Dulu, TPM, teruk difitnah pasal kes pembunuhan wanita Monggolia. Tapi beliau tetap tabah menghadapi itu semua. Dan semasa kempen pilihanraya di Permatang Pauh, beliau telah bersumpah di sebuah mesjid mengatakan beliau tidak pun mengenali wanita Monggolia tersebut. Beliau amat tenang dalam menghadapi situasi ini. Beliau langsung tidak kelihatan resah-gelisah mahu pun melatah di atas segala fitnah yang menimpa beliau. Tetapi, beliau menghadapinya dengan tabah, tenang dan bersifat berserah pada tuhan yang maha esa.
Dan, seperti mana kata orang, kebenaran, tetap mengatasi kebatilan. Pada Rabu lepas, semasa Razak Baginda mengadakan sidang media, beliau dengan tegas telah menafikan segala apa yang difitnahkan terhadap TPM. Penafian beliau ini amat besar kesannya bagi kita semua dan Malaysia. Ini terutamanya, TPM dan keluarga di mana, nama TPM telah dibersihkan oleh Razak Baginda. Nampaknya, tuhan telah memakbulkan doa orang yang telah dizalimi.
Tapi kita perlu ingat. Fitnah terhadap TPM tetap dijalankan juga oleh mereka yang hitam hatinya. Mereka ini, hidup berpaksikan syaitan, iblis dan hawa nafsu, bukannya berpaksikan taqwa kepada tuhan.
Telah ada cakap-cakap kononnya Razak telah diberi sejumlah wang. Sebab itu, dia membela TPM. Di sini saya ingin menasihatkan, jangan percaya dengan semua ini. Ingat, kebatilan pasti akan kalah pada kebenaran.
2 ulasan:
Salam
Syukur Alhamdulillah TPM tidak terlibat dalam kerja yang hina itu. Tapi hairan ya...bagaimana Razak Baginda boleh tahu TPM tidak terlibat..sedangkan Razak Baginda juga tidak terlibat.
Hairan ya..jika Razak Baginda tahu siapa yang tidak terlibat...tentu beliau tahu siapa yang terlibat..
Kita fikirlah sendiri..
menyatakan kepalsuan, membuat fitnah dan segala macam kejahatan, memang amat senang. Tetapi, untuk mencari suatu kebenaran adalah amat payah sekali. Ini kerana, suatu kebenaran yang datang, pastinya akan menghapuskan semua kejahatan dan semua fitnah.
Catat Ulasan