Ahad, Disember 14, 2008

Penghinaan agama. Apa semua ni?

Salam bahagia encik-encik semua.

 

Sejak kebelakangan ini kita sering mendengar kes-kes penghinaan agama.  Ini terutamanya agama islam.  Ini adalah perbuatan yang amat-amat jijik dan terkutuk.  Sebenarnya, agama walau apa sekali pun, tidak boleh dihina.  Agama adalah pengikat kepada manusia.  Dalam agama, ada peraturan-peraturan yang dibuat untuk penganutnya.

 

Sekarang, mari kita lihat serba sedikit faktor penghinaan terhadap agama islam.

 

  1. Faktor penganut.

Seperti yang tersedia maklum, penganut agama islam rata-ratanya mundur dan buta huruf.  Taraf hidup juga begitu rendah.  mereka juga berperang sesama sendiri.  mereka sendiri tidak memahami ajaran sebenar agama islam.  Mereka juga, banyak bergantung pada negara-negara kaya.  Negara-negara islam juga, tidak bersatu dan tidak bersependapat dalam segala macam aspek dan hal.

 

2.  Ketidakfahaman orang bukan islam terhadap islam.

Ini berlaku akibat dari kesilapan orang islam itu sendiri.  mereka hanya mengharapkan para ulamak, ustaz dan ustazah untuk memberi penerangan kepada golongan bukan islam tentang agama islam.

 

Ini adalah dua faktor saja.  Sebenarnya, ada lagi faktor lain.

 

Dan, apabila penghinaan berlaku, apa yang orang islam buat ialah hanya mampu tunjuk perasaan.  Bagi penulis, yang keras harus dilawan dengan yang lembut.  Tunjuk perasaan dan ugutan bukanlah cara terbaik untuk menangani kes penghinaan ini.  Bagi penulis, cara terbaik untuk menangani penghinaan yang berlaku ialah dengan berdiplomasi.  Terangkan kepada si penghina tentang ajaran agama.  Cuba lihat artikal sebelum ini.  Penulis tertarik dengan cara ahli BPN menangani blog Surind Raj yang menghina agama islam.  Bagaimana penerangan yang panjang lebar telah dilakukan oleh ahli BPN ini kepada saudara Surind.

 

Ini merupakan cara yang paling baik untuk menangani masalah penghinaan agama.  Bukan dengan bom sana-sini dan ugut serta tunjuk perasaan.  kalaulah cara kekerasan ini terus diguna pakai, percayalah, masalah penghinaan terhadap agama islam tidak akan selesai.  Sebabnya, orang bukan islam akan lebih percaya bahawa orang islam memang pengganas seperti yang digambarkan oleh barat dan musuh islam.

 

Untuk pengetahuan, penulis beragama Taoisme.  Agama Taoisme tidak membenarkan penghinaan terhadap agama lain.

9 ulasan:

Pemuda IKS berkata...

Salam perjuangan,

Sememangnya kita patut menghina agama sesiapa pun. Agama Islam kini dipandang serong. Sering dikaitkan dengan fanaticsm, radikal dan ekstremis. Kita perlu merubah agama Islam supaya kembali agung seperti Dinasti Ayyubid, pemerintahan Salehuddin Al-Ayyubi.

"Memperkasa Generasi Baru"

Pergerakan Pemuda
UMNO Cawangan Taman IKS
Bahagian Batu WP

http://pemudaiks.blogspot.com

Tai berkata...

ya, memanglah tidak patut menghina agama sesiapa pun.

Jeepers Creepers berkata...

Saya sokong pendapat saudara sedingin salju

Tai berkata...

Kesemua hal ini, harus ditandatangani dengan bijak dan bukannya dengan hawa napsu.

Taminsari berkata...

Salam perjuangan..rakan blogger muslim diserang oleh kafirun....sila lihat comment para kafirun ini di..

http://redssays.blogspot.com/2008/11/why-has-muslim-world-failed-to-develop.html

joharihamzah berkata...

Salam Tuan..

Lama benar tak mengutarakan pendapat di blog, rindu juga dibuatnya.

Membaca tulisan tuan kali ini mengingatkan saya kepada kata-kata pensyarah saya dulu.

"Ramai orang muslim hanya Islam di mulut, tidak di hati, manakala ada orang bukan Islam, kafir di mulut tetapi Islam di hati"

Benarlah, kebanyakan penghinaan, kejian, dan cacian yang Islam terima hari ini, adalah kerana tindak tanduk penganutnya. ia tidak lain kerana umat Islam hidup beragama tapi telah meninggalkan sunnah Nabi.

Orang Islam memegang Quran dengan cara tidak tepat, iaitu tidak bersandar kepada sunnah.Lihatlah, bagaimana Nabi Muhammad semasa menyampaikan pesanan kebaikan, apabila dibaling batu dan najis, segera memohon ampun untuk orang yg membaling beliau, dan memaafkan pula mereka itu. Jika kitalah di tempat beliau - fuh!, saya fikir kita mungkin terus minta Allah terbalikkan gunung atas kepala mereka!

Nabi Muhammad juga menyuapkan makanan kepada orang yang sering mengutuk2 beliau, bahkan mencaci beliau. namun tidak pula Nabi berhenti dari menyuap mulut yang mencaci itu. jika kita-saya fikir, mungkin akan terus menyuap juga, cuma bukan nasi tapi racun!biar padan ngan muka depa!

Alangkah pendeknya akal kita umat Islam..(oh, saya juga selalu pendek akal). Kita menyangka dengan matinya mereka yang hina,keji,caci dan kutuk agama dan bangsa kita, maka masalah akan berakhir dan hidup akan bahagia. Ini pandangan yang dangkal dan tidak tepat, sebab jika Allah mahu, sudah tentu semua orang akan jadi patuh sahaja pada Allah dan tidak ada yang menentangnya.

Allah memberi kita ujian bagi melihat sebanyak mana kita bersabar, dan beramal soleh, dan berpesan2 kepada kebaikan..Allah memberi kita akal dan jiwa, guna akal mencari ilmu dan pengetahuan, guna jiwa membezakan antara kita-manusia dan makhluk2 ciptaanNya yg lain.

Akibat 'terlupa' dan mengabaikan sunnah, akibat tidak selalu membaca sirah Nabawiyah, akibat asyik melayan nafsu yg bergelora, kita jadi dangkal dan pendek akal. Kita menyampaikan pesan dalam keadaan marah dan penuh emosi, jauh dari yg Nabi ajar iaitu lemah lembut tutur kata dan penuh hikmah.

Saya minta maaf pada Tuan punya blog kerana 'bersyarah' di sini. Ia hanya pandangan saya pada isu yang tuan utarakan. Mudah-mudahan kita mendapat pengajaran dan sedikit manfaat..

TQ..

Tai berkata...

Ya, sangat cantik apa yang encik tuliskan.

. berkata...

saudara telah memberikan pandangan yang baik. terima kasih atas pandangan tersebut.

Tai berkata...

Terima kasih kembali.





Arkit blog