Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia
Pengumuman Mingguan 31 Julai, 2017
Salam bahagia daripada kami semua dari Ibu Pejabat.
Terdapat tiga pengumuman baru pada minggu ini. Satu dari Ibu Pejabat dan dua dari SBM Cawangan Perak. Yang selebihnya adalah pengumuman ulangan atas
permintaan.
Pengumuman Dari Ibu Pejabat
Pengumuman dari Jawatankuasa Komunikasi, Advokasi dan Hak Asasi (JAKAHA)
Kad Touch n go untuk pengguna bas Rapid, LRT, Monorel dan MRT
Pengguna OKU Penglihatan yang ingin membuat atau memperbaharui kad "Touch n Go" mereka, bolehlah mendapatkan borang permohonan daripada En. Subra di kaunter
Penyambut Tetamu MAB. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah disertakan dengan :
1. Satu salinan Kad Pengenalan;
2. Satu salinan Kad Oku;
3. Sekeping gambar berukuran pasport dan
4. Wang tunai sebanyak RM15.00.
Dokumen-dokumen tersebut hendaklah diserahkan kepada Puan Aqila di pejabat MAB sebelum lapan belas Ogos 2017.
Kami akan memaklumkan anda sebaik sahaja kad-kad tersebut boleh dituntut.
Sila hubungi Puan Aqila untuk sebarang penerangan lanjut jika perlu. Puan Aqila boleh dihubungi di talian 03-22722677 sambungan 173 pada waktu pejabat.
Pengumuman Ulangan:
Pengumuman dari Jawatankuasa Komunikasi, Advokasi dan Hak Asasi (JAKAHA)
Majlis Kebangsaan Bagi Orang Buta Malaysia (NCBM) bersama-sama dengan para pelajar Kolej Sunway sedang menjalani penyelidikan tentang pengalaman dan penggunaan
laman sesawang oleh OKU Penglihatan.
Penyelidikan ini hanya memakan masa selama 20 minit. Segala maklumat yang diberi adalah sulit. Oleh yang demikian, adalah diharapkan agar anda semua
dapat melengkapkan kajian ini.
Pautan kajian tersebut adalah:
Https://goo.gl/forms/rmxr2wx7zbcraoam2
Pengumuman Dari Cawangan/Kawasan SBM
Pengumuman dari Zon Utara:
Pengumuman dari SBM Cawangan Perak
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Berikut adalah dua pegumuman baharu daripada SBM cawangan Perak:
1. Pada 22.7.2017 yang lalu, SBM cawangan Perak telah berjaya mengadakan Pertandingan BAKAT 2017.
Keputusan adalah seperti berikut :
1) Norfadilah bt Yunus
2) Raja hamidi bin Raja Bahari
3) Hamid bin Basri
Dengan ini Puan Norfadhilah bt Yunus akan mewakili SBM cawangan Perak ke
Pertandingan BAKAT peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Negeri Sembilan
pada bulan Oktober yang akan datang.
2. Pada 13.8.2017 SBM cawangan Perak akan mengadakan Majlis Hari keluarga yang bertempat di tingkat 1 bangunan sbm perak pada jam 10.00 pagi, semua ahli
dijemput hadir.
Ahli-ahli yang ingin memohon Skim bantuan persekolahan anak-anak ahli bagi sesi 2018 boleh mendapatkan borang tersebut di pejabat sbm cawangan perak. tarikh
tutup permohonan ialah pada 30 ogos 2017.
Pengumuman dari Zon Selatan:
Pengumuman dari SBM Kawasan Negeri Sembilan
berikut adalah senarai ahli jawatankuasa SBM Kawasan Negeri Sembilan sesi 2017-2019:
Pengerusi: Abdul Hamid Bin Abdul Rahman;
Timbalan Pengerusi: Karam singh A/L Pritam Singh;
Bendahari: Md Salam Bin Sharif;
Ahli Jawatankuasa Biasa:
1. Mathialagan A/L Tanjung Tuan;
2. Mohd Shoker Bin Saaban;
3. Chong Yen Lyn.
Setiausaha dan dua orang Ahli Jawatankuasa Biasa akan dilantik kemudian.
Terima kasih kami ucapkan kepada Saudara Khairul Azwan yang telah memberi maklumat ini.
Pengumuman dari SBM Cawangan Melaka
Salam SBM.
Untuk perhatian semua ahli SBM Melaka, borang bantuan pendidikan persekolahan anak ahli akan mula diedarkan pada 3 Julai 2017. Tarikh tutup untuk mengembalikan
borang tersebut adalah pada 30 Ogos 2017.
Pengumuman dari zon Tengah
PENGUMUMAN dari SBM Cawangan KL/SELANGOR
Assalamu’alaikum dan salam sejahtera
Skim Bantuan Pendidikan Untuk Anak-anak Ahli Bagi Sesi Persekolahan 2018.
Permohonan Skim bantuan pendidikan anak-anak ahli bagi sesi persekolahan 2018 telah di buka. Sesiapa yang berhasrat untuk mendapatkan Bantuan berkenaan,
sila dapatkan borang permohonan bantuan tersebut di pejabat SBM Cawangan KL/Selangor pada waktu pejabat. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan
ke pejabat SBM Cawangan KL/Selangor selewat-lewatnya pada 8 September 2017. Borang yang lewat dihantar tidak akan dipertimbangkan. Sekiranya ada sebarang
pertanyaan, silalah hubungi Encik Muhammad Adha Bin Shamsuri di talian 03-2276 5276.
Pengumuman dari Pantai Timur
PENGUMUMAN DARI SBM CAWANGAN KELANTAN
Assalamualaikum dan salam sbm.
Sukacita dimaklumkan bahawa sbm cawangan kelantan akan mengadakan kem catur yang akan diadakan pada 29, 30 & 31 julai 2017. Seramai 8 orang ahli sbm cawangan
kelantan akan mengambil bahagian. Tenaga pengajar adalah di kalangan ahli sbm cawangan kelantan sendiri.
Pengumuman dari SBM Cawangan Pahang
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Berikut adalah pengumuman lanjutan berkaitan lawatan jarak jauh 2017.
SBM Cawangan Pahang melalui Jawatankuasa Kebudayaan, Kesenian Dan sosial akan mengadakan Lawatan Jarak Jauh ke Kelantan dan Terengganu seperti ketetapan
berikut:-
Tarikh: 16 dan 17 September 2017 (Sabtu dan Ahad)
Antara Tempat-tempat yang telah dirancang untuk dilawati adalah:-
1) Lawatan muhibah ke SBM Cawangan Kelantan;
2) Membeli-Belah di Zon Bebas Cukai Pengkalan Kubor, Kelantan;
3) Bersantai di Pantai Airport Terengganu
4) Lawatan muhibah ke SBM Cawangan Terengganu.
Bayaran yang dikenakan adalah RM90.00 bagi ahli dan RM120.00 bagi bukan ahli.
Bayaran adalah untuk membiayai kos pengangkutan dan penginapan.
Pendaftaran masih dibuka sehingga 30 Ogos 2017.
Bagi ahli-ahli Sbm Cawangan Pahang yang ingin mengikuti lawatan ini, sila hubungi cik Radziah Husain, pembantu tadbir Sbm Cawangan Pahang di talian 09-296
4197 untuk tujuan pendaftaran dan menjelaskan bayaran.
Skim bantuan pendidikan anak-anak ahli bagi sesi persekolahan 2018.
Permohonan bagi skim bantuan pendidikan anak-anak ahli bagi sesi persekolahan 2018 telah dibuka. Mana-mana ahli SBM Cawangan Pahang yang ingin memohon
skim bantuan tersebut, bolehlah mendapatkan borang permohonan di pejabat SBM CAWANGAN PAHANG.
Borang permohonan yang telah lengkap diisi perlu dikembalikan semula ke pejabat SBM Cawangan Pahang pada atau sebelum 30 Ogos 2017. Borang permohonan
yang diterima selepas 30 Ogos 2017 tidak akan diproses.
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi Cik Radziah Husain pembantu tadbir, pejabat sbm cawangan pahang di talian 09-296 4197 pada
waktu pejabat.
Pengumuman Dari Sabah dan Sarawak
Tiada Pengumuman.
Iklan:
Minuman Kesihatan Mata Cenroma
Tuan-Tuan dan Puan-puan,
Dapatkan Minuman Kesihatan Mata Cenroma. Mimuman Cenroma amat berhasiat untuk memulihkan banyak penyakit mata.
Ada dua perisa minuman Cenroma, iaitu Koko dan kopi. Harga Cenroma
koko, RM68.00 manakala harga Cenroma kopi, RM64.00.
Sekiranya berminat, dan ingin mendapat maklumat lanjut, sila hubungi Puan Jamaliah Jaafar di talian 013-340 3537.
Jawatan Kosong untuk Juru Urut di Kota Bharu Kelantan
• 60% / 40% (tempoh percubaan 3 bulan)
• 70% / 30% (selepas 3 bulan)
Pengangkutan dan penginapan disediakan
Tawaran Pekerjaan Sebagai Juru Urut Bagi OKU Cacat Penglihatan di Golden Touch Reflexology.
Jawatan ini terbuka kepada OKU Cacat Penglihatan yang berminat untuk menjadi warga Golden Touch Reflexology. Untuk makluman semua, antara cawangan Golden
Touch Reflexology :
i. Kampung Pintu Geng
ii. Tesco Kota Bharu, Kelantan
iii. Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kota Bharu, Kelantan
Untuk sebarang maklumat lanjut, sila hubungi Encik Hairy di talian 09-743 8096 atau 013-928 9096
Pejabat kami terletak di
Lot 278-E,
Kampung Pintu Geng,
15100 Kota Bharu,
Kelantan,
Tel: 09-743 8096 atau 013-928 9096 atau 017-988 9096.