Selasa, Februari 24, 2015

TELEY MAB No. 571

TELEY MAB No. 571

 

Isnin, 23 Februari 2015

 

No. Tel: 03-22722687

 

Salam sejahtera,

 

Terdapat 2 pengumuman baharu dan 2 pengumuman lama,

 

Pengumuman 1: Barangan baru untuk dijual.

 

Barang-barang tersebut adalah Pen bacaan Qur’an pada harga RM200.00, Ludo  RM140.00, Monopoly  RM230.00 dan Scrabbles  RM200.00. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Zuraidah di samb. 154.

 

Pengumuman 2: Buku-buku yang dicadangkan.

 

1. Grail for sale oleh G. Hammond dalam 2 jilid.

2. Jangan lupakan aku oleh Iza Safiya dalam 10 jilid.

 

Pengumuman 3: Pertandingan permainan dalaman dan Mesyuarat Agung Tahunan Pesrob Selangor.

 

Acara ini akan berlangsung pada hari Ahad, 28 April dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Izadin di talian 012-3045312.

 

Pengumuman 4: Mesyuarat Koperasi OKU.

 

Mesyuarat ini akan diadakan pada hari Sabtu, 7 Mac pada jam 2.30 petang di Kafeteria MAB. Mesyuarat ini akan dimulakan dengan jamuan makan tengah hari pada jam 1.00 tengah hari. Mereka yang ingin mendaftar sebagai ahli adalah dijemput untuk menghadiri jamuan makan tengah hari ini. Ahli jawatan kuasa juga dijemput ke jamuan ini. Sila berdaftar dengan Guna di talian 018-3727223.

 

Terima kasih,

 

Ikhlas,

En. Godfrey Ooi.


TELEY MAB No. 571

 

Monday, 23rd February 2015

 

Tel. no. 03-22722687

 

Hello friends,

 

There are 2 new and 2 old announcements,

 

Announcement 1: New items for sale.

 

There are Qur’an reading pen at RM200.00, Ludo at RM140.00, Monopoly at RM230.00 and Scrabbles at RM200.00. For more info, please call Zuraidah at ext. 154.

 

Announcement 2: Braille titles recommended.

 

1. Grail for sale by G. Hammond in 2 volumes.

2. Jangan lupakan aku by Iza Safiya in 10 volumes.

 

Announcement 3: Indoor Games Competition and Annual General Meeting of Pesrob Selangor.

 

This will be on Sunday, 28th April from 9.00 am to 5.00 pm. For more info, please call Izadin at 012-3045312.

 

Announcement 4: Koperasi OKU meeting.

 

This will be on Saturday, 7th March at 2.30 pm at the MAB Cafeteria. This will be proceeded by lunch at 1.00 pm. Those who wish to sign up as members are welcomed to attend the lunch. Committee members are invited to the lunch. Please register with Guna at 018-3727223.

 

Thank you,

 

Regards,

Mr. Godfrey Ooi.

Selasa, Februari 17, 2015

Teley MAB no. 570

Teley MAB no. 570

 

Isnin, 16 Februari 2015

 

No. Tel.: 03-22722687

 

Salam sejahtera,

 

Terdapat 3 pengumuman baharu,

 

Pengumuman 1: Pertandingan permainan dalaman dan Mesyuarat Agung Tahunan Pesrob Selangor.

 

Acara ini akan berlangsung pada hari Ahad, 28 April dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Izadin di talian 012-3045312.

 

Pengumuman 2: Mesyuarat Koperasi OKU.

 

Mesyuarat ini akan diadakan pada hari Sabtu, 7 Mac pada jam 2.30 petang di Kafeteria MAB. Mesyuarat ini akan dimulakan dengan jamuan makan tengah hari pada jam 1.00 tengah hari. Mereka yang ingin mendaftar sebagai ahli adalah dijemput untuk menghadiri jamuan makan tengah hari ini. Ahli jawatan kuasa juga dijemput ke jamuan ini. Sila berdaftar dengan Guna di talian 018-3727223.

 

Pengumuman 3: Tajuk-tajuk 2 buah buku Braille Inggeris.

 

1. Taming the tiger oleh Tony Anthony.

2. Grail for sale oleh G. Hammond.

 

Terima kasih,

 

Ikhlas,

Mr. Godfrey Ooi.

Teley MAB no. 570

 

Monday, 16th February 2015

 

Tel. no. 03-22722687

 

Hello friends,

 

There are 3 new announcements,

 

Announcement 1: Indoor Games Competition and Annual General Meeting of Pesrob Selangor.

 

This will be on Sunday, 28th April from 9.00 am to 5.00 pm. For more info, please call Izadin at 012-3045312.

 

Announcement 2: Koperasi OKU meeting.

 

This will be on Saturday, 7th March at 2.30 pm at the MAB Cafeteria. This will be proceeded by lunch at 1.00 pm. Those who wish to sign up as members are welcomed to attend the lunch. Committee members are invited to the lunch. Please register with Guna at 018-3727223.

 

Announcement 3: The two English Braille titles.

 

1. Taming the tiger by Tony Anthony.

2. Grail for sale by G. Hammond.

 

Thank you,

 

Regards,

Mr. Godfrey Ooi.

Jumaat, Februari 13, 2015

Talian Maklumat PERTIS 09 Februari 2015

Talian Maklumat PERTIS 09 Februari 2015

            Inilah talian maklumat Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan
Islam Malaysia (PERTIS),

membawakan pengumuman-pengumuman untuk minggu yang bermula pada 09 Februari
2015 bersamaan 19 Rabiul-akhir 1436 Hijrah.
Pengumuman Terkini

Pengumuman dari ibu pejabat Pertis.

1.1 Biro Pendidikan dan Dakwah Pusat PERTIS.
Biro Pendidikan dan Dakwah PERTIS akan mengadakan Majlis Sambutan
Maulidur-Rasul SAW 1436 Hijrah.
Majlis  tersebut akan dijalankan seperti berikut:
Tarikh:
24 Rabiul-akhir 1436 Hijrah bersamaan  14 Februari 2015 (hari sabtu.)
Tempat:
di Dewan Dr. Ismail Salleh, Kompleks MAB, Kuala Lumpur.
Masa:
majlis akan bermula jam 9.00 pagi dan dijangka berakhir
pada jam 01.00 tengah hari.
seramai 100 orang peserta dijemput untuk hadir ke majlis tersebut.
Kepada sesiapa yang berminat untuk menghadiri majlis tersebut,
Bolehlah mendaftar dengan Cikgu Wan Mohd Suhaimi, pengerusi Biro Pendidikan
dan Dakwah, di talian 0134030531.
pendaftaran melalui pihak lain dianggap tidak sah.

1.2 biro latihan dan pembangunan PERTIS
Sukacita dimaklumkan bahawa Biro latihan dan pembangunan akan mengadakan
kursus Braille kepada mereka yang berpenglihatan (celik).
Kursus ini ditawarkan kepada ahli bersekutu, anak-anak ahli yang celik dan
sesiapa sahaja yang berminat dalam kalangan yang berpenglihatan.
Sijil akan dikeluarkan oleh pihak Pertis.
Kursus ini akan diadakan secara bersiri pada hujung minggu di ibu pejabat
PERTIS Malaysia. Sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi En Zamzuri
selaku pengerusi biro di talian 019-3869700.

1.3 PROGRAM  AKADEMI PENGAJIAN SAHABAT INSANI.
Permohonan adalah dipelawa daripada pelajar-pelajar OKU penglihatan lepasan
Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)
dan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),
bagi menyertai program-program kendalian AKADEMI PENGAJIAN SAHABAT INSANI
sebagaimana berikut:
a.  Sekolah Menengah Islam Integrasi Tahfiz Insani
(Sahabat Insani Penglihatan)
B.  Program Persijilan Lepasan SPM
(Persijilan Islam Sahabat Insani)

Sekolah Menengah Islam Integrasi Tahfiz Insani
(SMIITI Sahabat Insani Penglihatan)
Sekolah yang menyediakan pendidikan peringkat menengah rendah dan menengah
tinggi dan berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan ini
dikhususkan untuk:
1. Pelajar lelaki dan perempuan lepasan sekolah rendah/UPSR
2. Pelajar yang menghadapi masalah penglihatan
3. Pelajar yang berminat untuk mendalami ilmu agama
dan menghafaz Al-Quran
Kelebihan SMIITI Sahabat Insani Penglihatan:

1. Menggunakan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dan Kurikulum
Bersepadu Tahfiz (KBT)
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
2. Mempraktikkan pendekatanPendidikan Berasaskan Atribut (Attribute Based
Education)
3. Membentuk pelajar yang seimbang kemahiran dunia dan akhirat
4. Menyediakan kemudahan asrama
5. Mempunyai Pakar/Penasihat Pendidikan berwibawa
Program Persijilan Lepasan SPM (Persijilan Islam SahabatInsani)
Program ini merangkumi:
1. Sijil Pengajian Al-Quran
2. Sijil Pengajian Syariah
3. Sijil Pengajian Usuluddin
4. Sijil Tahfiz al-Quran
Program yang diadakan dengan kerjasama Pusat Pengajian Berterusan Universiti
Malaya (UMCCED) ini dikhususkan untuk:
1. Pelajar lelaki dan perempuan lepasan sekolah menengah/SPM
2. Pelajar yang menghadapi masalah penglihatan
3. Pelajar yang berminat untuk mendalami ilmu agama dan menghafaz Al-Quran.

Kelebihan Persijilan Islam Sahabat Insani:
1. Menggunakan program persijilan yang berakreditasi
2. Mempunyai Pakar/Penasihat Pendidikan berwibawa
3. Membuka peluang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat diploma
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi terus Yang Dipertua Pertis,
Encik Mohammad FaizalBin  Che Yusof di talian 012 937 6539.

1.4  Yuran Tahunan:
Kepada semua ahli-ahli PERTIS sama ada ahli biasa atau ahli bersekutu
PERTIS,
anda boleh menjelaskan pembayaran yuran tahun 2015kepada bendahari Kehormat
PERTIS iaitu Encik Mohd Nasir Bin Mohd Yusoff mulai sekarang.
Talian bimbit beliau ialah 019394 1441
I. Untuk Ahli Biasa:
RM6.00(Enam Ringgit Malaysia)  Setahun.
II.Untuk Ahli Bersekutu:
RM3.00(Tiga Ringgit Malaysia)  setahun.
III. Untuk AhliTanggungan:
RM1.00 (Satu ringgit Malaysia) setahun.
Kepada mereka yang telah menjadi ahli PERTIS dan berhasrat untuk menjadi
Ahli SeumurHidupPERTIS, mereka perlu menjelaskan yuran bayaran seperti
berikut:
RM56.00 (Lima puluh EnamRinggit Malaysia.)
Walau bagaimana pun beliau perlu menjadi ahli PERTIS
sekurang-kurangnya setahun baru dibolehkan  memohon menjadi   Ahli
Semur Hidup PERTIS.
Tarikh akhir menjelaskan yuran tahunan ahli PERTIS
ialah pada 30 Jun setiap tahun.
Kepada mereka yang belum menjadi ahli PERTIS dan berhasrat untuk menjali
ahli PERTIS, mereka perlu mengisi borang keahlian.
Untuk yuran  kemasukan  di kenakan kepadaAhli Biasa sahaja
iaitu RM1.00 (Satu Ringgit Malaysia.)
Borang-borang tersebut boleh diperolehi di pejabat PERTIS
atau setiausaha Agung PERTIS.

1.5 Kepada sesiapa yang  menghantar pengumuman untuk dihebahkan,
Melalui email Setiausaha Agung PERTIS, sila SMS dan maklumkan bahwa anda ada
menghantar pengumuman tersebut kepada beliau.
Tujuannya supaya pengumuman tersebut tidak terlepas pandang. Disebabkan
kemungkinan   masalah email yang tak sampai atau sebagainya.

Peringatan:

1.   Sekiranya anda menghadapi masalah untuk menghubungi telian maklumat ini
menerusi talian telefon (03-40223950)
sila maklumkannya kepada Puan  Siti Haida Hamedan di talian
ibu pejabat PERTIS Pusat, 03-40212631 pada waktu pejabat.

2.     Sila ambil maklum,
semua pengumuman yang ingin diumumkan menerusi talian maklumat ini hendaklah
tiba ke peti e-mail atau ke peti SMS Setiausaha Agong PERTIS
selaku penyelaras talian maklumat ini, selewat-lewatnya
pada jam 8 malam setiap hari Jumaat.
alamat dan nombor telefon beliau adalah seperti berikut:
Email:  rosmelati60@gmail.com,
no. telefon 012 216 3354, 013 261 7278
atau 03 2034 7007 pada waktu pejabat.

Kami mohon berbanyak maaf kerana pengumuman yang tiba lewat daripada masa
yang telah ditetapkan tidak dapat dimuatkan ke dalam kandungan pengumuman
pada minggu berikutnya.Segala kerjasama daripada semua pihak didahului
dengan ucapan jutaan terima kasih.

Diselaraskan Oleh

Puan Rosnah Binti  Ahmad
Setiausaha Agung

Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS)





Arkit blog