Selasa, Disember 16, 2008

Cerpen

Cerpen tulisan Roslan Bidin seorang oku penglihatan dari Perlis.
 

SUARA HATI PENULIS.

 

Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan rasa kesyukuran kepada Allah yang telah memberikan limpah Rahmat-Nya kepada saya untuk meneruskan perjuangan saya di dalam bidang penulisan ini ke arah mengenengahkan kisah-kisah kehidupan masyarakat OKU penglihatan hasil dari pengalaman yang saya ada.

            Hasil dari jualan buku ini sesungguhnya adalah untuk digunakan sebagai menampung kos perbelanjaan modal membeli bahan mentah iaitu rotan bagi projek kami di dalam kumpulan ini serta sebahagianya akan diagihkan ke dalam tabung bangunan Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia Kawasan Kedah yang merupakan tempat berteduh bagi kami di Perlis.    Ini sahajalah sumbangan saya yang amat sedikit untuk diberikan kepada mereka yang senasib dengan saya untuk dikongsi dengan orang normal. 

            Apa yang saya harapkan ialah sokongan serta dorongan dari pembaca.    Sudi-sudikanlah membelinya untuk dijadikan sebagai koleksi bahan bacaan tambahan seisi keluarga dengan harga yang mampu dibeli oleh setiap golongan walau pun sedikit tinggi harganya.    Bukan simpati yang diminta, cukuplah sekadar sokongan serta dorongan yang anda berikan untuk kami terus mengharungi liku-liku kehidupan ini.   Tanpa sokongan serta dorongan dari anda, maka sukarlah kami untuk meneruskan hidup di bumi yang maha mencabar ini.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

KATA-KATA ALUAN DARI PRESIDEN PERTUBUHAN ORANG CACAT PENGLIHATAN MALAYSIA.

 

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih di atas kesempatan serta peluang yang diberikan kepada saya untuk melahirkan sepatah dua kata dalam buku antologi ini.     Semoga sedikit sebanyak akan dapat dikongsi bersama dengan pembaca di seluruh Malaysia amnya.

            Sebelum saya pergi lebih jauh lagi, saya ingin mengambil kesempatan ini ingin mengucapkan tahniah kepada Encik Roslan bin Bidin yang sebegitu murni hasratnya untuk membantu demi kesejah teraan kawan-kawannya.   Semoga usaha beliau akan dijadikan sebagai contoh kepada mereka yang lain.    Hendak menghasilkan sesebuah karya sebegini sebenarnya bukanya sesuatu kerja yang senang.   Ianya perlukan kesabaran yang kental.

            Golongan cacat penglihatan sebenarnya seperti insan-insan lain juga.   Mereka memerlukan peluang untuk mencari rezeki yang halal.   Untuk mendapatkan wang.    Mereka juga memerlukan kehidupan yang selesa seperti orang lain.    Mereka perlukan apa sahaja yang diperlukan oleh orang normal.    Sehubungan itu, sokongan serta dorongan dari anda sangatlah saya harapkan serta hargai.   Mereka tidak berhajatkan simpati, namun mereka perlu diberikan peluang serta kesempatan untuk mencuba melakukan sesuatu demi untuk semua masyarakat.

            Sehubungan itulah maka pertubuhan ini diwujudkan untuk mereka yang kurang bernasib baik.     Dengan tertubuhnya pertubuhan ini akan dapat serba sedikit menghimpunkan mereka yang cacat penglihatan di seluruh Malaysia serta kemunculan Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Kawasan Kedah merupakan sebuah keluarga baru di dalam pertubuhan ini serta warga cacat penglihatan di Perlis juga bergabung sekali dengan pertubuhan orang cacat penglihatan Kawasan Kedah ini bergerak di dalam sebuah pertubuhan.   

            Kepada anda semua, saya berharap semoga sudi-sudikanlah mendapatkan sebuah buku ini sebagai sebuah bahan bacaan tambahan seisi keluarga.   Dengarlah isi hatinya.   Semoga sedikit sebanyak dapat dikongsi bersama serta dijadikan teladan untuk kita mengharungi liku kehidupan ini.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

KATA-KATA ALUAN DARIPADA PENGERUSI PERTUBUHAN ORANG CACAT PENGLIHATAN MALAYSIA KAWASAN KEDAH.

 

 

Saya ingin memanjatkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah s.a.w yang telah memberikan nikmat serta kelebihanya yang tidak terhingga kepada kita.   Sebenarnya bukanya mudah hendak mewujudkan sebuah pertubuhan.    Namun dengan berkat doa dari kawan-kawan dan keluarga serta sokongan serta dorongan dari ahli exco, maka tertubuh juga sebuah pertubuhan ini yang rasanya baru kini sedang berlajar bejalan sendiri.

            Dengan tertubuhnya pertubuhan ini pada tahun 2005 yang lalu setidak-tidaknya akan membangkitkan semangat warga cacat penglihatan agar bangkit dari lena mereka masing-masing.    Hasrat saya ialah ingin melihat kejayaan dari kalangan warga cacat penglihatan di Perlis dan Kedah.     Saya tidak mahu lagi melihat warga cacat penglihatan diibaratkan seperti mengemis di negeri sendiri.

            Tahniah saya ucapkan kepada Encik Roslan Bidin yang telah berjaya menghasilkan serta menghimpunkan karya-karya beliau seterusnya menerbitkanya.    Paling istimewanya buku ini ialah kerana di dalamnya terbuah sebuah puisi khas ditujukan kepada Y.A.B Perdana Menteri Malaysia sebagai hadiah sempena perkahwinanya baru-baru ini.   Setidak-tidaknya dengan terbitnya buku ini akan dapat memudahkan usaha memperkenalkan pertubuhan ini khususnya kepada masyarakat negeri Kedah dan Perlis serta di seluruh Malaysia amnya akan wujudnya pertubuhan ini.   Ikhlas saya nyatakan bahawa bukanya senang hendak mengumpulkan karya sebegini untuk diterbitkan.    Malahan pula hasrat murni beliau itu amat membuatkan saya merasakan sungguh terharu.

            Kepada pembaca amnya, berikanlah sokongan serta dorongan kepadanya dengan membeli buku ini sebuah sebagai sebuah koleksi bahan bacaan di rumah.    Semoga pengalamanya akan dapat dikongsi bersama.    Semoga sedikit sebanyak kisah yang terpapar di dalam antologi ini akan memberikan rasa kesedaran untuk kita bersama.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

SEJARAH PENUBUHAN PERTUBUHAN ORANG CACAT PENGLIHATAN MALAYSIA KAWASAN KEDAH DAN KUMPULAN PENGUSAHA BARANGAN KRAF TANGAN ORANG CACAT PENGLIHATAN NEGERI PERLIS.

 

Keluar dari alam persekolahanya, dengan sokongan serta dorongan dari orang-orang ternama seperti Cikgu Shabuddin dari St. Nicholas Home, Rejab F.I dari Persatuan Penulis Perlis 3P, beliau merasakan bahawa beliau seolah-olah masih berharga di muka bumi ini.    Tamat sahaja mengikuti kursus anyaman kraftangan rotan di St. Nicholas Home Pulau Pinang, beliau merasakan bahawa beliau dan kawan-kawanya mesti membangun setelah mendengar cerita bahawa kawan-kawan yang senasib denganya di luar dari Perlis sudah lama membangun serta sudah maju.   Maka pada tahun 2001, maka beliau bertindak mengajak kawan-kawanya di Perlis bersatu serta membina sebuah kumpulan yang ketika itu hanya seramai lima orang sahaja yang bergiat di dalam kumpulan tersebut kerana menghadapi masalah pergerakan yang maha terhad.    Namun beliau sedikit pun tidak berputus asa mengajak kawan-kawan yang lain sama-sama bangun untuk berdiri di dalam satu kumpulan.

            Beliau bergerak perlahan-lahan dengan sokongan serta dorongan dari orang ramai yang perihatin serta tampil memberikan sokongan serta semangat.     Walau pun tidak mempunyai persatuan, beliau tetap bergerak jua dengan mengadakan berberapa aktiviti seperti mengadakan kelas Al Qur'an serta promosi jualan hasil anyaman kraf tangan di ekspo serta majlis keramaian.   Beliaulah yang bertanggung jawab menemui pengajur sesebuah ekspo atau badan kerajaan yang menganjurkan sesuatu program dan memohon agar mereka menyertai program tersebut.     Beliau yang dimaksudkan ialah Roslan Bidin yang diberi amanah oleh kawan-kawanya menerajui kumpulan ini.   

            Kemungkinan ada yang masih belum mengenai kumpulan ini.     Namun inilah hakikatnya.     Biar pun sesukar mana pun, mereka terus bergiat aktif mengusahakan seni anyaman kraf tangan.   Tidak keterlaluan lagi, Kumpulan Pengusaha Barangan Kraf tangan ini sudah dikenali di kalangan orang ramai serta Jabatan Kerajaan dan turut mendapat perhatian oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Pemangku Raja Perlis pada tahun 2003.    Sehinggalah pada 1, Mei, 2006, Kumpulan ini telah diterima sebagai peserta bengkel di bawah program Inkubator Kraf tangan Malaysia di Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Perlis yang beralamat di di Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Perlis.    Batu 5, Jalan Kuala Perlis.   01000, Kangar Perlis.   Dan aktiviti pertama yang diadakan di bengkel ini ialah kursus bimbingan teknikal anyaman rotan anjuran Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Perlis pada 30, Mei, hingga 3, Jun, 2006.   Namun kumpulan ini terpaksa berundur dari program ini kerana masalah pengangkutan serta berberapa berberapa masalah yang lain yang tidak dapat dielakan.

            Kemunculan Encik Musa bin Abdul Rahman dari Kampung Pokok Sena Kedah  mengajak semua peserta dari Kumpulan Pengusaha Barangan Kraf tangan Orang Cacat Penglihatan Perlis menyertai atau bergabung satu suara untuk menubuhkan sebuah Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia (Society Of The Blind in Malaysia) Kawasan Kedah  bagai orang mengantuk disorongkan bantal.   Mereka yang dahagakan sebuah pertubuhan yang mampu membela nasib mereka sebulat suara menerima pelawaan Cikgu Musa itu.    Dan akhirnya sebuah Pertubuhan untuk mereka berjaya juga ditubuhkan dan mesyuarat agung pertama mereka diadakan pada 15, April, 2006 di Dewan Institiut Insanniah  Alor Setar yang dirasmikan oleh YBHG Encik Mah Hassan Hj. Omar selaku Presiden Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia.

            Hasil penubuhan Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia Kawasan Kedah, Kumpulan Pengusaha Barangan Kraf tangan Perlis semakin berani menampilkan diri dengan masyarakat.   Biar pun ketiadaan pejabat lagi ketika itu, namun mereka berjaya juga mengadakan berberapa aktiviti.    Dan setelah usaha gigih barisan AJK pertubuhan ini yang ketika itu diterajui oleh YBHG Encik Sumairi bin Zainol sebagai pengerusinya serta Encik Roslan bin Bidin selaku timbalan pengerusinya.    Pertubuhan ini akhirnya mereka juga berjaya mendapatkan sebuah bangunan pejabat sendiri yang beralamat di No. 221A, Jalan Shahab 4, Kompleks Shahab Perdana.  05150, Alor Setar Kedah berhadapan dengan stesen bas Shahab Perdana dan boleh berhubung dengan menggunakan talian Fax 04 7302568. serta dapat mengadakan mesyuarat AJK pertama bagi sesi 2007 pada 2, Februari, 2007.    Sebagai pertubuhan baru, mereka terus melangkah terus mara ke hadapan.    Dan mereka berjaya mengadakan mesyuarat agung kali ke dua pada 14, April 2007 di dalam pejabat mereka sendiri.    Di dalam mesyuarat agung tersebut Encik Musa bin Abdul Rahman dipilih sebulat suara sebagai pengerusi pertubuhan sementara timbalan pengerusinya masih kekal oleh Encik Roslan bin Bidin.    

           

 

 

    

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

SELAMAT PENGANTIN BARU PAK LAH.

Khas Buat Y.A.B Perdana Menteri Malaysia.

 

Seikhlas hati mud an setulus kalimat

lafaz cinta kasih mu yang diluah

sesuci cinta Adam dan Hawa

sesuci cinta pada nabi

untuk seorang wanita

di antara ribuan wanita

yang sanggup berjaga malam untuk mu

menemani dan merungkai kepahitan

berdepan seribu tugasan

sebagai seorang Perdana Menteri.

 

Ku tahu

betapa hati mu kosong dan sepi

berbaur rasa hiba di kala malam

pemergian Datin Seri Bukan senang dicari

kerana cinta seorang wanita

hanya dilihat dengan harta

bukan dengan kejujuran.

 

Tulus kasih dan murni hati kami

warga cacat penglihatan

mengirimkan doa

dan ucap selamat berbahagia buat Pak Lah

moga panjang umur dan murah rezeki.

 

Selamat Pengantin Baru Pak Lah

Lupakanlah kepahitan hidupmu

nikmat manis dan hidup bahagia sudah menjelma.

 

Jangan bimbang Pak Lah

Harungilah hidup baru mu bersama Datin Seri Jeanne Abdullah

jutaan rakyat tak kan lupakan mu

tumpang gembira di hari bahagia mu.

 

 

ROSLAN BIDIN

Beseri  --- 6, Jun, 2007.

Mewakili Kawan-kawan di Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia

Kawasan Kedah

Dan Kumpulan Pengusaha Barangan Kraf Tangan Orang Cacat Penglihatan Perlis.

 

 

 

 

CALON ISTERI.

 

Ingin sekali ku miliki sang purnama

malam yang gelap gelita bercahaya indah

dialah puteri jelita  ...  bakal mencorakkan

warna bahagia setelah peminangan diikat.

 

Nota usang mencatat seribu kenangan

sebuah pertemuan dengan mu sang puteri jelita

lahirlah benih yang bercambah

bagai sebuah dunia sang merpati tak bersayap

untuk terbang beriringan bebas.

 

Sebuah soalan yang dahagakan jawapan

tersembunyi dalam sebuah kanvas alam percintaan

bolehkah sang puteri idaman menjadi teman hidup

sedangkan aku seekor burung pipit kecil?

 

 

Roslan Bidin.

Beseri  ---  Jun, 1996.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Suara Azan Di Subuh Yang Bening.

 

 

Di waktu fajar menyinsing

merampas kedinginan yang kudus

zikir alam penyeri hari.

 

Nun!  Terdengar kalimah Suci

mengalunkan nada indah

mengejutkan tidur

insan-insan bernama manusia.

 

Mengabdikan diri kepada mu

Tuhan.   Pencipta sekalian alam.

 

 

Roslan Bidin.

Kangar  ---  Julai, 1994.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

PANGGILAN KA'ABAH.

 

 

Setiap kali musim itu menjelang

hatiku bagai ditarik, dipimpin

menuju kepada mu

bersama muslimin muslimat.

 

Setiap kali menjelang musim mu

terbayang wajah-wajah itu melaungkan seruan Allah Hu'akbar!

Seruan dan rasa cinta tetamu mu

yang datangnya dari seluruh pelusuk dunia

seolah-olah satu jalur cahaya

Nur  ...  Iman.

 

Hantarkanlah suara ku

buat menyahut panggilan mu

Ya Ilahi.

 

Allah Hu'akbar!

Allah Hu'akbar!

Allah Hu'akbar!

 

 

 

Roslan Bidin.

Beseri  ---  1994.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

KERINGAT SEORANG AYAH.

 

 

 

Saban hari yang merangkak

seorang ayah menyusuri di permatang

bersama Cuma sebatang cangkul

meredah Lumpur pekat di sawah

merelakan sang lintah yang dahagakan darah

menghisap pada kedutan kulitnya

lalu titisan keringat membasahi baju;

Namun kasih mu penuh syahdu

tak pudar walau seribu halangan

diulit kemesraan di antara dedaunan

bagai hamparan permaidani hijau

menjanjikan seribu rahmat

untuk keluarga dan bangsa.

 

 

Roslan Bidin.

Beseri  ---  1997.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

SATUKAN HATI KAMI.

Sempena Mesyuarat Agung Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia Tahun 2006..

 

 

Satukan hati dan impian kita

agar dapat didengar Tuhan Pencipta.

 

Satukan hati kita

agar dapat disemadikan dalam satu rasa.

 

Satukan jiwa di antara kita

agar dapat disimpulkan dalam satu suara.

 

Satukan Ukhwah kita di dalam sebuah persatuan

agar dapat diikat di dalam satu mudzakarah.

 

Satukan suara kita

agar dapat didengar orang sempurna sifatnya.

 

Hari ini kita satukan hati jiwa kita

di dalam mesyuarat agung persatuan kita.

 

 

ROSLAN BIDIN.

Kangar  ---  2006.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Selamat Pagi Komputer.

 

 

Selamat pagi komputer

ucapan pertama kuucapkan setiap pagi

tika wajah mu ku tatapi

dan jejariku menari di dada mu.

 

Aku kau sindirkan

kerana kebodohan ku.

 

Namun tak jemu juga

untuk terus kuucapkan

selamat pagi komputer.

 

 

ROSLAN BIDIN.

Student Computer Training

St.  Nicholas Home  ---  2005.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

AKU BUKAN PEMINTA SEDEKAH.

 

 

"KALAU aku main muzik di pasar malam  ...  orang akan kata aku minta sedekah.   Kalau aku jual barang dari rumah ke rumah dan pejabat, orang juga akan anggap aku peminta sedekah,"   aku mengeluh sendirian.    Telingaku terdengar berberapa buah motorsikal berlumba-lumba menunjukan kehandalanya ketika membelok di bulatan Persiaran Jubli Emas Kangar.

            "Hmm!  Entahlah!   Aku pun tak tahu dengan dunia sekarang ini  ...         Manusia

 

hanya menilai sesuatu dengan pandangan mata kasar sahaja,"   keluh Yasmi memegang tanganku dan menghulurkan ais skrim yang baru dibeli dari Pasar Raya Karim   di Taman

Sena Indah tidak jauh dari situ.    Aku memegang bungkusan ais skrim    yang    diberikan

 

oleh kawanku itu.     'Baiknya Yasmi.    Kalaulah di dalam dunia ini manusia berfikir sepertinya, senanglah orang cacat cari makan,'    bisikku sendirian.   Aku menyedut ais skrim yang sudah mulai cair itu.

            Aku masih ingat lagi pada suatu hari, ketika itu aku sedang berlegar-legar di sekitar kawasan perumahan di Taman Sena Indah ini.    Sambil membawa pemegang kunci yang ku reka dengan bebagai bentuk serta kata-kata menarik menghiasi di permukaanya.    Aku sendiri yang mengarangnya.    Manakala bentuknya aku tempah dari seorang kedai membuat cendera mata di Bazar Kangar.    Dua tahun lamanya aku berurusan denganya, kami semakin mesra.   Tapi tak boleh standing Mi.    Yasmi memang sahabatku yang setia.      Cerita tentang pengalaman sewaktu aku sedang merayau-rayau di sekitar kawasan perumahan itu, bebagai ragam orang ramai sudah aku temui.    Ada yang menyangka aku ini penipu dan berpura-pura buta.

            "Ini buta betul ke main-main?"   kata seorang lelaki yang aku temui.    Kata Yasmi, lelaki itu berbadan gempal.

            "Encik!  ...  Saya cari rezeki.   Ini sahaja cara yang mampu saya lakukan.   Saya tak menipu,"   kataku lembut.    "Saya tak memaksa kalau encik tak mau ambik pun,"   sambungku lagi.     Aku dibawa oleh Yasmi ke rumah lain pula.

            "Assalammu'alaikum!  ...  Assalammu'alaikum,"  laungku sebaik sahaja sampai ke sebuah rumah.   Namun salam ku tidak dijawab.    Telinga ku mendengar ada beberapa orang kanak-kanak sedang bermain.

            "Mak!  ...  Mak!  Ada orang buta datang mintak sedekah,"   kata kanak-kanak tersebut.

            "Jomlah kita ke tempat lain,"  ajakku.   Aku benar-benar terhiris dengan kata-kata itu walau pun hanya dari mulut seorang kanak-kanak.

            "Mujur Yasmi menurut ajakanku.     Ketika aku sedang berdiri di hadapan rumah yang lain pula, kanak-kanak tadi datang menghampiri ku.   "Pak cik!  ...  Ini duit, mak saya sedekah,"  kata kanak-kanak itu.

            "Adik!   ...  Sampaikan salam pak cik dengan  mak.     Beri tahu mak, pak cik bukan minta sedekah.   Pak cik jual pemegang kunci ini,"  kata ku lembut.

            "Oh!  Ingatkan minta sedekah,"  kata kanak-kanak tersebut lalu berlari kembali ke rumahnya.

            "Apa kau nak jawab kalau mak kau tau yang kita ini menjual pemegang kunci dari rumah ke rumah dan pejabat dan bukanya kita edarkan ke kedai-kedai di Bandar Kangar ni seperti yang kau selalu katakana kepada mak kau selama ini?"   tanya Yasmi.   Yasmi duduk di sebelah aku di atas kerusi yang disediakan di hadapan Pasar Tani yang disediakan setiap hari ahad.    Aku pernah datang main muzik di sini.    Sambutanya Alhamdulillah, memberansangkan.

            "Entahlah Mi  ...  Aku pun tak tahu apa yang nak aku cakapkan lagi,"  aku menghela nafas panjang.   Ku lepaskanya agak berat.   "Kalau boleh aku tak mau buat kerja macam ni kalau begini sekali hebatnya dugaanya.   Tapi aku pun nak juga cari duit.   Aku  ...  aku nak bantu mak ayah aku,"   sambung ku.

            "Macam mana kalau kau buat saja pemegang kunci tu banyak-banyak di rumah.   Satu hari orang akan tau juga yang kau mengusahakan projek perusahaan membuat  pemegang kunci tu.   Haa  ...  Kau juga boleh menganyam bakul rotan bukan?   Nah!  Kau anyam saja bakul tu banyak-banyak.   Aku yakin orang akan bantu kau,"   cadang Yasmi panjang lebar.

            "Kau tak sanggup membawa ku ke sana ke sini?   Atau kau dah berputus asa dengan pekerjaan kita ni?"  aku ingin menduga perasaan sahabat ku ini.    Seketika angin petang membelai lembut ke tubuh ku yang agak gempal ini.

            "Tidak terlintas di hati ku begitu.   Cuma aku  ...  aku kasihan melihat keadaan kau yang sebegini,"   keluh Yasmi dengan ikhlas.

            "Biarkanlah apa orang akan kata.   Nantilah  ...  aku akan menulis sebuah cerpen.   Aku nak hantar ke akhbar  ...  Aku akan berikan tajuk 'AKU BUKAN PEMINTA SEDEKAH,'  Biar orang akan baca tulisanku,"  balas ku. 

            Semalaman aku tidak tidur.   Aku sedang menyiapkan sebuah cerpen hasil pengalamanku.    Sebuah karya yang aku rangka sejak berberapa hari lalu.

            "Lan!   Bangun sembahyang subuh.   Dah lewat benar ni,"  terdengar suara garau memanggil nama ku dari luar bilik ku.    Ayah memang cukup ambil berat tentang sembahyang.    Emak sedang sibuklah sekarang ni di dapur menyiapkan sarapan pagi untuk kami tiga beranak.     Kak Melah mengikut suaminya tinggal di tanah rancangan Felda Rimba Mas Padang Besar.

            Lepas sembahyang, aku duduk kembali di hadapan komputer ku yang baru ayah belikan hasil jual padi tahun lepas.     Aku masih belum habis membayarnya.   Kalau aku tak buat kerja keras, macam mana aku nak bayar balik duit ayah sebanyak RM 2000 ringgit yang telah aku janjikan kepadanya.    Aku tetap akan membayar walau pun dengan harga sepuluh ringgit.    Mak pun turut mengeluarkan duit dari Tabung Hajinya untuk membantu ku mendapatkan komputer ini

Haruskah aku berterus terang dengan ke dua orang tua ku tentang tujuan ku ini?     Aku kebingungan.

            "Cis!   Celaka engkau!  ...    Kerana perbuatan engkaulah kami orang-orang buta terputus pencarian rezeki,"   Namun kepada siapakah aku akan tujukan makian itu?   Kepada siapa?

            Aku teringat beberapa berita yang tersiar di dada akhbar yang menyatakan bahawa banyak penduduk tempatan terutama orang kampung yang terpedaya dengan kedatangan manusia ini.   Mereka berpura-pura menjual barang atau ingin mengutip derma untuk sesuatu badan persatuan dan sebagainya, dan mereka akan mengambil kesempatan merompak, dan meragut barang kemas atau apa sahaja demi mendapatkan duit dengan cara mudah.    Mereka ini memang celaka.

            'Apalah yang ada pada ku,'

            Aku menangis sendirian di hadapan komputer sambil menadah tangan memohon doa.    Moga-moga manusia sebegini akan dapat di hapuskan oleh pihak yang berkuasa.   Dan manusia dapat kiranya menilai, yang mana benar dan yang mana palsu.   

 

 

     

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

MEMORI 15 OKTOBER.

 

 

BERBICARA tentang tarikh keramat 15, Oktober yang kami sambut setiap tahun, besar  kemungkinan ramai yang belum tahu peristiwa pada 15, oktober yang begitu bermakna bagi aku dan rakan-rakan.   Tarikh yang begitu istimewa bagi ku serta kawan-kawan ku semua.

            "Hari tongkat putih!   Kau datang bagai memberi sebuah kekuatan.   Kau datang bagai membina semangat!"  

            Tiada seindah kalimat.   Tiada semanis kata.    Tiada kenangan yang lebih indah di antara kenangan-kenangan yang telah aku lalui.    Lantaran itu membuatkan aku tidak dapat melelapkan mata sehingga kokokan ayam menjemput usia hari baru setelah aku kembali ke rumah sebaik sahaja selesai majlis gilang-gemilang itu.

            Hujan renyai-renyai di dada tarikh 17, disember, 2005 di perkarangan St. Nicholas Home Pulau Pinang bagai seruan dari langit menyatakan bahawa ada rahmat Tuhan buat hamba-Nya.    Akulah yang bangun seawall jam lima pagi meredah kedinginan subuh di asrama lelaki di sekolah itu.     "Apa nak di bimbangkan.   Di sini tempat kita.    Dunia kita.     Malahan segala-galanya dibina untuk kita,"  demikian kata Abang Pa.    Aku akui akan kata-kata itu.     Lalu kalau aku berlanggar dengan orang lain pun tidak menjadi masalah kerana mereka juga seperti ku.    Kembali semula ke bilik, Abang Pa, Abang Kassim, Pak Lang Rosli sudah bangun.   Selesai urusan menyucikan menyucikan diri, mandi dan membersihkan badan dan kemudian aku menunaikan solat subuh,  jam 7.00 pagi, kami ke dewan makan untuk sarapan dan kemudian terus ke dewan besar St. Nicholas untuk acara selanjutnya.

            "Assalammu'alaikum.   Saya Ina dari Intel Technology Sdn. Bhd Bayan Lepas.   Saya akan membantu abang dalam acara berjalan kaki nanti,"   suara lembut itu sedikit memeranjatkan lamunan ku.    Aku hanya menguntum senyuman kecil yang mungkin ketika itu Ina akan melihatnya.

            Lantas suara tersebut benar-benar membuatkan debaran jantung ku berombak maha dahsyat.   Kenapa tidaknya kerana aku mempunyai kenangan ku sendiri setelah sekian lama aku dikecewakan oleh dua orang wanita.    Kini Ina muncul di sebalik kenangan itu.    Membuatkan aku seperti di alam mimpi dan sedikit tergamam ketika acara berjalan kaki sempena sambutan Hari Tongkat Putih yang dilangsungkan pada 17, Disember, 2005 kerana 15, Oktober, 2005 jatuh pada 11, Ramadhan, 1426 Hijrah.    Kami dilepaskan oleh YB ahli majlis mesyuarat kerajaan Negeri Pulau Pinang mewakili Y.A.B timbalan ketua menteri Pulau Pinang.

            "Abang peganglah saya,"  pelawa gadis itu.

            "Baiklah,"   jawab ku lalu terus memegang pegelangan siku kiri gadis tersebut mengikut undang-undang yang telah ditetapkan.    Orang buta akan memegang pegelangan siku atau bahu orang yang akan membawa atau ingin membantunya bergerak sementara sebelah tangan lagi memegang tongkat putih.

            Macam-macam dibicarakan.    Tapi  ...  Ah!   Biasalah.   Orang perempuan.    Pertemuan kali pertama memanglah malu-malu.   Menunjukan cirri-ciri kemelayuanya.    Mujur dia tidak segan silu melayani ku yang sesekali berceloteh di dalam keadaan hujan yang masih belum reda.    Dia akan ketawa.     Sehinggalah tiba saat yang paling membuatkan debaran jantung ku bergelora sekali lagi.    Aku jadi serba salah.     Mestikah aku bertanyakan soalan itu?

            "Tanya soalan peribadi sikit boleh tak?"    tanya ku.

            "Boleh!   Apa salahnya!"  jawabnya.

            "Cik Ina ni dah berumah tangga ke belum?"  tanya ku setelah ku dapati reaksi gadis itu yang mengizinkan aku terus jadi mesra denganya.

            "Belum lagi,"   jawabnya ringkas.   "Baru dua puluh tiga tahun,"    tambahnya lagi.

            "Oh!  Gitu!"  aku separuh berbisik.

            "Tentu abang ni sudah berumah tangga dan mempunyai anak kan?"   alangkah terperanjatnya aku bila menerima soalan itu.   Adakah ini kelihatan seperti orang sudah berkahwin?    Namun aku gagahi juga melayani soalan Ina.

            'Abang sebenarnya  ...  sebenarnya  ...  Oh!  Ya!   Sudah pun tua kerepot.     Dah pun tiga puluh tiga tahun dah pun,"   ah!  Kenapa aku tidak berterus terang sahaja keadaanku sebenarnya?  

            "Rasa macam tak percayalah,"   balas Ina sambil ketawa kecil.

            "Nampak muda ke?"  tanya ku menambahkan lagi tawanya.

            "Yalah   ...   Macam tak percaya yang abang sudah berumur,"  

            Kami terus berjalan menuju ke arah sebuah stesen minyak.    Di situ kami menyampaikan pelekat kereta HARI TONGKAT PUTIH kepada pemandu kenderaan yang singgah mengisi minyak di situ.      Selama lima belas minit kami di situ, perjalanan diteruskan lagi.

            "Macam mana pengalaman Cik Ina,"  aku membuka topik lagi.    Moga-moga topik yang baru aku kemukakan itu akan membuatkan kami akan terus berbual lebih panjang.    "Yalah  ...  Pengalaman sepanjang Cik Ina bersama dengan kami.   Maksud abang, tadi Cik Ina ada menyatakan bahawa Cik Ina pernah membantu orang buta macam abang dan kawan-kawan abang kan?"    soalan itu sebenarnya sengaja ku reka untuk menguji keikhlasanya terhadap insan-insan seperti ku.    Adakah bantuan yang diberi kerana ditugaskan oleh majikanya?

            "Eerr  ...  Tak ada masalah.   Walau pun abang tak dapat melihat, tapi itu bukan satu penghalang.    Sekadar membantu dari segi pergerakan saja,"   jawabnya dengan panjang lebar.

            'Ikhlaskah jawapan itu?'

            Lantaran kesuntukan masa, aku tak sempat menyelami perasaanya dengan lebih mendalam.    Bukan perasaan cinta.   Siapalah aku hendak menjalinkan percintaan dengan gadis itu.    Tentu Ina cantik orangnya dan sudah mempunyai teman lelaki yang kacak serta mampu memberikan kebahagiaan kepadanya.

            "Nanti abang akan tuliskan sebuah artikel tentang majlis ini dalam majalah WAWASAN ORANG CACAT PENGLIHATAN terbitan Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia.   Kalau sudi, berikanlah alamat Cik Ina kepada abang, nanti bila artikel abang disiarkan abang akan kirimkan untuk Cik Ina sebagai kenang-kenangan,"  kata ku ketika kami memasuki ke perkarangan St. Nicholas.

            "Boleh  ...  Tak ada masalah,"   jawabnya.

            Kami berpisah di situ.    Ku sangkakan perpisahan itu sebagai penamat pertemuan ini.    Rupa-rupanya lain yang terjadi di sebaliknya.    Ina menepati janjinya bila Abang Remli berjumpa dengan ku selepas aku selesai menunaikan solat zuhur.

            "Cik Ina bagi,"  katanya ringkas.

            "Wiuuttt!"   Terdengar siulan panjang dari Abang Pa dari belakang.    "Pandai juga Lan mengorat ya!   Kami juga yang melepas,"   katanya sambil tergelak besar.   Abang Remli juga ikut ketawa sama.

            "Itulah lain kali jangan pandang orang sebelah mata saja,"   sahut ku.   Aku juga turut ketawa puas hati.    Mereka sudah menganggap aku sudah berjaya mengorat seorang gadis.      Namun aku bukan jenis lelaki 'buaya darat,' seperti orang lain sesetengahnya yang mana ada juga di kalangan orang buta yang berperangai semacam itu.   Aku minta simpanglah jauh-jauh,        

            "Lan!   Rumah kita dinaiki air.   Cuba kau telefon Kak Ramlah.    Jangan-jangan rumah dia pun dinaiki air,"   suara mak memeranjatkan lamunan ku.

            Kasihan mak!   Susah payah mak bergegas ke sana ke mari bersihkan rumah.    Diam-diam aku berbisik 'kalaulah aku mempunyai isteri yang perihatin, taklah mak dan ayah yang selalu saja sakit-sakit teruk-teruk membersihkan rumah,'   aku benar-benar mengharapkan  ada insan yang perihatin di luar sana memahami perasaan ku.

            'Adakah Cik Ina?'

            'Ah!    Mana mungkin Cik Ina dapat menyelami perasaan ku kerana pertemuan kami yang sesinmgkat itu.   Lagi pun  ...'   hati ku berhenti berbisik kerana dikejutkan suara jam robot di tangan ku mengumumkan sudah pun pukul satu tengah hari.   'Aku yang silap kerana tidak memberi tahu yang aku masih membujang,'

            'Kalau aku berterus terang, sudikah dia menerima ku?'

            'Tak mungkin  ...!'

            'Sebab?'

            Aku menghela nafas panjang.     Aku berikhtifar panjang.    Semua manusia mempunyai nafsu sedemikian.    Tapi aku harus menerima ketentuan dari kekuasaan-Nya.   Hadis menyatakan bahawa ;

            "Sesungguhnya rezeki, jodoh, ajal dan maut seseorang anak Adam adalah ketentuan Allah,"   

           

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 



TERIMA KASIH MENTERI BESAR.

 

 

Kau yang telah membuka mata pembangunan hakiki

segalanya impian sekalian rakyat di desa kota

yang dahagakan kemajuan, dahagakan kemerdekaan.

 

Sesungguhnya cinta dan kasih kami

tak pernah pudar tak pernah berubah

setia kami hanya Satu curahan hati

buat seorang pemimpin.

 

Terima kasih Menteri Besar.

 

 

Roslan Bidin.

Beseri  - 2000.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

                         ;            &nb sp;            & nbsp;             ;            &nb sp;            & nbsp;             ;            &nb sp;            & nbsp;             ;            &nb sp;            & nbsp;             ;    

             ;            &nb sp;            & nbsp;             ;            &nb sp;            & nbsp;                        ;            &nb sp;        

ST NICHOLAS YANG SERING DISEBUT.

Pengalaman sewaktu Berkursus Anyaman Kraftangan Rotan

Di Sekolah Bagi Orang Buta.

 

Masa silam yang sesekali datang

membawa kenangan di zaman keanak-anakkan

dan nama itu sering kudengar

sering disebut-sebut orang

St. Nicholas  ...  Berdesir hatiku berbisik

St. Nicholas  ...  Bergerak di bibir kucuba menyebut

St. Nicholas Home  ...  Kucuba bertanya, apa maksudnya?

St. Nicholas Home  ...  Kucuba mencari di mana letaknya?

 

Masa kini yang terukir di jiwaku

tika pertama kali hatiku jatuh di kamar resah dan sepi

lalu kucuba dekati padanya

menyelami ribuan rahsia

atau ratusan kisah suka-duka

yang datang dan pergi.

 

Masa depanku yang kian terpancar

memecahkan rasa kesangsian hidup

tabahnya kaki tangan di sini

memungut daun-daun impian

lalu diwarnai ke dalam diri ku

yang selama ini kurasakan gelap

dan tak punya erti.

 

Rupanya  ...  Barulah kutahu

St. Nicholas yang sering disebut-sebut orang

destinasinya di Utara Semenanjung Malaysia

diciptakan untuk kami

warga-warga cacat penglihatan.

St. Nicholas yang selama ini

bermain di bibirku

adalah ibu  ...  adalah bapa

untuk aku dan kawan senasib.

 

 

ROSLAN BIDIN.

Handicraft Training St. Nicholas Home. - 1999.

 

 

 

 

 

PUISI UNTUK KEKASIH.

 

Senyum mu lukisan jiwa ku

tawa mu penghibur hatiku.

 

Senyuman mu penawar resah

diri mu rentak jantung ku.

 

Andai bulan mengukir kata

akan kujadikan puisi indah.

 

andai mentari tersenyum

menjadi tarian cinta.

 

 

ROSLAN BIDIN.

Beseri – 1998.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

TAK INGIN MENJADI PENGEMIS!

 

 

Lahirku di atas pentas opera

dipenuhi lakonan dan lagu cinta.

 

Aku mencari rezeki dan sesuap nasi

menjadi seorang seniman jalanan.

 

Aku tak ingin menjadi pengemis

membuang resah di pinggir waktu.

 

Aku tak ingin menjadi mangsa cinta

yang tersembunyi seribu muslihat.

 

 

 

Roslan Bidin.

Kompleks Penyayang Dr.  Siti Hasmah Jejawi  -  1997/

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

BERKAWANLAH KITA!  ...  BERMESRALAH KITA!

Sajak Khas Sempena Sambutan Hari Kraf Kebangsaan 2007.

Kenangan ku Yang Tak Pernah Ku Lupakan Walau Pun Sedetik.

 

Bertemu lagi kita buat sekian kalinya

bersama sebuah kenangan dulu.

 

Biar pun dunia kita berbeza.

 

Bertemu lagi kita biar pun terasa sekejap

bersama suara serta warna hati anak seni kraf tangan Semenanjung.

 

Biar pun rumah kita berbeza.

 

Bertemu lagi kita yang bernama warga kraf tangan

bersama satu tujuan, satu matlamat.

 

Biar pun kampung kita berbeza.

 

Bertemu lagi kita di dalam satu majlis

sempena sambutan Hari Kraf Kebangsaan.

 

Berkawanlah kita!  ...  Di sini tempat kita berkawan!

Bermesralah kita!   ...  Di sini tempat kita bermesra!

 

Berpisahlah kita sementara menanti hari esok

jika Tuhan izinkan kita berjumpa lagi.

 

Terima kasih dari kami sekawan usahawan OKU Penglihatan

atas peluang dan kesempatan yang diberi.

 

Kami tidak rasa sangsi  ...  kawan kita baik semuanya

kami tidak rasa malu  ...  staf di sini ramah semuanya.

 

Berkawanlah kita  ...  biar pun dunia kita berbeza.

 

 

Roslan Bidin.

Pengusaha Kraf tangan Anyaman Rotan Orang Cacat Penglihatan Perlis.

5, Mac, 2007.

 

 

 

 

 

 

PUISI BUAT REALITI AMAL TV3.

Sempena Rakaman Kisah Hidup Mustaffa bin Dahaman.

Disiarkan Pada Jun, 2007.

 

 

Sekian lama titisan keringat yang mengalir

dari tubuh seorang penjaja yang daif dan buta

tak pernah kenal penat dan erti kemiskinan

kerana jualan bakul yang tak seberapa

cukup menyara hidup  ...  biar pun hari ini

ikan tamban kering menjadi hidangan istimewa.

 

Timbul hasrat si penjaja buta

kalau kisah hidupnya yang serba payah

jadi perhatian media cetak

atau paling glemor kalau jadi hero di kaca tv

bukan mencari nama dan bukan mencari pangkat

tapi sekadar ingin berkongsi pengalaman

tapi sekadar ingin berkongsi kesusahan.

 

Hari itu si buta bagai bermimpi

kerana impianya menjadi kenyataan

tika kru Realiti Amal 'BERSAMA MU TV3'

datang mencari cerita erti hidup.

 

Si buta amat terharu

bila suara hatinya dapat didengar

keluhanya dapat dikongsi

sambil tanganya menuding kesusahan

Lihatlah tuan!

Rumah ku yang rosak

dindingnya berlubang di sana sini

atap yang bocor di merata-rata

sakit demam datang sesekali

semuanya perlu dibaiki

semuanya perlu diubati

hanya bantuan JKM yang masih tak mencukupi.

 

Si buta ingin mengucapkan jutaan terima kasih

buat mereka yang sungguh perihatin

hanya doa kepada Ilahi buat hadian

moga amal yang ditabur dirahmati Tuhan.

 

ROSLAN BIDIN.

Kumpulan Pengusaha Barangan Kraf tangan.

Orang Cacat Penglihatan Perlis.

Beseri  09, Jun, 2007.

 

 

KELUARGA BARU.

 

Sempena Penubuhan Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia.

(Society Of The Blind In Malaysia) Kawasan Kedah.

 

Apakah kebahagiaan itu akan berkekalan

bila datang lagi keluarga baru di kalangan kita

kebahagiaan dibina akan bersemanyam

pada setiap aktiviti, kursus dan seminar

 

Apakah kebahagiaan itu akan menyubur

bila lahir lagi keluarga baru di kalangan kita

kebahagiaan bermastautin di sebuah pejabat

payahnya dicari  ...  yang dulunya

barisan AJK hanya duduk berbincang, bermesyuarat

berlantaikan alas tikar, berhawa dingin deruan kipas syiling.

 

Apakah kebahagiaan itu akan terus tumbuh

bila sudah akrab hubungan keluarga kita

tapi ahlinya tak mengenali satu sama lain

barisan AJK dok cari  modal bermesyuarat

cari jalan untuk bangunkan kita, adik dan abang

dari terus duduk lena di rumah.

 

Wahai kawanku!   Tahukah kalian

kita sudah mempunyai sebuah keluarga

yang dulunya kalian menumpang

pada SBM Pulau Pinang dan KL Selangor

yang dulunya kalian impikan.

 

Apakah kita mahu melihat barisan AJK menangis hampa

melihat kita yang masih lagi dok lena

apakah kita mahu melihat keluarga baru kita

yang sekian lama dicari dan ditebas semak samunnya

bersama pengerusinya saban malam

lenanya tak pernah lelap

memikirkan perancangan dan aktiviti

untuk kita orang cacat penglihatan Kedah dan Perlis.

 

Apa pun sebenarnya SBM yang kita sebut dan kita terjemah

(Society Of The Blind In Malaysia)

seharusnya kita mesti memberikan sebuah cenderamata

yang bukanya sebuah gubahan bunga

atau ciptaan madah dan puji-pujian

cukup hanya sebuah penyertaan kalian

membentuk keluarga baru kita.

 

Apa pun halnya  ...  Itulah rumah kita

keluarga baru kita yang sudah pun jauh melangkah

pejabatnya yang dulu beralaskan tikar kini terhias indah

kerusi empuk dan hembusan lembut penghawa dingin.

 

Datanglah kalian melihat rumah kita

yang belum berdaftar, sudikanlah berdaftar

agar terbela nasib mu di hari muka

duduk sebumbung, ketawa serumah

makan sepinggan, tangis senada.

 

 

Roslan Bidin.

Timbalan Pengerusi SBM Kawasan Kedah.

1, November, 2007.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

BAJU KURUNG MERAH JAMBU.

 

 

"AWAK sudah sampai,"   demikian kata kendaktor bas yang membawa          penumpang-penumpang dari Kangar ke Kampung Guar JentikBeseri kepadanya.    Bas PPMPs berhenti tepat di hadapan papan tanda warna biru yang bertulis "SELAMAT DATANG KE KAMPUNG BELUKAR BELUKAR,'  seperti yang diminta.

            "Oh!  Sudah sampai rupanya.   Err  ...  Terima kasih ya bang,"  ucapnya.

            Ruhiyat bangun dari kerusi di atas bas tersebut sambil tangan kirinya menggenggam kemas berberapa bungkusan barang-barang yang baru dibeli dari Bandar Kangar tadi.    Termasuklah sebuah bungkusan yang sangat penting buatnya.     Kalau boleh dia ingin segera turun dari dalam bas tersebut untuk menyampaikan bungkusan tersebut kepada tuan punyanya.    Sementara tangan kananya memegang tongkat hikmatnya sebagai lambang bagi orang cacat penglihatan.    Biasanya orang ramai atau pemandu kenderaan yang ternampak tongkat tersebut akan membantu atau memberhentikan kenderaan mereka untuk memudahkannya melintas jalan.

            "Saya  ...  sukakan  ...  Abang  ...  Ruhiyat.   Abang  ...  Ruhiyat  ...  boleh  ...  buat  ...  berbagai  ...  jenis  ...  bakul,"   demikian kata Siti Musliana dalam bahasa isyarat dan diterjemahkan oleh Munirah kawanya pada suatu pagi.    Siti Musliana yang lincah orangnya mengambil berus serta sebuah tin berisi syelek yang disimpan di satu sudut di dalam rumahnya.   Lantas Siti Musliana membantu Ruhiyat menyapukan syelek tersebut ke atas bakul-bakul hasil anyaman Ruhiyat yang telah disiapkan.

            "Oh!  Gitu!"   Ruhiyat tersenyum mendengar terjemahan dari bahasa isyarat yang disampaikan oleh Munirah tadi.    "Tolong tanyakan kepadanya  ...  Ikhlaskah pujian itu?"   tanyanya sekadar bergurau sedangkan dia tahu benar akan perasaan gadis  tersebut.

            Ruhiyat terdengar suara tawa dari Siti Musliana.   Kalau dengar suara tawanya, orang buta sepertinya sedikit pun tidak akan pecaya bahawa Siti Musliana itu bisu.   Siti Musliana manja perwatakanya.   

            Munirah pula seorang gadis yang sering keluar masuk ke hospital kerana selalu diserang penyakit lelah.     Bulan Ramadhan baru sahaja sebulan berlalu.     Dengar-dengar Munirah sudah dimasukan ke wad.    Ruhiyat hanya mampu melawatnya sahaja kerana apalah ada pada dirinya sedangkan dia hanya insan biasa.     Dia bukanlah seorang doktor.     Ruhiyat hanya mampu menghela nafas panjang mengenangkan kejadian yang semestinya sudah ditentukan Allah kepada hamba-Nya serta terkandung hikmah di dalamnya kalau bersabar.

            "Eloklah tuuu  ...  Kalau dah tak sihat tu, siapa yang nak berkenan  ...  Yang seorang tu pulak bisu,"  

            Berdesing telinga Ruhiyat bila mendengar kata-kata sindiran dari Mak Cik Peah petang itu.    Walau pun berbentuk gurauan  ...  tapi hati siapa yang tak sakit.    Tapi begitulah sifat manusia.    Mujurlah mak buat tak dengar saja dengan sindiran kawan-kawanya yang tinggal di Kampung Abi itu.      "Buat tak dengar saja mak.    Orang macam tu bukanya boleh dilayan sangat,"     kata Ruhiyat malam itu bila akhirnya mak merungut juga serta melarangnya menjalinkan hubungan lagi dengan gadis-gadis malang tersebut   

            "Apa yang kau beli banyak sangat ni,"    tanya mak.   Suara mak memeranjatkan lamunanya yang hanyut bersama sebuah lagu raya menerusi slot 'Gong Sensasi,' terbitan Radio Perlis fm serta seloteh DJnya Ramzan dan Mat Shah Hashim petang itu.     'Pandai mereka memilih lagu raya.   Sedap,'  bisik hatinya.

            "Nak buat kuih rayalah mak.   Kuih sampret  ...  kek dan ada beras pulut tu,"  Ruhiyat berjalan perlahan-lahan menuju ke arah kerusi di ruang tamu dan duduk di situ.      "Bukankah ayah suka makan ketupat,"    sambungnya membilang jenis-jenis makanan kegemaran mereka setiap kali menjelang satu Syawal.

            "Kenapa tak dibeli yang dah siap?  ...  Sapa yang nak buat semua tu?"  sungut mak.     "Kalau ada bini tak apa jugak,"   sambung mak.

            Tersentuh juga hati Ruhiyat menerima kata-kata dari mak.   Namun Ruhiyat tahu bahawa mak tidak terlintas untuk melukakan hatinya.     "Malam ni kan Kak Melah nak balik  ...  Zaini dan lakinya juga balik.   Kita suruhlah diaorang buat.   Makan kuih raya buat sendiri lebih sedap mak,"    Ruhiyat merebahkan tubuhnya ke atas kusyen tersebut.    Teringat pula bungkusan yang ditempah dari sebuah Pasar Raya Borong Dinhh  di Kangar tadi.    Mujur bungkusan itu tidak diberikan sekali kepada emaknya.     Kalau tidak, alamatnya pecahlah tembelangnya.     Inilah upahnya yang paling lumanyan yang diberikan pada bulan ini selain dari upahan iaitu seringgit untuk sebuah bakul bersaiz kecil dan dua tiga ringgit untuk sebuah bakul bersaiz besar.     Bulan Ramadhan selalunya Ruhiyat akan mendapat jualan yang sungguh memberangsangkan termasuklah tempahan dari pelangganya.

            Barangkali itulah kelebihan yang ada di dalam bulan Ramadhan yang sering diceritakan oleh Ustaz Syafiee yang mengajar kelas Agama di Masjid Ar Rahmah Kampung Belukar.     Sebabnya berlaku ke atas dirinya sendiri.    Kalau bulan lain, rezekinya hanya cukup untuk makan pakai dirinya, ayah serta mak.  

            Sejak kebelakangan ini ayah selalu sahaja tak sihat.    Namun digagahi juga masuk ke hutan rumbia.    Ambil daun rumbia untuk dibuat atap dan dijualkanya di kedai Kak Misah di Kampung Darat.   Puas dinasihatkanya, namun ayah tetap nak buat kerja juga.   Akhirnya Ruhiyat terpaksa mengalah serta berdoa semoga Allah melindungi ayah dan maknya.

            Petang yang sungguh damai di penghujung Ramadhan yang membawa seribu kenangan serta Rahmat dari Allah kepada hamba-Nya.   Ramadhan akan pergi.   Entah akan bertemu atau tidaknya pada Ramadhan yang akan datang.     Ruhiyat memanjatkan kesyukuran.   Sekian lama dia berpuasa, tidak pernah sehari pun dia tertinggal kerana sakit dan sebagainya.

            "Mana Siti ni?  ...  Dah seminggu dia tak datang,"   sungut Ruhiyat sendirian.   Ditekan jam di tanganya.   Sudah pun pukul tiga petang.     Pukul empat nanti teksi Abang Long akan datang ambilnya untuk pergi berniaga di Pasar Ramadhan di Balai Baru.     "Munirah pun tak nampak-nampak?   Ke mana dia orang ni?"  bisik hati kecilnya.   "Aku mesti menelefon rumah Munirah,"   Ruhiyat membuat keputusan sendiri.       

            Lalu Ruhiyat bangun dari tempat duduknya.   Di bendul rumahnya masuk ke bilik ambil handfon.      Kalau guna telefon rumah nanti didengari mak.     Bukan tak tahu, mak tidak menggalakanya menjalinkan hubungan dengan gadis-gadis tersebut.

            "Munirah dimasukan ke wad semalam  ...  Siti Musliana balik ke kampung bersama keluarganya di Parit Buntar Perak,"    demikian beri tahu Puan Rosnah ibu Munirah.

            Ruhiyat bagaikan hilang anggota.  Rasa kesalnya amat sangat kerana merahsiakan hajatnya untuk memberikan hadiah istimewa itu kepada Siti Musliana.     Ruhiyat bangun perlahan-lahan menuju ke arah sebuah meja kecil di sebelah katilnya.     Diraba-rabanya.   Ruhiyat jumpa radio.   Di sebelah radio itulah sebuah bungkusan kemas sepasang baju kurung warna merah jambu yang dibelinya disimpan.     Mahu tidak mahu, Ruhiyat terpaksa menyimpan baju tersebut sehingga Siti Musliana balik nanti.

            "Maafkan abang!  Siti!"   bisik hati kecilnya.

  

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

KUDRAT.

"KITA mesti mencari jalan penyelesaian mengatasi masalah ini.    Kasihan Abang Mus kita yang terpaksa mengorbankan tenaga anak isterinya semata-mata untuk memikul rotan yang mencecah puluhan kilo,"  demikian kata Rostam.   Dan itulah perbincangan yang paling utama dan menjadi sebab kenapa Rostam memanggil kawan-kawanya bermesyuarat pada hari itu.

            Bukan untuk kepentingan dirinya.   Tetapi untuk kepentingan bersama.   Cukuplah sudah sepuluh tahun lebih mereka memikul beban itu.    Kerana itulah sahaja pencarian rezeki mereka.    Dia mesti cari jalan penyelesaian untuk menyelesaikan masalah ini.    Mereka sudah tidak ada kudrat lagi untuk memikul rotan yang terpaksa mereka bawa beli dan bawa balik dari Jalan Lebuh Pantai Pulau Pinang itu.  

            Pernah suatu hari Abang Karim mengajaknya ke Pulau Pinang beli rotan.   Tempahanya bertimbun-timbun.    Ada yang menempah bakul loundry, beg tangan dan bakul bakul fail macam-macam lagi.   Tak kurang juga dengannya.    Tak menang tangan dibuatnya.    Rostam mengambil kesempatan itu, membeli juga sepuluh kilo rotan kerana rotan di dalam simpananya sudah hampir habis.

            Paling teruk masalahnya ialah ketika mereka hendak berjalan kaki melintasi lorong menuju ke feri.     Tiba-tiba rotan yang dipikul oleh Abang Karim terburai dari ikatanya.      Kelam kabut jadinya.   Mujur Rostam dapat melihat sedikit berbanding dengan Abang Karim yang tidak dapat melihat langsung.    Kasihan Abang Karim yang terpaksa meraba-raba mengikat kembali rotan-rotan tersebut.     Dicuba membantunya.   Namun rotan tersebut tetap terburai juga dari ikatanya.    Berpeluh-peluh mereka dibuatnya kerana dalam keadaan di dalam lorong penumpang menuju ke arah feri yang sempit.    Kalau mereka dimarahi penumpang-penumpang yang sedang ada yang berlari, dan kalau yang berjalan bersahaja sahaja tak apa juga untuk mengejar waktu perjalanan feri.

            "Aiyaa!  Apa pasal ini?"  seorang lelaki Cina muncul di situ.   "Ini lotan angkat tolon,"  katanya lagi.    "Lu mau bikin laga?"  tanyanya.

            Mereka hanya angguk sahaja membiarkan lelaki tersebut mengikat ikatan pada rotan tersebut kemas-kemas.     Bila mengingati peristiwa itu, Rostam tersenyum sendirian.    Diceritanya kepada kawan-kawanya yang berada di dalam perjumpaan mereka hari itu.    Rostam dan Abang Karim yang memahami bahawa lelaki Cina tersebut meminta mereka membantunya menurunkan rotan dari atas bahu masing-masing terus meletakan ikatan rotan tersebut ke lantai.    Namun lelaki Cina tersebut menjerit lagi.    "Aiyaaa!  ... Angkat tulon,"   sambil mengangkat rotan tersebut dan diletakan ke bahu mereka.    Barulah mereka tahu bahawa lelaki tersebut ingin membantunya meletakan rotan tersebut ke bahu mereka.   Sepanjang perjalanan, mereka ketawa terbahak-bahak sehingga hilang rasa letih dan dahaga yang dirasai sebentar tadi.     Bayangkanlah.   Sebelah tangan memegang tongkat putihnya yang menjadi lambang bagi orang-orang cacat penglihatan sepertinya.    Mana kala sebelah tangan lagi mengawai rotan agar tidak terburai dan jatuh lagi.     Rostam juga terpaksa membantu membawa Abang Karim berjalan bersama denganya.

            "Ini tak boleh jadi  ...  Kasihan Abang Karim     .    Tentu teruk juga nak mengimbangi badan dengan rotan yang terpikul di bahunya,"   celah Lim Yie Keong yang lebih mesra dengan panggilan mesranya Lim saja.   

            "Masalahnya di kalangan kita ini tak ada yang mempunyai adik-beradik yang mempunyai van,"   celah Kak Ani membuat ulasan.

            "Kalau kita ada adik beradik yang mempunyai van pun tak guna juga kalau dia orang tak mau nak bantu kita,"   celah Abang Mus.   "Lagi pun Pulau Pinang dulu dengan Pulau Pinang sekarang banyak perubahanya tau,"    tambahnya lagi.

            "Saya ada satu jalan,"   kata Lim.

            "Apa dia?"  tanya mereka serentak.

            "Sebelum tu  ...  berapa agaknya kos yang kawan-kawan semua keluarkan selain modal beli rotan tu.   Maksud saya, belanja tambang, makan dan lain-lainya?"    tanya Lim.

            "Lebih kurang dalam RM 65.00 seorang,"  jawab Abang Mus ringkas.

            "Saya ada satu jalan,"  Lim mula membuka cadanganya yang sedang berada di kotak fikiranya.     "Apa kata kalau kawan-kawan gunakan duit itu untuk membayar upah kepada van  pergi mengambil rotan itu dan membawa balik ke pangkuan kawan-kawan semua.    Kali pertama, seorang yang tahu jalan ke kedai rotan tu ikut sama van tersebut dan menunjukan alamat kedai rotan dan rumah kawan-kawan sekembalinya ke Perlis nanti,"   cadang Lim panjang lebar.

            "Lim ada saudara-mara yang mempunyai van  tu?"   tanya Mak Su Nab.

            "Saya akan cuba carikan kalau-kalau ada kawan bapa saya yang mempunyai van dan selalu ke sana,"   kata Lim.   "Kita boleh minta tolong dia,"   sambungnya.

            Lama mereka membisu memikirkan cadangan Lim tadi.   Sementara di jalan raya di hadapan rumah Abang Mus kedengaran kenderaan lalu-lalang dengan urusan masing-masing.   Setiap kali bermesyuarat, Rumah Abang Muslah pilihan Rostam kerana rumahnya dalam kawasan Kangar dan mudah kawan-kawan yang lain datang.   Niat Lim memanglah baik.   Ingin menolong kawan-kawanya.    Namun Rostam merasakan harga itu terlalu mahal.    Namun Rostam sedikit tidak bersuara membantah cadangan itu.   Biarlah keputusan mesyuarat membuat kata putusnya.    Dengan kata putus mesyuarat setidak-tidaknya tidaklah menyinggung sangat perasaan Lim.

            "Saya rasa kos itu terlalu mahalah Rostam.    Sebab kita boleh carikan jalan yang lebih baik lagi,"   kata Abang Mus setelah sekian lama mereka menyepi.

            "Jalan yang macam mana pula?"  tanya Rostam.

            Selaku ketua di dalam kumpulan kecil yang diamanahkan oleh kawan-kawanya di Perlis, Rostam perlu mendengar semua pendapat kawan-kawanya.   Dan Rostam juga pernah menyatakan bahawa dalam kumpulan kita ini tak ada siapa yang lebih.   Dan tak ada siapa yang kurangnya.    Sama-sama senasib.   Oleh itu, dia rela melepaskan jawatannya jika ada orang yang sanggup memegangnya demi untuk memberikan keadilan dalam memilih ketua di dalam kumpulan ini.

            "Kalau seperti cadangan Lim tu  ...  Lebih baik kita cuba tanyakan kepada pengurus Kedai Unisyion di Taman Sena di Kangar tu,"   cadang Abang Mus.    "Dia orang tu sering berurusan dengan pemborong-pemborong di Pulau Pinang tu.   Kita tanyakan dengan dia orang tu, kalau-kalau kita boleh tumpangkan rotan kita sekali,"  terang Abang Mus.    "Saya rasa dengan cara tu mungkin kita akan dapat harga paling murah,"   tambahnya.

            "Ya!  Saya rasa itu lebih baik  ...  Sebab kita tidak sewa sebuah van tersebut,"   sokong Kak Ani.    "Kita hanya tumpangkan barang kita,"   tambahnya lagi.

            "Saya setuju!"  sahut yang lain.

            Rostam menghela nafas lega.   Sekurang-kurangnya sekarang ini sudah terongkai segala kekusutan yang selama ini bermain di kotak kepala mereka tentang masalah besar yang sedang mereka hadapi.    Cuma sekarang ini mereka perlukan jawapan dari pihak Kedai Unisyion Kangar.     Sedar tidak sedai jam sudah menunjukan ke pukul satu tengah hari.     Yang pastinya mereka masih di dalam delema menanti.    Menanti sebuah jawapan yang akan melegakan mereka semua.   Setidak-tidaknya kudrat yang mereka gunakan untuk memikul rotan itu mereka gunakan untuk menghasilkan lebih banyak barangan kraf tangan.

 

             

 

 

           

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

GLOSARI.

1.         Cambah            & nbsp;          : Tumbuh. 

2.         Kanvas            & nbsp;            : Si kain yang tebal.   Beg yang tebal.

3.         Fajar            & nbsp;             ;   : Mata hari/Mata hari waktu pagi.

4.         Kudus.            & nbsp;            : Suci murni.   Tidak berdosa.

5.         Pelusuk.            & nbsp;          : Ceruk atau penjuru.

6.         Nur            & nbsp;             ;     : Cahaya.

7.         Keringat            & nbsp;          : Peluh dingin.   Peluh yang keluar dengan banyak.

8.         Syahdu.            & nbsp;           : Elok, Cantik, Mulia.   Cth : Malam yang Syahdu (Mulia)         

9.         Semadi            & nbsp;            : Simpan.

10.       Ukhwah.            & nbsp;         : Persaudaraan.

11.       Mudzakarah.            & nbsp;   : Perbincangan.

12.       Jom.            & nbsp;             ;    : Dialek Negeri Kedah Perlis bermaksud "Mari."

13.       Tongkat Putih            & nbsp;  : Tongkat yang digunakan oleh orang cacat penglihatan             & nbsp;             ;            &nb sp;              untuk berjalan.

14.       Reaksi             & nbsp;            : Aksi/Pergerakan/Tingkah laku kerana sesuatu pengaruh.

15.       Buaya Darat            & nbsp;    : Lelaki yang suka main kayu tiga (Menyimpan perempuan)

16.       Hakiki            & nbsp;             ; : Yang hak.  Yang Benar Nyata.

17.       Desir            & nbsp;             ;   : Bunyi seperti daun kayu ditiup angin.  Atau Bisikan.

18.       Sangsi            & nbsp;             ; : Ragu-ragu.

19.       Opera.            & nbsp;            : Drama yang disertai nyanyian dan muzik.

20.       Daif.                 & nbsp;           : Cacat, Hina, lemah dan terlalu miskin.

21.       Dok.            & nbsp;             ;   : Dialek Negeri Kedah Perlis bermaksud "Tinggal,"

22.       Ikan Tamban             & nbsp;  : Ikan dari laut yang sedap jika dikeringkan dan digoreng.

23.       Glemor             : Popular.

24.       Realiti            & nbsp;             ;  : Benar, nyata.

25.       Bermastautin            & nbsp;    : Tinggal menetap.

26.       Syelek            & nbsp;             ; : Minyak digunakan untuk menyapu pada kayu, papan dan             & nbsp;             ;            &nb sp;                    rotan.

 27.      Bisu            & nbsp;             ;     : Tidak bersuara "Orang itu bisu."  sunyi.

28.       Gong.            & nbsp;             ;  : Alat muzik tradisional untuk menginsahkan bunyi-            & nbsp;             ;            &nb sp;            & nbsp;                    bunyian.

29.       Bini.            & nbsp;             ;    : Dialek Negeri Kedah Perlis bermaksud  "isteri."

30.       Laki.            & nbsp;             ;   : Dialek Kedah Perlis bermaksud "Suami,"

31.       Kudrat            & nbsp;            : Kuasa Tuhan.  Kekuasaan.   Kekuatan.

32.       Burai.            & nbsp;             ;  : Terungkai. 

 

Maklumat diperolehi dari KAMUS DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA.

                 

 

 

 

 

 

 

2 ulasan:

Taminsari berkata...

Salam sejahtera..
Bagaimana caranya untuk membeli naskah buku tersebut..Terima kasih

Salam perjuangan

Tai berkata...

Ok, akan saya carikan butir-butir lanjut.





Arkit blog