Ahad, Mei 04, 2008

Kenangan di Sekolah Hj Zainul Abidin bahagian tujuh


Bersambung di bahagian tujuh.



Sementara itu, guru matapelajaran sains kami ialah Puan Lim Siew Eng. Cikgu ni tegas orangnya. Dia tidak akan bertolak ansur pada sesiapa anak muridnya yang tidak membuat kerja rumah yang diberi.



Masih kuingat di suatu hari, semasa di makmal, beliau amat marah sebab dikatakan, kami tak buat kerja-kerja rumah yang diberi. Sebenarnya, kami buat kerja-kerja yang diberi tu, tapi guru resos yang bertugas tak buat transcription kepada beliau. Jadi rakan kami Rosmin yang terkenal dengan sikap panas baran telah melawan cakapnya. Apa lagi, dia telah pergi ke resos dan complaint kat cikgu Paulyn. Dan, yang lebih menghangatkan lagi keadaan apabila keseluruhan kelas menyokong tindakan yang dibuat oleh Rosmin. Dan pada sesi tersebut, matapelajaran sains langsung tidak berjalan.



Apabila cikgu Paulyn datang, kami berdiri di luar makmal. Kami berdiri sampai dekat nak habis waktu, barulah kami masuk. Barulah Puan Lim memanggil kami masuk ke makmal. Hari tu, duduk saja tanpa belajar apa-apa.



Semasa di tinghkatan empat, aku telah berkenalan dengan seorang pelajar perempuan dari tingkatan empat Cekal. Namanya Raja Rohaniza Awang. Beliau sungguh baik dan kadang, menolong kami setakat yang mampu. Tapi sekarang, aku pun dah terputus hubungan dengan beliau. Entah ke mana beliau menghilang. Sudah berkahwin agaknya.



Semasa di tingkatan empat, aku dan Yusuf ada mengambil matapelajaran agama islam. Mulanya dikatakan boleh mengambilnya untuk SPM. Tetapi sampai pertengahan, dikhabarkan, dah tak boleh dah. Dan yang menariknya, kami orang bukan islam mendapat markah yang paling tinggi dalam setiap peperiksaan atau pun ujian.



Telah berlaku suatu peristiwa di mana pada suatu hari, seperti biasa kami turunlah ke bilik resos apabila tamat waktu persekolahan. Kebetulan pada masa itu, guru sains Puan Lim Siew Eng berada di bilik resos.



"ha Khai Eong, mengapa tak pergi kelas sains saya?" "Ha cikgu denda kamu, tulis dua puluh kali, saya mesti pergi ke kelas sains." Beritahu Puan Lim. Aku agak terkejut jugak. Rupanya, beliau telah tersalah orang. Apa yang berlaku sebenarnya ialah seorang lagi pelajar resos iaitu Lim Kee Seong yang jatuh mono rail beberapa minggu lalu yang nampak mirip macam aku. Potongan rambutnya, sebiji macam rambut aku.



"Oh bukan Khai Eong lah, ini cikgu sudah silaplah, sorry sorry." "Cikgu ingatkan Khai Eong." Puan Lim berkata sambil meminta maaf. Lim Kee Seong agak panik bila tiba-tiba kena marah.



Puan Lim ada satu meja kat bilik resos. Ini untuk menyenangkan beliau untuk ke makmal bila ada kelas tingkatan empat dan lima. makmal untuk kelas tingkatan empat dan lima terletak di blok D.



Kini, tibalah penghujung tahun 1992. Dan seperti biasa, peperiksaan SPM untuk pelajar tingkatan lima sudah mula menampakkan wajahnya. Salah seorang pelajar resos iaitu Teng Eng Hong, sudah mula kelam-kabut dan seram-sejuk. Beliau ni, memang macam tu. Asyik nak menggelabah dan frust habis.



Semasa berlangsungnya peperiksaan lisan bahasa inggeris, semua pelajar telah pergi menghadirinya. Tidak terkecualilah Teng Eng Hong. Apabila selesai, semuanya balik ke bilik resos. "Aiyo Eng Hong, why are you." "Apa ini, semua basah baju ini." Cikgu Paulyn bertanya.



"Haiyo, i don't know lah, saya susah o mau jawab." Terang Eng Hong. "Aiyo, you janganlah tention, if you tention, nanti susah punya." "You pergi, and then relax saja." Nasihat cikgu Paulyn. "Aiyo, i Don't Know lah." "I afraid i could not anser the question." Cerita Eng Hong. "hey kamu ini, teruklah." Kata cikgu Paulyn.



Kini, tibalah cuti sekolah dan bermakna, tamatlah tingkatan empat. Pada tahun hadapan 1993, aku akan naik setingkat lagi iaitu tingkatan lima. Ini bermakna, tahun 1993 ialah tahun SPM.



Sementara itu, kami pelajar tingkatan empat telah mengucapkan selamat berpisah pada pelajar resos tingkatan lima iaitu Sun Sing, Rizal, Teng Eng Hong dan Saga Yanathan.


0 ulasan:





Arkit blog