Selasa, Januari 08, 2008

Kenangan GTC bahagian satu


4 Jun 1995, itulah hari pertama aku berada di Pusat Latihan Gurney atau rengkasnya GTC. Aku pergi ke sana kerana menjalani latihan selama lima bulan di sana.



Kini, aku sudah berada di sana. Hari itu, hari Isnin. Aku terus masuk ke pejabat. masih kuingat, di dalam pejabat itu ada cikgu Latif, cikgu Amran dan kerani akak Norbaayah.



Setelah semua proses ,emasukan selesai, cikgu Amran membawaku ke bilikku iaitu bilik 3. Di bilik itu, sudah ada orang. Satu bilik ada lebih kurang lima orang tinggal. Sementara almari atau gerobok pula, dua orang untuk satu gerobok.



"Ha Khai Eong, ingat ya, di tepi ni gerobok awak." "Satu gerobok ni kongsi dua oranglah." "Yang sebelah tepi awak ni, gerobok kawan awak Thai San." Terang cikgu Amran padaku.



"Ja Khai Eong, ni keluarga awak dah nak balik dah ni." "Jadi, awak kenalah pandai uruskan diri awak di sini." Cikgu Amran menasihatiku. Kemudian, cikgu Latif pula datang menjenguk bilikku.



Kini, segalanya sudah selesai. Keluarga pun sudah balik. Aku keseorangan di dalam bilik itu. Kemudian aku terdengar loceng makan. Tapi aku tak pergi makan. Yalah, sebab, aku tak tau mana tempat makan tu. Jadi, aku pun mengisi masa lapang dengan mendengar lagu.



Tidak lama selepas itu, muncul seorang pelatih lagi. Ini rakan sebilikku. "Ni nama apa ni?" Aku bertanya. "Nama dia Tengku Amran." Seorang perempuan yang agak separuh umur menjawab. Kami pun berbual mesra.



Lebih kurang jam dua petang, seorang lagi rakan sebilikku telah tiba. "Oh ini biliknya ya?" Berkata seorang pakcik. "Ha bolehlah tu." Jawab pemuda itu.



Aku pun berkenalanlah dengan rakan baruku itu. "Nama awak siapa ya?" Aku bertanya. "Nama saya Rohaizad." Jawab rakanku itu. "Ha, panggil izad je." Sahut orang tua itu. "Oh ini bapa saya." Rohaizad memperkenalkan ayahnya padaku. "Kamu dari mana?" Tanya ayah Rohaizad. "Saya dari Penang pakcik." Beritahuku.



"Abang abang, abang ada bawa radio tak?" "Sebabnya, saya minat bolalah bang." "Saya nak dengar bola bang." Cerita Rohaizad panjang lebar. "Oh, ada." Aku menjawab rengkas. Rohaizad berasa amat gembira sekali bila mengetahui aku ada membawa radio.



Kini, pulanglah ayah dan ibu Rohaizad. Kami berehat-rehat dalam bilik itu. Sorang lagi kawanku yang dipanggil Thaisan masuk. "Hello, you nama apa?" Thai San bertanya padaku. "Khai Eong." Aku memperkenalkan diriku. "Oh, saya Thai San." Dia memperkenalkan dirinya pula. Dan selepas itu, dia pun keluar dari bilik.



Kini, aku telah bertemu kembali dengan rakan lamaku iaitu Azrol kambing. Kami terpisah apabila aku sekolah menengah. Dan kini, kami bertemu kembali.



Aku juga telah mengenali beberapa rakan baru seperti Zainal, Zul Karnain dan banyak lagi. Aku sudah mula berasa seronok berada di GTC. Sudah mendapat banyak rakan baru.



Jam enam suku petang. Kami pergi makan. Azrol kambing membawaku ke dewan makan. Wah, ada telivisyen kat dewan makan itu. Dan, lauk pertama yang aku jamah di GTC ialah nasi dengan sambal udang. Amboi, lazat sekali.



Di GTC, para pelatih diberi sorang satu tray untuk makan. Dalam tray itu, ada nasi, lauk, air dan kadang ada juga buah-buahan. Pada mulanya aku agak kekok makan dengan tray. Tapi lama-lama, aku dah biasa.



Bangunan tempat penginapan kami dan tempat belajar kami itu hanyalah sebuah bangunan sementara. Ini kerana pada masa itu, bangunan baru yang menempatkan GTC dan MAB sedang di dalam pembinaan dan pengubahsuaian. Letaknya di jalan Tun Sanbanthan 4. Sementara bangunan sementara terletak di Jalan Sultan Abd Samad.



Pada sebelah malam, beberapa pelatih lagi telah sampai. Kali ini, dari Johor. Dan salah seorangnya ialah Ezaruddean atau Badin. "Ha, hang mai jugak no?" Aku bertanya.



"Eh, bila kau sampai?" Badin bertanya. "Petang tadi." Aku menjawab pendek. "Aku baru sampai jer." "Mana dia orang dah pergi entah." Badin berkata.



Kami pun berjalan ke depan GTC. Di hadapan GTC iaitu berhampiran pintu pagar, ada kerusi batu rupanya. Wah, bolehlah duduk melepak di sana. Yang best tu, duduk di bawah pohon yang rendang sambil menikmati angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa.



Aku terdengar suara seorang perempuan menegur Badin. "Mak mak mak, inilah Khai Eong yang selalu hantar surat kat din dulu." Badin bercerita panjang lebar pada ibunya. Oh, ibu si Badin rupanya.



"Ha Khai Eong, ni makcik nak balik dah." Beritahu ibu si Badin padaku. Ibu si Badin pun berlalu pergi. Dah pun pulang. Kami pun, berjalan masuk semula ke GTC.



Aku mengenali seorang lagi rakan baru. Osman namanya. Dia tinggal di bilik empat. Sebilik dengan si Azrol kambing tu. Osman begitu peramah sekali.



"Man, jom bukak tv bagi aku sat." Pintaku. Osman tanpa banyak soal, pergi membuka tv untukku. Tv itu pula, letaknya di tepi surau. Jadi, kenalah buka suaranya perlahan sebab orang tengah sembahyang.



"Man, ada siaran Metro Vision tak?" Aku bertanya. Maka Osman pun pasanglah siaran Metro Vision tu. "Oh, mereka sedang buat siaran ujian lagi." Aku berkata. "Nanti 1 Julai, bermulalah siaran Metro Vision tu." Terangku pada Osman.



Pada malam itu, kumpulan pelatih dari Sabah pula yang datang. Oh rupanya, seorang lagi rakan sekolahku iaitu Sun Sing. Dan, seorang lagi ialah Muhammid. Dan apa lagi, bila sudah berjumpa rakan sekolahku, maka bersembang panjanglah kami.



Pada awal-awal pagi esok, aku dan Tengku Amran bangun jam lima pagi. Kami membancuh milo dan minum di kerusi batu yang terletak tidak jauh dari bilik tiga.



Bersambung.


0 ulasan:





Arkit blog