Ok, Kita bersambung pula di bahagian dua.
Jumaat 8 Ogos.
Pagi itu aku bangun kira-kira jam 7:15 pagi. Selepas itu aku terus ke bilik air mandi dan sebagainya. Dan kira-kira jam 8:00 pagi, siap dah aku mandi. Selepas itu, Ah Hong pulak punya giliran.
Selepas kami bersiap, jam 9:00 pagi, kami telah turun. Ah Hong telah berjanji dengan Bok Kiat di kedai Woo Tee. Jadi, kami akan pergi bersarapan di sana.
"Mahu kemas bilik atau tidak?" Bertanya seorang petugas indon semasa kami keluar dari bilik kami. "Aa ya, mau." Aku dan Ah Hong menjawab. "Kalau gitu, kamu tinggalkan kunci ya nanti saya ambil." Pesan petugas itu. kami pun meninggalkan kunci di pintu bilik kami dan berjalan ke lif untuk turun ke bawah.
Cuaca di luar amat baik sekali. Matahari memancar dengan terangnya. Aku dan Ah Hong berjalan menuju ke kedai makan Woo Tee. Jam sudah pun menunjukkan 9:01 pagi. Kami berjalan perlahan-lahan menuju ke sana.
Sesampainya kami di kedai Woo Tee, Bok Kiat telah sedia menunggu di sana. Pagi itu, aku makan mi kegemaran aku iaitu Wan Tan Mi dan minum secawan Nescafe O iaitu air yang wajib aku minum pada setiap pagi. Ah Hong juga makan mi. Mi apa tu, tak taulah aku. Dah lupa dah.
Tapi aku tak berapa seronok sikit sebab Wan Tan Mi tu, walau pun double, tapi rasanya sikit. Tapi tak apalah. harganya RM 4.50. Air nescafe o tu seringgit enam kupang.
Selepas makan, seperti yang Ah Hong janji dengan Bok Kiat, dia telah dibawa oleh Bok Kiat ke MAB. Sementara aku pula, telah menelefon Lengki supaya datang membawa aku ke rumahnya sebab katanya, komputernya tu, ada masalah. Tak taulah apa masalahnya tu. jadi, kenalah pi check tengok.
Aku menunggu di koridor tempat nak pi makan roti canai. Beberapa minit kemudian, aku terdengar tek tek tek bunyi tongkat. Wah, ada si buta sedang berjalan ke mari.
"Lengki!" Aku memanggil. "Ha Khai Eong, sini." Lengki berkata dalam hokkien. Lengki pun membawa aku ke rumahnya. Rumahnya agak jauh jugaklah. Kami hanya berjalan kaki sahaja.
Sesampainya di rumah, aku terus ke meja komputernya. Lengki terus membuka komputernya. Dia nak suruh aku bagi bunyi siaran radio kat screamer dia tu. Tapi aku tak yakin ianya boleh bunyi sebab talian streamyx kat tempatnya tu bermasalah.
Tidak lama kemudian, perut meragamlah pulak. Jadi, aku ke tandas untuk berak. Dan selepas itu sambung balik buat kerja. Aku mencuba untuk membunyikan siaran radio di screamernya tu. Tapi akhirnya, siaran radio kat dalam screamer itu tetap tidak berbunyi.
Jam 12:30 tengahari, sekali lagi aku ke tandas sebab rasa nak berak. Sebaik saja aku masuk ke tandas, telefonku berdering. Jadi, tak dapatlah nak mengangkatnya. Dibiarkan sahajalah telefon itu berdering.
Aku telah menelefon Ah Hong bertanyakan kenapa masih belum datang lagi. Ah Hong beritahu yang dia ke bilik hotel sekejap sebab nak simpan barang-barang yang dibelinya di MAB sebentar tadi. Ada beberapa barang yang dia beli di MAB antaranya ialah papan tulis. Dan, oleh kerana barangan itu besar, maka, terpaksalah dia menyimpannya.
Sudah jam 1:30 tengahari. Tapi, Ah Hong masih lagi belum datang. Mungkin dia tertidur sebab dia tak boleh tidur semalaman malam semalam.
Jam dua petang, Ah Hong baru tiba. Ah Hong memberitahu, dia dah makan di kedai Happy tadi. Tadi dia ada telefon tapi tak ada orang jawab dan kebetulan pula, telefonnya itu telah kehabisan bateri. Jadi, tak dapatlah dia menelefon lagi. Dan apabila ini telah berlaku, dia beranggapan yang Lengki telah bawa aku pergi makan.
Kami semua pun turun makan. kami pergi makan tengahari di kedai Woo Tee. Barang makan kat sana agak mahal jugak. Tapi tak apalah bantai sahaja. Sebabnya, perut dah lapar.
Selepas makan, kami kembali ke rumah Lengki. kali ni, aku akan update skype dan jaws di komputer Lengki. Skype kat komputer Lengki ni asyik error. jadi, tiada pilihan melainkan update sahaja skype tu. Kalau tak, leceh nanti. Jadi, terpaksalah pergi muat turun skype dan scripts versi terbaru tu.
Sebelum aku pergi makan tadi, Ooi Mee Lee telah menghubungi aku melalui skype. "Eh Khai Eong, awak kat mana?" Mee Lee bertanya dalam hokkien. "Aku di rumah lengki." Jawabku rengkas. "Oh, patutlah, ingatkan awak di mana sebab awak ada beritahu yang awak dah pergi Kl." Mee Lee bercerita. "Ok lah, saya saja nak call saja ingatkan awak di rumah, ok lah nak pergi makan lepas tu nak pergi kerja balik." Beritahu Mee Lee.
Kini, skype versi baru sudah dimuat turun. Begitu juga dengan scriptnya sekali. Jadi, tibalah masanya untuk update skype di komputer Lengki itu. Nasib baik talian pada hari itu agak ok.
Selepas skype dinaiktaraf, barulah ianya dapat berjalan dengan elok dan stabil. Dan sekarang, tibalah pula masa untuk menaiktarafkan perisian Jaws kat komputer Lengki itu. Terpaksalah memuat turun file jaws yang besar itu.
Sebelum memuat turun perisian tersebut, aku telah muat turun perisian Down Load express dan install ke komputer. Ianya bertujuan untuk melajukan proses muat turun file besar.
Selepas selesai proses muat turun Jaws itu, ia pun diinstall ke komputer. Bila telah siap, aku telah menghubungi abang Joe untuk mengambil file yang selebihnya. Tapi yang hairannya, file abang Joe itu tidak dapat membantu jaws berjalan dengan agak lancar. Entah kenapa, aku sendiri juga tidak tahu.
Jam empat petang, Ah Hong pergi membeli ubi goreng. Aku suruh dia beli tujuh keping ubi goreng. Dan pada petang itu juga, cuaca amat baik sekali.
Jam 5:15 petang, Ah Hong kembali. Dan pada masa yang sama, proses installasi dah siap. Tetapi, jaws itu, tidak dapat digunakan. Masalahnya tidak diketahui.
Selepas semuanya selesai, aku dan Ah Hong pun berangkat pulang. Lengki juga turut keluar sebab dia nak ke kedai urut Sam. Kami berpisah di hadapan kedai Sam itu. Kami terus berjalan kaki pulang ke hotel.
Semasa menaiki lif, entah macammana tanganku tertekan butang yang menuju ke tingkat tiga. jadi, lif tanpa disedari telah bergerak ke tingkat dua. Bila pintu lif terbuka, kami pun terus keluar.
kami terus berjalan menuju ke bilik kami tanpa kami sedari yang kami kini berada di tingkat dua dan bukannya tingkat satu. Tiba-tiba aku teraba ada tembok yang terbonjol keluar. "Eh, ini tingkat satukah, dua?" Aku bertanya dalam hati. "Kalau tingkat satu, mana ada tembok yang terbonjol keluar?" Aku bertanya dalam hati.
Tak apalah, kami terus melangkahkan kaki menuju ke bilik kami. Apabila sampai, Ah Hong pun cuba membuka pintu bilik itu. Tapi malangnya, pintu tidak boleh buka. "Eh, kenapa tak boleh buka ha?" Ah Hong bertanya penuh kehairanan. "Eh, aku rasa, ini bukan tingkat satulah, ini tingkat dua." Beritahuku kepada Ah Hong.
Kami berjalan kembali kepada lif dan terjumpa sekali lagi tembok yang berbonjol keluar tadi. "Yalah, ini bukan tingkat satu." Ah Hong berkata.
Kami pun masuk lif dan menekan butang tingkat satu. Bila pintu dikeluar, kami pun keluar. ha, kali ni, barulah betul tingkat satu. Pintu bilik telah berjaya dibuka.
Kami berehat sebentar. Kemudian, aku pun, terus pergi mandi. Selepas itu, kami pun bersiap-siap sebab kami akan pergi makan kat restoran IRC. Ini kira restoran standard jugaklah ni.
Ah Hong sekali lagi menelefon Moktar. Tapi, panggilan itu tidak berjawab. Tak apalah, mungkin dia menutup telefonnya beritahu Ah Hong. Kami duduk berehat sebentar.
Telefon aku pula berdering. Rupanya, Ayana yang menelefon aku. Baru aku teringat. Hari ini, quaters tempat tinggalnya menjalani penyemburan anai-anai selama sehari suntuk. Menurut Ayana, penyemburan masih lagi belum selesai sehingga kini.
Jam 7:00 malam, kami turun dari hotel dan menuju ke restoran IRC. Sesampainya di sana, kami dibawa oleh petugas di sana ke tempat duduk kami. Tempat duduk kami terletak agak dekat dengan pintu. Suasana nyaman sekali dengan penghawa dinginnya.
"Sir, you want to order now?" Tanya sorang petugas. "We wait for we're friend and after he come, we order." Beritahu Ah Hong. "Ok." Jawab petugas itu rengkas lalu beredar pergi.
Pada petang itu, restoran IRC memang ramai pelanggan. Maklumlah, malam itu, ada pelancaran sukan olempik 2008 di Bee Jing China. jadi, sudah tentu ramai.
Ah Hong sekali lagi menelefon Moktar. Dia beritahu Moktar bahawa, kami tunggu dia datang, baru pesan makanan. kemudian, telefon ditutup. Kami pun duduk sambil menunggu Moktar.
Tidak lama kemudian, Moktar pun sampai. maka kami pun memesan makanan kami. Aku makan chicken chop dan sejenis ikan goreng. Aku pun dah lupa namanya. Tapi, ianya memang sedap sekali.
Moktar telah membawa lebih kurang tujuh biji radio yang telah dipesan oleh Ah Hong ke situ. Wah beg plastiknya tu agak nipis. Apa nak buat sebab Ah Hong dah terlupa membawa plastik.
Tidak lama kemudian, seorang petugas pun datang membawa pesanan. namanya ialah Janet. Moktar memang seorang yang peramah. Dia tanya habis nama orang tu. Sebab itu, kami tau.
Kami makan sambil berbual-bual. Orang di IRC semakin ramai. Sementara itu, skrin besar di restoran tersebut sedang menyiarkan siaran langsung upacara pembukaan sukan Olempik dari China. Kami dapat membayangkan, betapa meriahnya upacara itu.
Lebih kurang jam 9:00 malam. Barnibas telah datang. Ha, maka topik perbualan juga sudah menjadi pelbagailah. Barnibas pula menunjukkan laptop terbaru di tangannya. Moktar berasa amat kagum dengan laptop tersebut. Menurut Barnibas, harga laptop tersebut mencecah lima ribu ke atas.
Tidak lama kemudian, beberapa orang buta yang lain masuk ke restoran. Yang aku kenal ialah Jonathan dan juga Kau Chai. Alamak, ini Jonathan bercakap dengan kuat sekali. Alamak, sungguh memalukan. Barnibas berasa kurang senang dengan perlakuan yang kurang sopan itu.
"Eh, i hert Ah Hong voice lah." "Kau Chai, where is Ah Hong Kau chai?" Jonathan bertanya dengan suara yang kuat. "Nah, there Ah Hong." Kau Chai menjawab. Dia membawa Jonathan kepada Ah Hong.
Ah Hong berbual dengan Jonathan sebentar sementara aku, Moktar dan Barnibas hanya mendiamkan diri sahaja. Jonathan berbual dengan suara yang kuat sekali. maklumlah, mungkin kerana dia kurang pendengaran, jadi dia tak terasa yang dia bercakap dengan kuat.
Beberapa minit kemudian, Kau Chai dan Jonathan dan kawan yang lain pun beredar keluar dari restoran tersebut. Suasana kini menjadi tenang kembali. kami meneruskan perbualan kembali.
Kini, jam sudah menunjukkan hampir 10:00 malam. kami sudah mula hendak bergerak pulang. kami membayar bill makanan kami masing-masing. Aku dikenakan bayar RM 29.70. Yang lain-lain tu, aku dah tak ingat.
Selepas selesai membayar, kami pun bergerak keluar. Kami berjalan dan terus berjalan. "Eh where is the door ha?" Moktar bertanya. Aha, sekali lagi sudah tersesat. Tak jumpa pintu keluar pulak dah.
"Hey, where you want to go?" Bertanya seorang pelanggan. "Want to get out." Moktar menjawab rengkas. "Oh come come." Pelanggan itu menghulurkan bantuannya kepada kami. Dia membawa kami keluar. Rupanya, pintu keluar itu dekat saja dengan tempat kami berjalan. Kami mengucapkan terima kasih kepada pelanggan tersebut.
"Eh Moktar, to morrow i come to your house at 6:00 ha?" Ah Hong bertanya. Aku tidak dapat menangkap apa yang Moktar cakapkan sebab, dia bercakap sambil berjalan.
Aku dan Ah Hong pun bergerak pulang ke hotel. Dan, sekali lagi, kami telah terlajak. Kami terlajak melebihi simpang yang kami patut belok. Jadi nampaknya, kenalah berpatah balik.
Tiba-tiba ada orang membantu kami. "Mau pergi mana?" Tanyanya. "Balik hotel." Jawab Ah Hong rengkas. "Mari mari, saya bawa." "Orang itu mempelawa. Dia pun membawa aku dan Ah Hong.
"Datang dari mana ni?" Orang itu bertanya lagi. "Dari Penang." Ah Hong menjawab. Aku seperti mengenali suara itu. "Eh, hang bukan Zulkah?" Aku bertanya. "Ha ya." Zul menjawab rengkas. "La Zul, hang tak kenai akukah?" "Akulah Khai Eong." Aku memperkenalkan diriku. "Oh Khai Eong." Zul bersalaman denganku.
"Tadi hang dengan siapa?" Aku bertanya. "Dengan You Koon." Jawab Zul rengkas. "Oh dia dah balikkah?" Aku bertanya. "Ha aa, dah balik dah." Zul menjawab. "hang ada jumpa itu Sofia Lorell lagikah?" Aku bertanya. "Ada, Sofia ada di Brickfields sekarang ni." Zul bercerita.
"hang tak joint ping pongkah?" Aku bertanya. "Aku tak joint, aku di bahagian penganjuran." Zul menerangkan. "Oh begitu." Aku menjawab rengkas. kami terus berjalan sambil berbual.
Apabila tiba di persimpangan jalan ke hotel, Zul berpisah dengan kami. kami meneruskan perjalanan balik ke hotel. kami pun masuklah ke bilik kami.
kami sambung balik mendengar upacara pembukaan sukan olempik dari China. Siaran langsung itu tamat pada lebih kurang jam 12:00 tengahmalam. Selepas itu, kami tidur. malam itu, Ah Hong dah dapat tidur.
Bersambung.
0 ulasan:
Catat Ulasan