Sabtu, Februari 02, 2008

Kenangan di St. Nicholas Home bahagian satu


Inilah dia kisah aku mula mengenali komputer.



Bahagian satu.



1994. Satu kursus komputer akan diadakan. Kursus bagiku dan teman-teman bermula dari 7 Febuari 1994 hingga 7 Mei 1994. Kursus itu diadakan di St. Nicholas Home.



Antara rakan-rakanku yang sama-sama menghadiri kursus itu ialah Fauzi Abdul Karim, Che Yatim, Sumairi, Asri, Jaafar Md Isa. Itulah saja yang aku ingat.



Entah macammana, aku terlewat seminggu. Bila aku masuk saja ke kelas komputer yang terletak berdekatan dengan tempat letak kereta, Rahim pun dah mula mengajar.



"Khai Eong, pasai pa mai lambat?" "Ha mai ni aku nak tunjuk." "Ok, yang ni, kita panggil CPU." "Yang ni disk Drive." "Ni Disk A, yang ni B." Itulah serba sedikit yang Rahim ajar buat permulaan.



Masa tu, kami belajar wordstar. Ha, belajar Dos lah tu. Kami diajar cara save file, cara membuat file dan pelbagai lagi yang akhirnya tak dipraktikkan. Sebab dah kurang sesuai dengan peredaran masa.



kalau nak cerita hanya pada belajar komputer, rasa kurang seronoklah pulak. namun, itulah permulaanku kepada komputer. Bermula di St. Nicholas Home. Sampailah sekarang.



Selama lebih kurang tiga bulan belajar komputer, ada jugalah kisah-kisah menarik yang berlaku. Sama ada, aku ingat atau tidak, tak taulah tu.



masa kami masuk kelas komputer, rakanku Yusuf dan Rosmin masih duduk di asrama Waron. Pada masa itu, semua pelatih komputer tinggal di asrama waron. Dan masa tu, toilet asrama tu, penuh dengan lipas yang boleh terbang. Itulah dia.



Rosmin ni, memang panas baran. Satu hari iaitu di hari Sabtu, semua orang telah keluar dari Waron. Seorang petugas iaitu Sarachi, telah mengunci pintu bilik. Tanpa bagi tau kami pulak tu.



Bila kami semua balik, bilik terkunci. Tak lama kemudian, Rosmin dan Yusuf pun balik. Depa ke mana aku dah tak ingat.



"Siapa yang suruh kunci ni?" "Hei teruk betul." Rosmin dah mula beleter. Pang! Rosmin menendang pintu. Kami tak kisah sebab dah tau perangai dia tu.



Satu lagi cerita entah macammana pada suatu hari, rakanku si Yusuf atau Joseph dulunya, tiba-tiba jadi malas nak ke gereja. Di St. Nicholas, orang keristian akan ke gereja pada hari Ahad. Jadi pada hari tersebut, si Yusuf jadi malas nak pergi.



Pada pagi itu, semasa sarapan, Mr. Brayan, eksekutif datang. Yusuf pun duduk diam-diam di tepi aku. Yalah, dia takut Mr. Brayn nampak dia.



Tidak lama kemudian, beliau pun beredar. "Tadi kan, aku takut kena marah saja." Yusuf bercerita kat aku. "Sebenarnya, aku malaslah nak pergi hari ni." Yusuf menyambung cerita.



Semasa minggu pertama dan kedua berkursus, bulan puasa sedang berjalan. Best jugak sebab, dapat berbuka puasa dengan kawan-kawan islam. Aku juga dapat menghadiri beberapa majlis berbuka puasa antaranya anjuran Umno. Dan, dapatlah duit raya.



Semasa kursus komputer juga, beberapa pelajar buta dari Sekolah Sultanah Bahiyah telah datang ke St. Nicholas. Aku pun tak tau sebab apa mereka datang. Antara yang datang ialah Ayana, Rohaizan dan Mashiza.



Rohaizan ni, pendek kemetot saja. Sekarang, dia dah kahwin dah. Suaminya bernama Zakaria Hanafiah. Orang buta jugak. Kerja kat mana tu, aku tak taulah.



Ayana pula, dia orang Perlis. Ayana Ahmad. Dia ni masa datang, dia punyalah tergedik-gedik. Terloncat-loncat dan lari sana-sini. Tak tau sebab apa.



Dan itulah kali pertama aku berjumpa dengan Ayana setelah begitu lama hanya berkomunikasi melalui surat sahaja. Dan, dia juga ada mengambil gambar aku dengan menggunakan kameranya.



Bersambung.


0 ulasan:





Arkit blog