Ok, kita sambung lagi cerita kita.
Ha, ini pula cerita majlis perpisahan Siti Maimunah pula. Dia bukan berhenti, tetapi, dia ditukarkan ke jaro di Johor. jaro adalah satu pusat latihan bagi orang-orang buta di Johor. Sebab dia ditukarkan ke sana ialah kerana, dia tak dapat mengikuti sepenuhnya. Jadi, tiada jalan lain selain daripada menukarkannya ke Jaro di Johor.
Malam itu seperti biasa, Tazlan tukang baca doa. Selepas doa dibacakan, maka, bermulalah majlis itu. Dan, biasalah majlis makan. Dan seperti biasa juga majlis karao okay juga diadakan.
Dan yang pastinya, si Rohaizad mesti ada menyanyi. Dia memang pandai menyanyi. Di samping Rohaizad, ada lagi beberapa orang. Sementara aku, dalam setiap majlis, aku hanya makan dan duduk diam-diam. Sambil-sambil itu, aku curi rakam. Itulah kerja aku.
Dan seperti biasa, ucapan akan diberikan. Kali ini Siti Maimunah akan memberikan ucapan rengkasnya. Ini adalah ucapan perpisahan. Apabila juruacara mengumumkan, tepukan gemuruh diberi. Pengacara malam itu ialah Siti Khadijah.
"Oh Siti," Shahrim berkata tiba-tiba. Siti Maimunah pun naiklah ke pentas untuk memberikan ucapannya. Dan sekali lagi, tepukan yang gemuruh telah diberikan.
"Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua rakan-rakan sekelian." Siti memulakan ucapannya. "Aa, sebenarnya, saya agak terkejut juga dengan majlis yang diadakan ini." "Saya sendiri tak sangka rakan-rakan semua akan mengadakan majlis perpisahan ini." "Terimakasihlah kepada rakan-rakan kerana bersusah payah mengadakan majlis ini."
"Di sini, saya ingin mengucapkan, ribuan terima kasih kepada semua rakan-rakan yang telah banyak membantu sepanjang saya berada di sini." "Saya berasa sedih kerana terpaksa meninggalkan rakan-rakan semua." "Namun insya Allah, kalau ada masa di lain kesempatan, kita akan berjumpa lagi." Siti memberikan ucapannya yang panjang lebar.
Kami mendengar dengan khusyuk ucapan dari Siti tersebut. Selepas ucapan yang panjang lebar itu, tepukan gemuruh diberi. Kemudian, majlis karaok diteruskan lagi.
Sebenarnya, pada malam itu juga, kami juga mengadakan majlis perpisahan buat Norashikin Abdul Aziz dari Kedah kerana beliau dah tamat kursus. Norashikin juga memberikan ucapannya yang rengkas juga.
Pada malam itu, Norashikin juga turut menyanyi. Dia menyanyikan lagu yang dipopularkan oleh Fauziah Latif yang bertajuk Enggan. Wah, suara Norashikin begitu sedap sekali.
Selepas itu, kesemua pelatih perempuan telah naik ke pentas dan menyanyikan lagu dua jiwa, satu hati. Dan, semasa di bahagian corous, Siti Khadijah telah menemubual Siti Maimunah dan Norashikin.
"Apa perasaan Siti untuk meninggalkan pusat latihan ini?" Siti Khadijah bertanya. "Saya berasa sedihlah untuk meninggalkan rakan-rakan semua, namun, satu hari nanti, kita akan jumpa kembali." Siti Maimunah menjawab.
"Ya, bagaimana pula dengan kak Shikin?" Siti Khadijah bertanya pula pada Norashikin. "Saya juga, samalah." "Saya berasa sedih untuk meninggalkan rakan-rakan semua." "Namun, apakan daya." "Tapi tak apa, saya masih di Brickfields ni, kita pasti selalu berjumpa." Terang Norashikin dengan panjang lebar.
Malam itu, seperti biasa, majlis selesai kira-kira jam sepuluh malam. Selepas selesai majlis, seperti biasalah, budak perempuanlah punya kerja, kemas-mengemas ni.
Pada tengahari hari Jumaat, van dari Jaro pun datang. Maka, pelatih-pelatih perempuan pun menghantarlah Siti. Kesedihan sudah mula menyelubungi perkarangan GTC.
"Siti, jangan lupa ya, bila sampai di sana, call ya?" mereka berpesan pada siti. Semua pakat menangis. Suasana begitu sedih dan pilu sekali.
Tidak berapa lama kemudian, maka bertolaklah van itu ke distinasi yang dituju. Dan sekarang, Siti Maimunah hanya tinggal kenangan.
Bersambung.
0 ulasan:
Catat Ulasan