Sekarang ini, telah wujud satu lagi persatuan baru yang diberi nama Persatuan Pekerja Sendiri untuk oku penglihatan. Tujuan persatuan ini diwujudkan adalah untuk membela nasib mereka yang tidak mempunyai pekerjaan. Ini adalah satu usaha yang amat bagus sekali.
Namun kewujudan persatuan ini tidaklah mendapat sambutan seperti yang diharapkan.
Dari hasil temuramah yang dibuat, ada di kalangan orang buta sendiri yang mempertikaikan penubuhan persatuan tersebut.
Ada yang berpendapat, persatuan ini diwujudkan seolah-olah ingin menentang pihak kerajaan. Alasannya, mereka ini hendak meminta pihak kerajaan mengiktiraf penjual tisu jalanan. Kata mereka, mana ada satu negara dalam dunia yang mengiktiraf benda sedemikian?
Seorang lagi bercerita, beliau pernah berbual dengan Polis dan pihak kakitangan JKM. Menurutnya, kalau orang tak buat aduan, mereka takkan tangkap. Ingat mereka sukakah nak tangkap-menangkap ni? mereka pun lebih suka duduk rumah saja.
Ada yang meluahkan kemarahan di atas kenyataan akhbar yang diberikan di harian metro tempoh hari. Kenyataan yang kononnya mereka mendapat lebih kurang RM,400 sebulan. menurutnya, itu semua tak masuk akal. mereka sebenarnya punya pendapatan lebih dari yang diperkatakan. Seterusnya, beliau menyeru agar pihak JKM dan polis supaya menyamar sebagai seorang pengemis untuk menyiasat sehingga ke akar umbi masalah yang tiada penghujungnya ini.
Persatuan ini tidak mendapat sokongan di kawasan utara. Menurut mereka yang ditemubual, mereka semuanya bekerja.
Sementara itu, menurut seorang rakan yang banyak bercampur dengan penjual tisu ini, presiden salah sebuah organisasi orang buta hanya akan turun padang membantu mereka apabila pemilihan sudah dekat. Tujuannya untuk memancing undi.
Sekarang ini, mereka sudah tidak boleh mengharapkan lagi organisasi-organisasi orang buta yang ada di negara ini untuk membantu mereka.
kata mereka lagi, bukannya mereka tidak mahu bekerja, tetapi, pekerjaan tidak ada. Jadi untuk memberi makan keluarga, terpaksalah mereka menjual tisu.
Tetapi, menurut pihak lain pula, mereka mempertikaikan kenyataan yang dibuat oleh penjual-penjual tisu itu. ada di kalangan penjual tisu ini, sanggup berhenti kerja tetap semata-mata ingin menjual tisu. Ada di kalangan penjual tisu ini dulunya adalah telefonis. jadi, untuk mendapat keuntungan cepat, mereka sanggup berhenti kerja dan melakukan pekerjaan menjual tisu.
Sampai bilakah keadaan ini akan berterusan? kedua-dua pihak harus mencari penyelesaian segera. janganlah berpura-pura dan bermain tarik tali lagi.
Sekian.
0 ulasan:
Catat Ulasan