Rabu, Julai 18, 2007

Sebab saya taknak mendaftar sebagai seorang pengundi di Malaysia


Sekarang ni, SPR sedang menyeru rakyat Malaysia supaya mendaftarkan diri sebagai seorang pengundi.



Kemudian sekarang, dah keluar satu kenyataan mengatakan, orang yang tak pakai my card tak boleh mengundi. Ok, itu tak kisahlah kat depa.



Rakyat Malaysia tidak kira apa bangsa dan apa kategori, sama ada Ok atau KO, harus mendaftar sebagai seorang pengundi. harus diingat, undi kita ni amat berguna sekali dan kita haruslah menggunakan hak kita sebagai seorang rakyat Malaysia. Rugi sungguh kalau hak itu kita tidak menggunakannya.



Tapi bagi saya yang cacat penglihatan ni, saya rasa malas nak mendaftar sebagai seorang pengundi di Malaysia ini.



Orang kata, undi itu rahsia. Hanya kita yang tahu, siapakah calon yang kita undi itu. Ya, undi itu rahsia. Itu bagi yang OK. Tapi bagi yang tak nampak macam saya ni, rasanya, undi itu bukan rahsia dah.



Cuba fikir balik, kita harus gunakan pembantu bila hendak mengundi. Tak kiralah sama ada kakitangan petugas atau pun ahli keluarga sendiri. jadi, undi kami mana ada rahsia lagi? ya betul lepas undi, masukkan kertas undi dalam kotak undi. Tapi yang tersiratnya ialah, apa yang si buta itu pilih, maksud saya calon yang si buta itu pilih, sudah diketahui oleh pihak ketiga.



Undi itu rahsia? mana ada rahsia lagi kalau gini? Mana tidaknya, pihak ketiga dah pun tahu.



Saya rasa, pihak yang berkenaan harus melakukan sesuatu supaya orang-orang buta lebih selesa menjalankan kewajipan mereka sebagai seorang pengundi. Dengan cara itu, tidak payahlah mereka dibantu oleh petugas atau ahli keluarga semasa mereka menjalankan kewajipan mengundi.



Contohnya, mengapa tidak untuk orang buta, mereka dibenarkan mengundi dengan menggunakan ICT? Saya rasa, ini boleh dilakukan. yalah, sebelum mengundi, mesti diisikan borang seperti, nombor kad pengenalan, tempat mendaftar untuk mengundi, tarikh lahir, alamat tempat tinggal dan kemudian, sistem akan periksa sama ada betul atau tidak borang itu diisi.



Ini sebenarnya, boleh dilakukan memandangkan sekarang ini, sudah ramai orang-orang buta di Malaysia yang telah pun menggunakan komputer dan menggunakan perkhidmatan jalur lebar. Jadi, ianya boleh dilakukan.



Satu lagi cara ialah membuat kertas undi dalam bentuk braille. Tetapi, cara ini mungkin menelan belanja yang agak mahal dan berkemungkinan tidak sesuai untuk dilaksanakan.



Sekiranya sistem sekarang masih digunakan, nampaknya, saya takkan mendaftarlah sampai akhir hayat.


0 ulasan:





Arkit blog