Selamat kepada semua.
Dua hari yang lalu, 3 Jun, aku telah dapat berkenalan dengan seorang gadis yang juga cacat penglihatan. Beliau tinggal di Sarawak dan kini sedang menjalani latihan di Pusat Latihan Bagi Orang-orang buta di Sarawak. nama beliau ialah Maria.
Sehari sebelum itu, seorang rakanku yang juga dari Sarawak iaitu Yong telah memperkenalkan aku kepada Maria. Yong ialah seorang guru resos di SMK Batu Lintang. Yong telah memberikan nombor telefon Maria padaku.
kemudian, pada pagi 3 Jun aku telah menghantar satu my voice kepada Maria. maklumlah, aku tidak berani menelefonnya. Aku ni, pemalu sikit. Nak berkenalan, tapi malu.
Ku mengharapkan agar dia dapat membalas my voice yang kuhantar itu. Tapi, segala-galanya hampa belaka. menurut Yong, berkemungkinan, dia tidak tahu untuk membalas my voice tersebut.
Pada sebelah tengahari, Yong telah menelefonku bertanyakan adakah aku telah menelefon Maria. Aku menjawab belum sebab aku tak berani. Maklumlah, baru kenal. Yong memberitahu aku supaya adalah lebih baik menelefonnya.
Pada malam itu, aku memberanikan diri menelefon Maria. Rupanya, gadis itu seorang yang peramah. Beliau memberitahuku bahawa Yong telah memberitahunya tentang aku serba sedikit.
Aku pun memperkenalkan namaku padanya. Aku juga menceritakan serba sedikit tentang aku padanya. Dan kini, terjalinlah persahabatanku dengan Maria.
0 ulasan:
Catat Ulasan