Rabu, September 05, 2007

Pergi ke rumah Singh


Semalam, aku dan kawan aku Najeri atau lebih dikenali dengan Jeruk, telah ke rumah seorang sahabat kami iaitu Swan Singh. Aku memanggilnya, Ah Seng. Senang cerita. Yalah, payah betoi nak sebut nama si Singh ni.



najeri datang bawak aku pada lebih kurang jam 11:00 pagi. Bini dia memandu kereta. kami sampai di rumah Singh pada lebih kurang jam sebelas suku pagi. Di rumahnya ada banyak betul budak. Maklumlah, dia ada buat kelas tadika kat rumahnya tu.



Aku, Jeruk dan bini Jeruk pun masuklah ke bilik komputer rumah Singh tu. Bilik komputernya tu, tak ada penghawa dingin. Cuma ada sebuah kipas angin yang tergantung di siling rumah sahaja.



Komputer pun dibuka. Aku pun, buatlah apa yang patut dibuat di komputer si Singh ni. Aku telah un install Anti virus dan memasukkan AVG untuknya sebab ianya lebih ringan.



Setelah proses memasukkan anti virus yang baru dan beberapa proses yang lain selesai, maka aku dan Jeruk pun mengajarlah Singh cara-cara hendak mengendalikan papan kekunci komputer.



Wah, bukannya senang nak mengajar si Singh ni mengendalikan papan kekunci komputer sebab dia ni, pelupa orangnya. Kami juga mengajar Singh cara-cara mengendalikan program screamer radio dan juga bagaimana hendak menjalankan CD dan juga VCD.



Di rumah Singh, aku meminum air Cocacola. Wah, aku puas sebab Cocacola tu, sejuk. Kalau tak sejuk, tak bestlah.



Lebih kurang jam tiga petang, kami beredar dari rumah Singh. Kini, jeruk terpaksa pula, pergi ke komtar untuk berjumpa dengan Siti anaknya. Ni semua gara-gara seorang buta tua yang tak sedar diri. Dah mintak tolong orang, lepas tu, nak marah-marah pulak kat orang. Itulah yang dikatakan tak sedar diri.



Sebenarnya, si buta ni, meminta jeruk tolong memperbaiki radionya. kemudian pada hari itu, anaknya Siti diminta supaya bagi balik radio tu sebab dah siap dah diperbaiki.



Si buta ni telah menelefon Jeruk masa kami di rumah Singh tadi. Dia marah-marah kat Jeruk pasai katanya, tak adil. Apa tak adil pulak, dah tau orang takdak rumah, telefon sajalah ke handphone.



Dan, aku sampai di rumah pada lebih kurang jam empat setengah petang.



Sekian.


0 ulasan:





Arkit blog