Talian Maklumat PERTIS 24 November 2014
Inilah talian maklumat Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS). Membawakan pengumuman-pengumuman untuk minggu yang bermula pada 24 November 2014 Masihi bersamaan 1 Saffar 1436 Hijrah.(Isnin)
Pengumuman Terkini
1. Pengumuman dari ibu pejabat Pertis.
1.1 Temuduga Jawatan Secara Kontrak.
Pihak PERTIS telah mengadakan sesi temuduga untuk jawatan secara kontrak.
Temuduga tersebut telah di jalankan pada30 Muharram 1436 Hijrah bersamaan 23 November (ahad)Bertempat di ibu pejabat PERTIS.
Empat orang calun telah hadir ke sesi temuduga tersebut.
Keputusannya akan diketahui insya Allah dalam masa seminggu dua lagi.
1.2 Bengkel Smart Solat.
Sebagaimana yang telah di umumkan sebelum ini,
Bahagian Pembangunan Dakwah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI) dengan kerjasama Biro Pendidikan Dan Dakwah PERTIS Pusat
akan menganjurkan Bengkel Smart Solat. Bengkel tersebut akan di jalankan seperti berikut:
Tarikh:
6 Saffar 1436 Hijrah bersamaan 29 November 2014 Masihi.
Hari sabtu.
Tempat:
bertempat di Surau,
Persatuan Orang Buta Malaysia,
Malaysian association For The Blind MAB,
Kompleks MAB,
Jalan Tebing Of Jalan Tun Sambathan 4,
Brickfields, Kuala Lumpur.
Masa:
Bengkel akan bermula jam 7.30 pagi dengan pendaftaran para peserta
dan dijangka tamat pada jam 5.00 petang.
Bengkel ini juga akan melibatkan praktikal (amali) solat bagi memantapkan lagi solat kita.
Kepada mereka yang telah berdaftar untuk mengikuti program tersebut di harap dapat hadirkan diri pada tarikh, tempat dan masa seperti yang tertera di atas.
Sebarang pertanyaan atau masalah
sila hubungi Pengerusi Biro Pendidikan dan Dakwah, iaitu
Encik Wan Mohd Suhaimi bin Wan Mohd Zawil Abidin
di talian bimbitnya, 013-4030531
1.3. Kelas Alquran Braille.
Pendaftaran untuk kelas Asas al-Quran Braille sesi baharu
anjuran Biro Pendidikan dan Dakwah PERTIS Pusat masih di buka kepada semua ahli yang berhasrat untuk mengikuti kelas tersebut.
Kelas Al quran akan di mulakan pada awal januari 2015.
sila berdaftar dengan Pengerusi Biro Pendidikan Dan Dakwah, iaitu
encik Wan Mohd Suhaimi bin Wan Mohd Zawil Abidin di talian bimbitnya, 013-4030531 melalui panggilan telefon atau SMS.
Pendaftaran melalui pihak lain dianggap tidak sah.
2. Pengumuman dari PERTIS Wilayah.
2.1 PERTIS Wilayah Trengganu.
Ahli Jawatankuasa PERTIS Wilayah Trengganu Darul Iman
akan mengadakanMesyuarat Ahli JawatankuasaPERTIS Wilayah Trengganu.
Mesyuarat tersebut akan di jalankan seperti berikut:
Tarikh: 11 Saffar 1436 Hijrah.
Bersamaan 4 Disember 2014 Masihi.(Khamis)
Bertempat:
Di bilik mesyuarat Pusat Kegiatan PERTIS Wilayah Trengganu.
Masa:
Pukul 10.00 pagi.
Di harap semua Ahli Jawatankuasa PERTIS Wilayah Trengganu dapat hadirkan diri ke mesyuarat tersebut harap maklum.
Peringatan:
1. Sekiranya anda menghadapi masalah untuk menghubungi telemaklumat ini menerusi talian telefon (03-40223950),
sila maklumkannya kepada Cik Siti Haida Hamedan di talian ibu pejabat PERTIS Pusat, 03-40212631 pada waktu pejabat.
2. Sila ambil maklum,
semua pengumuman yang ingin diumumkan menerusi talian maklumat ini hendaklah tiba ke peti e-mail atau ke peti SMS Setiausaha Agong PERTIS selaku penyelaras talian maklumat ini selewat-lewatnya pada jam 8 malam setiap hari Jumaat.alamat dan nombor telefon beliau adalah seperti berikut,
rosmelati60@gmail.com,
no. telefon 012 216 3354/013 261 7278
atau 03 2034 7007 pada waktu pejabat.
Kami mohon berbanyak maaf kerana pengumuman yang tiba lewat, daripada masa yang telah ditetapkan tidak dapat dimuatkan ke dalam kandungan pengumuman pada minggu berikutnya.Segala kerjasama daripada semua pihak didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.
Diselaraskan Oleh
Puan RosnahBinti Ahmad
Setiausaha Agung
Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS)