Selasa, April 08, 2008

Kenangan di Sekolah menengah Hj. Zainul Abidin bahagian lima


Bersambung di bahagian lima.



Tahun 1991, aku mengulang di tingkatan tiga. Mula-mula aku ditempatkan di kelas 3SP1 untuk sementara. Seminggu selepas itu, aku ditempatkan di kelas 3IP2. Aku satu kelas dengan Malina Anne, Sashikala, Arzman Razali dan Wen Cheong. Wen Cheong juga mengulang.



Pada tahun itu, cikgu Zaitun mengajar matapelajaran sejarah, Puan Amy Tan mengajar sejarah dan bahasa inggeris dan puan Koh mengajar bm. Guru sains pula ialah cikgu Siti Aireena.



Sementara itu di resos, Miss Campos dan Mrs. Thiru telah berhenti dari menjadi guru resos pada tahun 1990. Sebab-sebab mereka berhenti, tidaklah diketahui.



Pada penghujung tahun 1990, bilik resos telah berpindah ke blok baru iaitu blok D. Blok D terletak di tepi padang. Wah, nak pergi ke kelas, agak jauh jugak. Blok D ini mula dibina pada pertengahan tahun 1989. Blok ini mempunyai tiga tingkat.



Bilik resos yang baru ini, agak besar sikit. Tandas pula, terletak di tepi bilik resos. Wah, ini sudah cukup cantik. Tak payahlah nak pergi jauh-jauh lagi seperti selalu.



Nampaknya, aku masih lagi bersama Mr. Yu Ah Tit, guru resos yang mengajar tingkatan tiga. Semua orang tak berani jumpa dia untuk belajar matematik. Maklumlah dia tu, garang



Pada tahun itu juga, pelajar resos mengadakan lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur. Beberapa guru kelas juga turut ikut serta. Kami pergi lebih kurang dua hari tiga malam kalau tak salah. Kami menginap di bangunan lama Pusat Latihan Gurney.



Antara tempat menarik yang kami melawat ialah Taman Tasik Perdana. Masih segar di dalam ingatanku, di taman tersebut ada seekor rusa. Rusa ni amat jinak. Tapi, dia amat pantang kalau orang pegang telinganya.



Maka aku dan rakanku Sun Sing pun inginlah menguji kepantangan rusa tersebut. Aku dan Sun Sing pun memegang telinganya. Si rusa sudah menunjukkan tanda-tanda agresif. Dia dah mula main kasar. Aku dan Sun Sing tak peduli, kami mengikut segala gerak-gerinya sambil terus memegang telinga rusa tersebut.



Tiba-tiba, rusa itu telah mengeluarkan kuasa luarbiasanya. dia terus menendang dan berlari lintang-pukang. Pegangan aku dan Sun Sing pun terlepas. Apa lagi, suasana menjadi kelam-kabut buat seketika. Semua orang menjerit. Sementara aku dan Sun Sing hanya ketawa.



Pada pertengahan tahun, guru sains yang juga merupakan guru kelas kami iaitu cikgu Siti Aireena telah berpindah mengikut suaminya ke Kuala Lumpur. Aku pun dah lupalah siapa yang jadi guru kelas kami lepas tu.



Pada 1991, SRP adalah kali yang terakhir dan bukannya pada 1990 seperti yang ditulis pada siri lepas. Pada kali kedua aku mengambil SRP, aku telah lulus dengan mendapat pangkat dua. Jadi, dapatlah aku naik tingkatan empat.



Ok, seminggu sebelum aku menghadapi SRP tahun 1990, aku telah diserang demam panas. Dan, akibat daripada demam panas itu, penglihatanku yang pada asalnya kabur, telah pun hilang terus.



Bersambung.


0 ulasan:





Arkit blog