Mulai Januari 2008, pihak Rapik Kl akan mengenakan bayaran 50% untuk pengangkutan kelolaan mereka di Kuala Lumpur. Bagi pendapat peribadi saya, ianya berpatutan. Takkan oku ini terlalu miskin?
Namun, ada pihak-pihak yang masih lagi ingin meminta pihak Rapik KL memberikan oku percuma lagi dengan alasan masih ramai oku yang tiada pekerjaan dan miskin.
Bagi pendapat saya, adalah amat tidak menasabah jika alasan ini digunakan. Orang normal juga ada yang miskin dan ada juga yang tidak bekerja. Tetapi, adakah mereka diberi percuma untuk pengangkutan awam dan lain-lain lagi? Sudah tentunya tidak bukan?
Ada juga yang berkata, itu hak oku untuk mendapatkan kemudahan sedemikian. Negara luar, oku semua dapat percuma. Mengapa di sini tak boleh?
Bagi pendapat saya, kita adalah lebih baik, jangan bandingkan negara luar dan Malaysia yang tercinta ini. Kita selalu marah bila pihak kerajaan membandingkan negara luar dengan negara kita dalam sesuatu hal. Contohnya harga petrol. Kita marah bila pihak kerajaan membandingkan harga petrol di negara luar dan harga di negara kita. Tapi tiba-tiba bila pasal oku, kita dengan bangganya membandingkan oku negara luar dan negara kita. Inikan hipokrit namanya?
Bagi saya, oku masih boleh lagi bekerja. kecualilah kalau dah betul-betul dah tak boleh bergerak seperti salah seorang sahabat saya. Beliau hanya terbaring sepanjang masa. Hanya menggunakan satu jari beliau untuk menaip di papan kekunci komputer. Jika orang seperti beliau ini, memang layaklah untuk mendapat segalanya percuma. Sebabnya, beliau 100% memang perlu dibantu. Beliau sudah tidak mampu bergerak langsung.
Tetapi, kalau oku, tetapi masih boleh lagi bergerak, janganlah terlalu manja. Buktikanlah bahawa oku bukan golongan semua nak diberi percuma. Oku juga manusia yang perlukan wang dan pekerjaan. Saya takut suatu hari nanti, kalau sekiranya keadaan ini berterusan, iaitu oku suka meminta-minta, jangan terkejut bila masyarakat menganggap golongan oku ini manja dan suka meminta-minta itu dan ini. Kita tidak mahu ini semua berlaku. Buktikan, oku bukanlah seteruk itu. Oku juga boleh bekerja dan boleh berdikari seperti orang lain.
Kepada oku yang telah mendapat pekerjaan, saya nasihatkan, tolonglah bekerja dengan baik. janganlah bekerja dua tiga hari dan kemudian lari. Ini juga menyumbang kepada mengapa majikan enggan mengambil golongan oku untuk bekerja. Sudahlah golongan oku begitu sukar untuk mendapat pekerjaan, ini yang dah dapat kerja, nak lari.
Jangan beri alasan gaji murah. Kita oku, dah susah nak dapat kerja dan bila dah dapat kerja tu, bekerjalah dahulu. Gaji sama ada murah atau pun mahal, itu jangan diambil kira. Ini sudahlah susah nak dapat kerja, bila dah dapat, nak berkira dengan gaji pula.
Ya betul, gaji tak mampu nak tanggung keluarga. Tapi seboleh-bolehnya, bekerja dahulu. Di samping bekerja, kita juga bolehlah berusaha untuk mencari pekerjaan yang gajinya sesuai untuk kita.
Dan kepada orang-orang kuat dan orang-orang besar persatuan yang mewakili oku, perjuangan masih belum selesai. Perjuangkanlah hak pekerjaan bagi golongan oku. Dan kalau nak minta apa-apa kemudahan, saya mencadangkan, adalah lebih baik minta terus dari pihak kerajaan. Kerajaan ibarat ibu dan bapa kepada kita semua. Bagi saya, meminta terus dari pihak kerajaan adalah lebih baik daripada meminta kepada pihak lain.
Sekian.
0 ulasan:
Catat Ulasan