Ok, kita menyambung kembali cerita bahagian tiga.
Sabtu, 9 Ogos.
pada pagi itu, aku bangun jam 7:00 pagi. Seperti biasa aku pun pergilah mandi dan membuat apa yang patut dibuat. Selepas itu giliran Ah Hong pula.
Kemudian, kami pun pergi bersarapan pagi. pagi itu, aku memakan makanan kegemaran aku iaitu Wan Tan Mi. Inilah makanan yang paling aku gemari sekali.
Selepas makan, aku dan Ah Hong pun pulang ke bilik kami. Tidak lama kemudian, Ah Hong pun turun nak pergi ke rumah kawannya. Sementara aku pula, berada di bilik sebab nak pergi ke rumah Yusof pada jam 12:00 tengahari nanti. Jadi, sementara aku menunggu tu, aku pun bukalah tv7. Biasalah setiap Sabtu, ntv7 ada banyak siri kartun alihbahasa. Jadi, inilah peluang aku nak mendengar kartun-kartun tu.
Jam 11:40, telefon tanganku berbunyi. "hello," kedengaran satu suara lembut dari hujung gagang telefon. "Ya hello." jawabku. "Happy birthday to you ya." Ucap suara itu kepadaku. "Oh, today is my birthday lah, i forgot." "Thank you for your wishing." Balasku panjang lebar. "Ok." Jawab suara itu. "How is your trip to KL?" Suara itu bertanya. "It's ok, i'm happy with my trip." Balasku. "Ok, enjoy your trip ya." Suara itu berkata. "Ok, thank you." Aku membalas. "Ok bye." jawabnya. Talian diputuskan. Dari Sarawak, sanggup beliau menelefon mengucapkan selamat hari jadi kepadaku.
Jam 12:30 tengahari, aku ke rumah Yusof. Di sana aku makan tengahari. Selepas itu, repairlah komputer Ayana yang ada sedikit masalah tu. kemudian, balik semula ke hotel pasai nak tengok siri kartun Leo Ranger kat tv2 jam 5;30 petang. Aku dapatlah makan sekeping kek pandan kat rumah Yusof.
Sebelah malam, aku dan yusof pergi makan. Si Muhammad Ismail telefon beritahu nak turut serta makan sebab dia nak perkenalkan satu produk baru kat Yusof. Produk wireless handphone kalau tak salah aku. mahai o!
Pada mulanya, aku bercadang nak makan di kedai Yusof Ali, tapi kedai tu, tutuplah pulak. jadi, si Muhammad ni mencadangkan, pergi makan di kedai Kuning. ha, tak apalah, bantai saja. Aku bukan gemar sangat nak ke situ. Tapi bantai sajalah.
Di situ, aku makan nasi dan lauk kuah ayam kalau tak salah aku. Dan tidak lama kemudian, datanglah beberapa orang buta. Maklumlah, di situ, sarang orang buta melepak.
Biasalah kalau dah ada geng buta, memanglah bising banget. Aku tak peduli semua tu. Aku hanya mendiamkan diri sebab nak tau, kot-kotlah ada berita sensasi yang terkeluar dari mulut orang buta yang sememangnya celupar itu. Aku mendengar dan terus mendengar.
Tapi, malam tu, memang tak ada berita yang sensasi. Cuma, berita biasa-biasa sahaja. Umpat-mengumpat, tu biasalah. Tunjuk kehebatan telefon, tu biasalah.
Ada sorang akak yang sertai group di meja kami berbual. Sebelum tu, dia duduk meja sebelah. Akak ni, Tinggal di Sungai Buluh, dia akan datang dan tinggal di hotel new Winner pada hujung minggu. Dia ni buta, kerja urut. Dia pun bersembanglah dengan puak-puak kat meja kami. Aku hanya mendengar. Manalah tahu ada berita sensasi.
"kak, tangan dia merayap tu, macammana tu kak." Tanyalah sorang si buta. Persoalan ni timbul apabila akak ni ceritalah satu orang buta ni, tangan dia suka nak meraba.
"merayap tu merayaplah!" "Ish engkau ni, aku siram dengan air karang ha ha." Berkata akak itu agak marah sambil mengangkat cawan yang berisi air ala-ala nak siram gitu.
"Taklah, akak kata, tangan dia tu suka merayap." "jadi saya nak tahulah, merayap yang macammana tu." lelaki buta itu membalas. "Engkau tu saja, suka bertanya." Balas akak itu agak marah juga.
Pada esok harinya menurut akak tu, dia nak ke oditorium Angkasapuri sebab nak lihat satu persembahan oleh Kalsik nasional. Aku dah lupalah nama persembahan tu.
jam 9:50 malam, aku mengajak Yusof balik saja. Tak ada apa pun topik yang menarik. Lagi pun, tempat tu, banyak nyamuklah leceh betul. Kami bertolak balik.
"Ha, sudah mari." kata seorang petugas hotel. "Dia tau naik biliklah, dia sudah banyak kali datang." Cerita Yusof. "Dia sebut cikgu, mana saya tau siapa cikgu." petugas itu bercerita. Aku pun naiklah ke bilik. Dan tidak lama kemudian, Ah Hong pun balik.
Ah Hong kata, CD itu masih tidak dijumpai lagi di rumah Moktar. nampaknya, dia terpaksa kembali semula ke Kl mungkin pada Oktober ini untuk membereskan kerja recording tu.
Kami berehat sebentar sambil Ah Hong mendengar siaran radio Trax FM. Dan selepas kami mandi, jam 12:00 tengahmalam, kami pun tidur.
Bersambung.
3 ulasan:
salam singgah.
Terima Kasih atas lawatan dan komen saudara di blog saya...izinkan say linkkan blog saudara ke blog saya!
Des
www.pilihan-anda.blogspot.com
ya ya, terima kasihlah kat hampa berdua.
Kalau nak link blog saya tu, sila, sila. Bagoih tu. Biarlah blog kita ni kita tuleh ikut hemah. Tak maulah main bantai saja dok tuleh paih tu, bila masuk dalam, kita bising tak tentu pasai. Walhal kita yang cari pasai.
Jadi, terima kasih sekali lagi no?
Catat Ulasan