Selasa, Disember 25, 2007

Lawatan ke Kuala Lumpur bahagian satu

Ok, sekarang, aku akan bercerita tentang perjalanan ke Kl.
Isnin 24 Disember. Aku dan Paul Keong telah bertolak ke stesen bas di Sungai Nibung pada jam sepuluh pagi. Kami menaiki bas jam sepuluh setengah pagi. Sesampainya kami di stesen bas, kami terus dibawa ke bas itu. Kami duduk di hadapan iaitu selang sebaris dengan pemandu. Di hadapan kami ialah orang asing dari Burma.
Jam 10:45 pagi, bas memulakan perjalanannya ke Kl. Semasa bas berjalan, aku dan Paul Keong rancak bersembang. Suasana juga agak hingar-bingar. Sementara itu, pemandu bas itu memasang siaran Sinar FM.
Lebih kurang sejam selepas perjalanan, kedengaran penumpang di hadapan iaitu orang burma telah bertanya pada pemandu mana nak berhenti. Sebabnya, mereka nak ke tandas. Pemandu itu memberitahu bahawa, mereka akan berhenti di Sungai Perak.
Lebih kurang jam duabelas tengahari, bas telah berhenti di Sungai Perak. Apabila berhenti, maka turunlah semua penumpang bas itu. Aku tidak bercadang untuk turun sebab aku tau kalau turun pun, tak ada yang bantu.
Paul Keong hendak turun juga sebab dia nak ke tandas. Maka, turunlah dia. Kini, semua penumpang sudah pun turun. Aku dok sorang dalam bas sambil melayan fikiranku.
Tidak berapa lama kemudian, kedengaran bunyi ketukan tongkat. Ya, itu aku tahu, itu adalah Paul Keong. Ketukan tongkat itu semakin kuat. Dan akhirnya, dia naik ke bas.
Tidak berapa lama kemudian, para penumpang itu pun menaiki bas. Dan kemudian, bas pun memulakan perjalanannya semula. Kini aku dan Paul Keong sembang lagi. Dan tidak lama kemudian, kami terlena seketika.
Lebih kurang jam 3:45 minit petang, maka sampailah kami di Kl. Kami turun di Jalan Duta. Apabila turun, pemandu itu membawa kami ke perhentian teksi. Pemandu bas itu memberitahu kami yang kami harus membeli kupon untuk menaiki teksi.
Aku dan Paul Keong pun beraturlah untuk membeli kupon teksi. Orang agak ramai juga. Dan akhirnya, tibalah giliran kami untuk membeli kupon teksi itu. Kami membeli kupon teksi untuk ke Brickfields. Harganya RM 12. Wah agak mahal juga. Tapi tak apalah, setahun sekali.
Setelah membeli kupon itu, kami pun menaiki sebuah teksi yang dipandu oleh seorang pemandu india. Semasa dalam perjalanan, telefon bimbit Paul Keong telah kehabisan bateri. Telefon aku pula, telah kehabisan bateri sejak awal-awal lagi. Dan nampaknya, kenalah cas bateri bila sampai ke hotel nanti.
Tidak berapa lama kemudian, sampailah kami ke tempat penginapan kami iaitu Lido Hotel. Kami pun terus check in. "Ha, saya ada buat booking hotel kat sini pada Isnin minggu lalu." "Selama lima malam." Beritahu Paul Keong dengan panjang lebar dalam bahasa melayu.
Pemilik hotel meminta kad pengenalan beliau. Setelah diteliti kad pengenalan itu, dia terus bercakap cantoneese dengan Paul Keong. Aku haram tak faham sepatah pun apa yang dicakapkan.
Kami kena bayar RM 325 untuk lima malam. Jadi, aku keluarkan RM 162 sementara Paul Keong, bayar RM 163.
Setelah semua proses selesai, maka kami di bawa ke bilik kami di bilik 108 di tingkat satu. Dan setelah meletakkan beg kami, kami pun pergi makan.
Serentah itu juga, hujan ribut telah turun. Kami tak kisahlah, terus pergi makan jugak.
Setelah makan, kami balik semula ke bilik dan caslah bateri. Apabila cas bateri, maka terpaksalah cabut plug tv. Jadi, tak dapatlah nak mendengar tv.
Lebih kurang jam tujuh malam, cas bateri selesai. Maka aku dan Paul Keong pun panggillah kawan-kawan kami. Orang yang pertama memanggil aku ialah Ayana. "Oi pungkoq, pasai apa yang hang tak on handphone?" "Aku call hang tak dapat-dapat." Ayana bersyarah panjang-lebar. "Apa nak buat, bateri dah habis." Beritahu aku.
Ayana memberitahuku yang mereka dah sampai ke lobi hotel. Maka, turunlah aku ke lobi hotel. Dan, masa nak turun itu, aku telah tersesat.
Semasa mencari-cari tangga itu, Ayana dan rakan-rakan telah naik ke atas. Tidak lama kemudian, aku telah menjumpai tangga dan terus turun. Apabila sampai ke lobi, sekali lagi Ayana menelefon aku. "Wey, mana hang pi?" Ayana bertanya. "Aku dok kat lobi." Aku menjawab rengkas. "Pungkok betoilah hang, kami dah naik atas dah, tak pa kami turun." Beritahu Ayana.
Setelah itu, terpaksa pula kami menunggu si Lin. Kami menunggu di kaki lima lido. Kami ada empat orang iaitu Yusuf dan isterinya Ayana, Abian dan Zulkarnain.
Lin pula sibuk menelefon si Ayana. Entah apalah yang dicakapkan, aku tak ambik kisah. Yang penting sekarang ialah, makan.
Dan, tidak lama kemudian, sampailah si Lin. Maka, kami pun pergilah ke kedai Ina untuk makan.
Di situ, aku makan nasi goreng dengan ayam Merah. Abian makan nasi goreng kampung. Ayana juga makan nasi goreng merah. Zul dan Lin pula, aku dah lupalah.
Setelah makan, Abian sempat juga tapau sebungkus mi goreng untuk teman serumahnya Kanang.
Lebih kurang jam sepuluh setengah malam, kami pun baliklah. Aku sampai di bilik jam 10:35 malam. Kemudian, mandi, dengar berita dunia kat tv1, Parlimen hari ini dan mendengar radio 24. Aku tidur jam satu pagi.
Ok, bersambung.

0 ulasan:





Arkit blog