Khamis, Mei 01, 2008

Tolong jangan hentikan siaran langsung persidangan parlimen di tv1


Salam sejahtera semua.



Pada pagi tadi, kita telah dapat menyaksikan siaran langsung persidangan parlimen Malaysia yang ke-12. Ini merupakan suatu sejarah buat Malaysia. Dengan adanya siaran langsung ini, maka dapatlah rakyat semua melihat gelagat wakil yang mereka pilih beraksi di parlimen. Sama ada, wakil yang mereka pilih itu membela mereka atau pun sebaliknya.



Tetapi, di hari pertama, kita telah pun dapat melihat gelagat segelintir ahli parlimen yang buat parlimen ni jadi macam pasar. Duapuluh minit berlalu dengan soal teknikal yang seperti mana telah diberitahu oleh speaker telah diselesaikan.



Dan ada lagi gelagat-gelagat segelintir ahli parlimen yang mungkin kita semua tidak dapat melihatnya kerana siaran langsungnya itu, hanya setengah jam sahaja. Ini merupakan suatu kerugian buat kita semua.



Tetapi, pada petang tadi, saya mendengar menteri Penerangan kata, dia akan kaji balik siaran langsung itu kerana terdapat segelintir ahli parlimen yang tidak dapat menjaga kesopanan mereka semasa di parlimen.



Bagi pendapat saya, siaran langsung ini hendaklah diteruskan. Biar rakyat melihat siapa sebenarnya wakil yang mereka pilih itu. Adakah wakil yang mereka pilih itu, sekadar berlakon di depan para pemilihnya atau pun, betul-betul ingin memperjuangkan nasib rakyat. Biarlah rakyat mendengar sendiri gaya bahasa yang mereka sama ada kasar, mencarut atau apa sahaja yang mereka tuturkan. Biarkan rakyat yang menilai. Jikalau mereka membangkitkan soal-soal sensitif, biarkan. Biar rakyat sendiri yang dengar dan nilai.



Ini adalah kerana, selama ini, rakyat mungkin telah disogokkan dengan lakonan segelintir ahli parlimen. Maklumlah, kami tak tau apa yang berlaku di parlimen. jadi mereka yang hadir di parlimen ni, bolehlah kelentong kami. Yalah sebab kami tak tau apa yang berlaku. Jadi, dengan adanya siaran langsung ini, mereka yang cuba nak berlakon ni, akan susah nak kelentong kami lagi. Sebabnya, kami dah dapat lihat sendiri gelagat mereka di parlimen yang mulia ini.



Jadi di sini saya berharap agar kementerian penerangan akan dapat meneruskan siaran langsung persidangan parlimen melalui tv1 dan harap ianya akan ditambah menjadi sejam atau dua jam.


0 ulasan:





Arkit blog