Isnin, Julai 19, 2010

Ada juga orang malu cakap melayu ya?

Hmm, sudah lama rasanya Cute tidak menulis artikal.  Asyik-asyik politik saja ni.  Boring jugak.  Ni sebab dah lama, Cute cubalah menulis balik.

Tak sangka ya, masih ada lagi orang malaysia yang mengaku rakyat Malaysia, tapi, malu nak cakap melayu.  Kita sudah pun merdeka lebih kurang 52 tahun.  Tetapi, sintom ini, masih lagi berlaku rupanya.  mentang-mentang kerja pangkat tinggi, gaji besar, kereta besar, semuanya besar, kenapa malu gunakan bahasa kebangsaan sebagai percakapan atau penulisan?  mengapakah suka membangga-banggakan bahasa asing?  Adakah bahasa kebangsaan ini begitu rendah mertabatnya?  Apakah dengan menggunakan bahasa inggeris itu, mertabat kita akan menjadi tinggi setinggi bangunan pencakar langit?

Ya, memang tidak salah mempelajari bahasa ketiga.  Tetapi, janganlah meminggirkan sama sekali bahasa kebangsaan kita yang tercinta ini.  Tetapi, inilah yang berlaku.  Dengan menggunakan alasan mempelajari bahasa ketiga, bahasa kebangsaan dipinggirkan dengan sewenang-wenangnya.

Pihak yang bertanggungjawab haruslah memikirkan cara-cara untuk mendaulatkan bahasa kebangsaan yang tercinta ini.  Lihatlah negara jiran kita seperti Indonesia dan Thailand.  Bagaimanakah mereka mendaulatkan bahasa kebangsaan mereka.  Contohilah mereka.  Janganlah ibarat kata pepatah, anak di rumah mati kelaparan, kera di hutan disusukan.

Kepada generasi muda, Cute sarankan, daulatkanlah bahasa kebangsaan negara kita yang tercinta ini.

Coretan buat Siti Huraizah.

Siti Huraizah, amat payah kita mahu orang memahami kita.  Amat payah kita hendak menangkis tuduhan yang tak berasas yang dilemparkan terhadap kita.  Semua ini, serba payah.  Oleh itu, bersabarlah.
 
Siti Huraizah, orang kata, Siti Huraizah gadis yang sombong.  Tapi bagiku, Siti Huraizah ialah seorang gadis yang lincah, periang dan serba aktif.  Siti Huraizah punya jiwa yang sentimental.  Siti Huraizah juga punya sekeping hati yang lembut, yang suka berterus-terang dan juga hati yang amat mudah terluka.  Itulah Siti Huraizah.
 
Orang kata, Siti Huraizah hanya suka berkawan dengan orang-orang yang sama taraf dengannya.  Tapi bagiku, Siti Huraizah tidaklah sebegitu rupa.  Siti Huraizah seorang yang jujur dan ikhlas dalam persahabatan.  Siti Huraizah suka berterus-terang.  Tetapi, Siti Huraizah suka berkias-kias.  Nasihatku kepada siti Huraizah, kalau nak terus-terang, boh pi sajalah.  pedulilah depa nak terasakah tak yang penting, hang nak habaq kat depa isi hati hang tu.
 
Siti Huraizah, usahlah peduli apa orang kata, usahlah terlalu memikir persepsi orang.  Yang pentingnya, kita tahu siapa kita.  Kita tahu apa yang kita buat.  Sentiasalah mengingati tuhan.  Mintaklah petunjuk dan hidayah darinya.





Arkit blog