Isnin, Julai 30, 2007

Bagaimanakah menggunakan perkhidmatan Fun Talk dari Celcom


Sekarang ini, telefon tangan sudah menjadi satu perkara yang amat lumrah sekali. Budak kecik darjah satu pun dah ada telefon dah encik oi. Ha kira ok lah pasai bill mak pak depa yang bayak.



Ok, kepada pengguna Celcom, mari kita belajar cara-cara menggunakan perkhidmatan Fun Talk. Ha, ini si buta nak ajak ni. Dengak baik-baik.



1. Untuk guna fun talk, dial bintang, diikuti dengan nombor celcom.


2. Tempoh masa rakaman, tiga puluh saat.


3. Bila Fun Talk diterima, ada bunyi macam sms.


4. Untuk membalasnya, kena buat mesej baru pasai takdak option reply.



Ini Celcom gila tau, dia buat option forward tapi tak buat option reply. Merepek betoi.



Caj untuk fun Talk biasa dikenakan sepuluh sen setiap satu. Dan untuk jenis fun talk yang lain, sila rujuk pada celcom pasai aku tak tau. Sebab apa aku tak tau? Sebab aku tak pakai.



Sekian.


Bagaimanakah menggunakan my voice


Setiap rumah, pasti ada telefon kan? Mustahillah kalau tak ada telefon. mesti ada.



Untuk pengetahuan semua, telekom melalui perkhidmatan talian tetapnya, ada menyediakan satu perkhidmatan sms bersuara yang dipanggil My Voice. Perkhidmatan ini sangat mudah untuk digunakan. Ikuti langkah di bawah.



1. Angkat gagang telefon. kalau ada hand free, pakailah hand free, tak reti-reti?


2. Kemudian, dial 1555 diikuti dengan butang hash di sebelah kanan butang 0.


3. Kemudian, ikutlah arahan yang diberikan.


4. Tempoh maksima untuk merakamkan suara ialah tiga puluh saat.


5. Selepas itu, anda akan diminta masukkan nombor telefon supaya mesej yang anda rakam itu boleh dihantar.


6. Cara untuk memasukkan nombor telefon, mesti didahului dengan kod kawasan contohnya 04 untuk utara dan seterusnya.



Apabila orang menghantar my voice kepada anda, tiada perbezaan bunyi kepada telefon rumah anda. Bunyinya macam biasa saja. Tetapi, bila anda mengangkat gagang telefon, anda akan menerima ucapan selamat datang dari sistem my voice dan seterusnya, anda akan diberitahu bahawa anda mempunyai pesanan suara. Selepas itu, mesej akan diperdengarkan kepada anda.



Selepas selesai mesej itu anda dengar, anda akan diberi beberapa arahan untuk membalas message itu, atau untuk menghantar mesej itu pada orang.



Mengenai caj yang dikenakan, sila rujuk pada telekom. Sebabnya, aku sendiri pun tak tau. Aku tau pakai saja. Belasah jer.



Sekian.


Selasa, Julai 24, 2007

Bahasa Malaysia, sudah mantapkah penggunaannya?


Pada 31 Ogos ini, genaplah sudah 50 tahun negara kita mencapai kemerdekaan. Sudah banyak kemajuan yang telah negara kita capai sepanjang 50 tahun negara merdeka.



Seperti yang diketahui umum, bahasa kebangsaan negara kita ialah bahasa melayu atau pun dipanggil bahasa malaysia. Tetapi, sudah mantapkah penggunaan bahasa rasmi negara kita yang tercinta ini?



Pada pendapat saya yang buta ni, ianya masih belum mantap lagi. ya, memang ianya belum mantap dan kukuh penggunaannya lagi.



Cuba kita lihat, masih ada lagi papan-papan iklan yang terlalu gah menggunakan bahasa inggeris untuk menyiarkan iklan mereka. Sementara bahasa rasmi negara kita pula, diletakkan di bawah dengan tulisan yang amat kecil. Ini adalah kerana semata-mata hendak mematuhi undang-undang yang ditetapkan.



Rakyat negara kita pula, khususnya yang bukan melayu, lebih suka menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa pertuturan harian mereka. Eh, pak-pak menteri pun rasanya ada juga kot jenis semacam ni. Mereka amat malu hendak menggunakan bahasa melayu yakni bahasa kebangsaan Malaysia sebagai pertuturan harian mereka dengan alasan, nanti mereka akan dianggap sebagai orang kelas bawahan. Bila bercakap inggeris, mereka berbangga kerana kononnya dianggap kelas atasan. Apakah semua ini? Adakah mereka ini, rakyat Malaysia sejati?



Semangat kebangsaan juga amat kurang. Cuba kita bertanya pada generasi sekarang, apakah bangsa mereka. kalau yang melayu, akan berkata, "saya bangsa melayu." mengapa kita tidak mengaku sahaja yang kita ini bangsa malaysia? Saya sendiri, berbangsa Malaysia dan berketurunan cina. kalau begini, kan lebih bagus? Mereka kita harus memberitahu "saya bangsa cina, saya bangsa melayu atau bangsa india?" Itu kan tidak melambangkan Malaysia? kalau "saya bangsa Malaysia" ha, sedap. keturunan, cina, melayu atau india. Tapi bangsa, mestilah bangsa Malaysia.



Bagi media penyiaran pula, mengapa mesti terlalu banyak siaran bahasa inggeris? Adakah kita ini menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa rasmi negara kita? Alasan kononnya siaran inggeris mesti ada supaya rakyat boleh memahirkan diri untuk belajar bahasa inggeris tak boleh dipakai. Cuba kita lihat, adakah penguasaan bahasa inggeris di kalangan rakyat Malaysia amat hebat dengan adanya siaran radio dan tv dalam bahasa inggeris? Rasanya tidak bukan? Cuba kita lihat negara jiran, mereka lebih menitikberatkan bahasa kebangsaan negara mereka. Tetapi, bahasa inggeris mereka juga hebat.



Semua ini, kerana minat. Kita sepatutnya harus mencari jalan untuk memahirkan diri untuk menguasai bahasa inggeris dan bukannya mengorbankan bahasa kebangsaan negara kita semata-mata ingin menguasai bahasa inggeris. Itu adalah sesuatu yang amat memalukan.



Perlu diingat, masih ada lagi rakyat Malaysia yang langsung tidak tahu bertutur dalam bahasa kebangsaan negara kita yang tercinta ini. Jadi, kita harus mencari jalan, macammana untuk mengatasi kesemua permasalahan ini. Malaysia sudah 50 tahun merdeka, amat memalukan jika rakyat sendiri tidak tahu bertutur dalam bahasa kebangsaan negara kita yang tercinta ini.



Para pembaca, marilah kita sama-sama memertabatkan bahasa Malaysia. Bahasa kebangsaan negara kita yang tercinta ini. Marilah kita sama-sama membuktikan bahawasanya, bahasa Malaysia juga, mampu berkembang ke segenap pelusuk dunia. Mari kita buktikan.



Hidup Bahasa Malaysia! Hidup Bahasa Malaysia! Hidup Bahasa Malaysia!



Sekian.






Arkit blog