Temanku, Harapanku
Hatiku kian berdebar-debar. Bas yang kunaiki sudah jauh meninggalkan
Inilah kali pertama aku berpisah jauh dari teman-teman dan keluargaku. Ini adalah kali pertama aku meninggalkan ibukota. Aku terpaksa berhijrah untuk memburu sebuah pekerjaan di utara tanahair yang tercinta ini. Aku membawa sebuah harapan yang besar moga-moga cita-citaku akan tercapai kali ini.
Memang selama ini pun aku berusaha mencari kerja di sana-sini, tapi tuah tidak menyebelahi aku. Malah di sebaliknya aku telah terpedaya oleh janji manis seorang manusia yang haloba. Aku terpaksa membayar
Aku tertipu kerana tidak mendapat latihan yang sempurna. Aku rugi kerana wang, masa dan tenaga yang dihabiskan di tempat urut itu menjadi sia-sia belaka. Aku kecewa kerana harapan untuk bekerja dihampakan begitu sahaja.
Ibu dan ayah serta teman-teman karibku juga berasa kecewa. Ibu dan ayah yang bersusah-payah mengumpulkan wang
Harapan teman-teman karibku turut tergadai sama. Teman-temanku yang bersama-sama menanggung perbelanjaanku semasa berada di tempat urut itu dengan harapan aku akan mendapat pekerjaan yang baik dan mampu menyara hidup sendiri. Malangnya harapan mereka hancur berkecai! Pengorbanan mereka semua dipersia-siakan mentah-mentah oleh manusia yang tidak berhati perut itu tanpa sedikit pun rasa belas kasihan.
Aku berasa sedih sekali kerana terpaksa menjadi penganggur lagi dan mencari-cari pekerjaan di sana-sini sehinggalah hari ini. Namun aku bersyukur kerana teman-teman karibku tidak patah semangat. Mereka tetap setia menghulurkan bantuan yang kuperlukan pada bila-bila masa.
Memang selama ini pun teman-temanku itu telah banyak menabur budi kepadaku. Semenjak dari sekolah lagi mereka amat mengambil berat tentang keperluan diriku. Mereka menyedari bahawa aku mempunyai kekurangan dan kelemahan tertentu. Justeru teman-temanku sentiasa berikhtiar untuk menolongku. Mereka akan berusaha sedaya-upaya untuk membantu mengatasi kesulitan-kesulitan yang kuhadapi. Mereka rela berkorban masa dan tenaga demi untuk kesejahteraan masa depanku. Teman-temanku ingin melihat aku berjaya dan gembira. Perhatian dan kasih-sayang yang mereka curahkan kepadaku melebihi dari takat seorang sahabat, malah mereka menjagaku seperti adik kandung sendiri. Aku masih ingat detik-detik mesra bersama teman-temanku itu.
"Hai, Diamond,"
"Hai, Susan, selamat pagi. Apa khabar?"
"Khabar baik. Kamu apa khabar?" Susan menghulurkan tangan kepadaku. Aku menyambut tangannya dengan penuh gembira. Kami berjabat tangan sambil tersenyum riang.
"Saya khabar baik-baik juga.
"
"Hai, Diamond,"
"Hai,
"Rindukan sayakah?"
"Ya,
"Saya datang bersama-sama dengan Susan,"
"Naik keretakah?"
"Kami naik bas sekolah. Kamu naik keretakah?"
"Saya pun naik bas juga,
Sekali lagi teman-temanku itu tertawa. Jenakaku sungguh lucu.
"Diamond, ini buku ekonomi. Saya sudah rakam untuk kamu,"
"Terima kasih, Susan. Rajin-rajin kamu rakamkan buku untuk saya,"
"
"Ini gambarajahnya, Diamond,"
"Terima kasih,
Kedua-dua rakanku itu tersenyum sambil menepuk-nepuk bahuku.
"Upahnya kamu belajar rajin-rajin," Susan memberikan nasihat bernas kepadaku.
"Ya, Diamond, upahnya kamu berjaya dalam peperiksaan nanti,"
"Betul, Susan,
"Kamu belajarlah bersungguh-sungguh. Kami doakan kejayaan kamu,"
"Terima kasih,
Kedua-dua rakanku itu tersenyum mendengar pengakuan ikhlas dariku. Aku turut tersenyum riang dan bersyukur kepada Tuhan kerana mendapat sahabat-sahabat yang penyayang seperti
"Diamond, sudahkah kamu bersarapan?"
"Sudah,"
"Ini kek. Kami bawa untuk kamu,"
"Terima kasih, Susan. Susah-susah pula kamu belikan kek untuk saya,"
"Tak susah. Kek ini kami buat sendiri,"
"Pandai kamu buat kek. Lain kali saya belajar daripada kamu,"
"Saya dengan
"Terima kasih,
"Kami selalu ingatkan kamu,"
"Betul, Nancy. Di sekolah kamu tolong saya baca buku, baca akhbar, lukis gambarajah; di rumah kamu masak makanan untuk saya pula."
"Kalau kamu gembira, kami pun gembira juga,"
Sesungguhnya aku amat gembira kerana teman-teman karibku itu tidak memandang sepi kepadaku meskipun aku mempunyai kecacatan tertentu. Sikap penyayang mereka terhadapku memberikan aku harapan dan keyakinan untuk menempuh cabaran hidup ini dengan lebih tabah.
"Diamond, kek ini saya makan setengah, ya,"
"Hei, Kenny! Kek ini saya punya,"
Kenny yang baru tiba ketawa besar. Aku serta teman-teman yang lain turut sama ketawa. Telatah Kenny yang suka bergurau senda selalu menggelikan hati kami.
"Apa khabar, Diamond?"
"Khabar baik,"
"Macam mana kamu datang ke sekolah tadi?"
"Naik bas,"
"Bas sekolah,"
"Bukan. Bas awam,"
"Hari-hari naik bas awamkah?"
"Bukan hari-hari. Hari ini van sekolah rosak. Terpaksalah saya naik bas awam,"
"Oh, begitu. Siapa bawa kamu?"
"Saya jalan sendiri,"
"Jalan sendiri! Tidakkah bahaya, Diamond, kamu jalan seorang diri?"
"Memang ada bahayanya,
"Kamu boleh dengar bunyi kereta?"
"Boleh,"
"Tapi pendengaran kamu kurang jelas. Macam mana kamu lintas jalan?"
"Lintas jalan susah sikit. Biasanya saya tunggu sampai tak dengar bunyi kereta lagi baru lintas,"
"Tak ada orang tolongkah?" Susan memahami kesukaranku untuk melintas jalan. Jikalau ada orang tolong tentulah lebih baik.
"Kadang-kadang ada orang tolong. Kadang-kadang kereta itu berhenti. Pemandunya tolong saya lintas jalan,"
"Begitulah sikap yang patut dicontohi. Pemandu-pemandu kereta harus mengutamakan keselamatan orang-orang cacat seperti kamu." Susan menegaskan pendiriannya. Kenny dan
"Memang betul, Susan. Kadang-kadang susah betul nak lintas jalan sebab kereta semua laju-laju,"
"Diamond, balik sekolah nanti tunggu saya,"
"Oh Kenny, kamu nak bawa saya balikkah?"
"Ya, tengahari ini saya bawa kamu balik,"
"Terima kasih, Kenny. Kamu nak makan kek?"
"Eh, sudah loceng. Mari kita masuk kelas,"
Aku tidak sedar loceng telah berbunyi. Aku bergegas mengangkat beg serta mesin braillerku.
"Saya angkat brailler ini," Kenny menawarkan tenaganya. Mesin brailler itu memang agak berat.
"Saya pimpin kamu," Susan memimpin tangan kananku.
"Beg kamu berat tak? Nak saya tolong angkat?"
"Tak berat sangat,
Rakan-rakanku tersenyum. Kami jalan bersama-sama menuju ke kelas. Bila sampai ke tangga, Susan dan
"Diamond, tahukah kamu jalan ke perhentian bas?" Kenny menguji pengetahuanku.
"Ya, saya tahu. Saya naik bas dari Lebuh Ampang,"
"Sekarang kita ke Lebuh Ampang,"
"Mari kita jalan sama-sama," Susan memimpinku seperti selalu.
"Kamu belajar di sekolah
"Tidak. Dulu saya belajar di sebuah sekolah berasrama,"
"Di mana sekolah itu?"
"Di Kuala Lumpur juga. Sekolah menengah khas untuk orang-orang cacat penglihatan, di Jalan Genting Kelang,"
"Sekarang kamu tinggal di asrama,"
"Ya, asrama yang sama,"
"Pendengaran kamu kurang jelas sejak dari kecilkah?"
"Tidak. Dulu pendengaran saya baik. Semasa di tingkatan tiga, saya jatuh sakit. Sebab itulah pendengaran saya menjadi kurang jelas,"
"Penglihatan pun sama,"
"Bukan, penglihatan lain. Saya hilang daya penglihatan semasa berumur tiga tahun,"
"Sebabnya?"
"Sebabnya saya terkena demam panas, demam campak,"
"Sekarang bagaimana kamu dapat mengenali sesuatu tempat?" Kenny ingin menduga sejauh mana keupayaanku sebagai seorang cacat.
"Kita gunakan tongkat. Bila tongkat kita tersentuh sesuatu, kita pastikan apa benda itu supaya boleh diingat lain kali,"
"Jadi, kamu dapat membezakan antara satu tempat dengan tempat yang lain,"
"Ya, tempat yang lain ada tanda yang lain,"
"Apa tanda-tanda itu?" Susan semakin tertarik hati mendengar ceritaku.
"
"Betul juga. Pandailah Diamond," Susan sudah faham tentang kebolehan orang-orang cacat sepertiku mengenali sesuatu tempat.
"Lagi satu, kalau kita berjalan bersama orang-orang celik, kita tanyakan mereka apa yang ada di kiri-kanan kita untuk dijadikan petunjuk,"
"Di sebelah kiri kamu ada longkang,"
"Hah, tempat-tempat yang ada longkanglah kita paling awas. Silap-silap nanti kita masuk longkang,"
"Kamu pernah terjatuh ke dalam longkang?"
"Sudah banyak kali.
Teman-temanku ketawa tapi bersimpati dengan nasibku. Terjatuh ke dalam longkang tentulah sakit.
"Kereta pun kamu mesti awas." Kenny mengingatkanku tentang keselamatan di jalanraya.
"Memang betul. Kereta semua laju-laju. Nak lintas jalan pun susah,"
"Sekarang kita kena lintas jalan. Diamond, bolehkah kamu melintas jalan ini sendiri?"
"Saya
Aku mengamat-amati lalu-lintas di jalan itu. Aku menoleh ke kiri; kemudian ke kanan. Aku mendengar masih banyak kereta lagi. Aku tunggu sebentar sambil mengamat-amati bunyi kereta yang melintas di hadapanku. Selang beberapa lama kemudian aku berasa selamat untuk melintas.
"Sekarang boleh jalan. Tak ada kereta lagi,"
"Eh, tunggu!" Susan segera memegang tanganku kemas-kemas. "
"Oh! Saya tak dengar bunyi kereta itu dari jauh."
Setelah kereta itu berlalu, teman-temanku memimpinku melintas dengan selamat.
"Bahaya jika kamu melintas jalan seorang diri." Susan menegaskan kepadaku. Nada suaranya jelas menunjukkan kekhuatirannya.
"Betul, Susan. Nasib baik kamu semua ada tadi,"
"Lebih baik kamu tunggu sehingga orang datang menolong kamu." Kenny mengusulkan pendapatnya demi untuk keselamatan diriku.
"Betul, Kenny," Aku mengakui kebenaran pendapat Kenny serta teman-temanku. Memang merbahaya bagiku melintas jalan seorang diri. Pernah tongkatku patah dilanggar kereta. Mujurlah aku tidak mengalami kemalangan. Tuhan maha penyayang! Tuhan telah melindungiku.
Akan tetapi jikalau ada orang yang menolongku tentulah lebih selamat. Kadang-kadang memang ada insan-insan yang penyayang yang sudi datang menolongku bila melihat aku berdiri di tepi jalan. Kadang-kadang mereka membawaku sehingga ke perhentian bas. Aku amat menghargai budi mereka yang telah berbakti kepadaku selama ini. Jasa mereka semua akan tetap kukenang sampai bila-bila. Aku berdoa semoga kehidupan mereka sentiasa dilimpahi rahmat Tuhan Yang Maha Esa!
"Kita sudah sampai," Susan memaklumkan kepadaku sebaik sahaja kami tiba ke perhentian bas.
"Macam mana kamu tahu bila bas datang?"
"Saya bertanya kepada orang-orang yang ada di sini. Biasanya mereka tolong tunjukkan bas yang betul,"
"Macam mana kamu tahu bila sudah sampai ke tempat kamu?" Susan ingin memastikan aku tidak tersesat pula.
"Saya perhatikan bas itu apabila membelok ke kiri atau ke kanan. Dari semasa ke semasa saya bertanya kepada orang-orang yang duduk berhampiran dengan saya sudah sampai ke mana. Bila sudah sampai ke tempat saya, saya minta mereka tolong tekan loceng,"
"Hari ini kami temankan kamu," Kenny mewakili teman-temanku memberikan kata putus.
"Bersusah-payah pula kamu semua. Terima kasih," Aku menghadiahkan sekuntum senyuman kesyukuran kepada teman-temanku itu.
Kenny mengetuai teman-temanku mengiringkan aku pulang ke asrama hari itu. Mereka sentiasa menjaga keselamatanku terutama sekali ketika berada di jalanraya. Aku sangat gembira bila berada di samping mereka. Jasa pengorbanan mereka selama ini amatlah berharga bagiku. Kasih-sayang yang kuterima daripada mereka menguatkan semangatku untuk mengharungi cabaran hidup ini dengan lebih yakin dan tabah. Aku amat terhutang budi kepada teman-temanku itu. Ketulusan hati mereka sesungguhnya lebih mulia daripada emas permata.
Teman-temanku berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti. Mereka sekarang sudah pun menjawat jawatan tinggi. Sungguhpun begitu teman-temanku tidak melupakan aku. Bila ada masa lapang, mereka akan datang menziarahiku di samping menghulurkan wang saku untuk perbelanjaanku. Apabila aku mengkhabarkan berita bahawa aku telah ditawarkan kerja di sebuah kilang sarung tangan, teman-temanku amat gembira mendengar berita itu. Mereka menasihatkan aku supaya bekerja dengan bersungguh-sungguh dan mendoakan kejayaanku.
Aku juga berasa gembira kerana telah memperolehi pekerjaan yang kucari-cari. Namun begitu aku berasa sedih pula kerana terpaksa berpisah jauh dari teman-temanku. Sekarang aku keseorangan dalam bas yang meluncur laju menuju ke utara. Aku tidak tahu apa yang akan berlaku ke atas diriku di
"Hai, adik, Pulau Pinang. Sudah sampai,"
"Oh, sudah sampai,"
Rupa-rupanya bas sudah berhenti. Aku tidak sedar begitu pantas waktu berlalu. Kini aku sudah tiba ke destinasiku. Kini aku berhadapan dengan segala cabaran yang bakal kutempuh dalam usahaku memburu pekerjaan ini. Aku berharap aku tidak akan dikecewakan lagi.
Aku melangkah turun dari bas itu dengan hati yang berdebar-debar. Setelah aku menjejakkan kaki ke bumi, bas itu berlalu pergi. Tinggallah aku seorang diri di situ.
Karangan
Diamond Choo
1 Januari, 2006
Penulis boleh dihubungi di e-mel: Choo Kim Yoon
Beliau seorang oku penglihatan dan kini menghadapi masalah pendengaran.
0 ulasan:
Catat Ulasan