pada hari ini, empat orang sahabatku telah datang berhari raya di rumahku. Mereka ialah Paul Keong, Sai Sam dan isterinya Sok kee dan juga Kat Ming. mereka tiba di rumahku pada lebih kurang jam satu setengah tengahari dengan menaiki teksi.
Sesampainya mereka di rumahku, aku membawa mereka duduk di bawah pohon yang rendang untuk menikmati angin laut yang bertiup sepoi-sepoi bahasa.
Maka, aku pun menjamu mereka dengan beberapa jenis makanan antaranya, kuih-muih, nasi yang berlaukkan sambal udang, kuah sayur dan juga ayam rebus yang dimakan dengan kicap.
Bagus jugalah sebab mereka berempat termasuk aku, memang kuat makan. Jadi, apa lagi, habislah semuanya disental. Tapi ada jugalah sikit yang tak habis. Apa nak buat, dah kenyang sangat.
Dan selepas makan, kami pun berbual-bual. Aku dan Kat Ming berbual pasal radio sekejap. Tapi topik radio ni pendek sahaja sebab tak ada topik sangat yang nak disembangkan.
Rupanya, pada petang nanti, Paul Keong akan pergi makan malam di rumah Sai Sam. Isteri Sai Sam dah pun memasakkan makanan untuk Paul Keong.
kami duduk lebih kurang tiga jam. Dan pada kira-kira jam lima petang, mereka berempat pun baliklah ke Bayan Baru dengan menaiki teksi.
0 ulasan:
Catat Ulasan