Sabtu, Disember 15, 2007

Pantun memilih pasangan.


Dipetik dari senarai e-mail.



Orang jawa berkain batik,
Batik bercorak bunga kemboja,
Apalah yang di pandang pada yang cantik,
Jika cantik zahirnya saja.


Sutera datang dari Cina,
dibuat pakaian tentu selesa,
Biar di mata dipandang hina,
Asalkan indah budi bahasa.


Gadis manis memetik kenangga,
Kenangga hiasan di hari raya,
Jikalau menurut perintah agama,
Perangai elok pekerti mulia.


0 ulasan:





Arkit blog