Sabtu, Ogos 30, 2008

Manfaat elaun OKU

Daripada: cahaya
Dihantar pada: Sabtu, August 30, 2008 1:11 PM


KUALA LUMPUR: Pemberian elaun sara diri bulanan kepada orang kurang upaya (OKU) yang tidak mampu bekerja diharap dapat digunakan sebaik mungkin oleh golongan itu menyara kehidupan mereka.

Presiden Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB), Senator Datuk Dr Ismail Md Salleh, berkata pemberian elaun itu memberi banyak manfaat kepada golongan itu walaupun jumlahnya kecil bagi mengelakkan mereka terus berada dalam kemiskinan tegar.

Katanya, walaupun dalam jumlah yang sedikit tetapi ia menunjukkan perubahan positif dan mampu menjadi batu loncatan kepada golongan itu terus memperjuangkan nasib.

"Kita faham kerajaan tidak suka memberi elaun secara percuma kerana bimbang negara ini akan menjadi negara kebajikan tetapi melalui perjuangan kita sejak beberapa tahun lalu, kita meyakinkan kerajaan mengapa perlunya pemberian elaun berkenaan," katanya.

2 ulasan:

Cheguman berkata...

Saya turut gembira, namun perlu diusahakan lagi agar insentif lain dapat diberikan kepada golongan ini. Saya turut simpati dengan nasib 'seorang insan' yang ditolak permonannya oleh pihak bank.

Tai berkata...

Ya, itulah. Bank seolah-olah mengambil sikap lepas tangan. NGO's-NGO's oku penglihatan harus lebih bersatu-padu untuk memperjuangkan hak ini kepada warga oku penglihatan.





Arkit blog