Di sini, saya ingin mengucapkan setinggi tahniah kepada seorang teman saya yang bernama, Siti Huraizah Ruslan. ucapan ini diberi kerana beliau kini, sudah mula dikenali ramai. Walau pun beliau seorang yang oku penglihatan, tetapi beliau tidak berputus asa atau pun malu untuk melakukan apa saja seperti orang normal.
Baru-baru ini, beliau telah muncul di dalam rancangan nasi Lemak Kopi O di tv9. Beliau muncul pada Sabtu lalu, bersamaan 5TH januari.
Dalam temuramah di rancangan itu, beliau antaranya memberitahu, beliau ada membuat skrip drama.
Pada pertengahan November 2012 yang lalu, beliau telah muncul di sebuah rancangan terbitan stesen NTV7 yang disiarkan pada setiap Selasa, 7:30 malam. Di dalam rancangan tersebut, beliau telah menceritakan mengenai kehidupan beliau dari kecil hinggalah sekarang. Ternyata daripada apa yang telah dikisahkan oleh beliau dalam program tersebut, beliau merupakan seorang gadis yang tabah dan cekal dalam mengharungi kehidupan pahit manis dari beliau kecil, sehinggalah beliau dewasa sekarang ini. Dan, kesemua yang beliau hadapi ini telah mematangkan beliau.
Beliau kini bertugas sebagai pegawai perhubungan awam di Persatuan Bagi Orang-orang buta atau pun disebut dalam orang putih, malaysia Asociation For the Blind. Kekadang, beliau juga mendapat undangan menjadi juruacara di majlis-majlis tertentu. Beliau amat berbakat dalam bidang pengacaraan. nak cari pengacara majlis, carilah Siti Huraizah Ruslan.
Bagi pendapat saya, kalaulah ada calon untuk ikon remaja oku penglihatan, Siti Huraizah Ruslan adalah orang yang paling sesuai untuk dijadikan ikon remaja bagi oku penglihatan tersebut kerana pencapaian cemerlang beliau dari dulu hingga kini.