Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua rakan-rakan.
Ya, memang seronok dapat berjumpa dengan rakan-rakan sama ada yang lama atau pun yang baru.
Kakros sampai di hotel pada pukul 6.30.
Pada asalnya nak datang sebelah pagi sebab kakros dah pun daftar untuk menghadiri EGM dan bayaran pun dibuat.
tapi oleh kerana kasihatan yang tak mengizinkan maka kakros tak jadi pergi sebelah paginya.
mana taknya, semalaman tak dapat tidur sebab batuk yang tak terhenti-henti.
sekali batuk kena lari ke bilik air.
masa pukul dua pagi tu abang shariff ada bagi ubat batuk. tapi tulah kejap ajer baik dan tidur pun kejap, lepas tu batuksampai ke pagi.
semasa mengosok baju dan tudung untuk ke hotel, batuk kakros masih tak berhenti juga.
Lalu abang shariff kata tak payah pergilah.
simposium pun nyaris-nyaris tak jadi tapi bila tengok sebelah petangnya dah ok dan ditambah pula kakros dah bayar dan ingin berjumpa dengan member-member seperti abang Joe, cikgu rashid, abang hashim dan yang lain-lain tu kakros pergi jugalah.
sampai kat hotel tak ada siapa. jadi kakros pun tanya pada orang kat kaunter nombor bilik kakros dia kata dah ada orang masuk.
kami dengar macam orang tu kata bilik no.332.
jadi kami pun carilah bilik no.332 tapi tak jumpa.
lalu kakros pun call arilzoh atau lebih mesra dengan panggilan ari ajer.
dia suruh kami tunggu kat lif dan dia datang jemput kami.
rupanya bilik no.322 bukan 332. kalau bilik 322 memang kami jumpa tadi.
sampai di bilik abang shariff pun balik.
di dalam bilik tu ada kak fuziah. sebelum ni kakros pernah jumpa kakfuziah tapi tak sempat berbual sebab masa tu nak balik.
mereka kata lepas sembahyang baru kita turun makan. mereka juga tanya siapa tu romainun sebab mereka tak kenal tapi namanya ada dalam bilik kami.
tak lama tu romainun atau rumi pun sampai.
barulah kak fuziah kata.
"oh ini kah ronainun. kalau macam tu kenallah sebab pernah jumpa cuma nama tak tahu. lagi pun kak fuziah ada juga ke SBM."
Romainun pun kata,
"oh akak sabun."
sebab dia pernah oder sabun dari kakfuziah cuma dia tak tahu yang akak sabun namanya kakfuziah.
itu pun sebab kak fuziah ada jual sabun sebab tu dapat gelaran akak sabun.
Lepas sembahyang kami pun turun ke dewan makan.
kami dapati orang dah agak ramai.
dalam ramai-ramai tu kakros terdengar suara abang Hashim.
apa lagi kakros pun panggil abang Hashim.
sekali dua dia tak dengar apa lagi kakros pun jeritlah sikit.
"alamak malunya terkuat suara ."
rashid pun ada.
sedang kami makan dan berbual ada lah seorang tu dengan suara yang mancho,
lalu berkata.
"boleh saya tumpang duduk kat sini?"
Pada mulanya kakros tak perasan siapa. lepas tu baru perasaan rupanya cikgu Azhar.
dia pun mulalah macam bunyi ayam yang sedang digoreng.
lepas tu dia pun pergi.
tak lama kemudian datang pula abang munir, abang amri dari johor dan abang mustapa ahmad duduk semeja dengan kami.
kak saniah isteri abang munir pun ada tapi kejap ajer. dia datan untuk hantar abang munir saja. dia duduk kat meja sebelah mungkin tak cukup kerusi kot.
selain dari tu adalah lagi beberapa orang yang datang.
oleh kerana kakros seorang ajer yang kenal mereka maka kakros lah yang banyak berbual dengan ditambah pula dengan abang munir yang suka bergurau.
ari dan kakfuziah toling ambil makanan untuk mereka.
kemudian datanglah merak, abang Hashimdan abang mustapa talib kat meja kami.
abang hashim pula ada masalah synd kad kat handset.
ari cuba nak buat juga sebab dia pun pernah kena tapi tak boleh.
lalu kalau tak salah abang mus kot suruh orang lain buat lepas tu baru okey.
lepas makan kami pun naik. abang munir suruh kami duduk semeja lagi demgan mereka pada pukul 10.00 unuk minum malam.
masa kami nak naik ke atas romainun dah hilang ikut husband dia entah ke mana cuma dia ada pesan suruh kak fuziah bawa naik botol air dia ke bilik.
sampai di atas kakros ajak mereka singah di bilik CTJ.
A tulah yang bising kat bilik CTJ pada malam tu.
batuk kakros pula makin menjadi-jadi pula.
sebenarnya semasa di meja makan pun dah mula batuk.
kira-kira pukul 10 lebih kami pun turun minum malam.
lepas tu kami pun masuk ke bilik dan berbual.
ari nak lagu-lagu nashid dari handset kakros maka berlakulah proses penhantaran lagu dari handset kakros ke hand set ari.
romainun pula hantar program azan dan kalendar dari handset dia ke handset kakros.
kami tidur agak lewat lebih kurang dekat pukul 2.00 pagi.
esok pagi tu lepas minum, kakro dan ari duduk kat kusyen. kami tunggu kakfuziah dan romainun yang belum keluar lagi dari dewan makan.
kat situ berjumpa pula abang Joe dengan cikgu jt.
lepas sahaja romainun dan kak fuziah keluar dari dewan makan
kami pun naik ke ke bilik.
abang Joe dan JT ikut kami masuk bilik.
sedang kami berbual, ada orang call, kami dengar ari jawab soalan dan sebut nama kakros.
bila tanya siapa orang tu dia kata tak tahu tapi orang tu kata nak datang ke bilik kami.
tak lama dia pun sampai. di sini berlaku salah faham dan satu kelucuan.
sebenarnya yang datang tu zauwiyah.
kebetulan yang bukan pintu tu kakfuziah.
kakros tak pasti sama ada zauwiyah kata muka kak fuziah macam muka salma atau muka zauwiyah yang macam buka salmah.
bila dah masing-masing tak kenal kakros pun pergilah kat pintu dan berjumpalah dengan zauwiyah.
kakros tanya siapa ni. lepas tu terdengar ssalah seorang dari mereka sebut nama salmah.
kakros tanya juga salmah mana pula ni.
kak fuziah kata salmah arifin.
lepas tu si zauwiyah kata,
"kakros raba saya kenal tak?"
dia cakap dalam loghat utara.
suara dia pula dia buat satu macam.
kakros terfikir juga kalau salmah ismail kakros kenalah isteri kepada rezali shariff tapi orang kurus dan mudah ketawa kalau dipegang dah lah tu kuat pula ketawanya.
lagi seorang salmah uji.
akhirnya baru zauwiyah beritahu
"sayala kakros awi apa lah kakros tak kenal saya."
Awi nama singkatan bagi zauwiyah.
manalah kakros cam suara orang sangat. macam tu juga kakros kalau pegang orang dan kalau orang tu tak bunyi suara memang tak kenal.
sebab kakros bukan jenis suka meraba orang jadi kakros tak tahu sangat sama ada orang tu gemok atau kurus kalau selalu jumpa dan jalan bersama tahulah. ini jarang berjumpa dan berbual.
kalau ada program baru jumpa dengan dia itu pun kalau satu group kalau tak tak jumpa.
tak lama kemudian abang Joe dan JT pun turun sementara kami pun masih bersiap untuk betul apa yang patut dibetulkan sebelum turun.
di dalam dewan kami duduk baris yang agak belakang sikit.
seblah kanan kakros zabedi.
sebelah kiri arilzoh, kak fuziah dan yang lain-lain.
depan kakros along, kusaini dan tak tahu siapa lagi.
memang ada member juga yang beritahu gambar kakros ternampak dalam tv. abang shariff tak tahu sebab dia memang jarang buka tv.
kakros dan zabedi banyak juga berbual atau bercerita terutama tentang kerja dan majikan masing-masing termasuksudlah kisah sarifpah isteri kepada haji nazari yang rupanya dah berhenti kerja sebab masalah kasihatan.
tengah kami mendengar apa yang di bentangkan ada orang hantar sebuah kapal layar di buat di kertas kepada kakros.
tak tahu dari mana kapal tu datang.
bila tanya pada zabedi siapa yang bagi dia kata orang depan yang bagi.
bila tanya orang depan, orang depan kata orang depan dan begitulah seterusnya.
kakros pun bagilah kapal tu pada along yang duduk betul-betul depan kakros.
tak lama tu pula ada lagi sebuah kapal layar.
dia kata yang tadi bahtera merdeka yang ini kapal untuk orang haji.
kesosakan hari pula kakros terima pula kapalterbang yang juga dibuat dari kertas.
bila tanya orang depan juga.
sampai sekarang kakros tak tahu siapa yang hantar dua buah kapal layar dan sebuah kapalterbang kepada kakros.
walau bagai mana pun terimakasihlah orang yang menghantarnya kepada kakros.
pada hari isnin sebelah malam sekali lagi kakros ke bilik CTJ.
Kak fuziah dan ari tak ikut mereka kata nak tidur sebab letih seharian tak berehat.
Raimah pun ada juga dia minta christy tolong urut
kami pun berbuallah.
tak lama tu abang munir dan abang Am call ajak kakros turun minum dan berbual dengan mereka.
kakros tak nak sebab kakros seorang ajer perumpuan.
lagi pun kakros takutlah turun sorang-sorang.
mereka kata tak apa nanti kami hantar baliklah apa nak takut lagi pun abang amri nak bagi kakros ubat batuk sebab mereka tenggok kakros batuk teruk.
kakros juga bagitahu yang kakros tak nak minum sebab dah kenyang.
tak lama kemudian fazilah pula ajak turun kakros pun turunlah minum dengan fazilah dan beberapa orang lagi.
lepas minum fazilah pun hantar kakros ke bilik.
sampai di bilik kata ari tadi abang munir ada call dan cari kakros.
dia ada bagitahu yang amri nak bagi ubat batuk.
kakfuziah pun kata,
"jomlah akak temankan ros."
pada mula tu malas juga tapi oleh kerana kakfuziah nak temankan lalu kakros pun call handset abang munir.
dia suruh kakros datang ke bilik no.217.
kakros dan kakfuziah pun pergi ke bilik no.217. rupanya itu bilik amri masa tu dah pukul 11 lebih.
sekali lagi mereka ajak kakros duduk berbual dengan mereka sebab kata mereka bila lagi nak berbual bukannya senang nak jumpa.
tapi kami tak naklah sebab hari dah malam.
lagi pun kami datang pun untuk ambil ubat.
mereka kata
"apa nak takut bukalah pintu lagi pun ramai kat dalam ni."
kakros kata tak nak jugalah dan lepas ambil ubat terus balik.
sebenarnya ramai lagi member-member lain yang kakros jumpa yang tak sempat kakros sebut kat sini.
hari ni nak ke hotel grand pacific lagi sebab menghadiri bengkel bahasa.
mudah-mudahan berjumpa lagi member-member.
Shimah hari tu tak sempat jumpa cuma main calling ajer.
nanti bolehlah jumpa kan?
dengar kata cikgu norehan datang juga hah dapat lah jumpa dengan dia.
tapi sebelum ke hotel, kakros akan ke MAB dulu kerana ada majlis makan malam anjuran persatuan sukan.
lepas tu baru kakros dan beberapa orang akan ke hotel.
tak tahulah pukul berapa.
masa kat simposium nak juga beri cadangan tapi suara asyik batuk jadi tak jadilah.
masa seksi bersama moses terutamanya kakros berminat juga nak tanya fasal scanner and mp3 tapi tu lah bila bangun nak tanya soalan dah ada orang lain tanya.
tu yang kusaini asyik kata kakros lembab dan macam-macam lagi.
kebetulan dia duduk sebelah kanan kakros.
sebelum tu bergaduh sekejap dengan kusani.
sebab dia kata kakros ambil tempat dia dan suruh kakros duduk depan.
padahal dia yang salah tempat. itu tempat kami semasa seksi sebelah pagi.
tempat dia di belakang kami.
akhirnya baru dia perasaan yang dia dah salah tempat rupanya ada lagi satu baris, dia ingat itu baris yang terakhir.
kakros pun kata.
"tak malu duduk tempat orang mengaku tempat dia. lepas tu nak gaduh pula dengan orang."
ok lah kawan-kawan hanya setakat ini saja yang dapat kakros berbicara.
dah panjang pula kakros berbicara.
nanti ada pula yang borring.
insya allah kalau ada waktu kita berjumpa lagi.
sekian wassalam.
Hasil nukilan, Rosnah Ahmad,
< /DIV>
0 ulasan:
Catat Ulasan