Ahad, Mei 11, 2008

Kalau dah cacat, janganlah nak sensitif tak tentu pasal.


Pada malam tadi, aku ada berbual dengan seorang rakanku melalui skype. Bermacamlah topik yang telah kami perbualkan. Dan, salah satu yang menarik perhatian ialah di mana kes 20 oku anggota pi marah-marah kat parlimen dek kerana perkara remeh.




Bagi pendapat aku, kalau dah sensitif sangat, itu tak boleh, ini tak boleh, lebih baiklah duduk dalam hutan dan jangan campur masyarakat. Ini hal dalam parlimen, buat apa pulak kita orang luar nak masuk campur? Sebab apa ahli pembangkang tu disuruh berdiri? kerana dia terlalu lancang mulutnya. kalau aku pun, aku suruh berdiri jugak. Orang nak bersidang untuk rakyat, dia nak cari populariti. Siapa tahan kalau dah kecoh sampai macam tu?




Ini tak pasal-pasal, pergi buat bising kat luar bangunan parlimen. Jangan ingat mentang-mentang cacat, kita boleh buat apa yang kita suka. Ini bukan nak tuntut hak kononnya orang cacat kena hina. mana ada kena hina? mereka cuma suruh dia berdiri sebab tak tahan dengan kelancangan mulut dia. macam tu pun nak sensitif? Gila betoi. Kalau dah sampai begitu sekali nak sensitif, jangan campur dengan masyarakatlah. pergi duduk dalam hutanlah lebih baik. Bila dah duduk dalam hutan, barulah tak dengar orang mengata itu dan ini. Yalah, dah nak sensitif sangat. Manja sangat lebih-lebih. Sikit-sikit marah, sikit-sikit nak suruh minta maaf. Apa punya orang pun aku tak taulah.




Ada jugak ahli parlimen yang tak bertanggungjawab tak mau bagi tau perkara betul. Dah tau depa ni manja sesangat, nak mengeksploitasi lagi pulak tu. Benci betoilah aku tengok orang yang over manja ni.




kalau berasa nak bercampur dengan masyarakat sekeliling, buanglah sikap sensitif dan manja dan juga mengada-ada tu. Tapi kalau dah berasa nak duduk dalam hutan dan tak mau campur dengan masyarakat sekeliling, ok lah teruskanlah dengan over manja dan sensitif tak tentu pasal ni.


2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sekarang zaman orang cari publisiti. tak makan pun tak pe, asalkan ada nama. kalau nak mencari publisiti murahan pergilah mencuri ke merompak ke. boleh masuk surat khabar juga.

Tai berkata...

Itulah masalahnya encik. Sepatutnya, janganlah memperalatkan oku untuk kepentingan politik. Ini ditujukan kepada semua parti politik.
Kita sememangnya sedia maklum oku anggota ni terkadang over sensitif. Sikit punya hal pun, boleh jadi besar. Jadi, adalah lebih baik, galakkan mereka supaya membuang sensitiviti mereka yang tak tentu pasal daripada memperalatkan mereka untuk kepentingan politik.





Arkit blog