Ahad, November 23, 2008

RESOLUSI SIDANG PARLIMEN BLOGGER 23 NOVEMBER 2008 BERKAITAN ISU HARGA BARANG KHUSUSNYA DI SABAH SARAWAK

RESOLUSI SIDANG PARLIMEN BLOGGER 23 NOVEMBER 2008 BERKAITAN ISU HARGA BARANG KHUSUSNYA DI SABAH SARAWAK

Bloggers Pembela Negara yang bersidang secara maya pada 23 November 2008, jam 9.00pm-10.00pm atas tajuk :

"Bagaimanakah kita boleh membantu Sabah, khususnya dan semua negeri umumnya bagi merendahkan harga barangan?"

Kami telah mengenalpasti bahawa kegagalan menurunkan harga barangan walaupun kerajaan telah menetapkan harga siling dan menurunkan harga petrol adalah disebabkan sikap para peniaga, dan bukannya  kerana masalah kos terutamanya kos pengangkutan, termasuk di Sabah.

Justeru, kami dengan sebulat suara mengusulkan:

1. Para petani dan pengusaha produk asas tani diberi insentif khas sebagaimana para pesawah dan nelayan. Insentif ini boleh diberikan berdasarkan produktiviti mereka. Contohnya, jika mereka mengeluarkan sayur kangkung bernilai RM10 maka kerajaan patut membayar insentif sekurang-kurangnya 50% iaitu berjumlah RM15 kepada petani tersebut. Oleh itu, mereka mendapat tambahan pendapatan yang meninggikan kuasa membeli mereka.
 
 2. Kedegilan pihak pemborong di Sabah untuk menurunkan harga barangan keperluan dikenalpasti sebagai akibat kurangnya persaingan daripada pemborong lain. Selama ini para pemborong sedia ada telah memonopoli pasaran dan membina rangkaian tersendiri sehingga berupaya menentukan harga secara wewenang. Oleh itu kami mengesyorkan para pemborong daripada kaum lain termasuklah kaum India-Muslim untuk menyertai pasaran di Sabah.
 

 3. Kerajaan perlu melantik syarikat GLC bagi mewujudkan rangkaian pengedaran bagi memberi saingan kepada pemborong sedia ada. Persainagn yang sihat akan memberi lebih pilihan kepada pengguna dan mampu mengawal kualiti serta harga pengguna.

4. Pihak kementerian iaitu KDNHEP perlu menguatkuasakan semua peraturan dan ketetapan yang telah diputuskan oleh kerajaan.

Kami akan menyiarkan resolusi ini di setiap blog kepunyaan Bloggers Pembela Negara (BPN) bagi menarik perhatian orang ramai untuk turut serta memperjuangkan perkara ini. Kami percaya apabila usaha ini dibuat secara kolektif dan bersepadu, pihak kerajaan akan terpanggil untuk melaksanakannya.

Oleh itu, adalah lebih baik pihak-pihak yang terlibat segera mengambil tindakan menurunkan harga barang agar perkara ini dapat diselesaikan dengan cara yang baik.

Sekian terima kasih.


Disediakan oleh :

CHEGUMAN  ( BLOGGER WAADAT )
& lt; /DIV>

3 ulasan:

Cheguman berkata...

Sedingin Salju,
Tahniah kerana saudara mengambil keputusan untuk bersama sekalian aktivis Bloggers Pembela Negara yang kini berada setapak di hadapan. Saudara juga adalah perintis denai yang tidak gentar keluar berjuang. Kiri dan kanan saudara hanyalah semak samun yang harus ditebas-tebang. Apa perlu dirisaukan? Perjalanan perlu diteruskan.

Saudara sendiri sudah mengikutinya dan memahami bahawa dalam perjuangan ini tidak ada siapa yang hendak dianiaya sebaliknya kita hanya menegakkan kebenaran.

Perjuangan ini tidak pernah selesai dan KITALAH PENERUSNYA.

Kita menyokong kerajaan bukan bermakna kita perlu diam.

KITA ADALAH PEMBELA NEGARA.

Tai berkata...

ya betul. Kita menyokong yang baik. kalau kerajaan buat yang tak kena, kita bantah. Bukan membantah kosong tapi bantahan yang bernas. kemudian, berikan idea untuk cara perlaksanaannya.

Bukanlah membangkang tak tentu pasal. Asyik pandai nak membangkang tapi sebarang idea langsung tidak diberi.

Kita juga tidak mahu menjadi pak turut sehingga boleh menggadaikan maruah bangsa kita. Mereka ini, perlu dibanteras.

Tai berkata...

Terima kasih abang Tuah. Saya dah masukkan blog abang tuah kat blog saya.





Arkit blog