Rabu, Mac 24, 2021

Teley MAB Selasa, 23 Mac 2021.

Tele MAB no. 865 Selasa, 23 Mac 2021 No. tel.: 03-22722687 Assalamualaikum dan salam sejahtera, Terdapat 1 pengumuman baharu dan 1 pengumuman buku, 1. Borang Permohonan bagi Dana Usahawan Mikro Selangor. Untuk makluman, Kerajaan Negeri Selangor di bawah Unit Perancangan Ekonomi (UPE) Selangor sedang menawarkan Bantuan Dana Usahawan Mikro Selangor untuk para atlet dan bekas atlet yang mempunyai perniagaan. Bagi mereka yang mahu mendapatkan borang ini atau memerlukan maklumat lanjut yang berkaitan dengan bantuan ini, sila hubungi terus Cik Suzilawati di samb. 129 (Unit Belia, Sukan dan Rekreasi). 2. Terdapat 1 buku Braille Bahasa Inggeris yang baharu. Tajuknya adalah Goodbye Tsugumi oleh Banana Yoshimoto dalam 2 jilid. Untuk meminjam buku ini, sila hubungi Cik Lynette di samb. 150. Terima kasih, Ikhlas: Cik Santhi Selvam Cik Roslina MOhamed. Tele MAB no. 865 Tuesday, 23 March 2021 Tel. no.: 03-22722687 Hello friends, There are 1 new announcement and 1 book announcement, 1. The Application form for the Selangor Micro Entrepreneur Fund. For information, The Selangor State Government under the Selangor Economy Plan Unit (EPU) is offering the Selangor Micro Entrepreneur Fund Assistance for the athletes and former athletes who have business. For those who want to get the form or need further information related to this assistance, please contact Ms. Suzilawati directly at ext. 129 (The Youth, Sport & Recreational Unit). 2. There is 1 new English Braille book. The title is Goodbye Tsugumi by Banana Yoshimoto in 2 volumes. To borrow the book, please call Ms. Lynette at ext. 150 Thank you, Regards: Ms. Santhi Selvam Ms. Roslina Mohamed.

Ahad, Mac 14, 2021

Teley MAB Rabu, 10 Mac 2021.

Tele MAB no. 864 Rabu, 10 Mac 2021 No. tel.: 03-22722687 Assalamualaikum dan salam sejahtera, Terdapat 1 pengumuman baharu dan 1 pengumuman buku, 1. Khidmat Rundingan Nasihat Percuma (Konsultasi) bagi Atlet Para Orang Buta. Untuk makluman, Klinik Penjagaan Kesihatan, Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU) Bukit Jalil sedang menyediakan Khidmat Rundingan Nasihat secara percuma kepada atlet-atlet Para Orang Buta yang memerlukan. Bagi mendapatkan khidmat percuma ini, semua atlet boleh terus menghubungi klinik tersebut di talian 03 27317661 dan sila nyatakan bahawa anda adalah Atlet Para Orang Buta di bawa Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB). Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Cik Suzilawati di samb. 129 (Unit Belia, Sukan dan Rekreasi). 2. Terdapat 1 buku Braille Bahasa Inggeris yang baharu. Tajuknya ialah Whiteout oleh Ken Follet dalam 3 jilid. Untuk meminjam buku ini, sila hubungi Cik Lynette di samb. 150. Terima kasih, Ikhlas: Cik Santhi Selvam Cik Roslina Mohamed. Tele MAB no. 864 Wednesday, 10 March 2021 Tel. no.: 03-22722687 Hello friends, There are 1 new and 1 book announcements, 1. Free Advisory Consulting Services (Consultation) for the Blind Para Athletes. For information, The International Medical University (IMU) Healthcare Clinic Bukit Jalil is providing The Free Advisory Consulting Services for the Blind Para Athletes in need. To obtain this free services, all the athletes can contact the clinic directly at 03 27317661 and please specify that you are the blind para athlete under The Malaysian Association for The Blind (MAB). For more info, please call Ms. Suzilawati at ext. 129 (The Youth, Sport and Recreation Unit). 2. There is 1 new English Braille Book. The title is Whiteout by Ken Follet in 3 volumes. To borrow the book, please call Ms. Lynette at ext. 150. Thank you, Regards: Ms. Santhi Selvam Ms. Roslina Mohamed.

Khamis, Mac 11, 2021

PENGUMUMAN PERTIS 8 MAC 2021

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Berikut adalah pengumuman daripada PERTIS Pusat. Pengumuman PERTIS ini juga boleh didapati di talian tele info PERTIS, 03-22603950. Terdapat 1 pengumuman baru untuk minggu ini: Pengumuman baru: 1. Pengumuman dari Biro Pembangunan Belia Kesenian dan Kebudayaan PERTIS. Biro akan menganjurkan Program Zikir Bersama Belia dengan ketetapan seperti berikut. Tarikh: 19 Mac 2021. (Jumaat) Masa: 6.30p.m Tempat: Pejabat Pertis Brickfield. untuk pendaftaran sila whatsapp ke talian +6017 5159764 (Abul Faris). sekian terima kasih.

Rabu, Mac 03, 2021

PENGUMUMAN PERTIS MINGGU INI 17 REJAB 1442 HIJRAH = 1 MAC 2021 MASIHI

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Berikut adalah pengumuman daripada PERTIS Pusat. Pengumuman PERTIS ini juga boleh didapati di talian tele info PERTIS, 03-22603950. Terdapat 3 pengumuman baru untuk minggu ini: Pengumuman baru: 1. Bantuan kepada Mualaf di Wilayah Persekutuan Pihak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) akan memberikan sumbangan kepada mualaf di Wilayah Persekutuan secara 'one off' sebanyak RM 500. Pihak PERTIS akan menguruskan permohonan ini bagi Mualaf OKU Penglihatan di Kuala Lumpur. Oleh itu, semua mualaf OKU Penglihatan yang tinggal di Kuala Lumpur perlu menghantar dokumen-dokumen berikut: 1. Salinan Kad Pengenalan. 2. Salinan Kad Akuan Pengislaman. 3. Salinan Kad OKU. 4. Bil utiliti (bermaustautin di Wilayah Persekutuan). 5. Salinan penyata nombor akaun bank. 6. Salinan penyata gaji (jika telah melebihi 5 tahun masuk Islam) Dokumen-dokumen ini hendaklah diserahkan di Pejabat PERTIS Brickfields pada waktu pejabat (9:00 pagi hingga 4:00 petang) sebelum atau pada 12 Mac 2021 (jumaat). Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Setiausaha Agung PERTIS, Saudara Muhammad Shahril Azrie Bin Zainudin di talian 013-4315539 2. Pengumuman dari Biro Pembangunan Belia Kesenian dan Kebudayaan PERTIS. PERTIS Akan menganjurkan Program Zikir Bersama Belia pada ketetapan seperti berikut. Tarikh: 12 Mac 2021. (Jumaat) Masa: 6.30p.m Tempat: Pejabat Pertis Brickfield. Untuk Pendaftaran Sila WhatsApp Ke talian +017 5159764. Sekian Terima Kasih. 3. PERTIS Melalui Biro Pembangunan Belia Kesenian dan Kebudayaan akan mewujudkan group Usrah Belia dan akan dianjurkan secara atas talian. Kami mengalu-alukan para belia Pertis Untuk turut serta. Sila ikuti pautan ini untuk menyertai group WhatsApp Kami: https://chat.whatsapp.com/Km2qKBPMLgcLJ1Z1VSccur Terdapat 6 pengumuman ulangan untuk minggu ini: Pengumuman ulangan: 1. Sumbangan daripada Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Pihak PPZ MAIWP akan memberikan sumbangan kepada ahli PERTIS yang tinggal di Wilayah Persekutuan. Oleh itu, kepada ahli PERTIS yang tinggal di Wilayah Persekutuan dan masih belum mengemaskini maklumat terkini mereka, sila kemaskini maklumat terkini anda. Kepada OKU Penglihatan Islam yang tinggal di Wilayah Persekutuan yang masih belum menjadi ahli PERTIS dan kepada ahli yang ingin mengemaskini maklumat anda, anda boleh hubungi Puan Ruslina di talian ibu pejabat PERTIS 03-40322631. Pihak PERTIS akan menghantar senarai nama kepada PPZ MAIWP yang telah dikemaskini sahaja. Maklumat ahli boleh juga dikemaskini melalui link berikut: https://forms.gle/EnAUAVveWRzJujXc7 Berikut merupakan data yang perlu dikemaskini: Nama penuh Email No Tel Alamat terkini Pekerjaan Status perkahwinan Anggaran pendapatan bulanan Jumlah tanggungan 2. Maklumat Ibu Tunggal. PERTIS ingin mengumpulkan data ahli PERTIS yang menjadi ibu tunggal di seluruh Negara. Sila hubungi Puan Ruslina ditalian ibu pejabat PERTIS 03-40322631. Sila berikan nama penuh, Nombor Kad pengenalan dan nombor telefon anda. 3. Pertis melalui Biro Pembangunan Wanita Dan Kesejahteraan Ummah ingin mengumpulkan data saudara baru. Oleh itu, diminta untuk saudara baru mengisi Google Forms di link berikut: https://forms.gle/9UcfmfgkBjTMeWyT8 atau, sila hubungi atau whatsapp kepada saudari Saliza Binti Jusoh ditalian +60142796553. Maklumat yang diperlukan adalah: • Nama penuh • No. Kad Pngenalan • No. Tel. • Tahun memeluk Islam • Email • Alamat terkini Maklumat dan data yang dikumpul adalah bertujuan untuk pendidikan dan kebajikan anda. Sebarang maklumat anda akan dirahsiakan.. 4. Biro pembangunan modal insan PERTIS sedang MENGEMASKINI data-data para OKU penglihatan yang terlibat dalam bidang pengajian islam umumnya dan tahfiz khususnya baik peringkat persijilan, diploma, ijazah ataupun kelulusan-kululusan yang lain. Tujuannya ialah memudahkan pihak kami membuat perancangan-perancangan di masa akan datang bagi manfaat bersama. Justeru, Biro Pembangunan Modal Insan PERTIS membuka pendaftaran bagi tujuan tersebut. Bagi memudahkan urusan kemaskini, pihak PERTIS memohon setiap ahli untuk mengemaskini melalui link Google Form yang diberikan. https://forms.gle/rJsUntgeNQFoQTW96 Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh berhubung dengan Ustaz Muhamad Firdaus bin Hairi di talian pejabat PERTIS cawangan brickfields di talian : 0322762634 Pada isnin hingga jumaat waktu pejabat. Anda juga boleh (whatsapp) beliau di talian : +60192021931 Kerjasama anda amat kami harapkan 5. Kemaskini maklumat ahli. Pihak PERTIS sedang mengemaskini maklumat ahli. Maklumat yang perlu dikemaskini adalah seperti di link berikut: https://forms.gle/EnAUAVveWRzJujXc7 Kepada ahli yang tidak dapat mengemaskini melalui link tersebut, sila berhubung Puan Ruslina Binti Mat Ghani di talian ibu pejabat PERTIS 03-40322631. 6. Kad Keahlian Seumur Hidup PERTIS. Kepada ahli PERTIS yang telah menjadi Ahli Seumur Hidup PERTIS, anda boleh mendapatkan Kad Keahlian Seumur Hidup anda di Pejabat PERTIS Brickfields pada waktu pejabat bermula pukul 9 pagi hingga 4 petang. Bagi ahli PERTIS wilayah, sila berhubung dengan pengerusi wilayah masing-masing. Sebarang masalah mengenai keahlian, sila hubungi Puan Ruslina di Ibu Pejabat PERTIS Gombak di talian 03-40212631. Sebarang pengumuman daripada ahli PERTIS atau NGO lain hendaklah sampai ke email Setiausaha Agung PERTIS, setiausaha.pertis@gmail.com atau whatsapp di talian 013-4315539 sebelum atau pada setiap Khamis pukul 4:30 petang. Sekian, terima kasih Penghantaran Al-Quran Braille, terjemahan Al-Quran Braille dan Kitab-Kitab Agama. Pihak PERTIS akan memberikan Al-Quran Braille, Terjemahan Al-Quran Braille serta kitab kitab agama terpilih secara percuma kepada ahli PERTIS. Caj penghantaran untuk bahan bacaan terpilih ini akan diberikan secara percuma juga. Bahan bacaan selain bahan bacaan tersebut akan dikenakan caj penghantaran. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi saudari Raihah di Pejabat PERTIS Brickfields di talian 03-22762634. TAJUK-TAJUK BUKU KITAB YANG BOLEH DIPEROLEHI SECARA PERCUMA KEPADA OKU PENGLIHATAN 1. Al-quran double sided 6 jilid single sided 15 jilid 2. Muqaddam- Double sided 1 jilid Single sided 1 jilid 3. Yasin & Tahlil- Half double 1 jilid half single 1 jilid Double sided 1 jilid Single sided 1 jilid 4. Solat Sunat Tarawih & Witir- Double sided 1 jilid Single sided 1 jilid Half double1 jilid Half single 1 jilid 5. Koleksi Kertas Kerja Kursus Perkahwinan & Kekeluargaan Islam (Usahasama Pertis & Unit Perunding & Pembangunan Keluarga, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan- Double sided 1 jilid 6. Ibadat Haji Umrah Dan Ziarah Double sided 3 jilid 7. Iqra Double sided 6 jilid Single sided 6 jilid 8. 40 Hadith Tentang Peristiwa Akhir Zaman; Double sided 1 jilid 9. 75 Doa-Doa Rasulullah; Double sided 1 jilid 10. Apa Itu Taubat; Double sided 1 jilid 11. Bengkel Solat; Double sided 1 jilid 12. Doa Amalan Suci; Double sided 1 jilid 13. Forty Haadeeth Qudsi; Double sided 1 jilid 14. Hak-Hak Wanita Dalam Undang-Undang Keluarga Islam Di Malaysia; Double sided 1 jilid 15. Asma Al-Husna; Double sided 1 jilid 16. Ilmu Terus Dari Allah; Double sided 1 jilid 17. Panduan Menyelenggarakan Mayat & Persoalannya; Double sided 1 jilid 18. Kesilapan Ketika Sembahyang; Double sided 1 jilid 19. Himpunan Ayat-Ayat Al-Quran & Khasiatnya; Double sided 1 jilid 20. Kisah Wali-Wali Allah; Double sided 2 jilid 21. Koleksi Rencana-Rencana Islam; Double sided 1 jilid 22. Ke Arah Memahami Al-Makthurat; Double sided 1 jilid 23. Memasuki Gerbang Perkahwinan; Double sided 2 jilid 24. Himpunan Nama-Nama Islam; Double sided 1 jilid 25. Penawar Bagi Hati; Double sided 2 jilid 26. Persoalan Solat dan Penjelasannya; Double sided 1 jilid 27. Perukunan Romanise; Double sided 1 jilid 28. Prinsip Pembentukan Personaliti Muslim; Double sided 1 jilid 29. Himpunan Mutiara Selawat; Double sided 1 jilid 30. Surah-Surah Pilihan; Half double 1 jilid Double sided 1 jilid SINGLE SIDED 1 jilid 31. Syaitan & Jin; Double sided 1 jilid 32. Tafsir Pimpinan Ar-Rahman: Double sided 30 jilid 33. Pelajaran Tajwid; Double sided 1 jilid 34. The Qur-an & Modern Science; Double sided 1 jilid 35. Mengumpat (Ghibah) Yang Dicela & Yang Diharuskan; Double sided 1 jilid 36. Himpunan Wirid-Wirid & Doa-Doa Double sided 1 jilid 37. Madinah Munawwarah & sejarah; Double sided 1 jilid 38. Peristiwa Isra’ Mi’raj Double sided 1 jilid 39. Meyaqini Malaikat Dalam Kerajaan Allah Dan Kehidupan Manusia Double sided 2 jilid 40 Risalatul Muawanah Double sided 2 jilid 41. Nabi muhammad SAW Double Sided 2 jilid 42. Rahmad Di sebalik Dugaan Double Sided 2 jilid 43 Kursus belajar bahasa arab Double Sided 4 jilid 44 Kitab munyatul musolli Double Sided 2 jilid 45 Fiqh Syafi’i jilid 1 Double Sided 6 jilid 46 Faridatul Faraaid Double Sided 1 jilid 47 40 Hadith An-Nawawi 1 jilid 48 Alquran, sejarah dan kaedah Double Sided 2 jilid 49 Modul Pembelajaran Ilmu Tajwid Double Sided 2 jilid 50 Kaifiat dan Fadhilat Puasa Sunat Double Sided 1 jilid 51 Ruqyah Double sided 1 Jilid 52 Kefahaman Asas Mengenai Sifat 20 Doublel Sided 1 Jilid 53 Perkongsian Bijak Dalam Pengurusan Rumahtangga. Half Double Sided 1 Jilid 54 Siri Ilmu Tasawuf Syarbul Muntaha Half Double Sided 1 Jilid.





Arkit blog