Hmm, macam-macamlah gelagat orang ni. Suruh kerja, tapi kadang curi tulang. Itulah manusia. Yang penuh dengan tak tau apa nak kata.
Ni ha, ada sorang kawan ni, dia kerja operator telefon. Telefonislah ni. Dia ni butalah. Oku penglihatanlah. Baguslah dapat kerja kan? Kira bolehlah tampung pendapatan ketika ekonomi dok meleset ni.
Tapi, satulah perangai dia ni. orang dah bagi kerja telefonis tu, kerjalah elok-elok. Ni tidak. Apa dia buat? Amboi, mentang-mentanglah telefonis, dia hantam telefon kat orang. Kalau tak ada angin, masakan pokok bergoyang?
Dia telefon kat orang tanya hujankah tak, dok buat apa, kena nobor ekor boleh belanjakah dan pelbagailah gangguan. Yang tak sedapnya, masa orang tengah kerja, dia dok menelefon kat orang. kadang orang terpaksalah angkat. maklumlah kan, kedai urut. yalah, takutlah kalau panggilan itu, datangnya dari pelanggan. Tapi, bila diangkat, ah, suara telefonis ni. hampeh betul.
Mula tu, orang tak kisahlah. Tapi bila orang tak kisah, dia dah melampaulah pulak. Dan, kesabaran orang ni, ada hadnya. Dua hari yang lalu, adalah seorang kawan, pi buat report kat boss tempat kerjanya. Dia bagi tau boss kat sana, si A ni, suka telefon dan mengganggu orang dengan menggunakan telefon tempat kerjanya tu. Jadi, boss tu berjanji akan mengawasi gerak-gerinya.
Ni saya nak habaklah. Kita ni, oku. Dan, seperti yang kita dah sedia maklum, oku ni, dah sukar nak dapat kerja. Lagi-lagilah masa ekonomi meleset ni. jadi, kita dah tau situasi kita ni, kenapa bila dah dapat kerja, taknak jaga elok-elok? Kenapa masih nak main-main dan ambil kesempatan terhadap majikan yang pemurah? Bila tak ada kerja, bising tak ada kerja. Bila dah dapat kerja, taknak jaga elok-elok pulak. Berubahlah sikit, jangan suka nak ambil kesempatan saja.
Telefonis ni kedekut sampai tak tau macammana nak cerita dah. Bila waktu kerja, handphone tutup. Wah, telefon sendiri, berkira bukan main. Satu sen macam sejuta ringgit. Tapi kalau telefon syarikat, main belasah saja pakai.
Berterimakasihlah pada majikan yang dah sudi nak bagi kerja. janganlah ambik kesempatan pulak.
0 ulasan:
Catat Ulasan