Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia
Pengumuman Mingguan 6 Mac, 2017
Terdapat lima pengumuman baru pada minggu ini. Dua dari SBM Cawangan Kedah, dua dari Cawangan KL/Selangor dan satu dari Cawangan Pahang. Juga dimuatkan adalah pengumuman ulangan, iklan pekerjaan untuk Juru Urut dan lirik bagi lagu "SBM Gemilang".
Pengumuman Dari Ibu Pejabat SBM
Tiada Pengumuman.
Pengumuman Ulangan:
Assalamualaikum dan salam sejahtera
SBM ibu pejabat akan mengadakan satu sesi dialog bersama dengan pegawai PTPTN. Kepada semua peminjam PTPTN yang masih belum menjelaskan pembayaran atau yang sedang membuat pinjaman, dialu-alukan untuk mendaftar dengan pn. Nurfarahin Binti Norzaini, eksekutif pentadbiran ibu pejabat SBM di talian 03-2274 6162 untuk menyertai sesi dialog ini.
Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 10 mac 2017. Adalah diharapkan agar para peminjam PTPTN dapat memberikan kerjasama yang sebaiknya supaya sesi dialog ini dapat dijalankan dengan jayanya.
Pengumuman dari Jawatankuasa Pembangunan Modal Insan (JPMI)
agro bank telah melancarkan satu produk insuran perlindungan untuk OKU,
iaitu agro nurani. ia mempunyai 3 plan yang memberikan perlindungan
yang hampir sama tetapi kadar perlindungannya berbeza. pelan pertama
hanya rm55 setahun, pelan kedua rm85 setahun dan pelan ketiga rm130
setahun.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi ibu pejabat sbm di talian 03-2274 6162.
anda boleh hubungi puan noorfadilah atau cik farahin jaafar untuk
mendapatkan penjelasan. kami akan aturkan pegawai
agrobank untuk ke ibu pejabat sbm untuk membantu anda.
Pengumuman Dari Cawangan/Kawasan SBM
Pengumuman dari Zon Utara:
Pengumuman dari SBM Cawangan Perak
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Berikut adalah pengumuman daripada SBM cawangan Perak:
Kepada ahli-ahli yang ingin menjelaskan yuran bagi tahun 2017, boleh menjelaskan yuran tersebut kepada
kerani SBM cawangan Perak di waktu pejabat.
Mesyuarat Dwi Tahunan SBM Cawangan Perak
Mesyuarat Agong Dwi Tahunan SBM cawangan Perak akan diadakan pada hari sabtu 18 Mac 2017 mulai jam 9 pagi
bertempat di tingkat 1 pejabat SBM Perak di alamat No 22A dan B, jalan lintasan Medan Kidd, Medan Kidd 30200 Ipoh.
PENGUMUMAN DARI SBM CAWANGAN KEDAH
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, dan Selamat Sejahtera. Saya mewakili ahli jawatankuasa SBM Cawangan Kedah ingin membuat dua pengumuman, iaitu:-
1. Mesyuarat Agung Dwi tahunan SBM Cawangan Kedah Kali Ke 7 akan diadakan pada tarikh dan tempat seperti berikut:
Tarikh: 15hb April 2017 (Sabtu;
Tempat: Pejabat SBM Cawangan Kedah.
Pada mesyuarat agung kali ini akan diadakan pemilihan bagi ahli jawatankuasa untuk penggal 2017-2019. Pada mesyuarat agung ini juga, minit mesyuarat agung yang lalu akan dibentangkan dan disahkan. Selain itu, ahli-ahli juga akan membentangkan usul. Sehubungan itu, bagi ahli yang ingin menawarkan diri bagi pencalonan pemilihan ahli jawatankuasa tersebut, anda dikehendaki mengambil dan mengisi borang pencalonan di Pejabat SBM Cawangan Kedah bermula pada 1 April 2017 dan menghantarnya selewat-lewatnya pada 15 April 2017, sebelum jam 11.00 Pagi.
Manakala bagi ahli-ahli yang ingin membentangkan usul, anda dikehendaki memanjangkan usul anda ke Pejabat SBM Cawangan Kedah sebelum 23 Mac 2017. Bagi ahli-ahli yang ingin menghadiri mesyuarat agung ini, anda kehendaki membuat pengesahan dengan cara menelefon Pejabat SBM Cawangan Kedah di talian 04-7302568 atau datang terus ke pejabat. Anda juga dikenakan membuat pembayaran sebanyak RM 5 bagi ahli biasa dan ahli bersekutu dan RM10 bagi bukan ahli.
2. Yuran Keahlian
Kepada semua ahli-ahli SBM Cawangan Kedah, anda dikehendaki menjelaskan bayaran yuran tahunan bagi tahun 2017 sebelum 30 Mac 2017. Hal ini kerana, bagi melancarkan lagi perjalanan program bagi tahunan ini sama ada di peringkat Cawangan ataupun Ibu Pejabat.
Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi En. Mohd Hazani bin Abdullah (Pengerusi) 012-4422507 atau Encik Lim Yew Yi (Setiausaha) 019-4817369 atau Pejabat SBM Cawangan Kedah 04-7302568
Pengumuman Dari SBM Cawangan Pulau Pinang
1. MESYUARAT AGUNG DWI TAHUNAN SBM CAWANGAN PULAU PINANG 2017
Mesyuarat Agung Dwi tahunan SBM Cawangan Pulau Pinang akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:
Tarikh: 30hb April 2017 (Ahad);
Masa: 10.00 pagi hingga 2.00 petang;
Tempat: Dewan Dato’ Arif Shah Bin Haji Omar Shah, SBM Cawangan Pulau Pinang, No.29, Lorong Inang 2, Taman Bunga Raya, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
Pada Mesyuarat kali ini akan diadakan pemilihan barisan Ahli Jawatankuasa (BRANCO) yang akan berkhidmat bagi sesi 2017-2019. Bagi anda yang ingin bertanding, anda perlu mengisi borang pencalonan yang boleh diperolehi dari Pejabat Cawangan. Borang pencalonan akan dikeluarkan pada hari Rabu, 1hb Mac 2017. Borang-Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan ke Pejabat Cawangan selewat-lewatnya pada jam 11.00 pagi hari Ahad, 23hb April 2017. Borang pencalonan yang tidak lengkap atau yang lewat dikembalikan ke Pejabat Cawangan tidak akan dilayan.
Mana-mana ahli Cawangan yang ingin mengemukakan sebarang usul atau cadangan, anda boleh menghantar usul atau cadangan tersebut secara bertulis atau dalam bentuk audio kepada Setiausaha Cawangan tidak lewat dari hariKhamis, 30hb Mac 2017. Sebarang usul atau cadangan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dilayan.
2. Yuran Keahlian.
Ahli-ahli SBM Cawangan Pulau Pinang adalah diingatkan agar dapat menjelaskan yuran keahlian tahunan selewat-lewatnya pada hari Jumaat, 31hb Mac 2017. Kerjasama ahli Cawangan dalam hal ini amatlah dihargai.
3. Yuran Keahlian Seumur Hidup
Kepada mana-mana ahli biasa Cawangan di bawah umur 60 tahun yang ingin memohon keahlian seumur hidup, anda boleh berbuat demikian dengan syarat anda telah melunaskan yuran keahlian selama lima tahun secara berterusan tanpa sebarang tunggakan. RM60.00 akan dikenakan terhadap permohonan tersebut.
Kepada mana-mana ahli biasa Cawangan yang telah mencapai usia 60 tahun ke atas dan ingin memohon keahlian seumur hidup, anda juga boleh berbuat demikian dengan syarat anda telah melunaskan yuran keahlian selama lima tahun tanpa sebarang tunggakan. Tiada sebarang bayaran akan dikenakan kepada permohonan tersebut.
Bagi kedua-dua maksud tersebut dan untuk keterangan lanjut, sila hubungi Cik Norfaezah Binti Jaafar, Pembantu Tadbir SBM Cawangan Pulau Pinang di talian 04-3838437 pada waktu pejabat.
Pengumuman dari Zon Selatan:
pengumuman dari sbm melaka
Salam SBM,
pengumuman dari SBM Melaka
Mesyuarat AJK bil2/2017 akan diadakan pada 18 Mac 2017 di SBM Melaka. Diharap semua AJK dapat
hadir.
Pengumuman dari zon Tengah
Pengumuman SBM Cawangan KL/Selangor
Axssalamu'alaikum dan salam sejahtera semua.
Penambahan Bayaran Yuran Penyertaan Mesyuarat Agung DWI Tahunan Kali Ke2/2017 Dan Program Jarak Jauh.
1. Yuran Mesyuarat Agung DWI Tahunan Kali Ke-2/2017.
Sebagaimana yang telah dimaklumkan sebelum ini, bahwa SBM Cawangan KL/Selangor akan mengadakan Mesyuarat Agung DWI Tahunan Kali Ke-2/2017 pada 21 Mei 2017 (Ahad)
Yuran penyertaan untuk menghadiri mesyuarat tersebut ialah seperti berikut:
Untuk ahli dan anak-anak
Bawah 12 tahun: RM5.00 seorang.
Untuk bukan ahli: RM10.00 seorang.
Tarikh akhir pendaftaran dan pembayaran ialah pada 28 April 2017 (Jumaat)
2. Yuran Penyertaan Untuk Program Jarak Jauh.
Sebagaimana yang dimaklumkan juga, bahwa SBM Cawangan KL/Selagor melalui Jawatankuasa Kebudayaan, Kesenian dan Sosial (JKKS) akan menganjurkan program Jarak Jauh dan lokasi yang di pilih ialah Pualau Langkawi.
Tarikh 14 hingga 16 April 2017 (Jumaat hingga Ahad)
Yuran penyertaan adalah seperti berikut:
Untuk ahli: RM350.00 seorang.
Untuk bukan ahli: RM370.00 seorang.
Untuk kanak-kanak
Bawah 12 tahun: RM320.00 seorang.
RM100.00 akan dikenakan sebagai wang pendahuluan.
Tarikh akhir pembayaran ialah pada 31 Mac 2017 (Jumaat)
Untuk sebarang pertanyaan dan pendaftaran sila hubungi
En. Muhamad Adha Bin Shamsuri pembantu tadbir SBM KL/Selangor di talian 2276 5276 pada waktu pejabat.
Pengumuman dari Pantai Timur
Pengumuman dari sbm cawangan pahang
Pemberitahuan pembatalan program ceramah kesihatan dan pemeriksaan kesihatan.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Program ceramah kesihatan dan pemeriksaan kesihatan yang sepatutnya akan di adakan pada 8 April 2017 , telah di tunda ke suatu tarikh yang akan
Di beritahu kelak. Kami memohon maaf Di atas segala kesulihatan.
Mesyuarat agung dwi tahunan SBM Cawangan Pahang 2017
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Sbm cawangan pahang akan mengadakan mesyuarat agung dwi tahunan 2017 seperti ketetapan berikut:
Tarikh: 9 april 2017
Masa: 10 pagi
Tempat: sbm cawangan pahang.
Setiap ahli dikenakan yuran pendaftaran sebanyak RM5 seorang. Bagi ahli-ahli yang berhasrat untuk bertanding pada kali ini, borang pencalonan boleh diperolehi dari pejabat sbm cawangan pahang atau sila berhubung terus dengan kerani Cawangan. Pencalonan boleh dibuat mulai pukul 9 pagi dari 1 April 2017 sehingga 9 April 2017.
notis mengenai mesyuarat agung ini akan diedar kepada semua ahli.
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi kerani cawangan di talian 09-296 4197 pada waktu pejabat.
Kepada semua ahli sbm cawangan Pahang yang masih lagi belum menjelaskan yuran tahunan, sila berbuat demikian di pejabat sbm cawangan Pahang atau berhubung terus dengan kerani cawangan di talian 09-296 4197.
Yuran tahunan perlu dijelaskan pada atau sebelum 31/3/2017.
Jika ada sebarang pertanyaan sila hubungi kerani cawangan di talian 09-296 4197
Pada waktu pejabat.
Pengumuman Dari Sabah dan Sarawak
Tiada pengumuman
Iklan:
Singgah sana foot reflexsology & spa yang terletak di Shah Alam memerlukan beberapa orang juru urut lelaki dan perempuan. Oleh yang demikian, kepada OKU penglihatan yang berkemahiran dalam bidang urut namun masih belum mendapat peluang pekerjaan, anda boleh menghubungi Encik Saiful di talian 012-5082368 untuk mendapatkan maklumat lanjut.
SBM GEMILANG
RANGKAP 1:
Melangkah,
menuju ke hadapan,
Menempuhi rintangan dan dugaan yang mendatang,
Teguhkan,
semangat yakin diri,
Terus bangkit dan tegak berdiri.
RANGKAP 2:
Pastikan,
tiada jurang membeza,
Kerna dunia dicipta bukan untuk mengalah,
Tunjukkan,
agar mereka tahu,
Kau dan aku di dunia yang satu.
KORUS:
Ayuh SBM,
bersatu membawa kejayaan,
Satu tekad sama bergandingan,
Impian yang menggunung segenggam harapan,
Teruslah kita mendaki hingga ke puncak kemenangan.
Mari bersama lupakan segala kekurangan,
SBM pasti akan gemilang,
Berkat doa,
usaha dan kurnia dari Tuhan,
Lakukan bersama,
Yakinlah SBM pasti akan berjaya.
ULANG RANGKAP 2:
Ulang KORUS:
Sekian, terima kasih.