Pada Khamis, 29TH Ogos, aku dan Ah Hong telah menghadiri upacara pembakaran mayat rakan kami, Lee Sai Sam. Kami bertolak jam 12:00 tengahari. Sampai di Green Lane berlaku kesesakan jalan. Kami sampai di tempat upacara dijalankan di Mount Eskeme pada lebih kurang jam 1:20 minit tengahari. Kami dibawa masuk ke dewan. Di dewan upacara mengikut adat-istiadat orang keristian sedang berjalan. Aku tak taulah apa mereka cakap sebab mereka cakap mandarin. haram sepatah pun aku tak faham apa yang depa cakap, doa dan nyanyikan tu. Aku dan Ah Hong duduklah di situ seperti dua batang tunggul kayu. Dan aku pula, memuat naik status fb dan twitter.
Tidak lama kemudian, upacara selesai. Aku dan Ah hong dibawa keluar oleh para petugas gereja. Sebelum keluar, Ah Hong telah sempat meminta kebenaran supaya kami dapat meraba keranda rakan kami, Lee Sai Sam.
Pihak gereja membenarkannya. lalu, petugas itu membawa aku dan Ah Hong pergi ke sebuah meja di mana terletaknya keranda rakan kami, Lee Sai Sam. Inilah pertama kalinya aku dapat meraba sebuah keranda. kami meraba di bahagian cerminnya. Amat sejuk sekali cermin tersebut kerana ada ais di dalamnya. petugas gereja memberitahu kami, muka Lee Sai Sam kelihatan senyum gembira. menurut petugas itu lagi, cermin yang kami raba ni akan ditutup dan seterusnya akan dibawa ke tempat pembakaran. menurutnya lagi, harga paling murah untuk sebuah keranda ialah RM 1800.
Kami pun keluar dari dewan gereja itu. Kini keranda sudah mula diusung keluar dan dibawa ke kenderaan khas untuk dibawa ke tempat pembakaran.
Ada rakan mencadangkan supaya kami tak payah ikut pergi. Tapi, kami membantah dengan alasan, nak tengok sahabat karib kami buat kali terakhir. jadi, kami pun ikutlah pergi ke tempat pembakaran mayat. kami dibawa oleh seorang petugas gereja dengan kereta.
Apabila sampai di tempat pembakaran, kami sekali lagi pergi meraba keranda Lee Sai Sam buat kali penghabisan. Kali ini, rakan kami iaitu Roslin dan kakak Lee Sai Sam iaitu Yati, juga pergi raba keranda tersebut. Kami diberikan sekuntum bunga tiap seorang untuk diletakkan di atas keranda sebelum keranda tersebut ditolak masuk ke bilik pembakaran.
Selepas itu, kami dibawa berdiri di suatu sudut. Dan, upacara doa dan nyanyian pun dimulakan. Dan, seperti biasalah, aku haram sepatah pun tak faham sebab ianya dalam bahasa mandarin.
Semasa upacara sedang berjalan, salah seorang petugas telah memaklumkan kepada kami bahawa, keranda telah ditolak masuk ke dalam bilik pembakaran. maka tahulah kami bahawa, pembakaran mayat akan dijalankan sebentar lagi.
Tidak lama kemudian, kedengaran bunyi enjin seperti enjin lori. maka tahulah kami, pembakaran sudah pun dimulakan.
Selang beberapa ketika, isteri Lee Sai Sam, Beh Sok Kee telah memberikan sedikit ucapan. Beliau mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi hadir dan kepada semua yang membantu menguruskan mayat suami beliau.
2:35 petang, upacara selesai. kami dibawa duduk di sebuah kerusi panjang. Selang beberapa ketika, aku dan Ah Hong pun berangkat ke St. Nicholas. kami dibawa oleh seorang petugas gereja. Sementara Roslin dan kakak lee Sai Sam telah balik ke seberang tanah besar.
2:45 petang. Aku dan Ah Hong tiba di St. Nicholas. Di sana, tempat pertama kami pergi ialah bilik unit braille. Di sana, ada tiga orang sedang bertugas iaitu Seong, Chok Siew Lee dan Gomis. mereka sedang tekun bekerja. Dan sebelum kami ke bilik unit braille, kami pergi toilet terlebih dahulu.
jam 3:00 petang. Beredar dari bilik unit braille. Kami telah terserempak dengan saudara Robert Maidin. kami bercerita sebentar tentang Lee Sai Sam. mengungkit kenangan-kenangan manis bersama Lee Sai Sam.
3:15 petang, pergi pula berbual dengan Linda Caple. Tentang Lee Sai Sam juga. Linda sedang sibuk membuat persiapan untuk jualan amal yang akan berlangsung di St. Nicholas Home Bagan jermal pada 7TH September ini.
3:30 petang, pergi tunggu teksi. 3:48 petang, teksi datang. kami pun balik. Aku sampai di rumah jam 4:27 petang.