Ok, menyambung lagi cerita ini.
27 Disember, Khamis.
Jam Sembilan setengah pagi, aku telah siap menunggu di pintu lobi hotel. Dan tidak lama kemudian, maka Yusuf pun datanglah membawa aku makan. Pada pagi itu, kami pergi lagi ke kedai Yusuf Ali. Kali ini, aku menghentam roti canai sebanyak empat keeping. "Ada betulkah?" "Empat keeping, ada betulkah?" Pelayan restoran itu bertanya agak terkejut. "Ha betul." Jawabku rengkas.
Semasa makan, Yusuf telah menelefon si Rosmin. Rosmin memberitahu yang dia nak ikut serta untuk makan. Dan tidak lama kemudian, Rosmin pun muncul. Dia makan roti dengan telur.
Selepas makan, kami pergilah ke rumah Rosmin. Rumah Rosmin ni agak besar juga. Besar dan luas. Setelah sampai di rumahnya, kami pun berehat-rehatlah. Rosmin terus membuka tv. Siaran Astro.
Tidak lama kemudian, Yusuf menelefon Subki. "Hello Subki, kat mana engkau?" "Engkau mesti datang rumah Rosmin tau." "Ok, baik." Talian pun diputuskan.
Lama menunggu, si Subki masih belum muncul-muncul lagi. Dan, sekali lagi Yusuf menelefonnya. Tidak lama kemudian, si Subki yang lembap itu pun datanglah.
Sementara itu, aku pula, sedang sibuk install sound forge di computer Rosmin. Aku juga cuba nak update jaws kat computer Rosmin tapi tak Berjaya. Sebabnya, barang yang aku nak itu, tak boleh download.
Lebih kurang jam satu setengah petang, Ayana telah menelefon Yusuf dan memberitahu yang dia sedang menunggu di simpang empat. Kami semua pun pakat-pakatlah turun dan pergi ke simpang empat. Ya, memang betul, Ayana sedang menunggu di sana.
Ayana memberitahuku bahawa cik ayam sekeluarga pergi ke K 4. Kami terus pergi ke Kedai Zul untuk makan. Di sana, aku telah menghentam sepinggan besar nasi, kari ikan, tiga ketul ikan dan sayur kobis dan dua cawan air bandung.
Dan selepas makan, si Ayana membawa kami pergi berjalan-jalan ke Kl Central. Dia mengheret, Yusuf, Rosmin dan aku. Macam heret lembu. Sebenarnya, Ayana akan berangkat pulang ke kampong pada Jumaat ini.
Di Kl Central, Ayana telah pergi bank. Bank apa tu, aku dah lupalah. Dan selepas ke bank, kami meronda sebentar. Selepas itu, aku pergi membeli air mineral sebotol besar. Selepas membeli air mineral, kami pun berjalan pulang ke rumah Yusuf.
Semasa dalam perjalanan pulang, Ayana terasa hendak beraklah pulak. Jadi, dia heretlah kami jalan laju-laju. Semakin lama, semakin laju dia berjalan. Kerana dah tak tahan katanya. Dan akhirnya, aku dan Rosmin telah terpisah. Masa tu, dah sampai dah kat rumah Ayana.
Apabila sampai, kami masuk dan berehat sementara Ayana, terus pergi berak. Aku pun menegoklah air mineral yang aku beli tadi tu setengah botol.
Selepas Ayana keluar dari jamban, aku pun, mulalah memproses komputernya. Yalah, masih ada lagi yang belum dibereskan. Dan Rosmin pula dah pergi solat.
Tidak lama kemudian, aku pun on skype dan bersembang dengan Hashim Ishak, Razali Ahmad dan Cornelius.
Pada petang itu, sepatutnya aku pergi ke rumah Rosmadi. Tetapi, aku telah membatalkan rancangan itu sebab aku takut hujan.
Aku menelefon Rosmadi. "Wey Madi, aku belum tentu lagi tau nak mai." "Pasai, sini dah mula gelap macam nak hujan." Beritahuku panjang lebar. "Tak hujan, tak hujan lagi." Rosmadi berkata. "Ok, nanti aku call hang." Beritahuku.
Beberapa minit kemudian, si Abian pula menelefon. "Eh encik, aku tak bolehlah nak ikut hang sebab ada orang nak mai rumah." Abian bercerita. "Hang suruh sop temankan hang boleh tak?" Abian bertanya. "Sop tak boleh pasai dia kata, ada cikgu nak mai jumpa dia lepas tu, dia kena keluaq ada hal." Beritahu aku panjang lebar. "Ha kalau gitu tengoklah kalau lepas maghrib aku free, aku pi dengan hang." Abian berjanji. "Ok." Jawabku rengkas.
Aku menelefon Rosmadi untuk memaklumkan hal ini. Dan pada masa yang sama, cuaca gelap. Mungkinlah tak ada rezeki nak berjumpa dengan Rosmadi ni.
Sementara itu, Ayana, Rosmin dan Yusuf makan ketupat dengan rending lembu. Aku tak boleh makan lembu sebab aku ada alahan kulit. Jadi, aku tak makan.
Di computer Ayana, aku telah muat turun banyak lagu mp3. Semuanya aku simpan dalam folder mp3 dia. Entah lagu apa, aku pun tak tau.
Selepas maghrib Abian menelefonku dan memberitahuku yang dia memang tak boleh menemankan aku untuk ke rumah Rosmadi. Ha, memang tak ada rezekilah nak jumpa Rosmadi.
Lebih kurang jam lapan malam, kami semua sekali lagi ke kedai Ina untuk makan malam. Malam itu, aku makan kuih tiau goring.
Yang si Ayana ni pulak gatai pungkok. Dia pi tiru suara si genie tu pulak. Marah si Geenie tu.
Selepas makan kira-kira jam Sembilan suku malam, aku pun pulang ke tempat penginapanku. Aku terus saja mandi.
Beberapa minit kemudian Ee-teck telah menelefon aku untuk mengajak aku keluar makan pada jam sepuluh setengah nanti. Aku bersetuju jer.
Masa yang ditunggu sudah tiba, aku turun ke lobi hotel dan tunggu. Dan tidak lama kemudian, Ee-teck pun datang. Pada mulanya, dia cuba mencari kedai makan yang masih buka untuk makan. Tapi, banyak darinya yang dah tutup. Akhirnya kami makan Chee Cheong Fan saja yang terletak di hadapan Lido hotel.
Makan kat situ, memang gila. Hanya ada kerusi tapi tak ada meja. Kami terpaksa pegang pinggan tu untuk makan.
"Awak dah kahwinkah Khai Eong?" Ee-teck bertanya. "Belum lagi." Jawabku rengkas. Adalah banyak yang kami persembangkan.
Hujan rintik sudah turun. Dan kami pun bersurai. Aku terus pulang ke hotel. Jam duabelas setengah tengahmalam, aku pun tidur.
Ok, bersambung.
0 ulasan:
Catat Ulasan