Khamis, Julai 02, 2015

Talian Maklumat PERTIS 29 Jun 2015

Talian Maklumat PERTIS 29 Jun 2015

Inilah talian maklumat Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS),

membawakan pengumuman-pengumuman untuk minggu yang bermula pada 29 Jun 2015 Masihi, bersamaan 12 Ramadhan 1436 Hijrah Isnin.

Pengumuman Terkini

Pengumuman dari ibu pejabat Pertis

1.1 Kakitangan/staf Baru.

Mulai 14 Ramadhan 1436 Hijrah bersamaan,

1 Julai 2015 Masihi, (Rabu)

PERTIS akan mempunyai seorang kakitangan/staf baru.

Beliau ialah Tuan Haji Muhammad Lee Abdullah, Yang akan bertugas di bahagian penerbitan

Ibu Pejabat PERTIS.

Kepada beliau, pihak PERTIS mengucapkan selamat datang dan selamat berkhidmat.

Semoga dengan kehadiran beliau dapat memudahkan lagi segala urusan penerbitan.

1.2 Majlis Berbuka Puasa.

Kepada mereka yang telah berdaftar untuk menghadiri majlis berbuka puasa yang akan diadakan di salah sebuah hotel di Kuala Lumpur, Sila berkumpul pada tarikh, tempat dan masa seperti berikut:

Tarikh:

17 Ramadhan 1436H bersamaan,

4 Julai 2015 Masihi (Sabtu)

Tempat:

Kompleks MAB.

Masa: pukul 3.00 Petang.

1.3          Penerima Bantuan Sumbangan Dari Al-khaadem.

Kepada mereka yang akan menerima bantuan sumbangan daripada Al-khaadem sila berada

di perkarangan Kompleks MAB selepas waktu zohor, hari Sabtu, 4 Julai 2015 (17 ramadhan 1436H) Van akan bertolak ke Al-Khaadem  tepat pada pukul 2.00 petang.

Kepada mereka yang mempunyai sebarang masalah sila hubungi ustaz Mohammad Noor

Bin Awang Ngah selaku ketua rombongan di talian 012-342 8745 atau 013-340 8510.

1.4          Majlis Ihya Ramadhan dan Khatam Al-Qur’an 2015.

PERTIS menerusi Biro Pendidikan dan Dakwah pusat, akan menganjurkan Majlis Ihya Ramadhan

dan Khatam Al-Qur’an. Ianya akan dijalankan seperti berikut:

Tarikh:

24 – 25 Ramadhan 1436 Hijrah bersamaan, 11 – 12 Julai 2015 Masihi (Sabtu – Ahad)

Bertempat:

Kompleks MAB, Brickfields Kuala Lumpur.

Masa:

4.00 Petang 24 Ramadhan 1436 Hijrah bersamaan 11 Julai 2015 Masihi (Sabtu)

Dan berakhir pada pukul 7.00 pagi  25 Ramadhan 1436 Hijrah bersamaan 12 Julai 2015 Masihi (Ahad).  Majlis dimulakan dengan solat asar berjemaah, khatam Al-Qur’an, perasmian,

penyampaian zakat, berbuka puasa, solat isyak, tarawih, tazkirah, qiamullail

dan diakhiri dengan kuliah subuh.  Aturcara majlis yang sepenuhnya akan disiarkan pada minggu hadapan.  Semua dijemput ke majlis tersebut.

1.5 Operasi Perpindahan.

PERTIS bahagian penerbitan akan dipindahkan ke pejabat baru iaitu di alamat,

42A, Jalan Padang Belia, Brickfields Kuala lumpur.

Proses perpindahan sedang dijalankan dan insya Allah akan mula beroperasi sepenuhnya

dalam bulan Julai 2015.

Walau bagaimana pun bahagian pentadbiran masih dikekalkan di pejabat lama.

2. Pengumuman dari lain-lain organisasi.

2.1 PERTUBUHAN DAN KOPERASI ORANG KURANG UPAYA PENGLIHATAN PERAK

PERTUBUHAN DAN KOPERASI ORANG KURANG UPAYA PENGLIHATAN PERAK

AKAN MENGADAKAN MESYUARAT AGUNG PADA TARIKH 1-2 OGOS 2015

BERTEMPAT DI PUSAT LATIHAN UiTM KAMPUNG GAJAH.

BAYARAN YANG DIKENAKAN BAGI DEWASA RM60 DAN KANAK-KANAK RM30.

TEMPAHAN DAN BAYARAN BOLEH DIBUAT MELALUI AKAUN BANK ATAU TERUS

KEPADA PN JAMALIAH DI TALIAN 016-6984414 ATAU ENCIK YUSOF DI TALIAN 013-3404406.

ATAU TERUS KEPADA PENGERUSI PERTUBUHAN DAN KOPERASI, EN. AHMAD NIZAR DI TALIAN

012-5251190.

PERKHIDMATAN BAS DISEDIAKAN DI KOMPLEKS M.A.B KUALA LUMPUR.

BAS DIJANGKA BERTOLAK PADA JAM 8.30 PAGI (1/8/2015) DAN BERGERAK BALIK PADA JAM 3.00 PETANG (2/8/2015)

TARIKH TUTUP PENYERTAAN PADA 20 JULAI 2015

Kerjasama dari pihak tuan/puan amat kami hargai.

Sekian, terima kasih

Peringatan:

1. Sekiranya anda menghadapi masalah untuk menghubungi telemaklumat ini menerusi talian telefon (03-40223950), sila maklumkannya kepada Pn. Siti Haida Hamedan di talian ibu pejabat PERTIS Pusat, 03-4021 2631 pada waktu pejabat.

2. Sila ambil maklum, semua pengumuman yang ingin diumumkan menerusi talian maklumat ini hendaklah tiba ke peti emel atau ke peti SMS Setiausaha Agung PERTIS selaku penyelaras talian maklumat ini selewat-lewatnya pada jam 8 malam setiap hari Jumaat. alamat dan nombor telefon beliau adalah seperti berikut,

rosmelati60@gmail.com,

dan no. telefon 012-216 3354/013-261 7278

atau 03-2034 7007 Pada waktu pejabat.

Kami mohon berbanyak maaf kerana pengumuman yang tiba lewat daripada masa yang telah ditetapkan tidak dapat dimuatkan ke dalam kandungan pengumuman pada minggu berikutnya. Segala kerjasama daripada semua pihak didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Diselaraskan Oleh

Puan Rosnah Ahmad

    Setiausaha Agung

    persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS)

Jumaat, Jun 26, 2015

Teley MAB no. 587

Teley MAB no. 587

 

Isnin, 22hb Jun 2015

 

No. tel.: 03-22722687

 

Salam sejahtera,

 

Terdapat 6 pengumuman baharu,

 

Pengumuman 1: Sesi nyanyian bersama lagu Inggeris.

 

Sesi ini akan diadakan pada hari Sabtu, 11hb Julai dari jam 10.00 pagi hingga 1.00 tengah hari di Pusat Warga Emas Orang Buta Yuran sebanyak RM2.00 sahaja. Sila berdaftar dengan Violet di talian 22742576.

 

Pengumuman 2: Elaun Pekerja Cacat.

 

Mereka yang telah dipotong elaun ini, anda boleh mendaftarkan diri dengan pihak Kelab SBM KL/Selangor di talian 22764474. SBM akan menolong membuat rayuan dengan Jabatan Kebajikan.

 

Pengumuman 3: Tayangan wayang gambar.

 

Tayangan ini akan diadakan pada hari Sabtu, 25hb Julai di Dewan MAB. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Rasyid di samb. 305.

 

Pengumuman 4: Terkini tentang GST.

 

Orang-orang buta yang mahu membeli barang-barang dari Kedai Jualan, mestilah membawa bersama satu salinan fotostat Kad OKU untuk pertama kali. Anda tidak perlu membawa salinan tersebut untuk kunjungan seterusnya.

 

Pengumuman 5: Terkini tentang perkhidmatan-perkhidmatan perpustakaan.

 

Perkhidmatan cetakan boleh didapati bagi para pengguna untuk mencetak dokumen. Lain-lain perkhidmatan yang boleh didapati di sini adalah photostat, imbasan, emboss, binding and laminate.

 

Pengumuman 6: Terkini tentang biskut-biskut raya.

 

Boleh didapati di Kedai Jualan adalah biskut raya dalam empat jenis: Coklat dengan Walnut, Melting Moments, Coffee Kisses dan English Shortbread. Setiap botol berharga RM22.00. tetapi anda boleh mendapatkan 2 botol pada harga RM40.00. Stok adalah terhad. Tolong cepat dan hubungi Zuraidah di samb. 154.

 

Terima kasih,

 

Ikhlas,

En. Godfrey Ooi.

Teley MAB no. 587

 

Monday, 22nd June 2015

 

Tel. no. 03-22722687

 

Hello friends,

 

There are 6 new announcements,

 

Announcement 1: English Sing Along Session.

 

This will be on Saturday, 11th July from 10.00 am to 1.00 pm at The Elderly Blind Centre. The fee is RM2.00 only. Please register with Violet at 22742576.

 

Announcement 2: Elaun Pekerja Cacat.

 

Those who’s EPC has been cut, you can register with The SBM KL/Selangor Club at 22764474. SBM will help to appeal with the Ministry of Welfare.

 

Announcement 3: Movie screening.

 

This will be on Saturday, 25th July at The MAB Hall. For more info, please call Rasyid at ext. 305.

 

Announcement 4: GST update.

 

Blind persons wanting to buy items from the Sales Shop, must bring along a Photostat copy of the OKU Card at the first time. You don’t need to bring the copy for the subsequent visit.

 

Announcement 5: Library services update.

 

The printing service is available for the users to produce print documents. Other services available at the library are photostating, scanning, embossing, binding and lamination.

 

Announcement 6: Raya cookies update.

 

Available at The Sales Shop are cookies of four types: Chocolate with walnut, Melting Moments, Coffee Kisses and English Shortbread. Each bottle is RM22.00. But you can get 2 bottles of RM40.00. Stocks are limited. Please hurry and contact Zuraidah at ext. 154.

 

Thank you,

 

Regards,

Mr. Godfrey Ooi.

Jumaat, Jun 19, 2015

TELEY MAB no. 586

TELEY MAB no. 586

 

Selasa, 16hb Jun 2015

 

No. tel: 03-22722687

 

Salam sejahtera,

 

Terdapat 3 pengumuman baharu dan 1 pengumuman lama,

 

Pengumuman 1: Perkhidmatan-perkhidmatan perpustakaan.

 

Sebuah CCTV baharu boleh didapati bagi para pengguna low vision di perpustakaan ini. Lain-lain perkhidmatan adalah seperti photostat, imbasan, emboss, binding dan laminate. Sila hubungi kakitangan yang berada di kaunter perpustakaan untuk bantuan.

 

Pengumumuman 2: Terkini GST.

 

Orang-orang buta yang mahu membeli barang-barang dari kedai jualan, mesti membawa bersama satu salinan photostat Kad OKU untuk pengecualian GST bagi kali pertama. Anda tidak perlu membawa salinan photostat kad tersebut bagi kunjungan berulang kali ke kedai tersebut.

 

Pengumuman 3: Biskut Raya.

 

Empat jenis Biskut Raya boleh didapati: Coklat Chip dengan Walnut, Melting Moments, Coffee Kisses dan English Shortbread. Setiap botol berharga RM22.00. Tetapi anda boleh mendapatkan 2 botol pada harga RM40.00. Sila hubungi Zuraidah di samb. 154.

 

Announcement 4:  Battle of the bands.

 

MAB dengan kerjasama PETRONITA akan menganjurkan battle of the bands pada hari Sabtu 12hb September. Semua orang buta dijemput untuk mengambil bahagian. Yuran sebanyak RM50.00 bagi setiap band. Borang permohonan boleh didapati di meja resepsi dan tarikh tutup adalah pada 10hb Ogos. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Fairuz di samb 136.

 

 

 

Thank you,

 

Regards,

Mr. Godfrey Ooi

TELEY MAB no. 586

 

Tuesday, 16th June 2015

 

Tel. no. 03-22722687

 

Hello friends,

 

There are 3 new and 1 old announcements,

 

Announcement 1: Library services.

 

A new CCTV is available for low vision library users. Other services available are photo stating, scanning, embossing, binding and lamination. Please contact the counter staffs for assistance.

 

Announcement 2: GST update.

 

Blind persons wanting to buy any items from the sales shop must bring along the Photostat copy of the OKU card for GST exemption for the first time. You don’t need to bring the Photostat copy for sub sequent visit to the shop.

 

Announcement 3: Raya Cookies.

 

Four types of Raya Cookies are available: Chocolate Chip with Walnut, Melting moments, Coffee Kisses and English Shortbread. Each bottle costs RM22.00. But you can get 2 bottles for RM40.00. Please contact Zuraidah at ext. 154.

 

Announcement 4:  Battle of the bands.

 

MAB in conjunction with PETRONITA will be organizing the battle of the bands on Saturday, 12th September. All the blind are invited to take part. The fee is RM50.00 per band. Application forms are available at the reception desk and the closing date is on 10th August. For more info, please call Fairuz at ext. 136.

 

Thank you,

 

Regards,

Mr. Godfrey Ooi





Arkit blog