Aha, tadi, seperti biasalah, pilah baca blog. Dan aku pun, singahlah kat Angin Perubahan. Maka, bacalah aku sebuah artikal. Aku membaca dengan khusyuknya. Tengah dok syiok baca tu, tiba-tiba nama sorang perempuan cina terkeluar dalam artikal tersebut.
Namanya ialah Ginie Lim. Dan beliau ni bekas pelajar USM. Bila terbaca saja nama tu, maka teringatlah aku yang aku pernah berjumpa dia beberapa tahun lalu. masa tu, orang-orang buta dari St. Nicholas mengadakan perayaan hari tongkat putih di USM. Amat meriah sekali. Aku duduk kat tepi dialah bercerita pasai orang buta. Dia ni, nampak pendiamlah. Itu pada perkiraan akulah.
lepas tu, ajaklah dia masuk mailing list aku komuniti oku. Bila masuk, dia try lah nak hantar artikal pro pembangkang. Alamak, minah sorang ni nak buat kecohlah pulak. kalau artikal BN aku terimalah pasai aku BN. At last, sampai satu peringkat, dia keluar. Lepas daripada tu, terus menghilangkan diri. Dan aku pun tak tau manalah minah sorang ni dah pi.
Bila baca artikal tu, barulah tau. Rupanya, minah sorang ni masuk PKR. Hmm, tak palah, memang dari dulu lagi dia pro sana. Apa nak kata lagi encik? Minah sorang ni, orang Melaka kalau tak salah aku.
orang yang perkenalkan aku kat minah ni ialah Teh How Kiat. Dia ni, budak Kelantan. Dua tahun lepas kalau tak salah aku, dia mai rumah cari aku. yalah, lama tak jumpa kan? la ni, mana dia pi, aku pun dah tak tau. Dan, daripada beliau jugak aku kenai sorang rakan dia dari Myanmar. Pompuan. Tak sedaplah suara pompuan tu kasar macam nenek tua. Ha, tapi, pompuan Myanmar tu, pandai masak o encik.
2 ulasan:
Mana lebih baik? Suara sedap ke pandai masak?
ha, sudah tentulah yang pandai masak.
Catat Ulasan