kepada semua, sila baca persoalan di bawah. harap pihak kerajaan dan NGo, dapatlah atasi semua permasalahan yang dihadapi ini. Dapatkah 1% quota pekerja oku di sektor awam dipenuhi?
From: lim yew yi
Sent: Saturday, October 18, 2008 2:18 AM
Saya ada satu masalah nak minta pendapat kawan - kawan di komuniti,
Pada beberapa hari yang lepas, saya ada di tanya oleh seorang pegawai JPA negeri (kawan saya) tentang oku dan luang kerja.
Pegawai: Awak nak kerja di sektor awam, awak ada pengalaman? apa yang awak boleh buat?
Saya: saya ada pengalaman kerja, saya pernah kerja sebagai kerani di syarikat swasta. Saya tahu guna komputer, fileling, boleh jawab panggilan.
Pegawai: Kalau setakat komputer, file dokumen, jawab panggilan saya rasa semua orang boleh buat. Kalau saya ambil seorang yang tidak tahu komputer dia boleh belajar sambil kerja. Kalau sekarang ini 1% kerja untuk OKU saya rasa kalau ambil seorang OKU angota lebih mudah. kerana dia boleh naik kenderaan sendiri walau ada urusan luar.
Saya: Saya jugak boleh jalankan urusan luar tampa bantuan orang lain hanya guna tongkat.
Pegawai: Oh ok! kalau awak dihantar ke kursus bagaimana awak nak catat apa yang dikatakan tak akan nak guna bril nanti ganggu pendengar lain?
Saya: saya boleh gunakan rekoder untuk rakam dan kemudian baru taip dalam komputer.
Pegawai: kalau ada pesanan yang ditinggalkan bagaimana awak nak catat?
Saya: boleh tulis dalam ms word atau word pad cetak dan serahkan sekiranya perlu.
Pegawai: kalau lihat pada semangat dan daya untuk usaha awak layak kerja di sektor awam, awak boleh cuba mohon. Tapi kalau ada documen macam mana awak nak baca?
Saya: Saya boleh scan dalam komputer guna scanner dan baca.
Pegawai: oh bagus! semua termasuk tulisan tangan boleh scan dan baca.
Saya: Hmm... tulisan tangan saya boleh scan tapi software yang saya guna tak dapat nak baca.
Pegawai: oh jadi awak ada cara lain untuk baca tulisan tangan?
Saya: buat masa ini saya masih belum ada cara lain.
Pegawai:
Mungkin ini kelemahan lain yang membuat awak sukar untuk dapat kerja.
1. tapi apa yang saya ingin tahu adakah pengalaman, pengetahuan komputer dan mampu gerak sendiri layak kah saya diterima kerja?
2. apa lagi yang dilihat daripada seorang OKU penglihat?
3. Adakah cara untuk kita baca tulisan tangan?
Saya berharap kawan - kawan komuniti yang ada sebarang info untuk dikongsi dengan saya boleh dialukan
0 ulasan:
Catat Ulasan