Isnin, Oktober 18, 2010

Pengumuman SBM 10TH Oktober

Sesi dialog bersama SPRM

Satu sesi dialog dan pendaftaran pemilih baru anjuran bersama Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia akan diadakan pada hari Sabtu, bersamaan 23hb Oktober 2010 di SBM cawangan KL/Selangor. Aturcara bermula pada jam 10.00 pagi dengan taklimat daripada SPRM yang kemudiannya disusuli dengan sesi dialog untuk mencari penyelesaian terhadap permasalahan yang dihadapi oleh golongan cacat penglihatan semasa menjalani proses pengundian. Ini akan diikuti dengan sesi pendaftaran baru dan penyemakan semula daripada pengundi-pengundi yang berdaftar sehingga jam 5.00 petang. Perkhidmatan-Perkhidmatan yang ditawarkan adalah seperti berikut:

1. Permohonan bagi pendaftaran baru pemilih

2. Permohonan untuk menukar alamat pusat mengundi (berdasarkan alamat pada kad pengenalan)

3. Semakan status pendaftaran

4. Semakan maklumat pemilih

5. Menerima laporan kematian daripada waris pemilih yang telah meninggal dunia (dengan disokong oleh sijil kematian atau dokumen-dokumen yang berkaitan)

6. Menerima sebarang aduan berkaitan daftar pemilih

Mengundi adalah hak dan kewajipan anda.

Jawatankuasa Pembangunan Belia

Jawatankuasa Pembangunan Belia ingin mempelawa ahli-ahli SBM untuk menyertai Perkhemahan Jati Diri SBM 2010 selama tiga hari, bermula dari 3-5hb Disember 2010 bertempat di Perting Valley, Bentong, Pahang Darul Makmur. Yuran penyertaan adalah sebanyak RM30.00 seorang. Syarat-Syarat penyertaan adalah seperti berikut:

Terbuka kepada warga belia yang berumur antara 18-40 tahun sahaja,

Telahpun menjelaskan yuran keahlian tahun 2010 dan tiada tunggakan bagi tahun-tahun sebelumnya,

Mempunyai tubuh badan serta minda yang sihat bagi menjalankan aktiviti lasak,

Membayar yuran penyertaan sepenuhnya dan committed terhadap diri sendiri sepanjang perkhemahan tersebut.

Untuk info lanjut, sila hubungi Ahli Jawatankuasa Pembangunan Belia seperti berikut:

Encik Ahmad Shamsuri Bin Mohd. Di talian bimbit 0122829575,

Cik Rosmawati Binti Mohd. Di talian 0122603512,

Encik Yeoh Kok Soon di talian 0123215160,

Cik Jamiah Binti Mat Nor di talian 0193550716,

Encik Mohd. Mustaza Bin Haji Mohd. Zain di talian 0192110111 ataupun menerusi alamat e-mail mmmz2020@gmail.com.

Semua penyertaan beserta yuran pendaftaran mestilah sampai kepada Jawatankuasa Pembangunan Belia sebelum atau selewat-lewatnya pada hari sabtu, bersamaan 13hb November 2010.

Dua info dari Jawatankuasa Komunikasi dan Assessibiliti

Unit perkhidmatan audio telah menyediakan rakaman belanjauan 2011 dalam versi Bahasa Malaysia yang mana ianya boleh dimiliki dalam bentuk cakrapadat yang telahpun diformatkan ke dalam bentuk MP3. Anda boleh mendapatkan cakrapadat ini secara percuma dan anda hanya boleh memiliki satu salinan sahaja. Kepada yang berminat, anda boleh menghubungi Encik Ng Eu Khoon, juruteknik audio SBM di talian ibu pejabat SBM, 03-22746162 pada waktu pejabat untuk tujuan temujanji.

Adalah dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Komunikasi dan Assessibiliti sedang mengkaji fungsi unit audio di pertubuhan ini bagi memenuhi keperluan ahli-ahli dengan lebih berkesan. Anda boleh menghantar serta mengutarakan cadangan ke alamat e-mail hq.audio@sbm.org.my ataupun menghubungi Encik Ng Eu Khoon, juruteknik audio SBM di talian ibu pejabat SBM, 03-22746162 pada waktu pejabat. Cadangan-cadangan anda hendaklah sampai pada kami sebelum hari sabtu, bersamaan 30hb Oktober 2010. Jaminan kami adalah setiap cadangan akan diberi pertimbangan sewajarnya. Oleh itu, bantulah kami untuk membantu anda.

KL-Selangor

Sukacita dimaklumkan bahawa SBM Cawangan KL/Selangor akan mengadakan jamuan teh bersama warga emas pada hari sabtu, bersamaan 23hb Oktober 2010 dari jam 2.00 hingga 5.00 petang bertempat di Cafeterial MAB. Hanya warga emas yang berumur 60 ke atas sahaja yang layak mendaftar. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi pejabat cawangan ini di talian 0322742794 pada waktu pejabat. Tarikh tutup pendaftaran ialah pada hari Khamis, bersamaan 21hb Oktober 2010.

Persatuan Rekreasi Sukan Cacat Penglihatan Kuala Lumpur (PRSCPKL)

Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Rekreasi Sukan Cacat Penglihatan Kuala Lumpur (PRSCPKL) akan mengadakan satu perkhemahan ke Sungai Congkak, Selangor Darul Ehsan selama tiga hari, bermula dari 5-7hb November 2010, iaitu hari jumaat hingga hari ahad. Yuran pendaftaran yang dikenakan adalah sebanyak RM30.00 untuk ahli dan anak-anak ahli yang berusia 13-17 tahun, RM15.00 bagi kanak-kanak yang berusia 12 tahun ke bawah dan RM50.00 bagi bukan ahli. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Cik Rosni Binti Saini di talian bimbitnya, 0133402515 ataupun Puan Norhazira Binti Mohd. Nor di talian bimbitnya, 0123545217. Yuran penyertaan boleh dijelaskan kepada kesemua ahli jawatankuasa PRSCPKL sebelum hari khamis, bersamaan 28hb Oktober 2010.

Iklan-iklan.

Adakah bil elektrik anda melambung setiap bulan dan anda inginkan penjimatan elektrik yang berterusan? Kini, anda tidak perlu risau lagi kerana ada jalan penyelesaiannya. Smart Energy Saver dicipta khas untuk menstabilkan voltan, mengawal serta membantu memanjangkan jangka hayat peralatan elektrik anda, sekaligus mengurangkan kadar bayaran semasa bil elektrik anda. Mudah digunakan, dijamin selamat serta sah di sisi undang-undang, mempunyai jaminan SIRIM dan kad jaminan 12 bulan. Harga di pasaran adalah di antara RM250.00 ke RM300.00 seunit. Kini, anda boleh memiliki alat ini dengan harga serendah RM230.00 seunit. Untuk info lanjut serta tempahan, sila hubungi sama ada Encik Mohd. Mazlan Bin Mamat di talian 0122999364 ataupun Puan Fariza Hiezua Binti Abdul Rahman di talian 0123532528. Jimatlah bertahun-tahun dan tentunya berbaloi-baloi.

Hello rakan-rakan budiman sekalian, sertailah kami untuk     urutan badan yang menyegarkan di samping urutan tapak kaki pada kadar perkhidmatan yang sungguh berpatutan. Waktu operasi kami adalah dari jam 11.00 pagi hingga 10.00 malam. Beralamat di No.148-1, Jln Radin Anum Satu, Taman Sri Petaling, 57000 Kuala Lumpur. Untuk pertanyaan, sila hubungi kami di talian 03-90586644 ataupun menerusi alamat e-mail goldentouchblindmassage@yahoo.com.

Berita baik kepada anda yang ingin membeli bad ping pong di mana anda boleh memilikinya dengan harga serendah rm15.00 sahaja. Untuk keterangan lanjut serta tempahan, anda boleh menghubungi Encik Cheah Poh Keat di talian bimbitnya, 016-3232989.

Terima kasih.

Khamis, Oktober 14, 2010

Pengumuman tambahan

Dialog bersama SPRM

Warganegara Malaysia cacat penglihatan adalah dipelawa untuk menyertai satu sesi dialog bersama pihak Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia yang akan diadakan di SBM Cawangan KL/Selangor pada hari sabtu, bersamaan 23hb Oktober 2010 bermula jam 10.00 pagi. Tujuan dialog ini diadakan adalah bagi mencari penyelesaian terhadap permasalahan yang dihadapi oleh golongan cacat penglihatan semasa menjalani proses pengundian. Ianya akan disusuli dengan sesi pendaftaran sehingga jam 5.00 petang bagi sesiapa yang ingin mendaftar atau yang ingin membuat penyemakan terhadap pendaftaran atau tempat pengundian mereka.

Pengumuman SBM 12TH Disember

Jawatankuasa Pembangunan Belia

Jawatankuasa Pembangunan Belia ingin mempelawa ahli-ahli SBM untuk menyertai Perkhemahan Jati Diri SBM 2010 selama tiga hari, bermula dari 3-5hb Disember 2010 bertempat di Perting Valley, Bentong, Pahang Darul Makmur. Yuran penyertaan adalah sebanyak RM30.00 seorang. Syarat-Syarat penyertaan adalah seperti berikut:

Terbuka kepada warga belia yang berumur antara 18-40 tahun sahaja,

Telahpun menjelaskan yuran keahlian tahun 2010 dan tiada tunggakan bagi tahun-tahun sebelumnya,

Mempunyai tubuh badan serta minda yang sihat bagi menjalankan aktiviti lasak,

Membayar yuran penyertaan sepenuhnya dan committed terhadap diri sendiri sepanjang perkhemahan tersebut.

Untuk info lanjut, sila hubungi Ahli Jawatankuasa Pembangunan Belia seperti berikut:

Encik Ahmad Shamsuri Bin Mohd. Di talian bimbit 0122829575,

Cik Rosmawati Binti Mohd. Di talian 0122603512,

Encik Yeoh Kok Soon di talian 0123215160,

Cik Jamiah Binti Mat Nor di talian 0193550716,

Encik Mohd. Mustaza Bin Haji Mohd. Zain di talian 0192110111 ataupun menerusi alamat e-mail mmmz2020@gmail.com.

Semua penyertaan beserta yuran pendaftaran mestilah sampai kepada Jawatankuasa Pembangunan Belia sebelum atau selewat-lewatnya pada hari sabtu, bersamaan 13hb November 2010.

Jawatankuasa Komunikasi dan Assessibiliti

Adalah dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Komunikasi dan Assessibiliti sedang mengkaji fungsi unit audio di pertubuhan ini bagi memenuhi keperluan ahli-ahli dengan lebih berkesan. Anda boleh menghantar serta mengutarakan cadangan ke alamat e-mail hq.audio@sbm.org.my ataupun menghubungi Encik Ng Eu Khoon, juruteknik audio SBM di talian ibu pejabat SBM, 03-22746162 pada waktu pejabat. Cadangan-cadangan anda hendaklah sampai pada kami sebelum hari sabtu, bersamaan 30hb Oktober 2010. Jaminan kami adalah setiap cadangan akan diberi pertimbangan sewajarnya. Oleh itu, bantulah kami untuk membantu anda.

Iklan Jawatan Setiausaha Esekutif SBM

Permohonan adalah dipelawa daripada individu yang berkelayakkan untuk mengisi jawatan setiausaha esekutif di Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia (SBM). Syarat-syarat kelayakan ialah memiliki sekurang-kurangnya diploma, boleh menulis dan bertutur dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan baik serta berkemahiran mengendalikan komputer (sekurang-kurangnya Microsoft office). Gaji yang ditawarkan berdasarkan kepadda kelayakan dan pengalaman. Kepada yang berminat, sila hantarkan surat permohonan anda beserta dokumen-dokumen sokongan yang telah disahkan dan menyatakan jumlah gaji yang dipohon kepada Setiausaha Agung, Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia, No.40A, Jln Padang Belia, 50470 Brickfields, Kuala Lumpur. . Permohonan anda hendaklah sampai sebelum atau selewat-lewatnya pada hari jumaat, bersamaan 15hb Oktober 2010.

KL-Selangor

Atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, tarikh pertandingan bakat cawangan KL-Selangor telahpun ditunda dari 9hb Oktober 2010 ke 23hb Oktober 2010. Segala kesulitan ini amatlah kami kesali.

Kelab Wawasan PPOBM

Kelab Wawasan Pertubuhan Pembangunan Orang Buta Malaysia (PPOBM) akan mengadakan jamuan Hari raya Aidilfitri dan pertandingan karaoke lagu-lagu hari raya pada hari sabtu, bersamaan 16hb Oktober 2010 bermula pada jam 8 malam bertempat di Cafeterial MAB. Yuran pendaftaran yang dikenakan untuk ahli dan anak ahli yang berumur 12 tahun ke atas adalah RM5.00 seorang, anak ahli berumur 12 tahun ke bawah tidak dikenakan bayaran manakala bukan ahli dikenakan bayaran sebanyak RM10.00 seorang. Kepada anda yang ingin menyertai pertandingan karaoke lagu-lagu hari raya, tambahan sebanyak RM5.00 akan dikenakan. Tarikh tutup pendaftaran adalah pada hari rabu, bersamaan 13hb Oktober 2010. Untuk tujuan pendaftaran atau pertanyaan lanjut, sila hubungi sama ada Puan Rohaya Binti Lias di talian bimbitnya, 0122557642 ataupun di talian pejabat PPOBM, 0322741211-0322741212 pada waktu pejabat.

Arkit blog