Isnin, Jun 25, 2018

Teley Mab 25 Jun 2018.

Tele MAB no. 742

Isnin, 25 Jun 2018

No. tel. : 03-22722687

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Terdapat 3 pengumuman baharu dan 1 pengumuman buku,

1. Tarian Love Peace 2018 oleh The Power of Love Consultancy.

Ia akan diadakan pada hari Ahad, 15 Julai di Sky Gallery, Setapak, untuk keseronokan, perkongsian dan menyatukan orang ramai bersama-sama menerusi muzik, tarian dan seni. 100 orang OKU Penglihatan dijemput hadir. Bas akan meninggalkan MAB pukul 8.00 pagi. Sarapan dan makan tengah hari disediakan. Sila berdaftar dengan penyambut tetamu, berikan nama, no. kad pengenalan dan no. telefon. Tarikh tutup ialah Jumaat, 29 Jun.

2. Sambutan Hari Raya di MAB.

Semua OKU Penglihatan dan ahli keluarga dijemput ke majlis ini pada hari Khamis, 12 Julai dari 12.00 tengah hari hingga 2.00 petang. Sila berdaftar dengan penyambut tetamu, nyatakan bil. ahli keluarga. Tarikh tutup pada hari Jumaat, 6 Julai.

3. Pertandingan Abilimpik Kebangsaan 2018.

MCR sedang menganjurkan Pertandingan Abilimpik Kebangsaan 2018 bagi kategori-kategori berikut: Masakan, Fotografi, Pemprosesan Data, Pemprosesan Perkataan dan Penyambungan Komputer. Para pemenang akan mewakili Malaysia di Pertandingan Abilimpik Antararabangsa di China tahun 2021. Ciri-ciri tugasan boleh dimuatturun di http://rehabmalaysia.org/. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Cik Fishah di 79553510 atau melalui no. whatsapp 016-6704044.

4. Di sini, ada sebuah buku Braille Bahasa Melayu untuk dibaca.

Tajuknya adalah Air Mata Muhibbah oleh Mohd. Ghazali Tocheh dalam 3 jilid.

Terima kasih,

Ikhlas,

En. Godfrey Ooi.

Cik Roslina Mohamed.

Tele MAB no. 742

Monday, 25 June 2018

Tel. no.: 03-22722687

Hello friends,

There are 3 new announcements and 1 book announcement,

1. Dance Love Peace 2018 by The Power of Love Consultancy.

This will be on Sunday, 15 July at The Sky Gallery, Setapak, for fun, sharing and bringing people together through music, dance and art. 100 blind persons are invited. The bus will leave MAB at 8.00 am. Breakfast and lunch are provided. Please register with the receptionist, giving name, IC and contact no. Closing date is Friday, 29 June.

2. Hari Raya Celebration in MAB.

All blind and their family are invited to the celebration on Thursday, 12 July from 12.00 noon to 2.00 pm. Please register with the receptionist, stating no. of family members. Closing date is Friday, 6 July.

3. National Abilympics Competition 2018.

MCR is organizing The National Abilympics Competition 2018 for the following categories: Cooking, Photography, Data Processing, Word Processing and Computer Assembly. Winners will represent Malaysia at The International Abilympics in China in 2021. The task assignment can be downloaded on http://rehabmalaysia.org/. For more info, please call Ms. Fishah at 79553510 or at whatsapp 016-6704044.

4. Here’s a Malay Braille book to read.

The title is Air Mata Muhibbah by Mohd. Ghazali Tocheh in 3 volumes.

Thank you,

Regards,

Mr. Godfrey Ooi.

Ms. Roslina Mohamed.

Rabu, Jun 20, 2018

Teley SBM 18 Jun 2017.

Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia

Pengumuman Mingguan 18 Jun, 2018

Salam bahagia daripada kami semua dari Ibu Pejabat.

Kebanyakan daripada kita sudahpun pulang bertugas. Kepada yang masih bercuti, selamat bercuti. Terdapat satu pengumuman baru pada minggu ini yang ditujukan khasnya kepada yang menyertai Mesyuarat Agung SBM 2018. Yang selebihnya adalah peringatan-peringatan atas permintaan.

Pengumuman dari Ibu Pejabat

Maklumat dari Jawatankuasa Penganjur Mesyuarat Agung Dwi Tahunan SBM 2018

Salam Sejahtera,

Terlebih dahulu Jawatankuasa Mesyuarat Agung Dwi Tahunan (BGM) Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia (SBM) mengalu-alukan serta merakamkan penghargaan terima kasih atas komitmen ahli-ahli yang telah mendaftar untuk berkampung di Tower Regency Hotel & Apartment Bandaraya Ipoh bermula 29 Jun hingga 1 Julai akan datang.

PENDAFTARAN MASUK HOTEL:

Sukacita dimaklumkan kepada semua peserta BGM agar mendaftar masuk hotel mengikut rombongan Cawangan atau Kawasan masing-masing. Hanya Ketua Kontinjen atau kerani Cawangan sahaja yang akan berurusan dengan pihak pendaftaran bagi daftar masuk bilik. Berikut dimaklumkan waktu daftar masuk di Tower Regency Hotel & Apartment Ipoh:

Tarikh : 29 Jun 2018 (Jumaat);

Masa : 2:30 petang hingga 6:30 petang.

Bagi Cawangan/Kawasan yang lewat dari waktu yang ditetapkan di atas, mohon memaklumkan kepada En. Bahari Zulkifli (kerani Ibu Pejabat SBM) bagi urusan selanjutnya. Peserta juga tidak digalakkan tiba awal sebelum waktu daftar masuk hotel di atas bagi memberikan kelancaran kepada kerja-kerja pentadbiran hotel.

MAJLIS MAKAN MALAM

Pada penganjuran BGM tahun 2018 ini, majlis makan malam yang bertemakan "Warna-warni Aidilfitri" akan berlangsung seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 30 Jun 2018 bersamaan 15 Syawal 1439 Hijrah;

Masa: 8:00 malam;

Tempat: Cafe@6 Tower Regency Hotel & Apartment Ipoh.

Bagi mewarnai tema "Warna-warni Aidilfitri" ini, satu pertandingan "King of the Night" dan "Queen of the Night" akan dianugerahkan. Peserta BGM amat digalakkan untuk menghias diri agar kelihatan anggun dan unggul pada malam tersebut. Selain itu, penganjur juga menyediakan set karaoke sebagai halwa telinga. Bagi peserta BGM yang berbakat atau mahu mencungkil bakat terpendam bolehlah menyiapkan diri untuk mempersembahkan nyanyian lagu yang bersesuaian.

Semua peserta BGM yang berdaftar dipersilakan hadir.

"MOH KITA KE IPOH"

BGM SBM 2018.

Peringatan-peringatan dari Jawatankuasa Utama dan Ibu Pejabat

Pengumuman dari Jawatankuasa Komunikasi, Advokasi dan Hak Asasi (JAKAHA)

Maklumbalas Pilihan Raya Umum ke-14

Susulan dari Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 baru-baru ini, Jawatankuasa Komunikasi, Advokasi dan Hak Asasi (JAKAHA) SBM ingin mendapatkan maklum balas daripada warga OKU Penglihatan yang telah membuang undi pada hari berkenaan khususnya mengenai peraturan SPR yang membolehkan warga OKU Penglihatan membawa individu yang dipercayai untuk membantu mereka memangkah kertas undi. Maklum balas anda itu akan dikumpulkan dan akan dipanjangkan kepada pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk tujuan penambahbaikan di masa akan datang. Anda boleh memberi maklum balas anda itu kepada Setiausaha JAKAHA SBM, En. Zahari Hashim, sama ada melalui:

  1. Emel ke: zahashim@gmail.com atau
  2. WhatsApp ke: 013-3402079.

Sila sertakan butiran-butiran berikut:

i. nama

ii. No. kad pengenalan

iii. Pusat mengundi

iv. Aduan

v. Tindak balas pegawai SPR di pusat mengundi berkenaan.

Sila beri maklum balas anda selewat-lewatnya sebelum pukul 11.59 malam Ahad, 27 Mei 2018. kami mengalu-alukan maklum balas daripada anda dan didahului dengan ucapan setinggi-tinggi terima kasih.

Senarai Ketua Menteri dan Menteri-menteri Besar

Berikut ialah nama-nama Ketua Menteri dan Menteri Besar negeri masing-masing yang telah diumumkan secara rasmi sehingga 20hb Mei 2018:

Kedah - Datuk Seri Mukhriz Mahathir

Kelantan - Datuk Ahmad Yakob

Terengganu - Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar

Perak - Ahmad Faizal Azumu

Selangor - Datuk Seri Mohamed Azmin Ali

Negeri Sembilan - Aminuddin Harun

Melaka - Adly Zahari

Johor – Datuk Osman Sapian

Sarawak - Datuk Amar Abang Johari Openg

Sabah - Datuk Seri Mohd Shafie Apdal

Pahang - Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail

Penang – Chow Kon Yeow

Pengumuman Dari Cawangan/Kawasan SBM

Pengumuman dari Zon Utara:

Tiada pengumuman.

Pengumuman dari Zon Selatan:

Pengumuman dari SBM Cawangan Melaka

Salam SBM 

1) Pengerusi mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil fitri 1439H dan memohon maaf zahir dan batin kepada semua ahli-ahli SBM Melaka. kepada yang pulang ke kampung, berhati-hati di jalan raya.

2) Seramai 34 orang ahli biasa dan ahli bersekutu SBM Melaka akan hadir ke mesyuarat agung dwitahunan SBM 2018 yang akan diadakan di Tower Regency Hotel, Ipoh, Perak pada 29 Jun hingga 1 Julai.

3) SBM Melaka akan mengadakan mesyuarat AJK bil3 2018 pada 7 Julai 2018 jam 10 pagi.

Pengumuman dari Zon Tengah

Pengumuman dari SBM Cawangan KL/Selangor

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Penutupan Pejabat SBM Cawangan KL/Selangor SEMPENA SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL FITRI.

Sempena dengan menjelang sambutan Hari Raya Aidil Fitri, pejabat SBM Cawangan KL/Selangor akan ditutup bermula dari 15 – 19 Jun 2018 (Jumaat – Selasa) dan ianya akan mula beroperasi pada 20 Jun 2018 (Rabu) Sehubungan itu, saya bagi pihak seluruh barisan Ahli Jawatankuasa SBM Cawangan KL/Selangor mengucapkan selamat Hari Raya Aidil Fitri. Andai terdapat salah dan silap, kekasaran bahasa yang menyentuh rasa, kami memohon ampun dan maaf.Halalkan yang termakan dan terminum.

Ketupat rendang terhidang di atas meja

Sempena Hari Raya yang mulia,

Andai terdapat salah dan silap, sama ada sengaja atau tak sengaja,

Sepuluh jari disusum bermaaf-maafan sesama kita, agar terhapus segala dosa.

Promosi Barangan

Kepada mana-mana ahli SBM yang mempunyai sebarang kemahiran seperti kraf tangan, membuat kuih-muih atau biskut untuk dipasarkan atau dipromosikan, sila hubungi pengerusi SBM Cawangan KL/Selangor di talian 012-216 3354 / 012-288 7676. Suatu program akan dijalankan dalam bulan Ogos 2018 di Kompleks MAB bagi memperkenalkan barangan buatan golongan OKU penglihatan.

Pengumuman dari Pantai Timur

Pengumuman dari SBM Cawangan Pahang

Asalamualaikum dan salam SBM.

Mesyuarat Agung Dwi Tahunan 2018 di Ipoh Perak.

Assalamualaikum dan salam SBM.

Seperti yang telah sedia maklum, Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia akan mengadakan Mesyuarat Agung Dwi Tahunan 2018 Pada 29,30 Jun dan 1 Julai 2018 bertempat di Tower Regency Hotel & Apartment Ipoh Perak.

SBM Cawangan Pahang akan menghantar seramai 26 orang ahli untuk menghadiri mesyuarat pada kali ini.

Bagi ahli-ahli yang telah mendaftarkan nama untuk hadir ke BGM pada kali ini, anda diminta untuk berkumpul di SBM Cawangan Pahang pada jam 7.00 pagi kerana bas akan bergerak jam 7.30 pagi.

Kerjasama daripada semua ahli amat diperlukan bagi melancarkan perjalanan kita nanti.

Sebarang pertanyaan sila hubungi pembantu tadbir di pejabat SBM Cawangan Pahang di talian 09-2964197 pada waktu pejabat.

Pengumuman Dari Sabah dan Sarawak

Pengumuman dari SBM Kawasan Sabah

Assalamualaikum dan salam SBM.

SBM Kawasan Sabah akan menjadi tuan rumah untuk Program Sambutan Hari Tongkat Putih Antarabangsa Peringkat Kebangsaan Edisi ke-9 pada 19 hingga 21 Oktober 2018 bertempat di Likas Square Apartment Hotel dan Pertandingan Bakat Seni Suara SBM Peringkat Kebangsaan pada 20 Oktober 2018 bertempat di Auditorium Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara, Sabah. Perarakan Sambutan Hari Tongkat Putih ialah pada 20 Oktober 2018 pada waktu pagi, manakala Pertandingan Bakat seni suara diadakan pada 20 Oktober 2018 pada sebelah malam.

Yuran penyertaan untuk kedua-dua program ini ialah:

a. Ahli Biasa dan ahli bersekutu RM200.00;

b. Bukan ahli RM400.00;

c. Anak ahli yang berumur 17 tahun ke bawah RM200.00.

Tarikh tutup pendaftaran bagi Negeri Sabah ialah pada 30 April 2018. Manakala tarikh tutup bagi Negeri Sarawak dan semenanjung Malaysia ialah pada 31 Mei 2018.

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi Puan Catherine Mery Ringegon, pengerusi SBM Kawasan Sabah di talian 019-222 9992 atau pejabat SBM Kawasan Sabah di talian 088-495 675 pada waktu pejabat.

Iklan

Tiada Iklan.

Jumaat, Jun 15, 2018

Teley SBM 11 Jun 2018.

Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia

Pengumuman Mingguan 11 Jun, 2018

Salam bahagia daripada kami semua dari Ibu Pejabat.

Selamat Hari Raya dari kakitangan dan para ahli Jawatankuasa peringkat Cawangan dan Kawasan SBM. Terdapat lima pengumuman baru pada minggu ini. Tiga dari Cawangan Melaka, satu dari Cawangan KL/Selangor dan satu dari Cawangan Pahang. Yang selebihnya adalah peringatan-peringatan atas permintaan. Yang pulang ke kampung, berhati-hati di jalan raya.

Khamis, Jun 07, 2018

Teley MAB Isnin, 4 Jun 2018.

Tele MAB no. 739
Isnin, 4 Jun 2018
No. tel.: 03-22722687

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Terdapat 4 pengumuman baharu dan 1 pengumuman buku,

1.    Pertandingan Membaca Braille MAB.

Ia akan diadakan pada hari Sabtu, 14 Julai, dari 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari di Dewan MAB. OKU Penglihatan dijemput untuk mengambil bahagian dalam 4 kategori: Umur 16-25 (Inggeris & Melayu) dan mereka yang berumur 26 tahun dan ke atas (Inggeris dan Melayu). Untuk sebarang maklumat dan pendaftaran, sila hubungi Cik Roslina di samb. 150.

2.    Terkini Pemeriksaan Payudara Ultrasound bagi semua wanita bawah 40 dan Pemeriksaan Payudara Pap Smear bagi wanita yang sudah berkahwin berusia bawah 40.

Program ini yang dianjurkan oleh Persatuan Kanser Kebangsaan telah ditangguhkan sehingga selepas Hari Raya. Semua orang yang berminat masih boleh berdaftar dengan penyambut tetamu MAB.

3.    Kafeteria MAB.

Kafeteria ini akan ditutup dari 13 Jun hingga 23 Jun bagi tujuan pembersihan dan kawalan makhluk perosak.

4.    Buka Puasa bersama belia OKU Penglihatan.

Ia akan diadakan pada hari Selasa, 12 Jun. Anda seharusnya berkumpul di kafeteria pada pukul 6.00 petang. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi En. Fadil di 017-3202221.

5.    Di sini, ada sebuah buku Braille Bahasa Inggeris untuk dibaca.

Tajuknya adalah The Dog’s Purpose oleh W. Bruce Cameron dalam 2 jilid. Ia adalah satu cerita luar biasa tentang seekor anjing yang mencari arah tujuan hidupnya dan berusaha mencari jawapan ke arah soalan yang yang paling asas: Kenapa anda berada di sini? Untuk meminjam buku ini, sila hubungi Cik Lynette di samb. 150.

Terima kasih,

Ikhlas,
En. Godfrey Ooi.
Cik. Roslina Mohamed.

Tele MAB no. 739
Monday, 4 June 2018
Tel. no.: 03-22722687

Hello friends,

There are 4 new and 1 book announcements,

1.    MAB Braille Reading Competition.

This will be on Saturday, 14 July, 9.00 am to 1.00 pm at the MAB Hall. Blind persons are invited to take part in 4 categories: Age 16-25 (English & Malay) and those 26 years and above (English & Malay). For info and registration, please call Ms. Roslina at ext. 150.

2.    Ultrasound Breast Check for all women below 40 and Pap Smear Breast for married women below 40 update.

This program by The National Cancer Society has been postponed until after the Hari Raya. All interested persons can still register with the receptionist.

3.    MAB Cafeteria.

The cafeteria will be closed from 13 June to 23 June for cleaning up and pest control.

4.    Buka Puasa with the blind youth.

This will be on Tuesday, 12 June. You should gather at the cafeteria at 6.00 pm. For more info, please call Mr. Fadil at 017-3202221.

5.    Here’s an English Braille Book to read.

The title is The Dog’s Purpose by W. Bruce Cameron in 2 volumes. This is the remarkable story of a dog search for its purpose in life and his quest to life’s most basic question: Why are we here? To borrow the book, please call Ms. Lynette at ext. 150.

Thank you,

Regards,
Mr. Godfrey Ooi.
Ms. Roslina Mohamed.

Arkit blog