Ahad, Mac 30, 2008

Kenangan di Sekolah Menengah Hj. Zainul Abidin bahagian satu

Masih aku ingat semasa hari pertama menjejakkan kaki ke sekolah menengah. Aku ditemani oleh ayah dan abangku. Aku bersekolah di Sekolah Menengah Hj. Zainul Abidin, Jalan Scotland Pulau Pinang dari tahun 1988 sehingga tahun 1993.



Sekolah itu adalah sekolah integrasi antara pelajar normal dengan pelajar yang cacat penglihatan.



Semasa sampai di sekolah itu, aku dibawa ke bilik Resos di mana di bilik resos itulah para pelajar buta akan berkumpul. Kami semua ada lebih kurang 10 ke 11 orang kot kalau tak salahku yang naik ke tingkatan satu.



Di bilik resos, kami diberi penerangan tentang keadaan sekolah dan perjalanan sekolah. kami juga diberikan motivasi cara untuk menyesuaikan diri dengan pelajar-pelajar normal.



Untuk minggu pertama, kami hanya melepak di bilik resos. maklumlah, kami masih belum punya kelas. Dan, untuk masuk ke kelas, kami dikehendaki menjalani satu ujian khas. Ujian itu akan memberikan kesenangan pada para guru, di mana nak letakkan kami.



Pada masa itu, dua pelajar dari Sabah iaitu Sun Sing dan Rizal, masih lagi belum tiba. Mereka akan tiba seminggu kemudian. Dan, selepas ujian diambil, maka tahulah kami, di mana kelas kami. Aku dan beberapa orang rakan antaranya Saga yanathan, Koo Soo Leng, Sun Sing dan Rizal telah ditempatkan di kelas 1IP1. IP adalah singkatan bagi Ilmu Perdagangan.



manakala yang lain-lain seperti Teng Eng Hong, utalib, Suriah, Chee Wah dan Giap Chun ditempatkan di kelas 1IP2.



Minggu kedua, kami pun masuklah ke kelas yang telah ditetapkan. kelas tingkatan satu terletak di blok B tingkat atas. Di hari pertama dan beberapa hari berikutnya, kami masuk dengan tangan kosong sahaja. Al-maklumlah, masih tak tau lagi buku apa yang nak dibawa.



maka kini, kami telah memulakan penghidupan baru kami di sekolah iaitu bercampur-gaul dengan pelajar-pelajar normal. Kami disambut baik oleh pelajar-pelajar kelas kami. Wah, suasana agak hingar-bingar bila tiada guru yang bertugas.



Guru kelas kami pada masa itu ialah Mrs. Tan iaitu guru sains. maka, dia pun mengambil butir-butir diri kami. masih aku ingat, setiap pelajaran, ada nombor sekolah yang tersendiri dan unik. Nomborku ialah 4684.



Semasa berada di kelas, kami dilayan seperti pelajar-pelajar normal. Cuma ada masanya, kami akan dikehendaki balik ke resos. Kami telah diberi penerangan oleh guru yang bertugas tentang apakah buku-buku yang harus dibawa untuk setiap matapelajaran.



Guru bahasa inggeris kami ialah Mr. Lee Chong Ho, guru Geografi ialah Puan lee, guru perdagangan ialah Puan Lim, Guru matematik ialah Mr. Ooi, guru bahasa malaysia ialah Mr. Wong sementara guru sivik dan kesihatan ialah Puan Tam.



Bersambung.

0 ulasan:





Arkit blog