Bersambung di bahagian empat.
Tahun 1990, aku di tingkatan tiga. Tapi pada tahun tersebut, pihak sekolah telah menggabungkan kelas IP dan kelas SP. SP adalah singkatan bagi seni perusahaan. Jadi, aku, Suriah, Mutalib dan beberapa orang lagi rakanku ditempatkan di kelas 3IPSP4. Kelas kami letaknya di penghujung blok B iaitu berdekatan dengan padang sekolah.
Guru matematik kami ialah Puan Goh. Beliau mengajar sejak di tingkatan dua lagi. Dan aku macam biasalah, kerja rumah matematik tak pernah buat. Al-maklumlah, langsung aku tidak minat dengan matematik ni. Puan Amy Tan pula mengajar bahasa inggeris dan beliau merupakan guru kelas kami juga.
Ok, bercerita pasal guru kelas, guru kelas kami semasa tingkatan dua ialah cikgu Bala Krishnan dan bukannya Lim Kheng Guan. Inilah padahnya kalau ingat-ingat lupa. Apa nak buat kan? Cikgu Bala Krishnan seorang guru yang tegas.
Ok, guru sains kami semasa di tingkatan tiga ialah cikgu Chong Yen Tong.
Di suatu hari, aku telah pergi berjumpa guru resos yang menjaga tingkatan tiga iaitu Mr. Yu Ah tit. Ni konon nak belajar matematiklah. yalah, pantang dia kalau anak muridnya tak datang jumpa dia.
Aha, memanglah aku ni langsung tak minat matematik. Aku ditahan satu hari dari kelas bermula jam tujuh setengah sampailah jam satu setengah tengahari semata-mata dia nak ajar matematik. Akibatnya pada hari tersebut, aku tak hadiri apa-apa pun kelas.
Kini, tibalah peperiksaan percubaan SRP. Di peperiksaan percubaan tersebut, keputusanku ok saja. Dan yang menjadi penghalangnya ialah matematik. Ini ibarat barahlah ni. Aku mendapat keputusan yang teruk.
Dan kini, tibalah peperiksaan sebenar SRP. Dan, tahun 1990 adalah merupakan peperiksaan terakhir SRP sebelum ianya digantikan dengan PMR pada tahun 1991.
Apabila keputusan keluar, aku lulus dengan agak baik. Tapi sayang, aku gagal dalam matematik. Akibatnya, aku tidak berjaya naik ke tingkatan empat. Dan aku terpaksa mengulang sekali lagi di tingkatan tiga.
0 ulasan:
Catat Ulasan