.94 Hulu Selangor itu. PKRlah yang kena pulun bagi mempertahankan kerusi yang dimenangi dengan kelebihan 198 undi itu.

Kita tolak ke tepi dulu siapa calon yang akan bertanding di Hulu Selangor. Kita kaji dulu isu-isu yang akan berlegar dalam pilihan raya itu. Jika dicongak-congak isu yang perlu ditepis oleh PKR banyak sekali.

Seperti biasa BN sebagai underdog, tak begitu bimbang. Ia adalah parti yang memerintah Malaysia. PKR pula ialah parti yang memerintah Selangor - yang semakin kacau-bilau dengan pelbagai isu dan ragam pemerintahannya. Jika dikaji halus-halus titah ucapan Duli Yang Maha Mulia baginda Sultan Selangor semasa merasmikan Sidang Dewan Undangan Negeri Ke-12 kelmarin, sudah jelas maksud titah baginda itu.

Baginda mahu semua pihak ''fahami Perlembagaan." Bolehlah disimpulkan bahawa baginda mahu jangan ada mana-mana pihak cuba membuat tuntutan yang bukan-bukan mengikut kaum masing-masing ke atas Perlembagaan yang sudah termaktub itu. ''...rakyat perlu menjadikan Perlembagaan sebagai asas dalam usaha menguruskan permasalahan kerana isi kandungannya sudah memaktubkan hak rakyat dengan jelas. ''Prinsip kebebasan dan keadilan adalah prinsip yang sedia ada dalam pemasyhuran kemerdekaan.

''Beta berharap ahli-ahli Yang Berhormat dapat memberi mesej yang jelas kepada rakyat mengenai perkara ini," titah baginda. Sebagai rakyat yang menghuni dalam jajahan baginda, saya akan melaung tiga kali ''Daulat Tuanku!!!'' Ucapan tuanku sultan itu amat ditunggu-tunggu oleh rakyat jelata sekalian. Kita tahu dari mana datangnya tuntutan-tuntutan sebegitu. Kita berharap mulai sekarang mereka sudah boleh menutup mulut daripada terus mempersoalkan asas kenegaraan tersebut.

Mengguna SMS mengatur strategi

Berbalik kepada Hulu Selangor, semalam menerima satu SMS yang dipercayai terkeluar dari satu mesyuarat PKR yang sedang membincangkan strategi pilihan raya kecil itu.
Mesyuarat itu menurut al-kisah SMS itu berlangsung pagi kelmarin dan dipengerusikan oleh seorang orang kuat Anwar Ibrahim sejak dari dalam UMNO lagi. Beliau ialah orang kepercayaan Anwar.

Melihatkan kepada butir bicara yang dibincangkan dapatlah disimpulkan bahawa terlalu banyak isu yang perlu dibereskan oleh parti dokongan Anwar yang ironinya dia sendiri pun sedang menghadapi kegawatan dirinya sendiri.

Antara yang dibincangkan ialah mereka mahu supaya isu yang membabitkan Anwar dapat dikurangkan perbincangannya. Mereka bimbang soal Anwar boleh menjejaskan peluang parti itu. Seboleh mungkin mereka mahu mengalihkan kepada isu-isu lain.

Oh, rupa-rupanya mereka sendiri pun takut dengan isu yang membabitkan Anwar ini? Jika begitulah al-kisah SMS itu, betullah seperti mana banyak orang kata, Anwar kini sudah menjadi satu liability (istilah Melayu lama: menanggung biawak yang hidup) kepada pakatan itu.

Dalam apa-apa strategi perang, nampaknya isu Anwar perlu dijadikan agenda. Kita tidak boleh salahkan mereka kerana jika jeneral sendiri mempunyai masalah besar, maka orang-orang bawahannyalah yang perlu memikirkan penyelesaiannya. Tak hairanlah banyak askar-askarnya sudah 'letih' dan mulai melarikan diri. Semua orang tahu, kes perbicaraan Anwar tidak habis-habis sejak dulu sampai ke hari ini.

Sebaliknya, mesyuarat itu mahu memberi tumpuan untuk 'menyerang' psikologi orang-orang Felda yang banyak di Hulu Selangor itu. Mereka mahu membasuh fikiran orang Melayu di situ supaya memberi undi kepada mereka. Mereka mahu memecahkan persepsi bahawa Felda ialah organisasi kesayangan Najib Tun Razak.

Memang Najib mempunyai 'soft-spot' terhadap Felda kerana Allahyarham ayahandanya yang mengasaskan agensi itu bermula dari hutan belantara kepada satu skim yang sehingga kini dicontohi oleh banyak negara sedang membangun lain.

Menurut SMS itu, pakatan memberi tumpuan untuk menyerang generasi kedua Felda. Mereka tahu generasi pengasas Felda sukar hendak diputar-belitkan. Hanya generasi baru sekarang yang kurang 'semangat dan roh' orang dulu yang senang untuk dipengaruhi. Isu-isu lain mengikut al-kisah SMS itu ialah: Mereka akan mempertahankan sebab-musabab mengapa kampus UiTM Serendah tidak boleh didirikan. Hanya orang Melayu yang kurang arif dengan peranan UiTM itu sahaja yang akan termakan dengan alasan mereka kelak.

Mereka juga akan mempertahankan sebab-musabab mengapa kuil Hindu Seksyen 19 dipindahkan ke Seksyen 23 Shah Alam. Dulu semasa BN memerintah Selangor, pembangkang bagai nak rak membantah bagi mempertahankan kuil Seksyen 19 itu. Tapi selepas menang mereka pun sama, dua kali lima.

Lain-lain isu yang terpaksa dipertahankan mereka, menurut al-kisah SMS itu lagi ialah:

  • Isu keuntungan jualan pasir di Selangor.
  • Isu ladang babi di Mukim Batu Kuala Langat.
  • Isu kalimah Allah dan perdebatan Khalid Ibrahim dengan Zulkifli Nordin.
  • Isu rumah urut dan penjualan arak yang dipertahankan oleh Ronnie Liu.
  • Isu kerugian Universiti Selangor (Unisel) sebanyak RM20 juta.
  • Isu gambar Elizabeth Wong.
  • Isu cadangan Menteri Besar Selangor mahu membuka UiTM kepada bukan Melayu.
  • Isu MB pro-bukan Melayu.
  • Isu ekonomi dan perkembangan pelaburan di Selangor yang lembap.
  • Isu hubungan pakatan dan Istana Selangor serta cadangan menggunakan wang zakat untuk bukan Islam.
Mesyuarat itu juga, menurut al-kisah SMS itu turut membincangkan isu nasional yang dibimbangi PKR boleh mengubah sokongan pengundi Hulu Selangor kepada BN. Ia mahu isu itu dipantau dan diberikan perhatian serius oleh jentera PKR untuk mematahkan hujah serangan.

Antara isu yang memberikan impak kepada pakatan itu ialah:

  • Isu kes liwat Anwar dan Saiful.
  • Isu Anwar dan hubungannya dengan Yahudi.
  • Isu pengakuan Anwar di Parlimen tentang 16 September.
  • Isu kredibiliti Nik Aziz membabitkan tajaan haji dan balak di Kelantan.
  • Isu wakil rakyat pakatan lompat parti.
  • Pendedahan wakil rakyat Bebas di DUN Perak dan Parlimen.
  • Isu tahap keutuhan hubungan Pas, PKR dan DAP.
  • Isu hubungan pakatan dengan Sultan Perak.

Pendek kata, banyak sekali isu-isu yang dibangkitkan dalam mesyuarat itu. Semuanya merupakan isu yang ada asas dan kredibiliti untuk dibahaskan oleh BN. PKR dan pakatan perlu bekerja keras untuk menyanggahnya. Mungkin di pihak BN, ia pun perlu menyelesaikan beberapa isu yang juga akan dihadapinya, khususnya soal calon MIC.

BN perlu membuat justifikasi sebab-musabab dipilih calon dari parti itu dan bukannya dari UMNO. Calon PKR pula dikatakan seorang Melayu yang berasal dari Kelantan. Agendanews petang semalam yang memetik Malaysiakini.com mengatakan mesyuarat biro politik PKR yang diadakan di rumah Anwar bersetuju memilih Zaid Ibrahim sebagai calon PKR Hulu Selangor.

Calon MIC pula disebut-sebut merupakan anak tempatan. Kita lihat sejauhmana soal isu dan soal calon itu boleh memberi impak kepada keputusan pilihan raya itu kelak. Pastinya ia akan menjadi satu 'kes ujian' bagi kedua-dua pihak. - UM


Suara Politik

Taminsari

Blog Belantan ( http://belantan.blogspot.com )




Rabu, April 14, 2010

Bukti Anwar Ibrahim guna 1Israel dalam Pakatan Rakyat !!!

 
 
  
Tulisan : Panglima Perang Cyber ( http://penembak-tepat.blogspot.com )



Alhamdulillah pagi ini saya telah dapat menemui beberapa bukti yang boleh mengaitkan isu APCO dengan Pakatan Rakyat khasnya Anwar Ibrahim yang telah dikenali sebagai 'teman lama dan mesra' golongan Yahudi.

Ini setelah meluangkan sedikit masa membaca kembali kenyataan Anwar di Parlimen berhubung isu APCO.

Rupa-rupanya Anwar Ibrahim tidak perasan bahawa beliau telah mendedahkan diri dan Pakatan Rakyat kepada 'lembah bahaya' kerana memaparkan fakta tentang 1Israel yang tak ubah konsepnya seperti yang dipraktikkan oleh Pakatan Rakyat bawah beliau.

Semua tahu isu APCO timbul untuk menutup isu isu yang lain. Terutama isu liwat yang masih lagi belum selesai dibicarakan di Mahkamah. Maka ia dimainkan dengan begitu meluas demi untuk mewujudkan persepsi bahawa Kerajaan Malaysia pimpinan Perdana Menteri membuat hubungan sulit dengan Israel.

Dulu isu Altantunya namun selepas 3 kali Perdana Menteri bersumpah di tiga tempat berbeza dan selepas sekian lama masa dihabiskan untuk menerangkannya barulah fitnah tersebut padam dan tidak lagi dijadikan isu oleh pembangkang. Kini isu APCO dijadikan modal untuk memburukkan PM dan seluruh pentadbiran kerajaan kerana mengambil APCO menjadi penasihat Perdana Menteri dalam dasar 1Malaysia.

Begitu juga isu pembelian kapal selam, jet dan sebagainya juga telah tidak lagi diulang oleh pembangkang selepas rakyat sendiri telah dapat melihat bahawa tuduhan yang dilemparkan oleh pembangkang tidak berasaskan bukti yang nyata melainkan hanyalah fitnah yang direka-reka untuk kepentingan politik yang sempit.

Isu APCO yang dikait dengan 1Israel ini telah dijadikan isu untuk mengaitkan Kerajaan Malaysia dengan isu keselamatan negara ekoran kaitannya yang didakwa ada hubungan dengan Israel. Walhal ia satu pembohongan yang amat jelas. Anwar cuba memberi gambaran Malaysia sudah sangat terancam apabila PDRM dan JPM telah diresap oleh pengganas Israel sedangkan ia tidak berlaku sama sekali.

Yang terancam hakikatnya ialah masa depan politik Anwar yang mana ramai menganggap beliau akan gagal menuju takhta PM dan bakal berakhir di kandang besi jika disabitkan kesalahan meliwat Saiful Bukhari.

Tuduhan mereka hanyalah bersandarkan kepada persamaan perkatan 1Israel dengan 1Malaysia. Bahkan mereka tidak tahu dengan teknologi internet zaman ini rakyat tidak mudah diperbodohkan oleh Anwar Ibrahim. Segala maklumat sudah berada di hujung jari.

Realitinya, 1Israel yang didakwa hasil idea APCO adalah satu gabungan parti parti politik di Israel manakala 1Malaysia adalah gagasan untuk menyatukan rakyat Malaysia agar harmoni dan saling bersatu padu tanpa melibatkan kerjasama parti-parti politik.

Jika benar APCO bertanggungjawab mencipta 1Israel kenapa konsep yang sama tidak dipraktikkan oleh Kerajaan Malaysia ?

Dan ternyata hanya Pakatan Rakyat sahaja yang mempunyai persamaan dengan 1Israel yang dipraktikkan di sana oleh golongan ZIONIS YAHUDI.



Lihat bukti Pakatan Rakyat idea 1Israel di blog Anwar di bawah :









Arkit blog